Saturday, May 31, 2008

All The King's Men

Malam tadi baliknya dari Kinta City, sampai di rumah dalam pukul 10.30 malam... buka tv astro channel 411 (HBO) dan tengok filem All The King's Men. Bagi saya ianya sebuah filem yang menarik, genre drama politik dan mengisahkan babak-babak seorang ahli politik yang naik menjadi City Mayor sebagai seorang yang memperjuangkan kelas golongan bawah masyarakat, babak-babak hitam di sebalik tabir dalam mempertahankan karier politiknya dan berakhir dengan pembunuhan...

Bagi saya, filem ini tidak menggambarkan 100% kemiripan dengan suasana politik kontemporari di Malaysia. Namun begitu, ada beberapa kesamaan yang dapat dilihat di dalam filem ini. Tetapi perlu diingatkan, saya tidak mengaitkan kisah ini secara direct dengan mana-mana individu atau organisasi politik di Malaysia. Terpulang kepada anda untuk menilai

Silalah tonton, atau torrent dari internet 059


Kawan yang tidak sealiran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Membaca sebuah comment dalam posting yang lepas, tentang bagaimana nak berdepan dengan kawan yang tidak sealiran politik, dan bergaduh macam dia dan andalah MP... heh.. dah banyak kali berdepan dengan golongan macam nih... terutamanya mereka yang berfikiran tertutup, dan taksub seolah2 parti dan jemaah dia jelah yang betul, orang lain semua salah. Pemimpin-pemimpin dia jelah yang seolah maksum, kesalahan itu sesuatu yang mustahil... sedangkan orang lain semuanya salah walaupun tindakan itu logik

Ada 3 cara yang biasanya saya buat bila saya berdepan dengan situasi sebegini.

Pertama, sekiranya kawan yang kita kenal itu sememangnya orang yang "hardcore" dari erti kata ahli biasa (dengan kata lain, orang yang takde jawatan tinggi dalam parti pun, tapi gaya dia bercakap macamlah dia presiden parti), dari awal lagi saya akan cuba elakkan dari berbicara politik dengan dia. Kalau pun dia cuba berbicara tentang itu, tetap saya akan pesongkan supaya perbincangan sama sekali tidak akan menyentuh tentang isu tersebut.

Kedua, kalau perbincangan itu dibincangkan dengan cara yang profesional dan berhemah... dan lebih kepada sifat akademik, perkembangan dan kebaikan kepada rakyat, saya akan akhiri perbincangan itu dengan win-win situation... seolah-olah tiada siapa yang kalah di hujung perbincangan. So, tidak siapa akan rasa terguris hati dan persahabatan tidak akan terjejas.

Ketiga, worst case of scenario... saya akan keluarkan satu hujah yang akan buat dia tersenyap dan tak berani lagi nak bangkitkan isu yang sama.... tapi perkara nih agak "kejam", dan silap gaya boleh memutuskan silaturrahim... saya jarang guna kaedah ini, tetapi ada juga beberapa orang yang bersifat "keras" dengan saya kerana politik, membuatkan saya terpaksa juga guna hujah sebegini...

Tetapi perlu diingatkan, haruslah dijauhi khilaf di dalam persahabatan... kerana menyebabkan putusnya sebuah ikatan, adalah antara dosa-dosa besar...

Dan jangan disangka mereka yang tak nampak serius, dalam blognya penuh dengan gambar kartun, suka senyum dan buat lawak; tak tau apa-apa tentang perkembangan dunia semasa dan ehwal politik, kerana orang yang senyap itu kadang-kadang lebih tau apa yang berlaku daripada mereka yang bising macam tin kosong.

Wallahualam...

Moral: elakkan khilaf

Rancangan hari ini untuk ke kuantan bagi menghadiri walimah Aimi Hajar dan suaminya tak dapat dilaksanakan ekoran masalah pada kereta... Dapat iring dengan doa je la jawabnya... huhu

No comments: