Minggu yang agak sibuk, membuatkan diri terasa capek / penat... malam tadi selepas maghrib tertidur dengan lenanya hingga membuatkan terpaksa solat isya' pada pukul 3.15 pagi.. kemudian sambung tidur sampai subuh, dan seusai solat subuh, sambung tidur lagi sampai pukul 10 pagi... Barulah terasa segar rasanya badan dan mata... hehe
Dan pagi ni kehabisan idea, memandangkan sepatutnya dari tadi berada di Sri Petaling untuk jord / ijtima' di Masjid Sri Petaling selama 2 hari. Tetapi memandangkan diri ini masih lagi mamai, dan banyak urusan keperluan diri seperti membasuh dan mengemas belum dibuat lagi, nampaknya akan pergi lewat sedikit. Tambahan pula, housemate yang seorang lagi masih belum bangun tidur... mungkin sebab turut penat dengan urusan kerja kami sepanjang minggu ini.
Pagi ini, sambil menunggu washing machine habis menjalankan tugasnya, hanya mengadap internet; check email-email, baca Utusan Online, Malaysiakini, Harakahdaily, Blog Tun Dr Mahathir, Prowaris, kemudian tengok perkembangan game online darkthrone yang aku tengah main, breakfast, tengok collection anime - Tactics untuk satu dua episod, buka komuniti Bincang.net dan reply threads yang dilihat menarik. Semuanya diselesaikan dalam masa sejam, dan aku kehabisan idea untuk buat apa lagi dah...
Sambung tido sampai zohor? hehe...
Teringat zaman kat UM dulu... kalau tido, memang lena....
No comments:
Post a Comment