Tuesday, November 18, 2008

Definisi-definisi dalam hidup

Sebuah persoalan?

Adakah Islam mengajar kita untuk maju dalam dunia?

Aku jawab, yes... Islam itu mengajar umatnya bukan sekadar untuk mengejar akhirat, tetapi juga untuk maju dalam dunia.

Tetapi,

Maju di dunia yang manakah maksud Islam?

Hari ini ramai orang anggap, Islam menyuruh kita maju dalam dunia, mendapatkan harta dan kekayaan yang terbanyak, pangkat, jawatan dan darjat yang tertinggi, dikelilingi wanita-wanita yang cantik... dan mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan item-item tersebut, tak kira cara halal atau haram. Malah ada yang sanggup untuk meninggalkan suruhan Allah yang fardhu; meninggalkan solat atas alasan untuk berniaga dan bekerja. Apabila ditanya kenapa tidak solat, "Kerja ini pun ibadah jugak, bang"

Jika kita teliti kembali, benarkah itu ajaran Islam?


Definisi perlu diperbetulkan, kerana Harta yang terbaik bukanlah dari segi kuantiti banyaknya, tetapi Harta yang terbaik adalah yang sentiasa mencukupi kerana ramai orang yang kaya tetapi tetap rasa tak cukup-cukup, dan hati sentiasa tidak tenang. Bagaimana nak dapatkan harta yang mencukupi itu adalah melalui harta yang barakah (berkat). Harta yang barakah pula datang dari kerja yang halal. Dan dalam proses mencari harta yang halal itu, individu tersebut sentiasa di dalam mentaati perintah Allah; menjaga solat pada waktunya, menjaga auratnya terhadap bukan muhrim dan etc..

Berbelit ke penyampaian aku? Harap maaf... inilah akibatnya bila penulisan terlontar dari hati dan akal secara spontan tanpa penstrukturan ayat terlebih dahulu.

Begitu juga dalam hal mendapatkan jawatan dan pangkat. Penilaian Allah adalah bagaimanakah kaedah kita mendapatkan jawatan tersebut. Adakah dengan cara jujur, komited dan ikhlas di dalam pekerjaan yang seterusnya menjadikan majikan menaikkan pangkat dan jawatan kita... atau kita melobi dan menikam belakang rakan sekerja untuk naik?

Adakah di dalam proses mencari wanita itu bermakna kita boleh bersama dengan mana-mana wanita yang cantik, seksi dan mampu membuatkan lelaki-lelaki lain terliur dan tersembul mata... atau cukup sekadar seorang wanita yang solehah, bergelar isteri yang menanti di rumah dengan pandangan matanya yang redup, dan mampu memadamkan keletihan dan amarah sewaktu bekerja?

Adakah memang wang dan kekayaan itu adalah harta yang terbaik? Atau adakah sebenarnya anak-anak yang soleh dengan akhlak mulia itulah harta yang terbaik yang sebenar-benarnya?

Persoalan demi persoalan yang wajar untuk kita fikirkan, di dalam mencari definisi kehidupan yang hakiki.

Ada orang, menjaga solat di awal waktu di mana azan diazankan secara berjemaah itu, lebih berharga dari seluruh kota Baghdad...

Kita bagaimana?

Sebagai renungan, petikan sebuah hadith dari kitab Fadhilat Tijarah;
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman apa yang telah diperintahkanNya ke atas para Rasul.

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai Rasul-rasul, makanlah dari yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh,"

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai orang-orang beriman! Makanlah dari yang (sumber-sumber) baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan kepada kamu,"

Kemudian Baginda s.a.w menceritakan mengenai seorang lelaki yang telah berjalan jauh, sehingga berdebu tubuh dan pakaiannya, kusut masai rambutnya sambil menadah kedua tangannya ke langit seraya berdoa, "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan membesar dengan makanan yang haram. Oleh itu, bagaimanakah doanya diterima?"
(Hadith Riwayat Muslim)

Persoalan nih tercetus masa main game monopoly sebenarnya.... hehehe

5 comments:

En Kid said...

Wah2..
Main monopoly pun tercetus idea eh..alhamdulillah..
bagus2..
ummah yang sellau berfikir dan berfikir akan terus maju untuk membangunkan diri dan sekelilingnya..
:)

lutfi said...

hilangg akal

eksp said...

kedek: sekadar terlintas je... heh

lokpi: apa yang hilang akalnya weih??

dust said...

aku dh lama x main monopoly..

p/s: ko sedar x ko komen salah entri?haha..

eksp said...

nasrah: jom main monopoly!! heheh... eh, aku comment salah entry ek? silap la tuh... heheh