Monday, March 2, 2009

Takdir itu adalah hikmah dari Allah

Kadang-kadang kita merancang sesuatu, yang mana nampak manfaat dan baik buat kita... tetapi di akhirnya tengok-tengok benda yang kita usahakan kita tak menjadi...

Sebagai contoh, ada orang (maaf ek sape terasa.. hik hik) yang dah merancang untuk ke luar negara... dah dapat sponsporship apa semua.... sekali tup tup, tak lepas dan terpaksa sekadar melanjutkan pengajian di dalam negara di monash university (ops! hehe... sori ek.. saje guna citer sebagai example... hehe)

Ada juga orang yang merancang mati-matian untuk bukak pusat tuisyen dan motivasi... dengan perancangan yang sangat teliti on paper apa semua... tapi disebabkan time frame, masalah dari pemberi hutang dan sebagainya, rancangan tergendala dan tak dapat dilaksanakan...

Begitulah asam garam manusia dalam kehidupan, tak semua yang dirancang itu akan tercapai...

Saya pernah terdengar dari sebuah ceramah tafsir Quran, yang disampaikan oleh seorang ustaz yang menafsirkan sepotong ayat dari Al-Quran, bahawa,

"Kita manusia merancang, dan Allah juga sebenarnya merancang... tetapi perancangan kita hanya akan terjadi, sekiranya perancangan kita selari atau sama dengan perancangan (takdir yang ditetapkan oleh) Allah... dan jika perancangan kita tak selari dan tak sama dengan apa yang dirancang oleh Allah, buatlah macamana sekali pun, maka perancangan kita sama sekali tidak akan menjadi"

Begitulah lemahnya kita manusia nih... segala apa yang kita rancang tak semestinya akan kita dapat.. Tetapi adakah bermakna itu Allah tak sayangkan kita? dan tak bagi yang terbaik buat kita?

TIDAK!

Sebenarnya Allah buat demikian, adalah kerana beberapa sebab...

Mungkin kerana apa yang kita mintak itu, bukan yang terbaik buat kita... Misalnya dalam kes di atas, kalaulah orang itu dapat meneruskan pengajian di luar negara, mungkin dia tak mampu nak hadapi ujian di negara orang dan akhirnya merugikan dan merosakkan dirinya sendiri...

Bagi orang yang berhasrat membuka pusat tuisyen tadi, mungkin sekiranya perniagaan itu, dalam tahun yang penuh dengan kemelut ekonomi, perniagaan tadi berakhir dengan kerugian yang besar atau menanggung masalah hutang yang banyak...

Mungkin juga, Allah tak bagi kerana kita belum cukup meminta dan bermunajat memohonnya... Allah rindu untuk dengar rintihan hambaNya, terutamanya jika hambaNya itu sebelum ini selalu bermunajat dan berdoa di kala malam dan siang... tetapi kerana sibuk, lalai dan alpa, hambaNya itu lama tidak bermunajat seperti dahulu. Maka Allah jadikan keadaan seperti ini, agar hambaNya kembali mengingatiNya... sebagai untuk menaikkan darjatnya sendiri di sisi Allah.

So, tak perlu nak berkeluh kesah jika kita tidak memperolehi apa yang kita hajatkan, atau kehilangan sesuatu yang kita sayang...

Macam jugak ada orang yang pernah marah dan kecewa kerana terputus cinta... Orang yang dicintainya kini dengan orang lain... Maka terbit rasa dendam dan marah yang teramat sangat sehingga nekad untuk memberi satu tumbukan padu maut ala-ala satria baja hitam kepada lelaki tersebut

Tetapi

Semakin masa berlalu, apabila rasa marah telah hilang, dendam sudah pudar.... orang itu perlu terfikir... sepatutnya bukan tumbukan yang patut diberikan kepada lelaki perampas tersebut...

Tetapi pelukan

atas dua sebab...

Pertama, pelukan tanda minta maaf... kerana cuba mengambil sesuatu yang sebenarnya bukan hak dia...

Kedua, pelukan terima kasih... kerana barangkali lelaki itulah jodoh sebenar, yang terbaik buat bekas kekasihnya... dan yang mampu menahan segala kerenahnya... tidak cepat rasa marah dan sering bergaduh etc... dan barangkali ada jodoh lain yang menanti orang itu sebenarnya, yang masih terlindung di sebalik hikmah Allah...

So, sepatutnya tiada lagi dendam dan marah... (nih satu cara untuk anger management jugak sebenarnya)

Teringat kisah Abu Darda dan Salman al Farisi r.anhuma...

Tak tau macamana ceritanya? Insya Allah lain kali akan bercerita lebih panjang tentang kisah dua Sahabat Rasulullah itu, sebab posting nih dah cukup panjang rasanya.... heh

Wallahualam

9 comments:

Anonymous said...

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.

hak hak.

)(*&^%$MALU#*^%$#

ceyt. boley dapat loyalty x sbb bagi pinjam cerita?.
hhehe

Ziarah76 said...

banyak hikmah kalau terima dengan redha ketentuan Allah

MZ said...

yes. betul.
itu hikmah dari Allah.
dan
Allah nak kita muhasabah diri sendiri sebenarnya.

=)
peace.

eksp said...

atie: hahahahahaha

loyalty or royalty sebenarnya nih? heheh... sori la ceduk kisah tuh sikit untuk menambahkan ramuan dalam tulisan kali nih..

hahahahha (gelak lagi!!)


mutakalim: benar tuh sheikh.. benar!


maryam: sesama kita muhasabah diri... =)

Anonymous said...

eh silap!!typo2...weehee~

dah x keruan sangat mase nak komen tu!!.
hakz

eksp said...

atie: boleh dalam tak keruan ek semasa memberi comment..

aneh..aneh..

=D

ratu syahadah said...

just nak tanya pendapat bukan minta pendapatan :-)
habis mcm mana if ada org nak ambil hak kita sedangkan org itu tau org tak nak dia...tapi tak faham2 jugak nak jugak.mcm mana tu encik eksp?????

eksp said...

err... tak paham soklan sebenarnya nih... nih berebut orang ke, berebut benda nih? *garu kepala*

ratu syahadah said...

mungkin kot.mungkin