Wednesday, April 30, 2008

Ayat-ayat Dakwah

Di dalam Al-Quran ALLAH telah berfirman;

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)."
[Ali-'Imran, 3:110]

ALLAH berfirman lagi di dalam Al-Quran;

"Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya."
[Ali-'Imran, 3:104]

Hazrat 'Aishah r.anha berkata, "Sekali Nabi s.a.w telah masuk mendapatkan daku dan daku telah mengetahui daripada wajah Baginda s.a.w bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Daku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji ALLAH s.w.t dan bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya ALLAH s.w.t berfirman kepada kamu, 'Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada kemungkaran sebelum datang satu suasana kamu berdoa kepadaKu tetapi Aku tidak menerima doa kamu, kamu meminta daripadaKu tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu dan kamu memohon bantuan daripadaKu tetapi Aku tidak akan membantu kami.' Baginda s.a.w tidak menambah apa-apa daripada kalimah-kalimah ini sehingga Baginda s.a.w turun (dari mimbar)"
[Hadith Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Hibban]

Imam Ghazali rah.a telah menjelaskan,

"Tidak syak lagi bahawa amr-bil-ma'ruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi-'anil-mungkar (mencegah kemungkaran) adalah satu rukun agama yang besar. Malahan setiap bahagian daripada agama ada kaitan dengannya. Justeru, untuk menyempurnakan tugas tersebut ALLAH s.w.t telah mengutuskan kesemua Nabi dan Rasul a.s. Sekiranya tugas amr-bil-maaruf dan nahi-'anil-mungkar tidak diberi perhatian dan ditinggalkan terus dari segi ilmu dan amalan maka pasti nubuwwah (kenabian) tidak akan berguna lagi (Na'uzubillah). Kesan daripada itu, sifat amanah yang menjadi sifat utama kemulian manusia akan pupus akan binasa, sifat malas dalam beribadah akan tersebar, jalan-jalan kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas, kejahilan akan berleluasa di alam ini, semua urusan akan mengalami kerosakan, perpecahan antara satu sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak dan makhluk keseluruhannya akan binasa. Kerosakan dan kebinasaan ini akan terbukti semasa berlaku perhimpunan di padang mahsyar apabila semua orang dihadapkan dan dihisab di hadapan ALLAH s.w.t"

Tidakkah sama keadaan di atas dengan apa yang berlaku di kalangan umat Islam hari ini amnya, di Malaysia khususnya?

Dalam hal ini, Imam Malik rah.a telah menulis,

"Orang yang terkemudian daripada umat ini (generasi kini dan akan datang) sekali-kali tidak akan dapat diislahkan (diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk mengislahkan orang pada zaman permulaannya (Zaman Nabi s.a.w dan Sahabat)"

ALLAH s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran

"Tidaklah sama keadaan orang yang ketinggalan (yang tidak turut serta di dalam jihad) di kalangan orang yang beriman kecuali orang yang ada keuzuran, dengan orang yang berjihad (berjuang) di jalan ALLAH s.w.t (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. ALLAH s.w.t meninggikan orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka melebihi orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan (walaupun) setiap satu (daripada kedua-dua golongan itu) ALLAH s.w.t menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan ALLAH melebihkan orang yang berjuang berbanding dengan orang yang tinggal duduk (tanpa sebarang uzur) dengan pahala yang amat besar, iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, juga keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
[An-Nisa' 4:95-96]

Alhamdulillah, sehingga kini berkat daripada usaha dakwah, Islam telah tersebar dari timur Jepun sehingga ke Barat Amerika. Di mana-mana masih ada orang yang menghidupkan sunnah dakwah Rasulullah s.a.w. Dan di mana-mana juga masih ada laungan azan dan orang yang mendirikan solah jemaah. Masih ada juga mereka yang khuruj di jalan ALLAH dengan niat untuk menghidupkan usaha agama. Juga terdapat lagi mereka yang menebalkan muka membuat amalan jaulah dan ziarah bagi menemui manusia yang lain untuk mengingatkan kembali kepada ALLAH dan ajaranNya. Masih juga terdapat mereka yang beriltizam tinggi untuk mendaulatkan Islam bukan sekadar sebagai sebuah kepercayaan, tetapi sebuah deen, sebuah kehidupan yang holistik. Semoga nusrah (bantuan) Allah Taala sentiasa bersama jemaah-jemaah yang bergerak seluruh alam. Amin...

Saya berazam untuk keluar di jalan ALLAH.

Masjid Kobe, Jepun

Islamic Center of Washington, United States

Masjid Niujie, Beijing, China


Masjid Banglay wali, Nizamuddin, India


Menghala ke kiblat yang satu.

Tuesday, April 29, 2008

Pandangan tentang politik telah terhenti?

Mungkin ramai masih ingat tentang bagaimana pandangan-pandangan dan kritikan saya sempena PRU-12 yang lepas di dalam bulletin Friendster (sebab blog lama dah tutup)... Bagaimana saya mengkritik bukan sekadar Pakatan Rakyat yang mempunyai "dasar-rojak" yang bercampur aduk, dan saya juga turut mengkritik kelemahan BN yang ketara di atas keangkuhan mereka memerintah sepanjang 50 tahun ini sehingga membawa kepada penyelewengan yang ketara di mata rakyat.

Hampir setiap hari saya memberi komen terhadap perkembangan semasa politik di tanah air. Ramai yang membalas pandangan mereka dengan pandangan mereka tersendiri. Ada juga yang menyokong pandangan-pandangan saya, ada mengkritik pandangan saya, dan tidak kurang yang mengherdik dan merendah-rendahkan pandangan saya. Namun saya tidak peduli kerana sesuatu yang benar itu tetap benar, bukankah begitu?

Namun begitu, sejak kebelakangan ini saya berhenti memberi komen seperti biasa. Bukan kerana saya pengecut, atau kerana kehabisan idea, atau kerana bersifat "hangat-hangat tahi ayam", tetapi saya telah menerima satu pandangan, atau lebih tepat lagi satu nasihat dari seorang sahabat rakan seusaha tentang hasil tulisan saya.

Kata-katanya ringkas, tapi cukup membuatkan saya berfikir kembali tindakan-tindakan saya selama ini. Katanya, "Sheikh, kita buat dakwah untuk buat seluruh umat bersatu di bawah Kalimah ALLAH, bukan untuk membeza-bezakan fikrah (ideologi) dan membuat firqah (perpecahan)"
Di dalam Al-I'tidal Fii Maratiburrijal, ada disebutkan sebuah wasiat Muaz bin Jabal kepada salah seorang anak muridnya,

"Daku memberi amaran kepadamu akan kesilapan orang yang bijaksana, kerana syaitan kadangkala berkata-kata menerusi mulut orang-orang bijaksana ('alim 'ulama) sesuatu kalimah dhalalah (sesat) dan seseorang munafiq kadangkala berkata sesuatu yang haq"

Muridnya bertanya, "Bagaimana ini? Semoga Allah menurunkan rahmatNya ke atas tuan, jikalau beginilah keadaannya. Betapa dapat daku mengetahui mana yang palsu dan yang mana yang haq?"

Muaz bin Jabal r.a pun berkata, "Berhati-hatilah dengan kata-katanya (dengan berfikir, kata-kata apakah ini? Bagaimana boleh dia berkata demikian), dan janganlah dengan kata-kata ini memalingkan kamu daripada orang-orang yang bijaksana ini. Berkemungkinan dia akan menarik balik kata-katanya atau kenyataan yang dibuatnya. Maka kamu akan mendapati kebenaran tatkala mendengarnya kerana perkara yang haq (kebenaran) itu mempunyai nur di dalamnya"

Dinukilkan daripada Abdullah bin Mas'ud, Abu Hurairah, Sa'ad, Abdullah bin Mughaffal, 'Amri bin Al-Nu'man dan Jabir r.anhum, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Mengecam seorang yang beriman adalah suatu kejahatan" (Jami'ul-Saghir)

Di dalam satu hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Wahai manusia, yang telah menerima Islam dengan lidah dan kepada mereka yang belum tertanam iman di dalam hati mereka, maka janganlah kamu mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam, juga tidak menjatuhkan (air muka) orang-orang Islam dan tidak menuruti mereka untuk mencari kesalahan (dengan maksud) untuk mendedahkannnya. Kerana sesungguhnya sesiapa sahaja yang menuruti saudara Islamnya untuk mendedahkannya (aibnya), maka ALLAH akan mendedahkan aibnya, dan jika dia 'diikuti' ALLAH, maka DIA akan menghinanya walaupun di tempat yang paling sunyi"

Terkadang-kadang di dalam membicarakan soal politik di Malaysia, membuatkan kita selalu terlanggar adab dan tertib yang boleh membawa kepada kebinasaan kita sendiri. Sememangnya ada pemerintah yang lemah, yang seterusnya membawa kepada kezaliman samada disengajai atau tidak, dan ada juga yang menganggap merekalah pejuang rakyat. Hanya apa yang mereka lakukan sahaja yang betul, mereka yang tidak bersama dengan pergerakan, atau harakah mereka adalah orang salah dan sesat. Sehingga mereka yang jujur dan amanah dalam pimpinan turut menjadi mangsa fitnah dan umpatan yang melampau dan keaiban mereka diada-adakan dan didedah merata-rata. Kata kesat sudah menjadi kepastian di antara kedua pihak.

Apabila perkara ini berturutan, firqah semakin menjadi-jadi dan umat di Malaysia akan terus berpecah belah. Cukuplah sejarah menjadi bukti, apabila Kerajaan Uthmaniyyah bertelagah dengan golongan Wahabi di Tanah Hijjaz yang seterusnya membawa kepada perpecahan khilafah Islam di serata dunia. Adakah di Malaysia juga kita hendak berpecah belah sehingga mengulang sejarah? Sehingga orang kafir mengambil kesempatan, baru kita nak berputih mata?

Dari semasa ke semasa, mungkin saya akan selitkan juga kritikan saya. Namun saya akan cuba elakkan daripada tersalah tuduh atau sehingga menyerang peribadi seseorang. Tidak salah untuk berselisih pendapat, tetapi tolonglah belajar menghormati pandangan orang lain dengan terbuka. Perselisihan pendapat antara kerajaan dan pembangkang adalah satu hikmah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kerana apa yang kerajaan buat tidak semestinya betul, oleh itu pembangkang perlu bersuara. Tetapi tidak bermakna pembangkang 100% betul.

Walaubagaimana pun, saya yakin, hanya dengan kaedah dakwah Rasulullah s.a.w sahaja yang akan menyelesaikan masalah umat dalam semua perkara. Usaha dakwah yang berterusan dengan akhlak yang disegani, pasti dan pasti dapat menarik nur hidayah ALLAH ke dalam hati-hati manusia. Yang seterusnya akan menyatukan hati-hati manusia di bawah kalimahNya,

Persoalannya, kaedah mana yang menjadi pilihan kita?

Yang lebih penting, sejauh mana saya menyertainya untuk membaiki umat? Khususnya di Malaysia.

Astaghfirullah...

Maafkan saya jika kita juga berselisih pendapat...

Monday, April 28, 2008

Munajat sebelum tidur

Actually i'd found this munajat by sami yusuf around last week. Asalnya tengok dalam web Ustaz Zaharuddin seperti biasa untuk tengok artikel-artikel beliau terkini. So ada satu lagu sami yusuf dalam youtube yang dia rekemen kepada pembaca2 website dia... then saya pun godek2 la link dalam youtube untuk cari nasyid sami yusuf yang lain dan terjumpa munajat ni... dalam pelbagai bahasa, arab, english, ada urdu pun dia campur jugak dalam munajat nih.. paham la sket2 (berkat banyak nusrah jemaah Pakistan dan India dulu2, hehe)

Tapi cukup sayu dan sedih dengar munajat nih sebenarnya, kena dengan alunan suara dan rentaknya... especially bila tutup lampu, duduk dalam bilik sorang2 dalam gelap... dan pada waktu inilah baru terasa betapa kerdilnya diri di depan Allah...

Saya dah letak dalam profile friendster saya... tapi rasanya bagus juga letak dalam blog ni, kot ada rakan-rakan yang tak buka friendster seperti sarip, azman tganu, bukhari, zhafaran and the gang.. yang korang nih pun satu hal, masuk blog aku, hantar la comment sikit ke, kat chatterbox nih... nih nak komen, ada ke patut hantar email / sms? huhuhu...

Syabas Sami Yusuf, it is indeed a good nasyeed!




Ni satu lagi yang cukup saya suka dari zaman kat UM lagi... laungan selawat yang cukup mengasyikkan... masya Allah!


Sunday, April 27, 2008

Maafkan saya makcik, tetapi saya terpaksa menolak dengan lembut perlawaan itu... bukan saya tidak menghormati ketinggian agama dan akhlak anak makcik, seorang hafizah, lulusan al-azhar... tetapi saya sendiri tidak bersih dan penuh dosa... saya tidak bersedia.... iman yang lemah, dan amal yang tak seberapa... tambah pula dengan kerjaya yang tidak stabil macam sekarang ni...

dan saya sendiri dalam satu pencarian yang belum lagi saya temui jawapannya... begitu juga dengan hubungan saya dengan seseorang yang belum pasti lagi penghujungnya bagaimana, walaupun rasanya macam makin pudar dibawa arus masa..

Rasanya inilah jawapan yang terbaik kot?
Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambaMu ini...

Saturday, April 26, 2008

Towards success

Alhamdulillah...

Project #1
Project and product proposals dah siap, tinggal nak print yang complete version punya siap dengan warna...
Resources untuk prospecting pun rasanya dah cukup banyak, cukup untuk dicover dalam masa setahun...
Target sales dah dibuat untuk suku pertama, separuh tahunan dan suku terakhir
1st presentation projek pada hari Selasa ini di Sungai Besar, Selangor. Agak jauh, tapi bagus untuk 1st try...
Surat + Profile syarikat pun dah ready
Hafiz pun dah buat perubahan pada sijil SSM company... tinggal perubahan pada sijil MOF kontraktor dan kontraktor bumiputera yang ambil masa sampai 2 minggu.
Isnin nak hadir taklimat pembiayaan perniagaan tabungan siswazah di PUNB bersama Pendi, insya Allah nak usahakan modal untuk upgrade company kepada Sdn Bhd

Insya Allah, dah sampai masa untuk berusaha... 2 minggu yang telah digunakan untuk housekeeping company tak boleh disia-siakan dah..

Projek #2
Draf untuk Ringkasan ekskutif takaful pun dah siap, tinggal nak taip... insya Allah malam ini, atau pagi esok akan siap. So boleh hantar binding pada hari isnin...
Isnin taklimat, Selasa ke Sg Besar... mungkin lepas tuh baru usahakan untuk hantar ringkasan ekskutif nih kepada golongan sasaran kot..
Masih belum rancang macamana jadual untuk pergerakan Projek 1 dan Projek 2 supaya dapat diselarikan...
Telemarketer tengah cuti pun sampai 6 Mei, so mungkin full swing after tarikh tu kot.
Kaunter di NSK Rawang, ponteng dah masuk hari ke 3, tak tau bila ada kesempatan untuk pergi
Kaunter di KL Sentral start Khamis ni kot... tapi aku kurang berminat dengan method kaunter sangat.. tengoklah nanti macamana... Lagipun projek 1 hanya memakan masa office hour je.

Projek #3
3 mei ini ada meeting unofficial dengan lokpi dan zainor.... hehe... yang nih projek agak mengarut sikit.. tapi macam menarik...hahaha... zainor pencetus idea, dan lutfi la key-man untuk projek ni... aku? setakat jadi ahli tumpang je la...

Gurau je bro... jom kita brainstrom 3 mei nih...

Dan sesungguhnya untuk menjadi usahawan ini memang mujahadah jalannya... Perlukan kesabaran yang tinggi, tawakkal dan pergantungan hanya kepada Allah dan usaha yang berterusan... yang paling aku risau, usaha tersangkut di tengah jalan apabila nampak tak beberapa berhasil sangat. Itu sebab pentingnya berjemaah di dalam perniagaan, supaya rakan seperniagaan dapat targhib dan saling ucapkan kata2 positif sesama kita...

Suku pertama adalah merupakan kayu ukur kejayaan Projek #1, moga Allah permudahkan urusan-urusan kami ini... amin ya Allah

"Ya Allah, bagilah Hilmi berjaya dalam apa yang sedang dia dan rakan-rakan dia usahakan" =) ---- kena baca kuat-kuat ni tau...

Friday, April 25, 2008

komen aku tentang Putrajaya?

Apa da... nak cari kedai fotostat pun jenuh, kena berpusing 21km dari Kementerian Kewangan untuk fotostat sijil SSM... tak mesra pelanggan betul... heheh

Overcoming Fear

A major obstacle for those on their way to the top is often the fear of public speaking. If we believe our fear is not normal or unique because we suffer strong feelings of mental and physical discomfort, actually we are wrong. The fear is normal to everybody, almost all the professionals performers or debater, even the politicians experience it.

They said, "We just train hard and control the feeling," and that's all.

We might still remember our first time being exposed to public speaking, after being asked to give a speech back days in school, or a story telling, or maybe giving an announcement on the stage before the other students. And we maybe could still remember how "gelabah" we were those days, hehe... Ada sesetengah orang sampai terhenti gugup tak dapat nak meneruskan ucapan dia di atas pentas, dan tidak perlu rasa malu, kerana ianya adalah normal.

The fear that we may feel may include the physical fear of the audience, the fear of ridicule, or of making a spectacle of yourself.. Sometimes we may think that what we have to say is not worth saying, or maybe it will bore the audience.

Fear of the audience is a mental attitude. And we, fortunately not born with attitudes, they were programmed from past experiences. If the thought of speaking in front of a group or audience terrifies us, then we may have had a bad speaking experience as a child. The event may have subjected us to criticism or ridicule by our friends, teachers, or parents. All the way it will result in a negative impact on our self-training.

I could still remember my old time in secondary school. Even I was in a boarding school (sekolah berasrama penuh), but there were not-so-good environment that might affect the building of good self-image. On that time, there were some nakal students who love to give titles or gelaran to those "nerds" (haha!) who were prominent and always up there on the stage giving speech and talks during assemblies or school's ceremonies. The gelaran such as, "gi-pang,"(gila pangkat) "char-pub," (cari publisiti) "gi-ku," (gila kuasa) made some other students who also have some talent in public speaking, avoid the chances because didn't want to be called with those gelaran.

Tapi masih ada sesetengah orang kata, lantak la apa orang nak cakap pun. Sebab akhirnya nanti latihan sebegini hanya memberi manfaat kepada mereka yang mencuba

Well, I guessed we still not that matured on those days... heh. Maklumlah, umur masih di peringkat rebung lagi.... Rasanya mereka yang suka panggil orang lain gipang those days pun dah pernah terpaksa bagi public speaking, at least in the job-interview... hahah

dengan budak-budak pengawas blok B sekolah dulu, sorang-sorang kena berucap

But alhamdulillah, I've been exposed earlier than that to the world of public speaking... even my mum always doubt about my sister's and my talent in public speaking. We were aggressive until nowadays and not too afraid to give speech before group of audience, and suprisingly opposite to our parents attitude. My late father was a quite person - not talking much, and my mother herself was not to be brave to go to the stage. Therefore, my mum once had said, "genetik mana la anak mak berdua ni ikut?" hehe...

Anyway, my sister was a debater in her school, Sekolah Tun Fatimah and currently working as a senior executive in Petronas Carigali. Before that while she was in UNSW, Sydney, she still actively giving speech and talks for forums or open debates. And for me, I managed to hold some positions in my days in UM as a student leader, and following her steps, also giving so many talks, speech and debate, attended many dialogues and forums under ministries and universities.

And what I can conclude today is, public speaking is fun!

And the excitement begins when we succeed in capturing the attention of the audience. How they laughed when we made jokes, they clapped when we say something about success or motivation, they also sank in deep emotional or sad when we said something that touched their heart...

And of course, the ability of public speaking is an essential of leadership..

ala, gambar aku gelap la pulak... huhu

Like I mentioned before, "The Pro just train hard in public speaking, and learn to control it"

Thursday, April 24, 2008

The best ciplak video clip award and the most creative and innovative award for video clips, bagi kumpulan artis amatur yang pernah saya jumpa setakat ini:
Heh, depa ni memang kreatif betullah...sebijik gaya macam raihan

If I am already a millionaire?

What would yo do if you're already a millionaire right now?


Some people say, if he is already a millionaire, he will travel all around the world; eat sushi in Tokyo, see the kangaroo in Australia, skating in Canada, or see the great spectacular of Taj Mahal in India, shopping in the malls in Europe...

Some good guys / girls say, they will perform hajj and umrah in Mecca.. do the amal jariah by donate a portion of the money to the orphan's house, yayasan kebajikan, pay the zakat etc...

Ada juga yang cakap... buat apa lagi? berjoli la

Ada yang kata nak beli rumah besar... kereta besar (nissan fairlady, or bmw, or sport mercedez benz)

Ada jugak yang cakap nak kahwin....
yang bestnya, yang dah kawin pun nak tambah kuota kalau dah jadi jutawan.

Ada yang nak merasa financial freedom, invest the money in vary portfolios of unit trusts, stocks, properties.... then habiskan masa duduk kat rumah bersama keluarga, atau dengan aktiviti masa lapang, atau bagi karkun dan daie, masa untuk sambut takazah-takazah agama yang dibentangkan

Kalau saya jadi jutawan?
Senang je jawapan saya...

If I'm already have a million, I'll just make another million using the existing million... then I'll make another 2 millions using the existing 2 millions... after that, I'll make another 4 millions using the existing 4 millions, and so on.... hehe

Nampak sangat menyerlahkan sifat bani Adam seperti yang Rasulullah sabdakan yang mafhumnya, bahawa manusia nih sifatnya bila dapat satu lembah emas, dia akan nak satu lagi lembah emas... haha, teruk betul aku ni...

Sememangnya Islam tidak melarang untuk mengumpul harta, tetapi perlu diingatkan untuk tidak mencintai harta lebih dari mencintai Allah, dan tidak menggunakan atau mencari harta dengan muamalat atau muasyarat yang haram, dan mesti banyak bersedekah dan menunaikan zakat serta tidak sombong dan angkuh bila berharta.

Agaknya inilah prinsip tycoons Malaysia seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan, Syed Mokhtar alBukhary, (Late) Lim Goh Tong, Azman Hashim, Mokhzani etc yang mengumpul sampai aset berbillion ringgit dalam hidup mereka. Natijahnya mereka inilah yang menguasai ekonomi negara pada masa kini dan mampu hidup dengan kehidupan yang mereka inginkan. Lebih rugi lagi apabila kedudukan orang Melayu Muslim di dalam senarai tycoons Malaysia sangatlah sedikit, tak sampai 7% yang seterusnya menjadi bukti yang kita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, perniagaan dan korporat.

Just read a book from MPH -How to be a millionaire from scratch. Actually I just "read" it for free, not buy it... heheh.. ini la yang bestnya bila lepak kat MPH untuk membaca buku dan menjadikannya sebagai library tanpa keahlian. Itu yang sengaja menimbulkan persoalan tadi

Wednesday, April 23, 2008

target bulan hujung bulan ini, reduce 4kg...

insya Allah!!

Laughter the best medicine

Sengaja aku nak postkan kat sini beberapa lawak yang aku terima melalui email, untuk rehlah minda... heheh

credit to adli a.k.a chubby

MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: "What is your birth date?"
Muthu : "13th October."
Interviewer : "Which year?"
Muthu : "Every year."

*****

MUTHU & HIS MANAGER*


The Manager asked Muthu at an interview... .
"Can you spell a word that has more than 100 letters in it?"
Muthu replied: "P-O-S-T-B-O- X."

*****


MUTHU & LONDON TRIP*

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, "Do I look like a foreigner?"
Wife: "No! Why?"
Muthu : "In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's
why."
Wife : ?????????

*****

MUTHU & TOURIST*


A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said
, "No sir, only babies were born here."
*****

MUTHU & HIS EXPERIMENT*

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to "WALK! WALK!"
The cockroach walked. Then he cut off it's
second leg and told the same. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.

Finally, he cut off its fourth leg and
ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.

Suddenly, Muthu said loudly, "I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes
deaf."
*****

MUTHU & DRIVER*

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, "You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive."

*****

MUTHU GOES TO HOTEL*

Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.

Seeing this, the manager asked what was he doing.

Muthu pointed towards the signboard

"* WASH BASIN * "

*****

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*

Interviewer : "Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?"
Muthu: "It's simple.. I will just stop my imagination. "

*****

*Oh... Lastly.... I forgot ............ . the funniest...*

At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ???
Because a lady journalist with a badge which read "*PRESS*" pinned on
the right part of her blouse walked past him... and he did it!

Tuesday, April 22, 2008

Burning desire

Every person who wins in any undertaking must be willing to get out from his comfortable zone, and cut all sources of retreat. Only by doing so, the person can be sure of maintaining the state of mind known as a burning desire to win, which is compulsory ingredient on the way to success.

There was a story, long while ago when a Sahabat, during Umar r.a as the khalifah, lead the muslims' army to Andalusia, Spain. the amir of the army was Tamin Dari (i think? can somebody correct me if i'm wrong?). This one of the great warrior in Islam faced a situation which made it necessary for him to make a decision which insured their success on the battlefield, or syahid for Islam and Allah. He was about to send his armies against a powerful foe, whose men outnumbered his own. He loaded the soldiers into his boats, sailed to the shore, unloaded them and equipments, then gave the order to burn the ships that had carried them. After perform praying (solat) and du'a, the amir address to his men before the battle, he said,

"You see the boats going up in smoke. That means we cannot leave these shore anymore. We have no choice -- we win, -- or syahid (perish)!"

Every human being who reaches the age of understanding of the purpose of success, wishes for it. Wishing only, will not bring success. But desiring success with state of mind that becomes an obsession, then planning definitely ways and means to acquire success. and backing those plans with persistence which does not recognize failure, will bring success.

This kind of motivation is suitable for everyone, for worldly purpose, or even in practicing Islam as preparation to hereafter...

For example, a student who is studying hard for his exam, studied because he knows the importance of the result, what he'll gain if he gets an excellent result and what he'll lose if the result is poor.
Same for a businessman, or a salesman, or an insurance / takaful agent (like me!), the desire to get a better profit, or salary, is the fuel for us to work harder to achieve success.

A muslim, who has a burning desire to achieve mardhatillah (keredhaan Allah), also will do his best in practicing the commandments of Allah and the sunnah of His Rasul, compared to a muslim who doesn't even know the virtues of practicing it.

If the thing you wish to do is right, and you believe in it, go ahead and do it! Put your dream across, and never mind what people say if you meet with temporary defeat. Perhaps, not many people know that every failure brings with it the seed of an equivalent success!

Henry Ford, poor and uneducated, dreamed of a horseless transport, went to work with what tools he possessed and without waiting for opportunity to favor him. And now, we could see how his dream come true and belts the entire earth.

Thomas Edison dreamed of lamp that could be operated by electricity. The pursue of his dream began where he stood to put his dream into action. Despite more than 10,000 failures, he stood by his dream until he made it physical reality. Practical dreamers --- DO NOT QUIT!

The Wright brothers dreamed of machine that would fly through the air. Now one may see evidence all over the world, that they dreamed soundly.

Tetapi, impian dan cita-cita tanpa perancangan dan perlaksanaan, hanyalah sebuah angan-angan yang tidak akan tercapai dan akan terus menerus menipu diri ini. Kalau kita kata mahu jadi jutawan dalam dunia perniagaan, tetapi menghabiskan masa awal pagi untuk tidur dan berehat, tidak bekerja keras, maka kita akan mensia-siakan segalanya...

Dan alangkah berbahagianya jika kita memperolehi kejayaan di kedua-dua tempat dalam kehidupan kita, di dunia yang sementara dan lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi nanti... wallahualam

Monday, April 21, 2008

Ayat-ayat Cinta


Sebenarnya dah banyak kali mendengar tentang Filem Ayat-ayat Cinta nih... Sebuah filem terbitan Indonesia. Saya tak berapa pasti main genre cerita ini samada Islamik atau Percintaan, namun agak menarik dan menyentuh bilamana menyentuh tentang percintaan dan pengorbanan antara suami dan isteri. Cerita ini berlatarbelakangkan di Mesir, diadaptasi dari novel karangan Habiburrahman el Sharazy dan bagi saya cerita ini cukup menarik sekali untuk ditonton =) Bagi seorang yang kurang berminat cerita genre percintaan seperti saya, turut tumpas sama sekali dengan filem ini.. hehe

Saya malas nak ulas lebih panjang jalan cerita nih... kalau anda nak tengok, carik la sendiri... =p

Tapi bagi saya, ungkapan yang paling terkesan di dalam hati adalah apabila watak utama (Fahri) disumbatkan ke dalam penjara di Mesir, atas tuduhan memperkosa seorang wanita mesir (Noura). Pada waktu ini, ada seorang banduan di dalam kurungan yang sama berkata kepada Fahri yang sedang dilanda kekecewaan dan patah semangat.

Katanya:

"Ingat, kisah Yusof a.s dengan Zulaikha. Zulaikha sendiri yang membesarkan Yusof di dalam kediamannya. Padahal, dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Nabi Yusof.

Fitnah, itu semua fitnah Fahri!
Zulaikha memfitnah Yusof memperkosa dia, hingga Yusof dipenjara.
Apakah Yusof memberontak? Tidak, Fahri...

Yusof a.s tahu ALLAH sedang berbicara kepadanya. Kamu tahu apa dikatakan Yusof?

Kamu tahu apa dikatakan Yusof a.s???!!!

Kata Yusof a.s, Ya ALLAH, jika memang kehidupan penjara lebih berarti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu. Daripada aku hidup bersama manusia pendusta!

Allah sedang berbicara kepada mu tentang Sabar dan Ikhlas...

SABAR dan IKHLAS itu ISLAM, Fahri....."

Cukup terkesan dengan ayat ini... huhu... jadi sentimental kejap...

Sedikit Preview, kepada yang belum tengok lagi (walaupun saya yakin ramai yang dah menonton filem tu)



Nak tengok, apa lagi? apa gunanya benda-benda yang diberi nama torrent, limewire etc.... hehehe

P/s: credit to my cousin, azree @ poyo @ GG @ tan [banyak betul a.k.a nya pun]

Sunday, April 20, 2008

It's All About Perspective


Semasa Perang Dunia Pertama, ada satu peristiwa telah berlaku di sebuah hospital tentera di tengah-tengah medan perang.

Seorang jururawat sedang memeriksa satu demi satu mayat tentera yang terkorban di medan perang dengan tujuan untuk mencari sebarang barang peninggalan atau surat terakhir untuk diserahkan kepada waris mereka di kampung halaman. Sedang dia memeriksa, jururawat tersebut menemui satu mayat tentera yang tangannya sedang menggenggam sesuatu yang erat.

Di dalam genggaman tangan mayat tentera tadi, ditemui sepucuk surat yang telah direnyukkan. Jururawat tadi membuka surat tersebut dan mendapati surat tersebut telah ditulis oleh tentera tersebut kepada kekasihnya di kampung...

Kandungan surat itu menceritakan keadaan beliau sebelum terkorban ketika berada di perbatasan... Namun begitu, yang anehnya, surat itu tidak menggambarkan keadaan sebenar di medan perang yang dahsyat bermandi darah. Sebaliknya isi surat tersebut hanya menceritakan perkara-perkara indah; dataran yang menghijau, keindahan gunung-ganang, burung yang berkicau, sungai jernih yang mengalir

Dan di dalam surat itu ada satu ungkapan:

"Ianya menjadi satu pilihan sekiranya saya tersungkur di tengah-tengah medan perang, samada saya hendak terlentang mengadap ke arah langit biru yang terbentang luas, atau tertiarap mengadap bumi yang dibasahi darah"
Semua hanyalah bergantung kepada perspektif kita, termasuk perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kita ini...

Saturday, April 19, 2008

Mari menyanyi

Sebenarnya aku cukup suka lagu ni... lagu nih seolah mengistyharkan diri kita untuk melepaskan pergantungan dengan orang lain, termasuk sahabat-handai, kekasih yang pernah kita cintai, seseorang yang boleh diharapkan dan sebagainya....

Persahabatan kadang-kadang dikhianati, percintaan manusia juga kadang-kadang berakhir dengan tragis, orang yang kita harapkan kadang-kadang boleh menjadi musuh... begitulah adat hubungan dengan manusia, perkara-perkara ini seringkali boleh terjadi... melainkan hubungan yang benar-benar ikhlas, dilandasi ukhuwah kerana ALLAH.

Hanya ALLAH lah sebaik-baik tempat pergantungan

Pasrah Segalanya
Munsyid : DeHearty

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu dukacita (terhadap apa-apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tinggi (mengatasi musuh dengan mencapai (kemenangan), jika kamu orang yang benar beriman" [Ali 'Imran 3: 139]

Takbir!!

Friday, April 18, 2008

Life and Goals

When you can answer the question, "What is my big goal in life?", you already well on your way to success.

In the early 60's, President of United States, John F Kennedy told the Americans that they will send someone to walk on moon by the end of the decade. Neither he nor NASA knew how they would get there on that time, but once the goal was established and given a deadline, the energy and scientific understanding of the nation focused on achieving it. What had seemed impossible, became reality in July of 1969, when Neil Armstrong and Edwin Aldrin landed their Apollo 11 Lunar Module on the moon.

*even though there are some rumors nowadays saying that the Apollo 11 project was just a fake... am not going to discuss about that... hehe

The same thing had been applied by our previous Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamed when he made a blueprint of development for Malaysia -"WAWASAN 2020". In this vision, he said that Malaysia will be a developed country by year of 2020. And then all the government regime had worked hard altogether to make sure the target will be achieved and the dreams about Wawasan 2020 will be come true. And now, we could see how different is Malaysia from back then, even though there were not much improvement right now under Pak Lah's regime.. I'm also not going to discuss about this...

The same principle that brought success to the national goal; of putting man on the moon or about how to develop a country, applies to our own personal goals. When you know what your big goal is, several good things happen

First, the subconscious of ours go to work, following the universal law that "What the mind can conceive and believe, it can achieve." It is because we visualize our intended destination, then the subconscious is affected by this self-suggestion and seek ideas and solutions to help you get there.

Second, because we know what we want, we recognize opportunities that will help we attain it. We get on track, then we get into ACTION!

Third, work becomes fun. We are motivated to pay the price. We budget our time, study, think and plan. The more we think about goal, the more enthusiastic we become. With that, the desire turns into a burning desire

This is the most important ingredient in the soup of success. Especially to someone who really going to be usahawan dan ahli perniagaan. And many Malays Muslims lack about this key of success

Now it is time to think and muhasabah, what are we going to achieve in our timeline... For example, for next 10 years, or 20 year, where will we and our business be standing? and how are we going to achieve the target, together with when and where are we going to start for it?

It is not a sin to work hard, but it is a sin when we work hard and at the same time we forget to accomplish the commandments of Allah. There are quite a lot of Malay Muslims who succeed in their way of business, making a huge empire and be millionaire, even billionaire, but failed as a Muslim. We are not going to talk about practicing the whole of Islam as for the individual which may be quite harder for most average Muslim, even me... But how are we going to declare ourselves as a success Muslim when the core of Islam's teaching like Solah (praying), we missed it for a purpose?

Umar r.a narrates that Rasulullah saw said, "Solah is a pillar of Deen" (Solat itu tiang agama) [Hilyat-ul-Awliya', Jami'us Saghir]

There was another hadith, (but some scholars not classify it as a Hadith Sahih), but it has the same meaning; "Barangsiapa mendirikan solat, ianya seperti mendirikan agama. Barangsiapa yang meninggalkan solat, ianya seperti meruntuhkan agama"

Therefore, it's not wrong to work hard for materials, benda-benda bersifat keduniaan; wang ringgit, rumah besar, kereta BMW, but it is about HOW, WHAT, WHEN and WHERE we implement Islam in our way of life.

And of course, in setting our target in life, don't ever forget about Hari Kemudian yang pasti dan pasti berlaku.

Wallahualam

See you at the top of the mountain of success!

belief in the unseen

ALLAH SWT says in Quran:

"Have you seen the semen that you emit (in the womb of the women)? Do you create it (transform this semen into a perfect human being), or are We the Creator?"

Al-Waqi'ah 56: 58-59

ALLAH SWT also says in Quran:

"Have you seen that which you cultivate (sow into the ground)? Is it you who cause it to grow, or are We the Grower?

Al-Waqi'ah 56: 63-64

And ALLAH SWT continues saying in Quran:

"Have you observed the water which you drink? Is it you who cause it to come down from the rain-clouds, or are We the Causer?"

"If We willed, We could turn it bitter. Why then you do not give thanks?"

"Have you observed the fire that you kindle? Is it you who have grown the tree that serves as its fuel, or were We the Grower?

Al-Waqi'ah 56: 68-72

ALLAH SWT says:

"And whoever obeys ALLAH and His Messenger (Rasulullah SAW), he has indeed achieved a great success"

Al-Ahzab 33: 71

ALLAH SWT said to Rasulullah SAW: "Say (to the ummah), If you (really) love ALLAH, then follow me (the sunnah), ALLAH will love you and forgive you your sins. And ALLAH is Forgiving, Most Merciful"

Al Imran 3: 31

Thursday, April 17, 2008

Memilih untuk bercinta?

Sometimes, i thinks it's much better to fall in love with someone that u know u won't have any chance get him / her.. Because, if we fell in love with someone that gives us response and hope, in the end we have to face either 2 situations, the relationship can go further to a marriage and live happily ever after till the end of life, or, u'll have to face a consequence of broken relationship... in term of before marriage, we in malay-broke-english call it 'clash dalam percintaan', or maybe to face a divorce if the relationship can further till after marriage

Tak nak bercakap pasal penceraian selepas perkahwinan, kerana situasi tuh satu benda yang susah nak dibincang dan melibatkan banyak faktor

Tapi perpisahan di kala percintaan sememangnya membawa banyak kesan dalam hidup seseorang....

Itulah sebab hati ini perlu ditarbiyyah untuk meletakkan cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya... aku masih teringat kata-kata seorang rakan yang suka pada madah-madah cinta nih...

"dalam percintaan nih, adalah satu lumrah untuk bertembung dengan kekecewaan, sedih, marah dan rasa dikhianati, lebih daripada bahagia bercinta.... kerana itulah hakikat sebuah percintaan antara dua manusia..."

Aku dah pernah melalui situasi macam nih sebelum nih, dan ternyata memang sakit terasa di hati apabila perasaan sayang yang disemai hancur macamtuh sahaja... kadang-kadang hanya kerana perintah seorang ayah, atau hanya sebuah panggilan telefon, atau hanya kerana sebuah gambar sudah cukup untuk menghancurkan sebuah kepercayaan, satu ikatan dan satu perasaan...

Kadang-kadang terasa diri ini hilang tujuan. Tertanya-tanya dalam hati, "Apa gunanya aku terus bekerja keras macam nih, sedangkan aku dah hilang 'sebuah maksud' untuk terus bekerja keras lagi"

Namun itulah hakikat... sebagai seorang manusia yang lemah...

Dan kadang-kadang ianya menjadi sebab untuk bermuhasabah balik, adakah apa yang aku buat ini adalah mengikut syariat dan sunnah? Adakah hubungan ini betul-betul bersih dan mengikut garisan Islam? Mungkin kerana dosa-dosa yang terjadi, Allah putus hubungan ini kerana hendak 'menegur' diri yang dah semakin alpa dalam mengikuti suruhanNya?

Yang nyata, hanya cinta kepada Allah yang paling berbaloi... kerana Allah tak pernah mengabaikan kita, hambaNya...walaupun melangit tinggi dosa diri ini, Allah tidak akan lewat mengampunkan hambaNya yang bertaubat dengan penuh kesungguhan...

Namun sejauh manakah diri ini mencintai Allah? Sedangkan banyak suruhanNya ditinggalkan, batasan dan laranganNya banyak dilanggari....

Ya Allah... berikan daku taufiq untuk menjadi hambaMu yang ikhlas dan bertaqwa....

Wednesday, April 16, 2008


Diri,
Walaupun bahtera hidup ini tidak dikemudikan oleh mu
Namun ombak tetap beralun,
Angin kan tetap terus bertiup
menghilir ke muara,
Ke arah terbenamnya sang suria di ufuk timur,
Ke arah muara, menuju ke tempat lautan yang bebas,
dan luas

Diri,
Begitulah kehidupan ini,
Walaupun daku tetap tidak berganjak
Namun rambutkan tetapkan memutih
dan usiakan tetap,
erus menghakis diri,
Ibarat batu kapur disiram hujan

Diri,
Munculnya siang tanda hilanglah malam
Leburnya ais berganti cecair
Kelahiran, kematian
Kekayaan dan kemiskinan
Kejahilan serta kecerdikan
Segala-galanya adalah kehidupan
Pilihan kita untuk berada di mana
di ufuk timur kah?
di barat kah?
di Puncak Kejayaan?
atau sekadar di lereng dan lembah kegagalan?
Kerana perintahNya menyuruh kita merancang
Walaupun rancanganNya itulah yang mutlak

Diri,
Siapa dan kemanakah halamu
Yang pastinya kita perlu berubah
Islahkan diri
Membawa ke arah kehidupan yang lebih baik
Supaya arah bahtera ini sampai destinasi yang dituju
dan moga nakhodanya turun dari bahtera dengan tersenyum
di Destinasi yang Abadi nanti

~nukilan eksp
ABC 2008, kumpulan 10

Coretan sebuah kehidupan episod dua

Rasanya sudah sampai masanya kembali untuk mencoret blog, setelah hampir setengah tahun lamanya berhenti menulis di hilmikhairi.blogspot.com. Sebenarnya hingga ke saat ini, masih berat rasa di hati meninggalkan blog lama. 4 tahun menulis di sana, mencatatkan pelbagai memori, suka duka kehidupan di alam remaja, khususnya apabila bergelar seorang mahasiswa universiti

Namun tidak pula saya katakan kehidupan sebagai seorang 'orang awam' atau orang yang sudah bekerja ini lebih mudah dan senang-lenang. Lebih mencabar!

Tambahan pula saya memilih untuk tidak bekerja tetap, sebaliknya mencari jalan untuk menjadi usahawan, ingin membina sebuah perniagaan sendiri

Dan tidak ada benda yang mudah di dunia ini. Segala-gala dugaan Allah hanyalah untuk menjadikan corak kehidupan itu lebih bermakna dan menarik.

Sehelai kertas kosong, dengan hanya satu warna.... putih atau biru atau merah atau hijau... tidak bisa menarik perhatian seseorang. Tapi andaikan kertas yang sama dicoretkan dengan pelbagai warna crayon, dan dilukis gambar Shin chan di atasnya (hehe), atau dengan warna pastel dan cat air, dilorekkan gambar sebuah permandangan, ditambah pula dengan bakat seni yang ada oleh pelukis, maka pasti ianya lebih menarik!

Susah payah, suka duka dalam kehidupan remaja meliputi dunia akademik, kepimpinan mahasiswa, percintaan, persahabatan, dan banyak lagi perkara adalah sebagai satu tarbiyyah dan pengajaran untuk menjadikan kita lebih kuat menuju ke puncak kejayaan dalam kehidupan

Yeah!!

Dan yang lebih menarik, benda yang pernah menjadi mimpi ngeri kita satu masa dulu, kini menjadi bahan gelak dan tawa kita,

Salam dari eksp