Ini sebuah blog di mana saya suka menulis apa yang terlintas dalam hati atau fikiran saya
Friday, November 7, 2008
Gembala Kambing...
Bila tengok macam nih... benda pertama yang terlintas adalah, macamanalah agaknya Rasulullah saw masa jadi gembala kambing dahulu?
Macam menarik pulak kalau nak menceburi bidang yang sama....
Aku hanyalah Gembala Kambing
Aku hanyalah gembala kambing...
Aku tidak memiliki rumah mewah sebagai kediaman...
Juga tidak mempunyai perabot-perabot yang mahal..
Tetapi...
Aku mempunyai laman yang luas...
Atapku seluas langit...
Lamanku hamparan bumi...
Aku hanyalah gembala kambing
Tiada wangian mahal yang melekat pada tubuhku
Hanya keringat ketika membanting diri mencari sesuap rezeki
Dan bau harmis ternakanku yang menyinggah pada jasadku
Tetapi
Hatiku cukup wangi dan bersih
Kerana tiada di hatiku hasad dan dengki
Membenci rakan sekerja, memfitnah dan menabur benci
Hanya untuk kenaikan pangkat dan gaji
Aku hanyalah gembala kambing
Tidur dan makanku sentiasa tidak menentu
Kadangkala sempat sarapan, namun ku lupa untuk santapan tengahari
Tetapi
Aku masih mampu menunaikan tanggungjawab menghadap Ilahi
Tiap kali waktunya, akan aku azan di tengah-tengah bumi Nya yang luas ini
Tidak perlu beralasan tidak solat, hanya kerana mesyuarat
Atau kerana tersangkut di lalulintas
Aku hanyalah gembala kambing
Pekerjaan ku tidak popular
Tidak dipandang, apatah lagi dapat mendampingi wanita wanita
Tidak dicari media, akhbar, mahupun disanjung memberi ucapan di pentas besar
Tetapi
Aku berkesempatan berdamping dengan alam
Pagi ku mula dengan syukur, hari aku penuh dengan sabar, malam ku diisi dengan istighfar
Aku hanyalah gembala kambing
Hidupku mudah dan zuhud
Aku tiada kemewahan
Namun,
Aku percaya pada janji Allah
Dan janjiNya, bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara
Dan aku juga percaya bahawa selagi kita menunaikan tanggungjawab yang diberikan
Nikmat yang tak terhingga akan menanti kita di sana
Kawan, biarlah orang memandang rendah pada kita
Hanya kerana kita tampak tidak popular di pandangan manusia
Biarpun tiada pakaian Armani yang menyalut badan
Hanya kurta lusuh, dengan seluar yang singkat
Tetapi,
Tanpa mereka sedari, kita memiliki segala-galanya
Lagipun,
Siapa kata gembala kambing sekarang nih miskin-miskin belaka? (hehe)
Oleh itu,
Sudikah kalian untuk bersama mencari redha Ilahi??
~eksp 2008~
nota: aku bukan gembala kambing
sila tafsir guna kapasiti sendiri lagi.... heheh (sesungguhnya aku cukup suka menguji daya pemikiran orang, termasuk diri aku sendiri)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment