Saturday, May 31, 2008

I have to give you 3 reasons

First reason:

Saya sedang nak bagi 100% komited dan fokus kepada kerjaya yang baru saya nak bina. Kerja sendiri macam saya ni tak seperti orang yang bekerja makan gaji.... saya tidak secured dan kerja saya tak ikut masa...


Second reasons:

Saya tidak sebaik yang orang sangka... kehidupan saya dah banyak noda-noda hitam... dan menyebabkan saya tak yakin yang nusrah Allah akan mengiringi saya seperti mana para solihin mendapat nusrahNya...


Third reasons:

I'm waiting for someone else... selagi tiada jawapan yang pasti, saya tak boleh sesuka hati beralih arah... walaupun setakat nih saya semakin yakin dan pasti bahawa yang ditunggu itu tidak akan menghadir diri...


Wallahualam...
Doakan untuk saya...

Meminjam daripada kata-kata seorang kawan online: Jika dapat...ku putarkan dunia...ingin ku ulangi semula...........


Tetapi janji Allah, setiap yang telah berlalu tetap kan berlaku kerana ianya tetap tidak dapat diubah...

Dan setiap perkara itu ada hikmahNya...

Lupa nak ucapkan tahniah juga kepada cozmate masa kat UM dulu, Ziera dan suaminya Fazley yang bakal adakan walimah di rumah Ziera di Kedah... Maaflah tak dapat hadir, tapi insya Allah akan hadir minggu depan di rumah Fazley di Cheras... Insya Allah

Mood hari ini kat rumah:

All The King's Men

Malam tadi baliknya dari Kinta City, sampai di rumah dalam pukul 10.30 malam... buka tv astro channel 411 (HBO) dan tengok filem All The King's Men. Bagi saya ianya sebuah filem yang menarik, genre drama politik dan mengisahkan babak-babak seorang ahli politik yang naik menjadi City Mayor sebagai seorang yang memperjuangkan kelas golongan bawah masyarakat, babak-babak hitam di sebalik tabir dalam mempertahankan karier politiknya dan berakhir dengan pembunuhan...

Bagi saya, filem ini tidak menggambarkan 100% kemiripan dengan suasana politik kontemporari di Malaysia. Namun begitu, ada beberapa kesamaan yang dapat dilihat di dalam filem ini. Tetapi perlu diingatkan, saya tidak mengaitkan kisah ini secara direct dengan mana-mana individu atau organisasi politik di Malaysia. Terpulang kepada anda untuk menilai

Silalah tonton, atau torrent dari internet 059


Kawan yang tidak sealiran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Membaca sebuah comment dalam posting yang lepas, tentang bagaimana nak berdepan dengan kawan yang tidak sealiran politik, dan bergaduh macam dia dan andalah MP... heh.. dah banyak kali berdepan dengan golongan macam nih... terutamanya mereka yang berfikiran tertutup, dan taksub seolah2 parti dan jemaah dia jelah yang betul, orang lain semua salah. Pemimpin-pemimpin dia jelah yang seolah maksum, kesalahan itu sesuatu yang mustahil... sedangkan orang lain semuanya salah walaupun tindakan itu logik

Ada 3 cara yang biasanya saya buat bila saya berdepan dengan situasi sebegini.

Pertama, sekiranya kawan yang kita kenal itu sememangnya orang yang "hardcore" dari erti kata ahli biasa (dengan kata lain, orang yang takde jawatan tinggi dalam parti pun, tapi gaya dia bercakap macamlah dia presiden parti), dari awal lagi saya akan cuba elakkan dari berbicara politik dengan dia. Kalau pun dia cuba berbicara tentang itu, tetap saya akan pesongkan supaya perbincangan sama sekali tidak akan menyentuh tentang isu tersebut.

Kedua, kalau perbincangan itu dibincangkan dengan cara yang profesional dan berhemah... dan lebih kepada sifat akademik, perkembangan dan kebaikan kepada rakyat, saya akan akhiri perbincangan itu dengan win-win situation... seolah-olah tiada siapa yang kalah di hujung perbincangan. So, tidak siapa akan rasa terguris hati dan persahabatan tidak akan terjejas.

Ketiga, worst case of scenario... saya akan keluarkan satu hujah yang akan buat dia tersenyap dan tak berani lagi nak bangkitkan isu yang sama.... tapi perkara nih agak "kejam", dan silap gaya boleh memutuskan silaturrahim... saya jarang guna kaedah ini, tetapi ada juga beberapa orang yang bersifat "keras" dengan saya kerana politik, membuatkan saya terpaksa juga guna hujah sebegini...

Tetapi perlu diingatkan, haruslah dijauhi khilaf di dalam persahabatan... kerana menyebabkan putusnya sebuah ikatan, adalah antara dosa-dosa besar...

Dan jangan disangka mereka yang tak nampak serius, dalam blognya penuh dengan gambar kartun, suka senyum dan buat lawak; tak tau apa-apa tentang perkembangan dunia semasa dan ehwal politik, kerana orang yang senyap itu kadang-kadang lebih tau apa yang berlaku daripada mereka yang bising macam tin kosong.

Wallahualam...

Moral: elakkan khilaf

Rancangan hari ini untuk ke kuantan bagi menghadiri walimah Aimi Hajar dan suaminya tak dapat dilaksanakan ekoran masalah pada kereta... Dapat iring dengan doa je la jawabnya... huhu

Friday, May 30, 2008

Catatan Dari Ipoh

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, ketiadaan internet membuatkan hidup menjadi serba bosan. Inilah penangan internet dalam hidup aku, lebih hebat dari penangan radio, tv, astro, video game etc....

Mungkin sebab dari sekolah lagi dah terdedah dengan dunia internet...

Kalau dulu jadi gila MIRC... chatting dari siang ke malam, malam ke siang waktu cuti sekolah. Time ni la mula dah membuat banyak kawan-kawan dari serata malaysia. Waktu ni, berhenti chatting hanya untuk solat di surau dan makan. Tidur biasanya hanya lepas subuh sampai dekat nak zohor. Malam jadi kelawar. Hahaha...

Bila dah masuk UM, jadi penggila blog pula. Waktu ni sanggup tiap-tiap hari lepak di library utama, atau di lab computer Fact Science semata-mata untuk online...

Bila dah graduate, duduk rumah sewa, benda pertama yang aku install adalah stremyx... dan disebabkan kat rumah sewa tiada gadjet-gadjet lain, inilah satu-satunya medium untuk menghiburkan diri aku. Tambahan pula, housemate pun penggila internet... Ada la geng...

Kat rumah Ipoh ni sebenarnya masih ada lagi internet; TMnet. Tapi faham-faham la connection dia macamana... so aku lebih rela bayar RM16.80 kat Coffee Bean Kinta City untuk dapatkan connection yang lebih laju. Nak install streamyx kat rumah, rasa macam tak berbaloi je sebab mak dan pakcik (ayah tiri aku) bukannya selalu guna internet pun.

Dan kat sini puas hati connectionnya, sambil menikmati hot mocha latte dan choc chip cookies... emm...086

Menarik Perhatian
~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa perkembangan semasa yang menarik perhatian saya dari media, yang membuatkan saya tertarik untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Pertama - isu kembalinya Ezam ke dalam UMNO
Kedua - isu pengharaman Islam Hadhari di Selangor dan Penang
Ketiga - keganasan polis yang dipaparkan berikutan daripada isu BMC
Keempat - permintaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk diluluskan sebagai sebuah parti politik

Banyak dalam kepala ni nak buat ulasan kat sini, tetapi cukuplah rasanya benda-benda ni dalam kepala kot... untuk ulas dengan lebih akademik, atau dari sudut politik, saya rasa dah banyak blog dalam Malaysia ni yang membuat ulasannya tentangnya. Tak kira dari pihak pro Kerajaan BN, lebih-lebih lagi mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

Cuma yang lebih menarik minat saya, kedudukan seorang kenalan dari UM, saudara Nazree Yunos yang menjadi Pengerusi baru Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) bagi menggantikan Ezam. Teringat sewaktu sama-sama MPP walaupun pada waktu tu kami berlainan ideologi, dan dialah orang dari ideologi berlainan yang boleh bergaul baik dengan saya berbanding dengan orang lain.

Teringat sms yang diterima pagi tadi, bertanyakan bilakah pula aku nak interframe seperti Nazree dengan menjadi pengerusi something, atau menjadi orang kuat sesuatu pergerakan bagi memperjuangkan rakyat dan negara. Memandangkan saya punyai bakat dan kelantangan bersuara

Saya menjawab, saya ada haluan perjuangan saya sendiri. Kerana saya percaya politik bukannya satu-satunya cara untuk membaiki nasib rakyat dan ummah, bahkan ada banyak lagi kaedah atau metodologi untuk perkara itu. Antaranya melalui pembaikian pendidikan dan ekonomi.

Tambahan pula, saya tak suka terlalu serius dan mengongkong diri untuk menjaga imej dan reputasi. Terasa seperti hipokrit pula. Lihatlah blog saya misalnya, penuh dengan gambar-gambar kartun, ayat-ayat yang mengarut (heheh) dan lawak-lawak yang takde orang nak gelak melainkan diri sendiri... *hahaha*

Dan saya nak menyumbang ke arah itu... Insya Allah...

Doakan saya dan untuk seluruh umat amnya...

Thursday, May 29, 2008

hilang beberapa hari

aku perlu balik ipoh buat beberapa hari kerana urusan kecemasan dalam keluarga.... so maybe menghilangkan diri buat beberapa hari nih....

selamat tinggal blog... selamat tinggal kengkawan semua.....

032

yang paling penting, selamat tinggal internet...

huwaa... internet kat rumah punya la lembab seolah macam takde internet.... 033 isk..isk..isk..

akan kembali hari sabtu atau ahad... insya Allah...

Tuesday, May 27, 2008

mood hari ini...

penuh dengan kemalasan.... hehehe



nih la akibatnya banyak sangat makan nasik minyak weekend arituh....

Monday, May 26, 2008

Classic Principles of Time Control


As I said before, self discipline is the most important thing toward success. Therefore, it is needed to control our time. The mission is not getting more done in less time, but accomplishing the priorities you select within the time available. To do this, it is suggested to:

1. Make a list.
Nothing ever gets done until it gets on a list of things to do, and perhaps not always then. But there once there is a list, everything has a chance. It is suggested we list down the things to be done by tomorrow at the night before.

For example:

5 things to be done (27 May 2008)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Appointment is SYABAS, bahagian Wilayah at 10am (ETS Project)
2. Technical visits Hospital Pantai
3. Follow up list (ETS Project):
- Rockwills (management)
- ITJ college (admin dept)
- Delima Apartment community assoc
- MPIB (engineering dept)
4. Prospecting (phone calls) - 10 calls
5. Submitting case for takaful (1 case)
6. Email for a prospect, medical card info (eh... dah terlebih pulak.. hehe)


2. Assign priorities.

What should be done first? Second? What can wait? Arrange items on your list in order of importance (never ease of handling)

Hope we still remember how we learned about this method in school backdays.

penting dan segera, penting tapi tak segera, tak penting tapi segera, tak penting dan tak segera

3. Do first things first

Top priority matters most. for reasons you yourself have decided.

4. Allow no interruptions.

Especially the personal things that may effect or interrupt the officials one.


Using valueable time for worry is non-productive. Nothing is achieved by worry; except the addition of stress that leads us down a physically destructive path. Action is better than worrying.

As the conclusion, the most basic principle in time management and self-discipline; do the most important task first, to exclusion of everything else. Not after checking email, or friendster, not after reading the newspaper, writing on the blog, after clearing away small jobs... This simple idea is really hard to implement, including me myself.

"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran"
[surah Al-'Asr: 1-3]

Tu sebab kena tulis kat sini supaya diri sendiri dapat berubah
070

Sunday, May 25, 2008

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah...

Seorang lagi rakan sekolah dulu dah pun selamat diijabkabulkan pagi tadi, siap dengan walimahnya... Semoga Allah memberkati pasangan pengantin Junaidah dengan suaminya (yang tak ingat nama walaupun dah banyak kali terjumpa dan terserempak... hehe.. sori bang... )

Seusai solat Isya' tadi juga menandakan seorang lagi sahabat baik, juga rakan baik masa di sekolah dulu, hingga ke Asasi UM, hinggalah sama-sama graduate dari UM, Muhammad Ar Firdaus selamat dinikahkan dengan pasangannya di Kelantan. Juga didoakan semoga Allah memberkati perkahwinan tersebut

Esok, seorang lagi ex-classmate semasa di sekolah dulu, juga sama-sama graduate dari UM, Lily Marwani akan juga selamat diijabkabulkan di Kuala Kangsar. Insya Allah akan hadir ke walimahnya.

Minggu depan, ada dua orang lagi akan selamat dinikahkan, Aimi Hajar, rakan sekelas juga di sekolah dulu merangkap rakan satu kelab; Kelab Bahas dan Pidato SEMESTI di Kuantan pada 31/5. Tak lupa juga buat Fadzlina, rakan sekelas semasa sekolah rendah dahulu, juga sama-sama graduate UM di Chenderong Balai, Teluk Intan pada 1/6.

Alhamdulillah... seorang demi seorang selamat diijabkabulkan...

And please... don't ask me about my turn.... huhu 033

Terjumpa emoticons yang menarik... hehehe... comel dan sangat kelakar tengok emoticons ni 021

Friday, May 23, 2008

Membina Kepercayaan

Pujangga ada mengatakan,

Hilang duit, belum hilang apa-apa,

Hilang kesihatan, bermakna hilang sesuatu,

Hilang nama dan kepercayaan, hilang segalanya...

Daripada kata-kata pujangga tersebut, dapat disimpulkan betapa pentingnya kepercayaan yang dibina hasil daripada kejujuran dan amanah... Akibat daripada pengkhianatan dan penipuan, kepercayaan yang terbina boleh runtuh, dan ianya adalah perkara yang paling sukar sekali untuk dibina pulih. Malah boleh dikategorikan mustahil.

Kisah klasik yang paling biasa kita dengar apabila membicarakan hal-hal kepercayaan sebegini adalah kisah seorang budak gembala kambing dengan penduduk kampung,

gambar hanyalah hiasan... tiada kaitan dengan budak gembala kambing dalam story

Budak gembala kambing tersebut telah banyak kali menipu penduduk kampung, dengan menjerit-jerit mengatakan serigala telah datang untuk memakan kambing-kambingnya... Lalu berduyun-duyunlah penduduk kampung bersama senjata datang untuk membunuh dan menghalau serigala. Apabila sampai di tempat budak gembala tersebut, budak gembala tersebut ketawa berdekah-dekah sambil menerangkan ianya hanya penipuan semata-mata, sekadar hiburan.

Setelah penipuan yang sama diulang-ulang, kali ini serigala yang benar telah datang menyerbu lokasi budak gembala tadi. Alangkah terkejutnya dia lalu dengan segera menjerit meminta tolong penduduk kampung berdekatan. Malang sekali, dijeritnya berkali-kali tetapi tiada sebarang bantuan pun hadir. Walhal kambing-kambingnya semakin banyak mati dibaham serigala. Sehinggalah ke kambing yang terakhir sekalipun, orang kampung tetap tidak datang membantu.

Kenapa ini berlaku? Kerana penduduk kampung menganggap yang jeritan meminta pertolongan tersebut hanyalah penipuan seperti keadaan-keadaan yang sebelumnya

Di dalam sesebuah hubungan, misalnya percintaan antara suami dan isteri, hubungan adalah dibina di atas kepercayaan. Sekali kepercayaan itu diragut, percayalah, sampai ke akhirnya pun hubungan itu sukar untuk dipulihkan. Samada pernikahan itu akan berakhir dengan penceraian, ataupun mungkin mampu bertahan ke akhirnya, tetapi penuh dengan was-was dan hubungan itu sekadar kerana ada ikatan, bukan lagi sebuah hubungan yang penuh dengan mahabbah (kasih sayang). Semuanya ini berpunca apabila ada salah seorang samada si isteri atau suami yang suka berahsia, tidak berterus terang, banyak berbelit di dalam kata-katanya, dan mula menipu pasangannya. Lebih malang lagi apabila pasangannya mendapati kebenaran dari orang lain dan bukan dari lidah pasangan penipunya itu.

Konsep yang sama juga di dalam persahabatan.

Begitu juga dengan jaringan perniagaan. Siapakah peniaga yang sanggup berurusniaga atau berakan kongsi dengan seorang yang dipercayai? Pernahkah kita lihat seorang tuan kedai makan atau kedai runcit terima buka 555 dari seorang yang dia sendiri pun tidak kenal sangat? Atau seorang pemborong yang bagi kemudahan kredit kepada seorang peruncit baru, yang belum sampai setahun berurusan dengan dia? Tidak pernah, bahkan kemudahan kredit, dan buku 555 tersebut hanya diberikan kepada pelanggan yang mereka kenal sahaja. Apatah lagi dalam perniagaan yang berdepan dengan risiko yang tinggi dan modal yang besar, perhubungan dengan individu perniagaan, pelabur atau pelanggan yang mempunyai track record yang bermasalah sudah pasti boleh membawa kepada kerugian dan seterusnya melingkupkan perniagaan syarikat.

