Friday, May 2, 2008

ALERT... aku dah 25!!!

Jazakumullah khairan katsiran kepada semua yang tak henti-henti wishkan selamat hari jadi, hepi bday dan sebagainya kepada saya melalui comment dan private message friendster, email, sms, dan panggilan telefon... Amatlah saya hargai. Moga kita sama-sama dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dan dipermudahkan hidup di dunia ini, dan diberi kejayaan yang hakiki di akhirat nanti... Insya Allah :)

Alhamdulillah... genap sudah umur 25 tahun mengikut kiraan masihi... bermakna sudah suku abad hidup di dunia. Rasanya dah terlalu banyak kenangan dalam hidup ini, susah senang yang dihadapi.. dari zaman kanak-kanak ke alam remaja hingga menjejak alam dewasa... dari zaman student, ke zaman mula bekerja dan belajar berniaga... dari usia baru nak belajar usia agama, ke waktu penuh jasbah, sampai ke 'sejuk' sementara dan baru nak kembali membina jasbah semula... dari waktu aku hanya student biasa, sehinggalah masuk politik kampus... masya ALLAH! banyaknya kenangan yang pernah aku lalui...



Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini,
Yang selama ini sering disalah erti,
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh
Jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan
Dari jalan SyurgaMu yang kuidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku untuk ke syurga?

Ku hanya hamba
Yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
De Hearty : Kembara Hidup
Semoga diteruskan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan berjaya menempa kejayaan dalam sejarah.

... dan mungkin bakal menjadi lagenda pada generasi akan datang? ;)

No comments: