Friday, November 28, 2008

Kifarah dari Allah...

Semalam dan hari ini, aku diuji lagi...

Petang semalam, kaki kiri aku ter'peleot', atau dengan bahasa bakunya, terseliuh sebab termasuk lubang yang tak berapa nampak. Dah la kaki yang sama pernah jatuh jugak awal tahun dulu masa joging... dan berdasarkan pengalaman yang sama, aku boleh agak yang tulang buku lali aku lari sedikit... terus mintak zainor bawak aku ke tempat urut sebelum angin masuk dan sebelum sakit aku bertambah...

Masa urut, masya Allah!! Allah je tahu sakitnya macamana...

Tapi nih kurang lagi berbanding dengan masa awal tahun dulu.... aku lewat pergi berurut, maka hasilnya bengkak dah naik dan sakit masa diurut tuh buat aku rasa nak putus nyawa!! Terkeluar air mata aku walaupun ada akak dan ada sorang awek di rumah pakcik urut tuh.. huhuhu... hilang macho aku..

Tapi petang semalam tidak lagi.... hehehe

Hasilnya aku masih mampu berjalan dengan normal tanpa terhencot-hencot...

Walaubagaimana pun, kisah masih belum habis lagi...

Tadi lepas solat jumaat masa nak kuar dari masjid, aku berjalan kat belakang zainor.... dengan kehendak Allah, kami merentas sebuah longkang kecik, yang ada pengadang besi di atasnya... zainor pijak, takde apa2 berlaku... tapi bila aku pijak, "BUMMMMMM!!! GEDEBUKKK!!! ALLAHUAKBAR!!!"

Zainor toleh belakang.... aku dah termasuk longkang, tinggal kaki kanan aku dan tangan-tangan yang sempat berpaut untuk tidak jatuh sepenuhnya.... semua orang kaget dan tolong tarik aku dan alihkan pengadang besi... seluar jeans aku dah terkoyak dan berdarah kat belakang peha...

Aku masa tuh, hanya mampu gelak je.... zainor pun join gelak sekali.... bukan sebab bendanya kelakar, atau kerana zainor tak kesian kat aku... tapi mengenangkan macamana la boleh terjatuh lagi nih.... aku siap boleh terfikir masa jatuh tuh, "boleh terjatuh lagi.... adoii..."

Mungkin inilah namanya kifarah oleh Allah ke atas aku... moga-moga dengan kifarah ini dapat menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa aku... ye lah, nak dibandingkan sakit yang sedikit ini dengan dosa yang aku buat, aku rasa sakit ni apalah sangat nak dibandingkan dengan seksaan di akhirat... Moga Allah ampunkan dosa aku, dan jadi asbab untuk mempermudahkan segala urusan hidup aku di dunia ini, dan menjadi juga asbab untuk aku lebih kuat berusaha untuk hari akhirat...

Walauapa pun, bagi aku safar (perjalanan) aku ke penang ini ada terselit kenangan manis bertemu dengan sahabat-sahabat lama semasa sempat bersinggah dan beri'tikaf di markaz penang; Masjid Benggali, membuat aku sangat terharu sehingga rasa nak menitiskan air mata... (T_T)

Semoga Allah terima amalan kami yang sedikit ini, ameen....

6 comments:

En Kid said...

Salam sahabat..
masih di penang?..lain kali turun penang, betau eh..leh bawak g makan2.. :p

ermm..
kifarah Allah datang dalam pelbagai bentuk..hanya kita yang bermuhasabah saje yang tau..moga Allah sentiasa beri kita peringatan agar kita tidak leka dengan indahnya dunia ni..

Ladyship Atie said...

tergelak juge bile bace..
dapat bayangkan keadaan mase u jatuh tu..=p
kesiannye..

dust said...

sila kurangkan berat badan. haha..kejam x ayat aku? haha.. peace hilmi!

eksp said...

kedek: aku baru balik... skang kat ipoh... kalau nak jejalan kat penang, sila contact zainor... dia sedia jadi tourist guide... heheh

atie & nasrah: korang berdua memang kejam... ada ke patut gelakkan orang jatuh.... wuwuwuu...

zamrie said...

dari blog ker blog dan akhirnya disini aku tinggalkan komen, salam kenalan saudaraku. Assalammualaikom

eksp said...

zamrie: waalaikumussalam... salam kenalan kembali ^^