Sunday, May 18, 2008

Mari kita solah berjemaah

Allah Taala telah berfirman:

"Dan perintahlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun dan bersabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa."
(Surah Taha 20 : 132)

Allah Taala telah berfirman:

"Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan solah, yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya"
(Al-Ma'arij 70 : 19-23)

Allah Taala berfirman lagi:

"Dan orang yang memelihara solahnya, mereka itu dimuliakan dalam syurga"
(Al-Ma'arij 70 : 34-35)

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdhal daripada solah bersendirian,"
(Hadith Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Pada hari ini berapa ramai orang yang sanggup berulang alik ke tempat kerja atau perniagaan kerana jaminan keuntungan?

Misalnya, seorang yang bekerja gaji tetap, sanggup berulang alik dari Gombak ke Putrajaya kerana gaji yang bernilai RM2000-RM3000
atau seorang usahawan yang sanggup ke Sungai Petani atas urusan perniagaan yang dijangka membawa keuntungan bersih puluhan ribu ringgit...

Kenapa tidak bekerja di tempat yang berdekatan sahaja? atau berniaga di tempat yang dekat2 sahaja? Sudah pasti jawapannya adalah kerana pergi ke tempat2 yang jauh berikut menjamin keuntungan yang lebih besar...

Namun begitu, sedarkah kita? Allah Taala telah menjamin keuntungan yang lebih besar bagi mereka yang solah berjemaah... dengan hanya menggunakan sedikit sahaja dari qudrat kita untuk ke Masjid, Surau atau Musolla, ianya jauh lebih baik daripada solat bersendirian di rumah atau di tempat kerja, apatah lagi dengan langsung tidak mengerjakan solah...

Kita faham kerugian dunia yang kita akan perolehi jika kita tidak pergi ke tempat kerja, atau tidak menjalankan perniagaan...

Tetapi sedarkah kita bahawa kerugian di akhirat itu adalah lebih besar?

Dipecat dari pekerjaan, kita masih boleh mencari kerja lain... worst case of scenario kita boleh buat perniagaan sendiri... begitu juga dalam perniagaan, berapa ramai orang yang muflis berjaya bangkit semula dari kejatuhannya...

Tetapi kegagalan dan kejatuhan di akhirat, tiada ruang lagi untuk kita bangkit...

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa keuzuran, lalu membakar rumah mereka,"
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sedangkan Rasulullah yang sangat kasihkan umat pun memberi amaran sebegitu...

Ayuh kita bertekad untuk jaga solat jemaah mulai saat ini...

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan-amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat..."
At-Taubah 9 : 18

Wallahualam

eksp

No comments: