Sunday, April 20, 2008

It's All About Perspective


Semasa Perang Dunia Pertama, ada satu peristiwa telah berlaku di sebuah hospital tentera di tengah-tengah medan perang.

Seorang jururawat sedang memeriksa satu demi satu mayat tentera yang terkorban di medan perang dengan tujuan untuk mencari sebarang barang peninggalan atau surat terakhir untuk diserahkan kepada waris mereka di kampung halaman. Sedang dia memeriksa, jururawat tersebut menemui satu mayat tentera yang tangannya sedang menggenggam sesuatu yang erat.

Di dalam genggaman tangan mayat tentera tadi, ditemui sepucuk surat yang telah direnyukkan. Jururawat tadi membuka surat tersebut dan mendapati surat tersebut telah ditulis oleh tentera tersebut kepada kekasihnya di kampung...

Kandungan surat itu menceritakan keadaan beliau sebelum terkorban ketika berada di perbatasan... Namun begitu, yang anehnya, surat itu tidak menggambarkan keadaan sebenar di medan perang yang dahsyat bermandi darah. Sebaliknya isi surat tersebut hanya menceritakan perkara-perkara indah; dataran yang menghijau, keindahan gunung-ganang, burung yang berkicau, sungai jernih yang mengalir

Dan di dalam surat itu ada satu ungkapan:

"Ianya menjadi satu pilihan sekiranya saya tersungkur di tengah-tengah medan perang, samada saya hendak terlentang mengadap ke arah langit biru yang terbentang luas, atau tertiarap mengadap bumi yang dibasahi darah"
Semua hanyalah bergantung kepada perspektif kita, termasuk perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kita ini...

2 comments:

Anonymous said...

eh..the return of the blogg....

Anonymous said...

sudah lama ku mencari, akhirnya baru ketemui jua EKSP

my contact: 013-9821983
email: ir_mnm08@yahoo.com


*sori, aku mempergunakan blog ni mcm email pulak


-Nasrul Muhaimin