Banyak peristiwa yang berlaku... dan alhamdulillah, raya tahun nih disambut dengan sangat meriah oleh kami sekeluarga... gambar-gambar semasa raya ada diletak dalam friendster dan juga di dalam jurnal BDN... macam malas nak tempek kat sini... hehe
Azam selepas Aidilfitri, nak teruskan tilawatul Quran... yang alhamdulillah dapat istiqamah sampai ke hari ini... azam juga nak bangun tahajud setiap malam... jaga solat fardhu berjemaah... dan yang paling penting sekali, nak turunkan berat badan seturun yang boleh!
kenapa nak turunkan berat badan tuh yang paling penting sekali? sebab nak memudahkan untuk beribadat, dan juga memudahkan untuk berjihad... betul tak??
Yang penting, selepas Aidilfitri nih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera... banyak perkara yang selama ini di peringkat perancangan, sudah tiba masanya untuk dilaksanakan.. Insya Allah, doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan...
Rasanya belum terlewat lagi untuk ucapkan seperti berikut, kan?
salam Aidilfitri, minal 'aidil wal faizin, maaf zahir & batin
buat semua rakan BDN, blogger, friendster, ikhwan, rakan2 seusaha dan all silent readers yang mengikuti blog ini dan juga jurnal di BDN...
moga Allah terima segala amalan kita sebagai amalan yang soleh dan ikhlas di sisiNya... amin..
buat semua rakan BDN, blogger, friendster, ikhwan, rakan2 seusaha dan all silent readers yang mengikuti blog ini dan juga jurnal di BDN...
moga Allah terima segala amalan kita sebagai amalan yang soleh dan ikhlas di sisiNya... amin..
No comments:
Post a Comment