Tuesday, October 21, 2008

Layang-layang terbang melayang

Aku adalah sebuah layang-layang
Aku dibuat daripada batangan lidi, dan kertas beraneka corak dan warna,
Lahirku di sebuah tempat, di tepi pantai yang indah...
Dan tempat tinggalku adalah di sebuah kedai milik pak kasim...

Aku ada ramai jiran sejak kelahiranku
Ada yang berwarna merah, biru, hijau, pelangi, gambar kamen rider, gambar shin chan... dan ada jugak yang ada lambang malaysia...
Namun satu hari aku tertanya-tanya,
Apabila melihat rakan2 aku sering bertukar ganti...
Di ambil oleh orang asing yang datang menyinggah ke kedai ini..

"Mereka dibeli oleh pengunjung pantai, untuk dilayangkan ke langit," kata layang-layang ultraman, yang merupakan sahabat baikku..
"Amenda langit tuh, man?"
Rakanku menuding ke atas
"Cuba ko lihat ke atas, yang berwarna biru tuh.... itulah dia langit yang luas"
Aku pun melihat...
Lalu aku terpana dan terkesima...
Melihat keindahan ciptaan Tuhan...
Indah, bersulam dengan kelompok awan pelbagai bentuk...
Lalu ku jatuh cinta dengannya

"Bagaimana ku akan berpeluang untuk ke atas sana?"
"Sabarlah, sampai masanya, ko akan dipilih jua..." kata rakan baikku itu...

Sejak saat itu, saban waktu pandangan aku hanya terarah ke langit...
Dan cemburuku makin membara apabila melihat rakan-rakan lain yang sekali sekala dilihat melayang di sana...

Hari demi hari berlalu....
Rakan ultraman ku telah pun berlepas ke langit biru semalam...
aku terkilan kerana aku belum terpilih....

Namun hari ini bakal mengubah nasib ku...
Seorang kanak-kanak datang memilih dan membeli aku dari pak kasim
Aku gembira!
Yes!! aku terpilih jua akhirnya...
Dibawanya aku ke pesisir pantai...
Bersama dengan dua orang rakannya lain, aku dilepaskan ke langit!!

Mula-mula aku gayat......
Tetapi, semakin lama, aku semakin seronok di atas sana...
Melihat ke bawah, tuan baruku yang semakin mengecil
Dan aku juga melihat dunia ini seolah makin mengecil
Angin semakin bertiup
Dan aku semakin meninggi..


Tetapi
Sampai satu tahap, aku tak dapat menaik lagi...
Aku terkilan... sedangkan langit itu masih luas dan jauh meninggi..
Mengapa aku tersangkut?
Aku melihat puncanya
Baru ku perasan tali yang mengikat jasadku
Aku cuba melawan untuk melepaskan diriku dari tali tersebut
Kerana ingin ku teroka lebih tinggi
Keindahan langit yang tersergam indah di atas sana...

Ku cuba... ku cuba...
Dan terputus!!
Aku gembira sekali lagi...
Kerana aku berpeluang untuk pergi lebih jauh di atas sana...

Tapi...
Eh... kenapa aku rasa lain macam?
Aku tidak lagi menghala ke atas
Tapi aku beroleng-oleng ke kanan dan kiri...
Dan akhirnya menghayun ke bawah

Oh Tuhan, apakah yang telah berlaku??

Pandanganku menjadi gelap...


Pabila ku tersedar,
Aku berada di celahan ranting dan dahan...
Aku tak tau sudah berapa lama aku di sini
Namun yang pasti, badan ku telah koyak sedikit
Corak di badanku sudah mula merosak

Hari demi hari berlalu
Aku hanya mampu melihat ke langit
Tubuhku mula mereput
Dimamah angin dan hujan
Berpanas di bawah mentari, kesejukan di kala malam

Dan akhirnya terdetik di dalam hati
"Alangkah baiknya jika aku tidak pernah mengenali langit, dan naik menujunya"

.........

Karya mengarut ~eksp 2008

* sila tafsir sendiri mengikut kapasiti anda...

Surat resign dah dihantar semalam kepada ketiga-tiga company yang aku joint selama ini...
Kembali menjadi penganggur kehormat... heheh

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan, di dalam mencari sinar yang baru
Amin..

7 comments:

Akula Nora said...

sabar ye hilmi...bukan rezeki awak dlm bidang2 tu kot. Yang penting awak dah berusaha dan pernah berusaha. Kejayaan adalah teman bagi mereka yang berusaha. Doa saya sentiasa mengiringi awak....semoga awak berjaya selalu hendaknya. Jangan berputus asa.... teruskan mencari apa yang awak mahu.

eksp said...

mekaceh la nora..

tapi apa kaitannya comment nih dengan karya "layang2 terbang melayang" tuh? polik pulak eden nehh...

heh

Ladyship Atie said...

salam..
the poem is seriously nice n i wuz touched..
subhanallah..
what a big significant the layang2 is!
Keep it up!
Barakallahufik~

eksp said...

atie: layak panggil poem ke?
tak tau nak kategorikan kat mana... rasanya penulisan kreatif kot.. hehe

Ladyship Atie said...

poem=puisi.
penulisan lreatif=puisi.
sbb i think x ada english word untuk category penulisan kreatif=p
wallahua'lam..
ape2 je la kan?
=D

Anem Arnamee said...

MENARIK..ehehe..
salam (^_^)

eksp said...

atie: haah... apa2 je la... poem ke, puisi ke.. penulisan kreatif ke..

karangan autobiografi pun boleh... heheh

arnamee: menarik? mekaceh... ^^