Kelmarin, Zainor sampai ke KL.. Hasratnya untuk khuruj 40 hari... dan alhamdulillah, telah selamat sampai ke markaz Masjid Sri Petaling untuk proses pembentukan jemaah dan segalanya...
Dalam perbincangan dengan dia, setelah menceritakan pelbagai perkara... tercetus idea untuk berhijrah, keluar dari Kuala Lumpur dan Selangor..
Semalam, bertemu Lutfi pulak... di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang... berbual dari pukul 10 malam sampai dekat pukul 1 pagi...
Cetusan yang sama untuk berhijrah... siap nak join sekali pulak tuh... heheh
Malam tadi tak dapat nak tidur nyeyak sebab memikirkan rancangan penghijrahan ini...
Mungkin berhijrah itu lebih baik... mengumpul kekuatan di tempat lain.... beruzlah meninggalkan terlalu banyak memori dan suka duka yang ada di Kuala Lumpur nih...
Tengoklah nanti macamana...
Pagi ni pulak, menghabiskan masa membalut kotak...
Kotak-kotak untuk berpindah pun dah ada... kena mula mengemas dari hari nih la kot... nak kemas bilik nih pun amik masa 2 bulan rasanya...
Hehehehe...
1 comment:
amin~~~~~~~
Post a Comment