Sometimes, i thinks it's much better to fall in love with someone that u know u won't have any chance get him / her.. Because, if we fell in love with someone that gives us response and hope, in the end we have to face either 2 situations, the relationship can go further to a marriage and live happily ever after till the end of life, or, u'll have to face a consequence of broken relationship... in term of before marriage, we in malay-broke-english call it 'clash dalam percintaan', or maybe to face a divorce if the relationship can further till after marriage
Tak nak bercakap pasal penceraian selepas perkahwinan, kerana situasi tuh satu benda yang susah nak dibincang dan melibatkan banyak faktor
Tapi perpisahan di kala percintaan sememangnya membawa banyak kesan dalam hidup seseorang....
Itulah sebab hati ini perlu ditarbiyyah untuk meletakkan cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya... aku masih teringat kata-kata seorang rakan yang suka pada madah-madah cinta nih...
"dalam percintaan nih, adalah satu lumrah untuk bertembung dengan kekecewaan, sedih, marah dan rasa dikhianati, lebih daripada bahagia bercinta.... kerana itulah hakikat sebuah percintaan antara dua manusia..."
Aku dah pernah melalui situasi macam nih sebelum nih, dan ternyata memang sakit terasa di hati apabila perasaan sayang yang disemai hancur macamtuh sahaja... kadang-kadang hanya kerana perintah seorang ayah, atau hanya sebuah panggilan telefon, atau hanya kerana sebuah gambar sudah cukup untuk menghancurkan sebuah kepercayaan, satu ikatan dan satu perasaan...
Kadang-kadang terasa diri ini hilang tujuan. Tertanya-tanya dalam hati, "Apa gunanya aku terus bekerja keras macam nih, sedangkan aku dah hilang 'sebuah maksud' untuk terus bekerja keras lagi"
Namun itulah hakikat... sebagai seorang manusia yang lemah...
Dan kadang-kadang ianya menjadi sebab untuk bermuhasabah balik, adakah apa yang aku buat ini adalah mengikut syariat dan sunnah? Adakah hubungan ini betul-betul bersih dan mengikut garisan Islam? Mungkin kerana dosa-dosa yang terjadi, Allah putus hubungan ini kerana hendak 'menegur' diri yang dah semakin alpa dalam mengikuti suruhanNya?
Yang nyata, hanya cinta kepada Allah yang paling berbaloi... kerana Allah tak pernah mengabaikan kita, hambaNya...walaupun melangit tinggi dosa diri ini, Allah tidak akan lewat mengampunkan hambaNya yang bertaubat dengan penuh kesungguhan...
Namun sejauh manakah diri ini mencintai Allah? Sedangkan banyak suruhanNya ditinggalkan, batasan dan laranganNya banyak dilanggari....
Ya Allah... berikan daku taufiq untuk menjadi hambaMu yang ikhlas dan bertaqwa....
No comments:
Post a Comment