Dalam pembentukan kerajaan juga, integriti merupakan satu faktor utama yang menjaga keutuhan negara. Kerajaan yang dilabel tidak berintegriti juga akan hilang kepercayaan rakyat dan rakyat sukar untuk kembali percaya kepada pimpinan yang sedia ada walaupun begitu banyak sumbangan dan kejayaan telah diberikan. Dan inilah mesej rakyat di dalam pilihanraya yang lepas kepada kerajaan yang sedia ada, yang seterusnya terpulang kepada kerajaan untuk mengubah persepsi tersebut menerusi pembaikan dasar dan struktur pemerintahan, atau sekadar menunggu kejatuhan dan penggantian kerajaan. It's the matter of choice.

Akhir kata, semuanya ini adalah bukti bahawa nama dan kepercayaan adalah tonggak di dalam sesebuah hubungan tidak kira sekecil-kecil hubungan suami isteri, sehinggalah antara rakyat dan pemimpin.


Pilihan kita, adakah kita nak menjadi seperti budak gembala tersebut di atas?

Kerana ada orang lebih suka menjadi budak gembala, tetapi tetap tidak sedar-sedar diri lagi...

Pesan saya, jadilah pasangan dan sahabat yang jujur, yang sentiasa berterus terang dan tidak menyembunyikan apa-apa kepada mereka yang anda hargai

... dan jadilah pemimpin yang sentiasa berintegriti, kerana sekali orang hilang kepercayaan kepada anda, percayalah, anda telahpun hilang segalanya

Wallahualam

Thursday, May 22, 2008

di Bincang.net



Aku tak boleh tahan gelak tengok banner yang dibuat di bincang.net

Siap gambar aku pun kena edit jugak..... aduh...


Yang tak tahan, ada seorang zombie pakai songkok kat belakang gambar aku... zombie beriman kata depa... heheh... (nickname mamat bersongkok tuh el-lail)

Wednesday, May 21, 2008

Doa dan munajat...

Baru ini ada satu perbincangan di bincang.net, di ruangan bincang muslimin muslimat tentang waktu-waktu doa mustajab, dan contoh2 doa... berikut adalah apa yang saya kongsikan di sana, dan ambil peluang untuk letakkan juga kat blog ini untuk kongsi bersama


Doa-doa yang mustajab
ringkasnya saya kongsikan di sini

1. Doa orang yang sedang melaksanakan haji (Hadith riwayat Muslim, Baihaqi, Abu Daud)

2. Doa orang yang sedang sakit (HR Muslim, Baihaqi, Abu Daud)

3. Doa seorang imam (pemimpin) yang adil lagi bijaksana (HR Ibnu Majah)

4. Doa orang yang dizalimi. Doa2 mereka tiada hijab di sisi Allah (HR Ibnu Majah)

5. Doa orang tua untuk anaknya (HR Ibnu Majah)

6. Doa orang yang sedang dalam musafir (HR Ibnu Majah, Tirmidzi, Abu Daud, Nasai) - (nota:asalkan dengan niat yang baik, bukan untuk perkara yang dilarang)

7. Doa orang yang berpuasa (HR Baihaqi)

8. Doa orang yang banyak menghabiskan waktunya untuk berzikir mengingati Allah (HR Baihaqi)



Waktu yang mustajab untuk berdoa pula


1. Selepas menunaikan solat fardhu (HR Thabrani)

2. Selesai khatam al Quran (HR Thabrani)

3. Ketika sujud di dalam solat - waktu yang terdekat antara seorang hamba dengan Allah (HR Muslim, Abu Daud dan Nasai)

4. Sebelum waktu subuh (HR Muslim, Abu Daud, Nasai)

5. Ketika azan (HR Thabrani, Hakim)

6. Sewaktu sedang fi sabilillah (HR Thabrani)

7. Ketika turun hujan lebat (HR Hakim)

8. Antara azan dan iqamah (HR Abu Daud, Ahmad, Tirmidzi, Nasai)

9. Waktu sepertiga akhir malam (HR Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai)

10. Ketika melihat Kaabah (HR Baihaqi)

11. Ketika berlari antara Safa dan Marwah, wukuf di Arafah dan melontar jamrah (HR Baihaqi)



Bagi 3 contoh doa yang diajar oleh Rasulullah saw:

1. "Ya Tuhan kami, berilah kami hasanah (kebaikan) di dunia dan hasanah di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka" [Al-Baqarah 2 : 201]

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, doa inilah yang selalu dibaca oleh Rasulullah saw. Dalam hadith2 lain, doa ini juga dibaca semasa tawaf

2. "Ya Allah, Engkaulah Rabb ku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Yang telah jadikan daku dan daku ini adalah hambaMu, dalam ikatan perjanjian denganMu. Dan daku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku. Daku akui nikmat2 Mu atas ku dan daku akui dosa-dosaku pada Mu dan memohon ampun padaMu. Tidak ada yang dapat mengampuni ku melainkan Engkau"

Ulama' menggelarkan doa ini sebagai Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar). Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang membaca istighfar ini dengan penuh yakin pada siang hari dan mati sebelum malam, beliau adalah ahli syurga. Dan barangsiapa membaca dengan penuh yakin pada malam hari dan mati sebelum siang, beliau adalah ahli syurga" [Hadith Riwayat Bukhari]

3. "Ya Allah, daku memohon padaMu segala yang baik seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw, dan memohon perlindunganMu daripada segala yang buruk seperti yang dimohon oleh Nabi Mu Muhammad saw. Dan Engkaulah sahaja tempat meminta pertolongan, dan Engkaulah tempat mengadu. Dan kami tidak mempunyai kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

Abu Umamah r.a berkata kepada Rasulullah saw, "Tuan telah ajar kami begitu banyak doa tetapi daku tidak dapat menghafal kesemuanya. Ajarlah daku satu doa yang pendek tetapi merangkumi semua doa." Lalu Rasulullah pun mengajar doa ini [Hadith Riwayat Tirmidzi]


Wallahualam...

Sesungguhnya saya hanya manusia yang lemah dan penuh dosa tidak henti2

Tuesday, May 20, 2008

masih terkejut dengan pengumuman semalam oleh Tun Dr Mahathir yang beliau keluar dari UMNO sebagai tanda protes kepada pimpinan Pak Lah...

hmmm...

Monday, May 19, 2008

Weekend berseorangan

3 hari bercuti tanpa membuat apa-apa. Cukup membosankan, itu sahaja yang aku mampu nak described. Housemate, dua-dua balik kampung... Nak balik Ipoh, tiket bas habis... Nak drive, kereta pulak tak servis lagi... Nak pergi bertandang ke rumah Kak Ina, dia pun ada kat Ipoh sejak Mu'min (my nephew) masuk wad minggu lepas sebab demam panas.... Alhamdulillah, demam dia pun dah elok dengarnya...

anak sedara aku yang comel.... nih gambar lama, sekarang dia lagi besar tau

Sian aku dengar Kak Ina cerita, Mu'min macam kucing purring on the wall... heh.. tak berkesempatan nak balik masa dia kat wad... tapi alhamdulillah, dah keluar dah pun.. dalam jangkamasa terdekat ingat nak balik Ipoh, dapat tengok muka budak kecik tuh pun jadilah...

So bertandang kat rumah je la jawabnya.... main game MCF Prime Suspects sampai bengkak mata... Game yang simple, tapi agak menarik dalam menguji daya ingatan dan daya pemerhatian seseorang... Ini je la kerja aku sepanjang 3 hari ini...


Kalau tak silap game nih ada jugak dalam yahoo games... kalau sesiapa nak download full version via rapidshare, pm aku nanti...

Alhamdulillah.... masih ada buku2, kitab2 dan laptop sebagai peneman setia hidup ini dikala kebosanan....
ingat nak tukar template la... tapi tak berapa terer sangat bermain2 dengan html coding nih....

errmmmm........

Sunday, May 18, 2008

Mari kita solah berjemaah

Allah Taala telah berfirman:

"Dan perintahlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun dan bersabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa."
(Surah Taha 20 : 132)

Allah Taala telah berfirman:

"Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan solah, yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya"
(Al-Ma'arij 70 : 19-23)

Allah Taala berfirman lagi:

"Dan orang yang memelihara solahnya, mereka itu dimuliakan dalam syurga"
(Al-Ma'arij 70 : 34-35)

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian,"
(Hadith Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Pada hari ini berapa ramai orang yang sanggup berulang alik ke tempat kerja atau perniagaan kerana jaminan keuntungan?

Misalnya, seorang yang bekerja gaji tetap, sanggup berulang alik dari Gombak ke Putrajaya kerana gaji yang bernilai RM2000-RM3000
atau seorang usahawan yang sanggup ke Sungai Petani atas urusan perniagaan yang dijangka membawa keuntungan bersih puluhan ribu ringgit...

Kenapa tidak bekerja di tempat yang berdekatan sahaja? atau berniaga di tempat yang dekat2 sahaja? Sudah pasti jawapannya adalah kerana pergi ke tempat2 yang jauh berikut menjamin keuntungan yang lebih besar...

Namun begitu, sedarkah kita? Allah Taala telah menjamin keuntungan yang lebih besar bagi mereka yang solah berjemaah... dengan hanya menggunakan sedikit sahaja dari qudrat kita untuk ke Masjid, Surau atau Musolla, ianya jauh lebih baik daripada solat bersendirian di rumah atau di tempat kerja, apatah lagi dengan langsung tidak mengerjakan solah...

Kita faham kerugian dunia yang kita akan perolehi jika kita tidak pergi ke tempat kerja, atau tidak menjalankan perniagaan...

Tetapi sedarkah kita bahawa kerugian di akhirat itu adalah lebih besar?

Dipecat dari pekerjaan, kita masih boleh mencari kerja lain... worst case of scenario kita boleh buat perniagaan sendiri... begitu juga dalam perniagaan, berapa ramai orang yang muflis berjaya bangkit semula dari kejatuhannya...

Tetapi kegagalan dan kejatuhan di akhirat, tiada ruang lagi untuk kita bangkit...

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa keuzuran, lalu membakar rumah mereka,"
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sedangkan Rasulullah yang sangat kasihkan umat pun memberi amaran sebegitu...

Ayuh kita bertekad untuk jaga solat jemaah mulai saat ini...

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan-amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat..."
At-Taubah 9 : 18

Wallahualam

eksp

Saturday, May 17, 2008

Selamat Hari Guru

Sebenarnya terlupa tentang Hari Guru ni, maklumlah, dah hampir sedekad meninggalkan alam sekolah, dan tak pernah pula untuk kembali untuk menziarahi SEMESTI... cuma sewaktu khutbah Jumaat yang lepas, terasa pelik apabila khatib berkata tentang profesion guru, pahala seorang guru, tanggungjawab seorang guru, peranan guru dalam masyarakat dan sebagainya. Then balik baru terperasan Hari Guru pada 16 Mei...

Kenangan?

Aku pernah jadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Bangsar selama 5 bulan dan bagi aku ianya satu pengalaman yang cukup menarik dan tak dapat dilupakan. Mengajar subjek Sains dan Pendidikan Sivik bagi menengah rendah, nampak mudah tetapi agak mencabar bagi aku. Tambahan pula aku ni aliran sains tulen, bukannya sains pendidikan. Adakalanya penerangan aku terlalu "dalam" bagi pelajar2, sampai mereka tak faham (hehe)..

Tetapi alhamdulillah, dapat membiasakan diri dengan baik, dan jadi antara kesukaan pelajar2... haha... bukan sebab apa, kerana aku masih muda, so jarak umur tak jauh beza memudahkan untuk mendekati mereka berbanding guru2 lain yang lebih berusia. Lagipun aku dah biasa conduct program motivasi budak sekolah, bagi ceramah, jadi fasilitator dan consultant, so memang takde masalah untuk mendekati mereka... kadang2 di waktu luar belajar boleh sembang dengan student tentang game pc terkini, manga dan komik, serta anime2 yang best.. bukan niat nak rosakkan budak2 tau...

2 kenangan yang aku paling tak boleh lupa, ada 2 orang budak form 1 jatuh hati dengan aku... adoih... siap ada bagi surat dan ada yang kata, "boleh tak cikgu tunggu saya sampai saya besar?" hahaha... Tapi aku buat tak layan je la... sebab faktor umur yang jauh beza... budak umur 13? lebih 10 tahun tuh...haha

yang kedua, waktu aku nak berhenti mengajar di hujung tahun, ramai murid2 yang salam siap nangis2... ada yang siap mintak mak ayah depa untuk buat permohonan kepada sekolah dan PIBG supaya aku disambung kontrak untuk mengajar lagi tahun depannya. Tapi mintak maaf la, kehadiran aku di sekolah tuh pun sebagai guru ganti. Lagipun aku tak berminat untuk jadikan guru sebagai profesion. Cukuplah 5 bulan di sekolah tersebut sebagai kenangan yang bermakna bagi aku. Aku rasa aku tak sesuai sebagai cikgu.

dan kepada 2 orang budak yang aku mentioned di atas, aku harapkan mereka membesar dengan baik dan menjadi gadis cantik, ayu, dan yang paling penting jadi wanita solehah... dan moga orang yang sunting korang pada masa akan datang adalah terdiri dari lelaki2 yang baik dan boleh bimbing dunia dan akhirat... mungkin pada waktu tuh kalau kita bersua lagi, aku dah pun ada 2 orang anak...

tak tau la kot sanggup isteri aku time tuh nak adik "madu" pulak.. haha

SEMESTI


yang tadi pengalaman sebagai cikgu. Kalau pengalaman sebagai budak sekolah pula, teringat zaman kat SEMESTI dulu...

Aku boleh dikategorikan antara budak separa skema jugak dulu. Nak dikatakan skema sangat pun tak boleh, sebab ada juga buat benda2 nakal yang aku tanak mention kat sini.. hehe

Tetapi bila katakan tentang cikgu2 kat sekolah, yang masih kuat dalam ingatan aku adalah Cikgu Denan (PK HEM time tuh), Cikgu Naser (Kaunselor), Ustazah Noriha, Cikgu Rohaya (cikgu add math), Ustadz Jamat, Cikgu Razali (cikgu bm masa form 3 dulu), Cikgu Ranti Sakiman (cikgu bio, merangkap penasihat silat dulu), Cikgu Yasin (cikgu sejarah & cikgu koop sekolah).. dan banyak lagi cikgu2 lain yang aku dah tak ingat nama. Malangnya takde dalam simpanan aku gambar2 mereka nih

Merekalah ibu bapa aku sepanjang 5 tahun di SEMESTI... dan di sinilah tempat aku membesar dan melalui zaman2 remaja sebelum masuk ke universiti.

Masih teringat macamana Cikgu Rohaya selalu marah2 kat aku sebab aku selalu failed add math (aku memang teruk dalam subjek tuh, terbawak2 sampai ke universiti)... dan aku tau dia marah aku sebab risaukan masa depan aku... ye la, dalam subjek lain boleh score, tapi addmath asyik sangkut je..

Aku juga masih teringat makanan kat DM yang tak berapa sedap tuh... tapi masih mampu ditelan sebab takde option lain...

Aku masih teringat bagaimana aku berjinak2 dengan hoki (walaupun tak lama), rugby (pun tak lama jugak) dan basketball (main saja2 je pun)...

Jadi wakil silat, masuk nasyid bersama lutfi, zainor and the gang... dapat anugerah tengkolok dan bengkung hitam...


Tido kat library waktu prep... best betul... especially waktu prep petang yang tak boleh nak study... kesejukan aircond library cukup membuatkan seseorang tuh terlena

Masuk pasukan bahas, walaupun akhirnya tak terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pesta piala perdana menteri dan sekadar jadi pasukan simpanan, tapi jadilah... masuk syarahan agama sampai peringkat negeri, kalah dengan MCKK, heheh... tak boleh lupa nih...

Lepak dengan aro kat kelas2 form one masa form 5, sambil ushar budak2 form one yang cun melecun... hahaha... (aro dah pun nak kawin minggu depan, alhamdulillah)

Baca Taalim depan surau lepas asar guna kitab sahih muslim, percaya tak? hehe.. sampailah satu hari ada orang belikan buku kitab taalim fadhilat amal versi color hijau... aku tak pasti samada iznan atau zain yang belikan time tuh

Jaga PA system dengan Buzz, dengan seliaan sorang cikgu yang aku dah terlupa namanya... pernah bawak kitaorang ke manjung untuk belanja makan... maklumla, kitaorang berdua la mat gadjet sekolah time tuh...


Jadi pelakon part time untuk event2 sekolah....hahaha.. tak boleh belah dengan Rafhan (berlakon sebagai banduan penjara), zainor dengan tahkim (jadi setan, haha) dan fauzi dan azma or azla (taksure, sebagai watak sufi dalam mimpi)


Masya Allah... banyaknya kenangan di SEMESTI...

Jazakallah kepada guru2... semoga khidmat dan jasa anda semua diterima dan diberkati Allah... dan terima kasih kerana membentuk kami menjadi insan yang kuat di dalam mengharungi dan berusaha mencapai cita2...

Terima kasih SEMESTI.....


Sampai ke hari ini, aku masih lagi bermimpikan sekolah....

Thursday, May 15, 2008

posting mengarut #1

Sebenarnya terlalu banyak benda nak ditulis... tapi sindrom kehilangan idea secara tiba2 melanda diri ini dan menyebabkan posting tak berilmiah yang ditulis kat sini... hehe

Mula2 sekali... alhamdulillah... hari nih berjaya kurangkan makan! ^ ^ *sengih* hehehe... satu kebanggaan, walaupun dah 4 hari pulun banyak2, hari kelima baru nak kurangkan makan... jadi la....

Dan sesungguhnya mata ini dah menjadi semakin bengkak... sebab terlalu banyak sangat mengadap laptop nih... tak kira samada untuk urusan kerja, atau untuk menonton series @ filem, atau untuk main game dan etc....

Dan juga sesungguhnya hidup ini sungguh bosan di kala kerja tak banyak sangat.... :lampi: dan menyebabkan beberapa hari ini perut rasa semacam menjerit meminta diisi berulang kali....

Sabar mie... sabar....

Teringat resipi nasik ganggohi Fendy masa bulan Ramadhan dulu.... yummy...

Sunday, May 11, 2008

Keperluan melibatkan diri dalam perniagaan

Adalah diriwayatkan di dalam Al-'Atabiya karangan Imam Malik rah.'alaih, Ibnu Ameerul Haaj r.a telah meriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab r.a suatu masa telah melawat sebuah pasar. Di pasar tersebut beliau telah melihat kebanyakan orang yang melibatkan diri dalam perniagaan adalah terdiri daripada orang 'ajam (bukan bangsa arab), malah ada sebahagiannya bukan dari golongan beriman. Keadaan ini telah menimbulkan rasa sedih di hati Umar r.a. Apabila beliau ditanya dari kalangan sahabat-sahabat yang lain, beliau telah berkata,

"Hendaklah kamu berniaga supaya bangsa bukan Arab tidak akan melontarkan kamu ke dalam fitnah yang berkaitan dengan hal ehwal dunia kamu"

Beberapa orang telah berkata kepadanya, "Tetapi ya Amirul Mukminin, Allah telah menewaskan untuk kita banyak negara dan harta-harta rampasan telah sampai di tangan kita dengan banyaknya. Ini menyebabkan kita tidak perlu lagi berniaga untuk memenuhi keperluan kita"

Umar r.a menjawab, "Jika kamu ingin melakukan sebegitu dan meninggalkan perniagaan sebagai satu tanggungjawab, kamu akan mendapati bahawa kaum lelaki kamu akan memerlukan kaum lelaki mereka, dan kaum wanita kamu akan memerlukan kaum wanita mereka"

Walaupun ini bukanlah dalil yang kuat, sebuah firman Allah ataupun hadith Nabi s.a.w, namun apa yang diperkatakan oleh Umar r.a telah terbukti pada zaman ini dan dapat dilihat oleh kita di Malaysia. Kesan daripada kurangnya penglibatan orang Melayu-Islam di Malaysia, akhirnya membawa kepada banyak fitnah kepada pelbagai sudut.

Secara umumnya, siapakah yang menguasai ekonomi negara kita sekarang ini? Adakah kita, orang Melayu-Islam, atau golongan mereka yang tidak menganut agama yang sama dengan kita? Siapa yang menguasai bidang perindustrian dan pembuatan? Tekstil? Perubatan? Pendidikan? yang menguasai gedung-gedung perniagaan? yang menguasai pertanian dan penternakan? Industri makanan?

Buktinya lihatlah sewaktu perayaan raya cina. Siapakah yang lebih menggelabah membeli barang-barang keperluan kerana khuatir kedai-kedai tidak akan dibuka sekiranya bekalan habis?

Abdul Hay Kuttani rah.a telah berkata,

"Kata-kata Umar r.a mengenai keadaan umat ini berkaitan dengan masa depan mereka telah dibuktikan kebenarannya. Oleh itu, apabila kaum muslim meninggalkan perniagaan berdasarkan syariat dan meninggalkan pekerjaan dalam lapangan perniagaan dan perdagangan, orang lain akan mengambil alihnya lalu mereka menguasai semua bidang perniagaan tersebut. Sehingga sampai ke satu peringkat di mana keseluruhan umat Islam akan memerlukan mereka yang bukan Islam dalam kehidupan mereka. Untuk setiap perkara, dari sekecil-kecilnya (perkara yang tidak penting), sehinggalah perkara-perkara yang penting, mereka tetap perlu bergantung kepada orang-orang kafir"
[Tarateeb-al-Idaariya]

Oleh itu, gesaan saya kepada semua muslimin untuk kita bersama-sama menyertai jihad ekonomi dalam memastikan keutuhan ummah terpelihara.

Doakan juga untuk saya dan rakan-rakan muslim yang lain yang baru nak mula menceburi bidang perniagaan. Semoga Allah permudahkan usaha kami bagi mencari rezeki yang halal dan pada masa yang sama menyumbang kepada agama dan umat.

Wallahualam.

Saturday, May 10, 2008

Aktiviti bila bosan di rumah

Minggu yang agak sibuk, membuatkan diri terasa capek / penat... malam tadi selepas maghrib tertidur dengan lenanya hingga membuatkan terpaksa solat isya' pada pukul 3.15 pagi.. kemudian sambung tidur sampai subuh, dan seusai solat subuh, sambung tidur lagi sampai pukul 10 pagi... Barulah terasa segar rasanya badan dan mata... hehe

Dan pagi ni kehabisan idea, memandangkan sepatutnya dari tadi berada di Sri Petaling untuk jord / ijtima' di Masjid Sri Petaling selama 2 hari. Tetapi memandangkan diri ini masih lagi mamai, dan banyak urusan keperluan diri seperti membasuh dan mengemas belum dibuat lagi, nampaknya akan pergi lewat sedikit. Tambahan pula, housemate yang seorang lagi masih belum bangun tidur... mungkin sebab turut penat dengan urusan kerja kami sepanjang minggu ini.

