Cerita nih dapat dari BDN sebenarnya.... teringin nak kongsikan kat sini...
Dan sangat bernostalgia bagi aku.... hehe
=============================
Aku datang dari keluarga yg besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang; utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir... ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja... bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barakatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.
P/S: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat).
===================================
Hahaha..
Jangan test kat rumah pulak buat macam nih tau....
Sekadar 1 siri kisah yang penuh hikmah...
Dan aku rasa nostalgia jugak bagi sesetengah orang.... betul tak?
credit pada kak merah atas cerita yang dikongsikan....
Ini sebuah blog di mana saya suka menulis apa yang terlintas dalam hati atau fikiran saya
Friday, October 31, 2008
Thursday, October 30, 2008
masih demam
Hari nih masih demam....
Cuma better dari hari-hari yang sebelumnya...
Tertarik dengan video ni... jumpa dalam youtube....
Hehehe..
Sama la macam aku pening2 time demam nih...
(mode perasan comel)
Moga esok lebih baik kesihatan, amalan dan segalanya daripada hari ini.... amin...

Tuesday, October 28, 2008
Aku, demam dan doktor....
Hari ini saya demam....
Bermula dari malam tadi lepas maghrib dah ada nampak simptom-simptom demamnya... badan rasa seram sejuk... dan punya sejuk kalau terkena kipas dan air... macam kena ais..
Pukul 4 pagi... terbangun dari tido, dan rasa badan yang teramatlah panas... macam pegang tepi luar peti ais panasnya... tapi badan tak berpeluh2... apa lagi, cepat-cepat ambil tuala, basahkan dengan air dan lilit kat kepala untuk elakkan dari panas naik kat otak....
Dan sampai waktu sekarang nih, rasa macam dah ok sikit... cuma masih lagi ada rasa demamnya.... tengah kuat berpeluh, dan ulang alik ke bilik air sebab ada diarrhoea sikit...
Harapnya by esok akan sembuh...
Sejarah demam dalam hidup
Aku bukanlah orang yang selalu demam... dalam setahun, adalah sekali je demam kot... tapi sekali demam, memang betul-betul demam punya....
Tahun lepas, aku demam dekat sebulan... siap tersilap makan antibiotik, jadi demam tuh makin berlarutan, siap kaki kebas macam kena gout lagi.... sebulan tu betul2 sebelum nak masuk Ramadhan...
Kalau 2 tahun lepas (2006), demam waktu lepas siapkan tesis... ada la dalam 2 minggu jugak kot...
Tahun 2005, demam dekat sebulan jugak, after bulan raya.... time nih baru lepas pilihanraya kampus etc...
Tahun 2004, demam dekat sebulan lebih jugak.... after balik dari khuruj di Jakarta...
Harapnya tahun nih tak selama itulah demamnya.... amin....
p/s: takut nak makan ubat..... hehehe

Monday, October 27, 2008
Nasyeed
Layar Keinsafan
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Allah Ta'ala berfirman di dalam Al Quran,
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)
Allah Ta'ala berfirman lagi di dalam Al Quran,
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”
(At-Tahrim: 8)
Firman Allah Ta'ala lagi di dalam Al Quran,
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(An-Nur: 31)
Semoga hati ini menjadi tenang dan bersih.... amin...
Friday, October 24, 2008
Sebuah Cerita
Terbaca sebuah kisah yang menarik pagi ini, lalu tergerak hati untuk kongsikan di sini:
Ketika angin bertiup kencang pada lewat malam, seorang pegawai tentera laut berjalan-jalan di atas kapalnya seorang diri utuk melayan fikiran yang berserabut. Entah macamana dalam gelap itu kakinya tersadung tali. Dia tersungkur dan.... Buurrr!!! Tercampak ke dalam laut. Pegawai itu tenggelam timbul dilambung ombak yang sedang menggila.
Dia pun apa lagi, menjeritlah minta tolong. Jerung pun banyak di kawasan itu.
Tiba-tiba sebuah pelampung dilempar ke arah pegawai itu oleh seorang anak kapal yang lain. Dia pun terus menerkamnya. Maka selamatlah dia, ditarik semula ke atas kapal.
"Terima kasih. Kalau awak tak ada, tentu saya mati lemas," kata pegawai itu kepada anggota yang menyelamatkannya.
"Tak apalah tuan... sebenarnya saya belum tidur lagi. Bila dengar ada benda jatuh dan suara tuan menjerit-jerit minta tolong, saya terus bangun," balas anggota itu.
"Saya akan balas jasa awak. Saya akan maklumkan hal ini pada semua anggota kita," kata pegawai itu
Tiba-tiba, nak tahu? Anggota itu panik. "Jangan tuan! Jangan! Diamkan saja benda ni, sebab kalau diaorang tahu, mampus saya. Mesti saya pulak yang akan kena campak ke laut?"
Faham tak jalan cerita nih? hehe... Faham-fahamkan lah sendiri ye....
Dipetik dari Buku "Buat Sampai Jadi"
Tulisan DR HM Tuah Iskandar
p/s: boleh bayangkan semua orang atas kapal tuh benci sangat dengan pegawai tuh... hahah

Tuesday, October 21, 2008
Layang-layang terbang melayang
Aku adalah sebuah layang-layang
Aku dibuat daripada batangan lidi, dan kertas beraneka corak dan warna,
Lahirku di sebuah tempat, di tepi pantai yang indah...
Dan tempat tinggalku adalah di sebuah kedai milik pak kasim...
Aku ada ramai jiran sejak kelahiranku
Ada yang berwarna merah, biru, hijau, pelangi, gambar kamen rider, gambar shin chan... dan ada jugak yang ada lambang malaysia...
Namun satu hari aku tertanya-tanya,
Apabila melihat rakan2 aku sering bertukar ganti...
Di ambil oleh orang asing yang datang menyinggah ke kedai ini..
"Mereka dibeli oleh pengunjung pantai, untuk dilayangkan ke langit," kata layang-layang ultraman, yang merupakan sahabat baikku..
"Amenda langit tuh, man?"
Rakanku menuding ke atas
"Cuba ko lihat ke atas, yang berwarna biru tuh.... itulah dia langit yang luas"
Aku pun melihat...
Lalu aku terpana dan terkesima...
Melihat keindahan ciptaan Tuhan...
Indah, bersulam dengan kelompok awan pelbagai bentuk...
Lalu ku jatuh cinta dengannya
"Bagaimana ku akan berpeluang untuk ke atas sana?"
"Sabarlah, sampai masanya, ko akan dipilih jua..." kata rakan baikku itu...
Sejak saat itu, saban waktu pandangan aku hanya terarah ke langit...
Dan cemburuku makin membara apabila melihat rakan-rakan lain yang sekali sekala dilihat melayang di sana...
Hari demi hari berlalu....
Rakan ultraman ku telah pun berlepas ke langit biru semalam...
aku terkilan kerana aku belum terpilih....
Namun hari ini bakal mengubah nasib ku...
Seorang kanak-kanak datang memilih dan membeli aku dari pak kasim
Aku gembira!
Yes!! aku terpilih jua akhirnya...
Dibawanya aku ke pesisir pantai...
Bersama dengan dua orang rakannya lain, aku dilepaskan ke langit!!
Mula-mula aku gayat......
Tetapi, semakin lama, aku semakin seronok di atas sana...
Melihat ke bawah, tuan baruku yang semakin mengecil
Dan aku juga melihat dunia ini seolah makin mengecil
Angin semakin bertiup
Dan aku semakin meninggi..
Tetapi
Sampai satu tahap, aku tak dapat menaik lagi...
Aku terkilan... sedangkan langit itu masih luas dan jauh meninggi..
Mengapa aku tersangkut?
Aku melihat puncanya
Baru ku perasan tali yang mengikat jasadku
Aku cuba melawan untuk melepaskan diriku dari tali tersebut
Kerana ingin ku teroka lebih tinggi
Keindahan langit yang tersergam indah di atas sana...
Ku cuba... ku cuba...
Dan terputus!!
Aku gembira sekali lagi...
Kerana aku berpeluang untuk pergi lebih jauh di atas sana...
Tapi...
Eh... kenapa aku rasa lain macam?
Aku tidak lagi menghala ke atas
Tapi aku beroleng-oleng ke kanan dan kiri...
Dan akhirnya menghayun ke bawah
Oh Tuhan, apakah yang telah berlaku??
Pandanganku menjadi gelap...
Pabila ku tersedar,
Aku berada di celahan ranting dan dahan...
Aku tak tau sudah berapa lama aku di sini
Namun yang pasti, badan ku telah koyak sedikit
Corak di badanku sudah mula merosak
Hari demi hari berlalu
Aku hanya mampu melihat ke langit
Tubuhku mula mereput
Dimamah angin dan hujan
Berpanas di bawah mentari, kesejukan di kala malam
Dan akhirnya terdetik di dalam hati
"Alangkah baiknya jika aku tidak pernah mengenali langit, dan naik menujunya"
.........
Karya mengarut ~eksp 2008
* sila tafsir sendiri mengikut kapasiti anda...
Surat resign dah dihantar semalam kepada ketiga-tiga company yang aku joint selama ini...
Kembali menjadi penganggur kehormat... heheh
Semoga Allah mempermudahkan semua urusan, di dalam mencari sinar yang baru
Amin..

Sunday, October 19, 2008
Menjiwangkan diri di kala hujan malam ^ ^
malam2 nih... mari menjiwangkan diri....
Permata yang Dicari
D'hearty
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Menjaga Hati
Yovie & Nuno
Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah bertanda
Cinta tak disini lagi kau telah berpaling
Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Ooh oooh
Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meskipun kulihat kau kini diseberang sana
Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati
Sejujurnya aku masih mengharapkanmu
oooh ooohh
(tapi aku rasa vid clip dia spoil sket.... mulut gerak dulu dari lagu :D)
.

Saturday, October 18, 2008
Thanks =))
Nora: Thanks for the "award"... dah letak kat sidebar tuh... adakah dengan award ini, akan membawa kepada gelaran Dato', or Tan Sri whatsoever??
Hehehehe
Lewat malam tadi, seorang sahabat rapat aku bercakap,
"Mie, nape aku tengokhang macam monyok je minggu nih?"
Aku jawab,
"Biasa la... penat dengan kerja yang tak habis-habis..."
Dia berkata lagi,
"Penat dengan kerja? Bukan ko selama nih pun dah sibuk memanjang ke? Ke ko ada masalah lain?"
Aku jawab balik,
"Eh, ko taknak tambah order air ke? Teh halia ke... teh tarik ke....."
(aku memang suka betul tukar topik perbincangan tau.... hahaha)
Tetapi walaumacamana pun, aku tetap hargai sahabat-sahabat rapat aku, yang tersangatlah prihatin... Dan aku bersyukur kerana ditemukan dengan korang semua... Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua, tak kira di mana anda berada...

Jamuan Raya Alumni 5th College
Tadi pergi ke jamuan raya merangkap alumni 5th college, tempat aku bermukim sepanjang di universiti dahulu... Batch2 dari tiga generasi pengetua kolej dihimpunkan, dari zaman Tuan Hashim (pengetua kolej dari tahun 1987), Datuk Dr Azaraei sehinggalah Dr Salihin Baba... ada lebih kurang 80 orang yang hadir tadi di Astaka Kolej.
Soalan-soalan biasa akan diterima dan telah dijangka:
1. Sekarang duduk kat mana?
2. Kerja mana?
3. Dah kawen belum? bila nak buat majlis?
Jawapan yang aku dah rangka, ringkas dan padat:
1. Tinggal di area Midvalley je..
2. Kerja sendiri, buat freelance
3. Belum.. calon takde dan takde niat nak mencarik
Senang, ringkas dan padat
Dapat tiga jemputan kahwin oleh senior-senior dulu... wahh.. "musim mengawan" sudah hampir bermula kembali!!
cak pongg... cak ponggg.....

Thursday, October 16, 2008
Lelaki di akhir zaman...
Aku saje search "Hilmi Khairi" dalam google...
Pastu ntah macamana aku boleh terjumpa sebuah coretan lama aku dulu kat ukhuwah dot com... hehe..
Macamana la karya aku yang entah hape2 tuh pun ada orang minat nak copy n paste... Tetapi terharu pun ada jugak rasanya...
Terharu sebab ada orang menilai karya sendiri...
dan terharu sebab teringatkan aku masa muda remaja dulu....
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat
keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan
leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu
yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah
yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir
copied from hilmi khairi

Berhijrah?
Kelmarin, Zainor sampai ke KL.. Hasratnya untuk khuruj 40 hari... dan alhamdulillah, telah selamat sampai ke markaz Masjid Sri Petaling untuk proses pembentukan jemaah dan segalanya...
Dalam perbincangan dengan dia, setelah menceritakan pelbagai perkara... tercetus idea untuk berhijrah, keluar dari Kuala Lumpur dan Selangor..
Semalam, bertemu Lutfi pulak... di Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang... berbual dari pukul 10 malam sampai dekat pukul 1 pagi...
Cetusan yang sama untuk berhijrah... siap nak join sekali pulak tuh... heheh
Malam tadi tak dapat nak tidur nyeyak sebab memikirkan rancangan penghijrahan ini...
Mungkin berhijrah itu lebih baik... mengumpul kekuatan di tempat lain.... beruzlah meninggalkan terlalu banyak memori dan suka duka yang ada di Kuala Lumpur nih...
Tengoklah nanti macamana...
Pagi ni pulak, menghabiskan masa membalut kotak...
Kotak-kotak untuk berpindah pun dah ada... kena mula mengemas dari hari nih la kot... nak kemas bilik nih pun amik masa 2 bulan rasanya...
Hehehehe...

Tuesday, October 14, 2008
Semalam, dan Doa Untuk Esok
Ya Allah,
Hari-hari semalamku penuh duka,
Maka gembirakanlah daku pada hari ini dan hari-hari mendatang...
Semalam ku penuh dengan dosa dan maksiat,
Maka ku sujud memohon ampun padaMu ya Allah...
Agar hari-hari mendatangku, ku lalui dengan hati bersih, sejernih air bukit yang menghilir
Semalam ku rasa hari-hariku seolah kelam,
...gelap
.....tiada arah...
Maka ku pohon padaMu ya Allah,
Agar diKau jadikan hari ini dan yang mendatang terang di bawah suluhan hidayah dan taufiqMu
Hari semalam aku rasa ditipu, dikhianati, dibohongi...
Maka selamatkanlah daku dari sebarang tipu daya sebegitu...
Semalam daku rasa seolah daku tinggal sebatang kara...
Keseorangan...
Kesunyian meliputi diri...
Maka temanilah daku...
Dan jadikanlah hamparan sejadah ini sebagai peneman diriku
Doa menjadi tempat bicara ku...
Quran dan Hadith menjadi tempat di kalamku...
Malam-malam sebagai teman munajatku...
Dan hadirkanlah teman-teman seperjuangan yang akan terus membisikkan kata-kata semangat buatku
Hari-hari semalamku penuh dengan tangisan..
Maka jadikanlah hari ini dan yang mendatang,
Hari-hari yang penuh dengan senyuman... gelak tawa gembira...
Jika hari ini aku rasa berdendam, ingin membalas kejahatan orang lain padaku,
Maka jernihkanlah hati aku,
Dan isilah ia dengan sifat memaafkan
Pada Mu lah tempat daku adukan rintihanku...
Semoga ribut petir yang aku hadapi semalam...
Kilat yang sabung menyabung...
Ribut yang menakutkan...
Langit yang kelam...
Berganti sinar pelangi yang indah pada hari ini....Amin...
~eksp 7.15am
Monday, October 13, 2008
Hmmm...
Plan A dah failed... for some reasons yang tak dapat nak dielakkan... even I'd been worked it out start from the first quarter of the year... Itu pun dah berkali-kali diubahsuai untuk fit dengan purpose of the project...
Tapi hati tetap kena sabar... selepas fikir dengan sebaik mungkin, it's better to declare yang project tu terpaksa ditangguhkan untuk satu jangkamasa yang agak lama jugak...
So...it's time to switch to Plan B... yang baru difikirkan beberapa hari yang lepas... hehe
Moga Allah permudahkan segala urusan... insya Allah...
Dua minggu berada di Ipoh, dah tiba masanya untuk kembali KL...

Saturday, October 11, 2008
Mereka ke UK...
Kelmarin bergerak dari Ipoh ke KLIA, hantar kakak, abang ipar dan anak sedara ke sana, mereka bakal berada di Southampton, UK selama setahun sebab kakak sambung belajar di sana.
Alhamdulillah, setakat pukul 3 petang waktu Malaysia semalam, mereka dah sampai di Amsterdam untuk transit, dan sepatutnya flight mereka akan ke direct ke Southampton today.
Yang pasti, kehilangan anak sedara yang sorang nih akan membuatkan ramai orang rindu berbanding dengan mak bapaknya yang dah biasa hilang dan pergi jauh... heheh
Opah dan atuknya (my parents) dah mula dok sebut2 pasal cucu pertama kakak aku nih dari semalam sampai la pagi nih. Itulah dia bila opah dan atuknya yang jaga cucu sepanjang setahun setengah dari dari saat dia lahir sampai la sekarang dah pandai bermain...
Dan yang pasti juga, rumah Ipoh nih akan kesunyian sedikit nanti....

Thursday, October 9, 2008
Sekalung Hadith
Lepas subuh tadi, ambil peluang untuk baca sepintas lalu buku lama, "an-Nashaaih ad Diniyah wal-Washaayal Imaaniyah" (Nasihat Agama, Wasiat Iman) karangan Imam Habib Abdullah Haddat. Antara buku paling lama yang aku simpan dari zaman sekolah lagi sampailah sekarang. Cuma ditinggalkan di Ipoh selama ni.
Sedang selak menyelak, terjumpa hadith di bawah ni di antara helaian terakhir. Lalu tergerak di hati untuk kongsikan kat sini...
===========================================
Daripada Abu Zar r.a, meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., yang meriwayatkan terus daripada Allah azzawajalla, sabdanya: "Telah berfirman Allah Ta'ala,
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan penzaliman ke atas DzatKu, dan aku mengharamkan juga kezaliman di antara sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian sesat, kecuali orang yang Aku berikan hidayah (petunjuk), maka pintalah daripadaKu hidayah, nescaya Aku tunjukkan jalan hidayah itu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian lapar, kecuali orang yang Aku berikan makanan, maka pintalah makanan daripadaKu, nescaya Aku berikan kamu makanan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian telanjang, kecuali orang-orang yang aku berikan pakaian, maka pintalah daripadaKu pakaian, nescaya Aku berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian kerap melakukan kesalahan siang dan malam, dan Aku sentiasa mengampunkan segala dosa, maka pohonlah pengampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampuni kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekalian tidak mampu merancang sesuatu mudarat untuk memudaratkan Aku dan tidak juga mampu merancang sesuatu manfaat untuk memanfaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan orang-0rang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada daripada golongan manusia dan jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang di antara kamu, tidak akan menambah barang sedikitpun di dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari golongan manusia dan jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang di antara kamu, tidak juga akan mengurangkan barang sedikitpun dari kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Andaikata orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari golongan manusia mahupun jin, semua berkumpul di atas sekeping tanah lalu mereka memohon daripadaKu, nescaya Aku akan mengabulkan tiap-tiap seorang apa yang dimintanya, tidak akan terkurang sedikitpun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurungnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaKu! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan untuk kamu sekalian, kelak di kemudian hari akan Kubalas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima yang baik, maka hendaklah ia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa menerima sebaliknya, maka janganlah ia menyalahkan orang lain, selain daripada diri sendiri."
Hadith riwayat Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah
====================================================
Wallahualam...
Dah lama dengar tentang hadith ni, tetapi ini kali pertama Allah temukan dengan matan hadith yang penuh siap dengan dalam bahasa Arabnya sekali.
Moga Allah bagi taufiq untuk amal dan sampaikan

