Saturday, May 17, 2008

Selamat Hari Guru

Sebenarnya terlupa tentang Hari Guru ni, maklumlah, dah hampir sedekad meninggalkan alam sekolah, dan tak pernah pula untuk kembali untuk menziarahi SEMESTI... cuma sewaktu khutbah Jumaat yang lepas, terasa pelik apabila khatib berkata tentang profesion guru, pahala seorang guru, tanggungjawab seorang guru, peranan guru dalam masyarakat dan sebagainya. Then balik baru terperasan Hari Guru pada 16 Mei...

Kenangan?

Aku pernah jadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Bangsar selama 5 bulan dan bagi aku ianya satu pengalaman yang cukup menarik dan tak dapat dilupakan. Mengajar subjek Sains dan Pendidikan Sivik bagi menengah rendah, nampak mudah tetapi agak mencabar bagi aku. Tambahan pula aku ni aliran sains tulen, bukannya sains pendidikan. Adakalanya penerangan aku terlalu "dalam" bagi pelajar2, sampai mereka tak faham (hehe)..

Tetapi alhamdulillah, dapat membiasakan diri dengan baik, dan jadi antara kesukaan pelajar2... haha... bukan sebab apa, kerana aku masih muda, so jarak umur tak jauh beza memudahkan untuk mendekati mereka berbanding guru2 lain yang lebih berusia. Lagipun aku dah biasa conduct program motivasi budak sekolah, bagi ceramah, jadi fasilitator dan consultant, so memang takde masalah untuk mendekati mereka... kadang2 di waktu luar belajar boleh sembang dengan student tentang game pc terkini, manga dan komik, serta anime2 yang best.. bukan niat nak rosakkan budak2 tau...

2 kenangan yang aku paling tak boleh lupa, ada 2 orang budak form 1 jatuh hati dengan aku... adoih... siap ada bagi surat dan ada yang kata, "boleh tak cikgu tunggu saya sampai saya besar?" hahaha... Tapi aku buat tak layan je la... sebab faktor umur yang jauh beza... budak umur 13? lebih 10 tahun tuh...haha

yang kedua, waktu aku nak berhenti mengajar di hujung tahun, ramai murid2 yang salam siap nangis2... ada yang siap mintak mak ayah depa untuk buat permohonan kepada sekolah dan PIBG supaya aku disambung kontrak untuk mengajar lagi tahun depannya. Tapi mintak maaf la, kehadiran aku di sekolah tuh pun sebagai guru ganti. Lagipun aku tak berminat untuk jadikan guru sebagai profesion. Cukuplah 5 bulan di sekolah tersebut sebagai kenangan yang bermakna bagi aku. Aku rasa aku tak sesuai sebagai cikgu.

dan kepada 2 orang budak yang aku mentioned di atas, aku harapkan mereka membesar dengan baik dan menjadi gadis cantik, ayu, dan yang paling penting jadi wanita solehah... dan moga orang yang sunting korang pada masa akan datang adalah terdiri dari lelaki2 yang baik dan boleh bimbing dunia dan akhirat... mungkin pada waktu tuh kalau kita bersua lagi, aku dah pun ada 2 orang anak...

tak tau la kot sanggup isteri aku time tuh nak adik "madu" pulak.. haha

SEMESTI


yang tadi pengalaman sebagai cikgu. Kalau pengalaman sebagai budak sekolah pula, teringat zaman kat SEMESTI dulu...

Aku boleh dikategorikan antara budak separa skema jugak dulu. Nak dikatakan skema sangat pun tak boleh, sebab ada juga buat benda2 nakal yang aku tanak mention kat sini.. hehe

Tetapi bila katakan tentang cikgu2 kat sekolah, yang masih kuat dalam ingatan aku adalah Cikgu Denan (PK HEM time tuh), Cikgu Naser (Kaunselor), Ustazah Noriha, Cikgu Rohaya (cikgu add math), Ustadz Jamat, Cikgu Razali (cikgu bm masa form 3 dulu), Cikgu Ranti Sakiman (cikgu bio, merangkap penasihat silat dulu), Cikgu Yasin (cikgu sejarah & cikgu koop sekolah).. dan banyak lagi cikgu2 lain yang aku dah tak ingat nama. Malangnya takde dalam simpanan aku gambar2 mereka nih

Merekalah ibu bapa aku sepanjang 5 tahun di SEMESTI... dan di sinilah tempat aku membesar dan melalui zaman2 remaja sebelum masuk ke universiti.

Masih teringat macamana Cikgu Rohaya selalu marah2 kat aku sebab aku selalu failed add math (aku memang teruk dalam subjek tuh, terbawak2 sampai ke universiti)... dan aku tau dia marah aku sebab risaukan masa depan aku... ye la, dalam subjek lain boleh score, tapi addmath asyik sangkut je..

Aku juga masih teringat makanan kat DM yang tak berapa sedap tuh... tapi masih mampu ditelan sebab takde option lain...

Aku masih teringat bagaimana aku berjinak2 dengan hoki (walaupun tak lama), rugby (pun tak lama jugak) dan basketball (main saja2 je pun)...

Jadi wakil silat, masuk nasyid bersama lutfi, zainor and the gang... dapat anugerah tengkolok dan bengkung hitam...


Tido kat library waktu prep... best betul... especially waktu prep petang yang tak boleh nak study... kesejukan aircond library cukup membuatkan seseorang tuh terlena

Masuk pasukan bahas, walaupun akhirnya tak terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pesta piala perdana menteri dan sekadar jadi pasukan simpanan, tapi jadilah... masuk syarahan agama sampai peringkat negeri, kalah dengan MCKK, heheh... tak boleh lupa nih...

Lepak dengan aro kat kelas2 form one masa form 5, sambil ushar budak2 form one yang cun melecun... hahaha... (aro dah pun nak kawin minggu depan, alhamdulillah)

Baca Taalim depan surau lepas asar guna kitab sahih muslim, percaya tak? hehe.. sampailah satu hari ada orang belikan buku kitab taalim fadhilat amal versi color hijau... aku tak pasti samada iznan atau zain yang belikan time tuh

Jaga PA system dengan Buzz, dengan seliaan sorang cikgu yang aku dah terlupa namanya... pernah bawak kitaorang ke manjung untuk belanja makan... maklumla, kitaorang berdua la mat gadjet sekolah time tuh...


Jadi pelakon part time untuk event2 sekolah....hahaha.. tak boleh belah dengan Rafhan (berlakon sebagai banduan penjara), zainor dengan tahkim (jadi setan, haha) dan fauzi dan azma or azla (taksure, sebagai watak sufi dalam mimpi)


Masya Allah... banyaknya kenangan di SEMESTI...

Jazakallah kepada guru2... semoga khidmat dan jasa anda semua diterima dan diberkati Allah... dan terima kasih kerana membentuk kami menjadi insan yang kuat di dalam mengharungi dan berusaha mencapai cita2...

Terima kasih SEMESTI.....


Sampai ke hari ini, aku masih lagi bermimpikan sekolah....

3 comments:

Fancy LO said...

Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

* Selamat Hari Guru 1999 ke 2000 tah.. tak ingat.. an najmi masih berlima. ahhaha

eksp said...

hahaha... aku rasa awal tahun 1998 tuh, masa form 3.. masa tuh aku pun tak join lagi...

Anonymous said...

salam..

batch aro?
ni senior saya masa saya form 1 rasanya