Sunday, May 25, 2008

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah...

Seorang lagi rakan sekolah dulu dah pun selamat diijabkabulkan pagi tadi, siap dengan walimahnya... Semoga Allah memberkati pasangan pengantin Junaidah dengan suaminya (yang tak ingat nama walaupun dah banyak kali terjumpa dan terserempak... hehe.. sori bang... )

Seusai solat Isya' tadi juga menandakan seorang lagi sahabat baik, juga rakan baik masa di sekolah dulu, hingga ke Asasi UM, hinggalah sama-sama graduate dari UM, Muhammad Ar Firdaus selamat dinikahkan dengan pasangannya di Kelantan. Juga didoakan semoga Allah memberkati perkahwinan tersebut

Esok, seorang lagi ex-classmate semasa di sekolah dulu, juga sama-sama graduate dari UM, Lily Marwani akan juga selamat diijabkabulkan di Kuala Kangsar. Insya Allah akan hadir ke walimahnya.

Minggu depan, ada dua orang lagi akan selamat dinikahkan, Aimi Hajar, rakan sekelas juga di sekolah dulu merangkap rakan satu kelab; Kelab Bahas dan Pidato SEMESTI di Kuantan pada 31/5. Tak lupa juga buat Fadzlina, rakan sekelas semasa sekolah rendah dahulu, juga sama-sama graduate UM di Chenderong Balai, Teluk Intan pada 1/6.

Alhamdulillah... seorang demi seorang selamat diijabkabulkan...

And please... don't ask me about my turn.... huhu 033

Terjumpa emoticons yang menarik... hehehe... comel dan sangat kelakar tengok emoticons ni 021

No comments: