Sunday, March 21, 2010

Hidup dan sibuk


Sorang sahabat aku pernah bercakap...

Dari seorang ustaz di Sri Petaling, diriwayatkan ada berkata... (macam sanad hadith la pulak... haha.. abaikan..)

Orang Islam sepatutnya takkan ada masa lapang... sebab orang Islam yang beriman, yang sebenar akan sentiasa sibuk dari siang ke malam...

Kalau diimbas pada sejarah.. dari zaman Rasulullah membawa kepada kehidupan zaman Sahabat, Tabiin dan Tabiit tabiin...pada waktu siang, kebanyakan mereka akan sibuk dengan kerja dakwah dan jihad... dengan darah dan peluh.. ada juga yang sibuk dengan mengkaji ilmu-ilmu yang lebih mendalam seperti ilmu matematik, falak dan perubatan ke tahap yang tertinggi!

Pada waktu malam pula, mereka sibuk dengan ibadah dan meratap menangis di hadapan Yang Maha Qudus... mentilawati Quran dan berzikir...


So sepatutnya kita juga mengikut jejak langkah yang sama... sibuk dengan urusan agama... hingga urusan dunia melibatkan keperluan seharian kita juga sentiasa ada padanya nur agama...

Maka sambung ustaz tadi... umat Islam sekarang... kalau tak mampu nak sibukkan diri dengan urusan agama seperti generasi salafussoleh terdahulu... sekurang-kurangnya sibukkanlah diri dengan urusan dunia... dengan niat untuk agama...

Kalau yang berniaga runcit... buat betul-betul perniagaan itu sampai boleh lawan Tesco dan Carrefour... atau yang berniaga perabot, mesti ada usaha dan impian nak setaraf dengan IKEA! dengan niat nak menegakkan muamalah Islam. (tapi kena la ikut muamalah Islam... kalau pinjaman pun amik yang konvensional... buat amalan riba'... menipu dan merasuah, takde guna bro...)


Yang dalam bidang industri... niat nak jadi engineer yang betul-betul hebat sambil bawa nama Islam di dalamnya... begitu juga kepada orang-orang IT, admin, CEO hinggalah ke peringkat office boy...

Yang jadi guru... jadi guru yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk membentuk diri anak-anak murid... sentiasa dalam fikiran macamana nak mereka berjaya, bukan sekadar untuk makan gaji

Yang buat research... buat research betul-betul sampai jumpa penemuan baru... formula baru... kalau boleh sampai boleh menang nobel la... tengok la Ibnu Sina... buku perubatan dia masih lagi dipakai sehingga ke hari ini!


Walaupun amalan ini tak sama dengan jihad dengan nyawa dan darah... at least ianya adalah satu usaha untuk menegakkan Islam dari bidang-bidang yang lain... daripada umat Islam yang ada kini penuh dengan masa lapang yang membuang masa... kerja dakwah tak buat.... ibadah tak buat... dunia pun tak berjaya... akhirnya terus terperangkap dalam dogma sendiri.... mengatakan Islam itu agama yang membawa kepada revolusi dan pembaharuan.. tapi realitinya negara-negara Islam itu sendiri yang mundur dan miskin...

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam untuk TIDAK ADA MASA LAPANG... supaya masa lapang kita sentiasa terisi...

Tapi kena ingat... tuntutan agama, tetap tuntutan agama... sibuk dalam urusan dunia, tak bermakna kita terlepas dari tanggungjawab dakwah dan jihad...

Kalau jadi CEO company nombor satu dunia pun... tapi kalau tak solat, takde gunanya...

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.....

pinjam sat gambar nih.. hehe

Monday, March 1, 2010

Berjaga malam

Aku dah kurang fit untuk stay up di lewat malam macam dulu-dulu..

Dulu waktu student... tidur pukul 2-3 pagi adalah perkara biasa... dan masih boleh bangun sebaik sahaja sebelum azan subuh berkumandang... cuma biasanya lepas waktu isyraq, akan sambung tido balik.. hehehe

Tapi sekarang, tidur pukul 2-3 pagi mengundang penat sepanjang siang untuk aku... malam semalam adalah satu contoh bila lambat tidur untuk nak siapkan beberapa kerja... akhirnya bangun pun lambat.. lagi sikit nak syuruk... pastu mula la pening-pening lalat sepanjang hari sampai la petang nih... akhirnya satu kerja pun tak dapat buat... membaca case study pun nampak bayang-bayang je...



Ingat nak cuba method baru... tidur awal lepas isya'.. lepas tu bangun dalam pukul 2 pagi ke.. baru study dan siapkan kerja-kerja lain..

Kalau ikutkan yang sepatutnya pun, memang lepas isyak sebaiknya adalah tidur awal supaya boleh bangun bertahajud... sebab itu dikatakan bahawa selepas isya' ada 3 kategori manusia..golongan pertama adalah mereka yang beruntung... yakni mereka yang menghabiskan malam mereka dengan ibadat; seperti qiyam, tilawah Quran, berzikir, bertaubat dan beristighfar... atau kumpulan level ulama' ni di waktu inilah mereka berfikir atas hukum fiqh... meneliti tafsir Quran dan martabat hadith...

Golongan kedua pulak mereka yang rugi.. di mana malam menjadi masa mereka untuk membuat dosa dan maksiat... maklumlah, malam gelap.. macam-macam boleh berlaku... tengoklah, orang yang pecah rumah pun biasanya waktu malam.... pecah masuk bank @ pecahkan mesin ATM pun waktu malam... disko dan night club pun ramai waktu malam... tak percaya, tengok la kat jalan telawi bangsar... penuh je manusia sampai ke malam... cuma orang rompak bank je waktu siang sebab malam bank tutup takde orang kecuali pak guard.. heh

Golongan ketiga pulak mereka yang pas isya' je terus masuk tidur sampai ke siang... mereka ni rugi pun tidak, untung pun tidak...

Macamana pulak dengan mereka yang menghabiskan malam dengan Astro... menonton box office... starmovie.. AXN... Animax dan seangkatannya?

Atau mereka yang habiskan malam dengan main Facebook... Friendster... YM chat...BDN?

Atau mereka yang leka main game PS3, Xbox, Wii, PSP, game PC, Lineage 2, Sim 3?

Atau mereka yang berjaga malam untuk tengok Manchester United lawan Arsenal pukul 2-3 pagi??

Sendiri mau cari jawapan la... hehehe

Kesimpulan: aku sudah mula tua untuk berjaga malam... huhu

Saturday, February 27, 2010

Kehidupan terkini


Alhamdulillah..

Sejak menginjak dalam dunia perkahwinan, jadual hidup macam lintang pukang sikit... la ni baru la kembali teratur...

Alhamdulillah... dah berpindah ke rumah sewa baru .. kini dah jadi orang kariah Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara... masa mula-mula nak solat di masjid ni, macam terkejut jugak sebab masjidnya besar macam kubu perang! (sila rujuk gambar atas).. haha

Streamyx pun baru masuk semalam... tuh sebab tiba-tiba rajin nak update blog ni..

Insya Allah... jadual hidup akan kembali normal..

Cuma walaupun dah jadi suami orang... masih jadi bujang sebab ahliah jauh di Cairo selama 3 bulan.. heh