Saturday, October 11, 2008

Mereka ke UK...

Kelmarin bergerak dari Ipoh ke KLIA, hantar kakak, abang ipar dan anak sedara ke sana, mereka bakal berada di Southampton, UK selama setahun sebab kakak sambung belajar di sana.

Alhamdulillah, setakat pukul 3 petang waktu Malaysia semalam, mereka dah sampai di Amsterdam untuk transit, dan sepatutnya flight mereka akan ke direct ke Southampton today.

Yang pasti, kehilangan anak sedara yang sorang nih akan membuatkan ramai orang rindu berbanding dengan mak bapaknya yang dah biasa hilang dan pergi jauh... heheh

Opah dan atuknya (my parents) dah mula dok sebut2 pasal cucu pertama kakak aku nih dari semalam sampai la pagi nih. Itulah dia bila opah dan atuknya yang jaga cucu sepanjang setahun setengah dari dari saat dia lahir sampai la sekarang dah pandai bermain...

Dan yang pasti juga, rumah Ipoh nih akan kesunyian sedikit nanti....

Muhammad Mukmin yang comel...

Ayahcu mu turut akan merindui mu jugak.... huwaaa....

No comments: