Friday, May 30, 2008

Catatan Dari Ipoh

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, ketiadaan internet membuatkan hidup menjadi serba bosan. Inilah penangan internet dalam hidup aku, lebih hebat dari penangan radio, tv, astro, video game etc....

Mungkin sebab dari sekolah lagi dah terdedah dengan dunia internet...

Kalau dulu jadi gila MIRC... chatting dari siang ke malam, malam ke siang waktu cuti sekolah. Time ni la mula dah membuat banyak kawan-kawan dari serata malaysia. Waktu ni, berhenti chatting hanya untuk solat di surau dan makan. Tidur biasanya hanya lepas subuh sampai dekat nak zohor. Malam jadi kelawar. Hahaha...

Bila dah masuk UM, jadi penggila blog pula. Waktu ni sanggup tiap-tiap hari lepak di library utama, atau di lab computer Fact Science semata-mata untuk online...

Bila dah graduate, duduk rumah sewa, benda pertama yang aku install adalah stremyx... dan disebabkan kat rumah sewa tiada gadjet-gadjet lain, inilah satu-satunya medium untuk menghiburkan diri aku. Tambahan pula, housemate pun penggila internet... Ada la geng...

Kat rumah Ipoh ni sebenarnya masih ada lagi internet; TMnet. Tapi faham-faham la connection dia macamana... so aku lebih rela bayar RM16.80 kat Coffee Bean Kinta City untuk dapatkan connection yang lebih laju. Nak install streamyx kat rumah, rasa macam tak berbaloi je sebab mak dan pakcik (ayah tiri aku) bukannya selalu guna internet pun.

Dan kat sini puas hati connectionnya, sambil menikmati hot mocha latte dan choc chip cookies... emm...086

Menarik Perhatian
~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa perkembangan semasa yang menarik perhatian saya dari media, yang membuatkan saya tertarik untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Pertama - isu kembalinya Ezam ke dalam UMNO
Kedua - isu pengharaman Islam Hadhari di Selangor dan Penang
Ketiga - keganasan polis yang dipaparkan berikutan daripada isu BMC
Keempat - permintaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk diluluskan sebagai sebuah parti politik

Banyak dalam kepala ni nak buat ulasan kat sini, tetapi cukuplah rasanya benda-benda ni dalam kepala kot... untuk ulas dengan lebih akademik, atau dari sudut politik, saya rasa dah banyak blog dalam Malaysia ni yang membuat ulasannya tentangnya. Tak kira dari pihak pro Kerajaan BN, lebih-lebih lagi mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

Cuma yang lebih menarik minat saya, kedudukan seorang kenalan dari UM, saudara Nazree Yunos yang menjadi Pengerusi baru Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) bagi menggantikan Ezam. Teringat sewaktu sama-sama MPP walaupun pada waktu tu kami berlainan ideologi, dan dialah orang dari ideologi berlainan yang boleh bergaul baik dengan saya berbanding dengan orang lain.

Teringat sms yang diterima pagi tadi, bertanyakan bilakah pula aku nak interframe seperti Nazree dengan menjadi pengerusi something, atau menjadi orang kuat sesuatu pergerakan bagi memperjuangkan rakyat dan negara. Memandangkan saya punyai bakat dan kelantangan bersuara

Saya menjawab, saya ada haluan perjuangan saya sendiri. Kerana saya percaya politik bukannya satu-satunya cara untuk membaiki nasib rakyat dan ummah, bahkan ada banyak lagi kaedah atau metodologi untuk perkara itu. Antaranya melalui pembaikian pendidikan dan ekonomi.

Tambahan pula, saya tak suka terlalu serius dan mengongkong diri untuk menjaga imej dan reputasi. Terasa seperti hipokrit pula. Lihatlah blog saya misalnya, penuh dengan gambar-gambar kartun, ayat-ayat yang mengarut (heheh) dan lawak-lawak yang takde orang nak gelak melainkan diri sendiri... *hahaha*

Dan saya nak menyumbang ke arah itu... Insya Allah...

Doakan saya dan untuk seluruh umat amnya...

1 comment:

Anonymous said...

btol la bro.merujuk kes "ketidaksehaluan fahaman politik mempengaruhi hubungan rakan2", aku pon ade terase bahangnye gk la.aku ade prob la dgn golongan cenggini.masalahnye bukan kite dpt untong pape2 pon dr gadoh2 tu. mule2 nk sembang2 je, abes bile dah ade yg rase nak kalah, mule la sume jadik cm nak gadoh je..mcm kite je nk bertanding MP..cmni ke nk maju Islam, bangse penganut nye berminda cetek, berwawasan rendah..ish3. tade solution ke bro.kasik le cdgn sket.(-pembace tak setia, kdg2 je singgah..hehe)