Senandung malam
Di kala renyai malam menitis ke bumi
Daku masih di jendela
Sedang meneku dagu di sisi
Memikirkan kehidupan yang telah ku lalui
Zaman kanak-kanak ku penuh keriangan
Senyum tawa bersulam suka
Zaman remaja yang penuh ceria
Sahabat dan taulan peneman duka
Namun
Tiada mungkin hanya senyum tawa,
Tanpa muram durja
Tiada suka,
Tanpa duka
Itulah lumrah kehidupan
Sebagaimana malam temannya siang
Dingin temannya panas
Begitulah juga gembira bersama duka
Di kala renyai hujan mula perlahan
Membawa rintik ke kaca jendela
Daku terus termenung
Mengenang kehidupanku kini
Di manakah daku kini?
Sedang mereka ramai yang mengejar kehidupan dengan penuh kejayaan
Kerjaya... Pelajaran...
Malah yang sedang sibuk merebut akhirat
Aku masih lagi di tampuk lama
Sesungguhnya aku tersangatlah ghibtah
Melihat mereka yang mencapai impian mereka
Seorang demi seorang
Membina kehidupan di dunia
Mencapai kesempurnaan akhirat
Renyai hujan telah lama tamatnya...
Rintik hujan juga telah lama hilangnya...
Namun dingin malam tetap tetap terasa...
Membawa diri ke kamar selesa
Mataku mula memejam...
Tanda hari ini telah berlabuh tirainya
Dengan harapan dan doa moga esok kan tiba
Membawa sinar mentari yang baru
Bersama azam, semangat yang baru
Secerah sinaran mentari di kala subuh
Seterik panasnya di kala matahari
Dan terus bersinar di kala senja melabuh
Moga Allah terus mengiringi diri ini
HambaNya yang lemah dan hina
Ke bawah langit keredhaan........
~eksp 2008
Tuesday, October 7, 2008
Aidilfitri
Alhamdulillah.... dah hampir seminggu selepas Aidilfitri...
Banyak peristiwa yang berlaku... dan alhamdulillah, raya tahun nih disambut dengan sangat meriah oleh kami sekeluarga... gambar-gambar semasa raya ada diletak dalam friendster dan juga di dalam jurnal BDN... macam malas nak tempek kat sini... hehe
Azam selepas Aidilfitri, nak teruskan tilawatul Quran... yang alhamdulillah dapat istiqamah sampai ke hari ini... azam juga nak bangun tahajud setiap malam... jaga solat fardhu berjemaah... dan yang paling penting sekali, nak turunkan berat badan seturun yang boleh!
kenapa nak turunkan berat badan tuh yang paling penting sekali? sebab nak memudahkan untuk beribadat, dan juga memudahkan untuk berjihad... betul tak??
Yang penting, selepas Aidilfitri nih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera... banyak perkara yang selama ini di peringkat perancangan, sudah tiba masanya untuk dilaksanakan.. Insya Allah, doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan...
Rasanya belum terlewat lagi untuk ucapkan seperti berikut, kan?

salam Aidilfitri, minal 'aidil wal faizin, maaf zahir & batin
buat semua rakan BDN, blogger, friendster, ikhwan, rakan2 seusaha dan all silent readers yang mengikuti blog ini dan juga jurnal di BDN...
moga Allah terima segala amalan kita sebagai amalan yang soleh dan ikhlas di sisiNya... amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)