Sunday, March 22, 2009

Kerja oh kerja....

Saya dapat kerja!

Alhamdulillah... itu je yang mampu nak diucapkan.

Semenjak projek nak buat tuisyen terpaksa postponed, jenuh jugak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih secure, at least tak perlu risau sangat di hujung bulan.

Untuk kembali buat kerja sales seperti masa yang lepas, cukuplah rasanya... terasa penat setelah 2 tahun bertungkus lumus pagi petang, siang dan malam dalam dunia sales..

Kini, kerja nih pun sebenarnya sebagai keperluan untuk sambung master je sebenarnya... untuk sara diri sikit, nak bayar yuran sikit...

Dapat jadi tenaga pengajar kat sebuah sekolah swasta di tengah-tengah Kuala Lumpur.

So rasanya proceed kepada plan untuk sambung master by coursework kat mana-mana IPT di Lembah Klang je la... tak jadi nak ke utara nampak gayanya... tambahan pulak, belum ada respon lagi dari utara dari raya cina lagi... pelik jugak aku, pos tak sampai ke hape?

Bila bercakap pasal cari kerja, keadaan pengangguran sekarang dah makin kritikal sebenarnya... Tambahan pulak bila ekonomi tengah slow down macam nih. Kilang-kilang semicon, jangan cakap lah... pekerja-pekerja dipaksa bercuti... even company yang besar-besar pun tengah berhati-hati, tiada bonus untuk pekerja, tiada new recruitment, vss, pecat pekerja yang bermasalah etc...
Sektor kerajaan dilihat yang paling stabil. Tapi dalam kemelut ekonomi macam nih, semua orang tertanya-tanya adakah sektor kerajaan betul-betul tempat paling selamat? Tambahan bila dilihat kepada situasi politik semasa sekarang nih, membuatkan kita boleh buat penilaian sendiri terhadap security bekerja as government servant... tak begitu?

Company-company kecik, lagi banyak yang gulung tikar... especially mereka yang bermain kontrak dan tender... Pemegang-pemegang saham dunia yang hebat macam Warren Buffet sendiri pun rugi besar...

Dalam situasi ekonomi macam nih, kesabaran perlu kuat. Mereka yang telah pun bekerja, inilah masanya untuk belajar berjimat cermat dan tidak membazir. Kadang-kadang bukan apa, kita tengok si fulan kawan kita pakai handset E96, yang berharga dekat sebulan gaji eksekutif... kita pun teringin... Padahal handset kita yang harga RM600 tuh pun tak pernah optimised digunakan... dah teringin nak pakai handset mahal... (Yang lagi best, handset mahal.. tapi takde duit nak beli topup)
Perli diri sendiri yang pernah kumpul duit nak beli HTC punya PDA... nasib baik tak jadi beli.... hehe

Yang tengah mencari kerja, waktu nih pun kena kuat jugak imannya... Carilah kerja dengan niat untuk mencari rezeki yang halal.. Insya Allah, nusrah Allah akan bersama dengan kita... Kadang-kadang ada pekerjaan yang menyukarkan kita nak tunaikan solat dan sebagainya, maka elakkanlah kerja yang macam tuh... Ada jugak kerja yang melibatkan unsur yang haram... Contohnya macam kerja kat tempat perjudian, tempat yang menjual arak (siap kena jadi tukang hidang lagi)... Elakkanlah kerja-kerja macam nih walau darurat macamana sekali pun. Insya Allah, akan terbukak ruang kerja lain yang halal dan baik... kalau gaji masyuk pun, tapi sumber yang haram, percayalah.... duit tuh hilang laju macam air je.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani

So jangan risau la ek... Insya Allah ada la rezeki tuh, kepada mereka yang masih mencari kerja...

Kalau tak dapat kerja jugak, pakatlah dengan kawan-kawan untuk buat macam iklan kat bawah ni... CONFIRM, boleh dapat kerja



Hehehe

10 comments:

dust said...

tahniah! keja betul2..

Anonymous said...

tahniah sebab dapat kerja time-time kritikal mcm ni...hargai kerja yg ada..:)

selamat bekerja..:)

Anonymous said...

woops
tahniah untuk anda juga
hihi
jaga kerja elok2
aku yg penah ade plan nak tukar keja and balik kl pn kena hold dulu planning tuh
ekonomi industri tak membenarkan
jadila perantau lame sket lg
:P

Anonymous said...

Alhamdulillah la encik Hilmi.

Lepas ni x ley asik update blog je.
Kena ikut cakap BOSS!.
heee~

eksp said...

mekaceh semua.. insya Allah akan jalankan tugas dengan baik, amanah dan berwibawa =)

tapi masih boleh nak update blog punya... heheh

Janna Wan Muhammad said...

alhamdulillah...ada gak keje kan? ehh..hari tu kata mintak DPLI ? camno? ni nak smbg master plok...? mana satu nih?

eksp said...

kak zana: dapat keje skang nih... rasanya tak proceed DPLI @ KPLI dah... teruskan ngajar sini... then sambil amik master kat um je...

=)

doakan ek kak

MZ said...

oh. telah menjadi seorg guru.
bagus. bagus.
selamat hari guru.
=D

eksp said...

hari guru bulan mei la cik maryam

=D

ratu syahadah said...

tahniah juga da dpt keje yer...
jadi cikgu la kiranya ni...
ajar subjek apa???
cikgu???teringat zaman skolah dulu2...
rindu dgn cikgu2 skolah