Alhamdulillah...
Project #1
Project and product proposals dah siap, tinggal nak print yang complete version punya siap dengan warna...
Resources untuk prospecting pun rasanya dah cukup banyak, cukup untuk dicover dalam masa setahun...
Target sales dah dibuat untuk suku pertama, separuh tahunan dan suku terakhir
1st presentation projek pada hari Selasa ini di Sungai Besar, Selangor. Agak jauh, tapi bagus untuk 1st try...
Surat + Profile syarikat pun dah ready
Hafiz pun dah buat perubahan pada sijil SSM company... tinggal perubahan pada sijil MOF kontraktor dan kontraktor bumiputera yang ambil masa sampai 2 minggu.
Isnin nak hadir taklimat pembiayaan perniagaan tabungan siswazah di PUNB bersama Pendi, insya Allah nak usahakan modal untuk upgrade company kepada Sdn Bhd
Insya Allah, dah sampai masa untuk berusaha... 2 minggu yang telah digunakan untuk housekeeping company tak boleh disia-siakan dah..
Projek #2
Draf untuk Ringkasan ekskutif takaful pun dah siap, tinggal nak taip... insya Allah malam ini, atau pagi esok akan siap. So boleh hantar binding pada hari isnin...
Isnin taklimat, Selasa ke Sg Besar... mungkin lepas tuh baru usahakan untuk hantar ringkasan ekskutif nih kepada golongan sasaran kot..
Masih belum rancang macamana jadual untuk pergerakan Projek 1 dan Projek 2 supaya dapat diselarikan...
Telemarketer tengah cuti pun sampai 6 Mei, so mungkin full swing after tarikh tu kot.
Kaunter di NSK Rawang, ponteng dah masuk hari ke 3, tak tau bila ada kesempatan untuk pergi
Kaunter di KL Sentral start Khamis ni kot... tapi aku kurang berminat dengan method kaunter sangat.. tengoklah nanti macamana... Lagipun projek 1 hanya memakan masa office hour je.
Projek #3
3 mei ini ada meeting unofficial dengan lokpi dan zainor.... hehe... yang nih projek agak mengarut sikit.. tapi macam menarik...hahaha... zainor pencetus idea, dan lutfi la key-man untuk projek ni... aku? setakat jadi ahli tumpang je la...
Gurau je bro... jom kita brainstrom 3 mei nih...
Dan sesungguhnya untuk menjadi usahawan ini memang mujahadah jalannya... Perlukan kesabaran yang tinggi, tawakkal dan pergantungan hanya kepada Allah dan usaha yang berterusan... yang paling aku risau, usaha tersangkut di tengah jalan apabila nampak tak beberapa berhasil sangat. Itu sebab pentingnya berjemaah di dalam perniagaan, supaya rakan seperniagaan dapat targhib dan saling ucapkan kata2 positif sesama kita...
Suku pertama adalah merupakan kayu ukur kejayaan Projek #1, moga Allah permudahkan urusan-urusan kami ini... amin ya Allah
"Ya Allah, bagilah Hilmi berjaya dalam apa yang sedang dia dan rakan-rakan dia usahakan" =) ---- kena baca kuat-kuat ni tau...
No comments:
Post a Comment