Pagi ini, sambil menunggu washing machine habis menjalankan tugasnya, hanya mengadap internet; check email-email, baca Utusan Online, Malaysiakini, Harakahdaily, Blog Tun Dr Mahathir, Prowaris, kemudian tengok perkembangan game online darkthrone yang aku tengah main, breakfast, tengok collection anime - Tactics untuk satu dua episod, buka komuniti Bincang.net dan reply threads yang dilihat menarik. Semuanya diselesaikan dalam masa sejam, dan aku kehabisan idea untuk buat apa lagi dah...

Sambung tido sampai zohor? hehe...

Teringat zaman kat UM dulu... kalau tido, memang lena....

Monday, May 5, 2008

away sementara....

tak dapat nak menulis dengan serius beberapa hari ini kerana nak ikram tetamu dari jauh yang datang ke kl untuk tujuan bercuti selepas tamatkan masters dia..

insya Allah akan kembali menulis dalam beberapa hari ini... :)

Friday, May 2, 2008

ALERT... aku dah 25!!!

Jazakumullah khairan katsiran kepada semua yang tak henti-henti wishkan selamat hari jadi, hepi bday dan sebagainya kepada saya melalui comment dan private message friendster, email, sms, dan panggilan telefon... Amatlah saya hargai. Moga kita sama-sama dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dan dipermudahkan hidup di dunia ini, dan diberi kejayaan yang hakiki di akhirat nanti... Insya Allah :)

Alhamdulillah... genap sudah umur 25 tahun mengikut kiraan masihi... bermakna sudah suku abad hidup di dunia. Rasanya dah terlalu banyak kenangan dalam hidup ini, susah senang yang dihadapi.. dari zaman kanak-kanak ke alam remaja hingga menjejak alam dewasa... dari zaman student, ke zaman mula bekerja dan belajar berniaga... dari usia baru nak belajar usia agama, ke waktu penuh jasbah, sampai ke 'sejuk' sementara dan baru nak kembali membina jasbah semula... dari waktu aku hanya student biasa, sehinggalah masuk politik kampus... masya ALLAH! banyaknya kenangan yang pernah aku lalui...



Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini,
Yang selama ini sering disalah erti,
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh
Jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan
Dari jalan SyurgaMu yang kuidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku untuk ke syurga?

Ku hanya hamba
Yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
De Hearty : Kembara Hidup
Semoga diteruskan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan berjaya menempa kejayaan dalam sejarah.

... dan mungkin bakal menjadi lagenda pada generasi akan datang? ;)

Thursday, May 1, 2008

Don't be afraid in failure


Persistence is an essential factor in the procedure of transmuting desire into success. The basis of persistence is the power of will.

Will power and desire, when properly combined, make an irresistible pair. Men who accumulate great fortunes are generally known as cold-blooded, and sometimes ruthless. Often they are misunderstood. What they have is will power, which they mix with persistence, and place it back their desire to insure the attainment of their objectives.

Henry Ford, a long time ago has been generally misunderstood to be ruthless and cold-blooded. This misconception grew out of him following through in all of his plans with persistence. Same as other current tycoons nowadays who had been seen as greed and cold-blooded. It's all because of this habit in pursuing success.

Those who cultivated the habit of persistence seem to enjoy insurance against failure. No matter how many times they are defeated, they finally arrive up toward the top of the ladder. Sometimes it appears that there is a hidden guide, to test men through all sorts of discouraging experiences. Those who pick themselves up after defeat and keep on trying arrive, and all the people around shout, "We knew you could do it!"

No one enjoy great achievement without passing the persistence test. Those who cannot take it, simply won't make the grade.

Those who cannot take in, are bountifully rewarded for their persistence. They receive, as their compensation, whatever goal they are pursuing. That is not all, they also receive something infinitely more important than material compensation; the knowledge that "Every failure brings with it the seed of an equivalent advantage".

"I've missed more than 9000 shots. I've lost almost 300 games. I've failed & over again in my life. And that why i suceed."

Michael Jordan

The persistence, is also a main ingredient of success, especially to those who always pursuing of it...For fear of failure, many live a life of fear, worry and regrets.

As muslims, we also do not recognize failure as the end of pursuing success. Because we do believe that behind the failure, there are hiding thousands of hikmah from ALLAH. It is just a challenge to see how we muslims depend to ALLAH. Now, it depends on us how we are going to use this habit in gaining success in this world and hereafter.

It is not just for worldly purpose, we need the persistence, but also in practicing Islam and the da'awah (exhortation)

The Prophets s.a.w, also had shown his persistence in doing the da'awah to the Arab Jahiliyyah. How we could see in the history, how the resistance from the Arab toward his da'awah, until they had made plan to kill the Prophet. But the Prophet s.a.w never stop doing the da'awah, because he knew ALLAH will forever taking care of him and Islam. Therefore he not surrender till the end of his life (peace upon him). And now, because of his da'awah, continued by Sahabah and the next generation of Muslims, we could see Islam all over the world. Yet, they succeed in their mission.

According to Baihaqi, the Prophet s.a.w once said when the leader of Arabs in Mecca asked him to stop doing the da'awah through his uncle, Abu Talib; O my uncle! If they put the Sun on my right hand, and the Moon on my left hand, I will not give up this mission until ALLAH gives success to me, or I'll die"

Wallahualam