Wednesday, March 4, 2009

My Blog and Me

Mantap tak layout blog yang baru nih? hehehe

Alhamdulillah... berjaya jugak nak tukar layout lagi dari semenjak bulan Januari lagi berniat nak menukarnya... cuma ketiadaan masa lapang sangat... so malam tadi entah macamana terjumpa layout yang boleh tahan jugak lawanya... terus berhempas pulak edit apa yang boleh...

Eceh, bunyinya macam susah sangat je kan? Padahal benda-benda ni simple je kepada orang yang terer... pada orang macam aku nih, nak naik botak jugak kepala dibuatnya untuk buat benda-benda ni.

Aku seorang yang pemalas... so jarang sebenarnya tukar-tukar layout dari zaman kat blog lama lagi... Kalau bertukar tuh, memang entah bila akan tukar lagi....

Kalau dilihat pada blog lama kat hilmikhairi.blogspot tu, lagi la simple... memang betul-betul template yang dibekalkan oleh blogger.com je yang aku pakai... heh... dan selama 5 tahun menulis kat sana, rasanya tak sampai 10 kali aku tukar layout...

Sedar tak sedar dah dekat setahun aku menulis kat blog ni... campur 5 tahun lebih di blog lama, dah dekat 6 tahun lebih berkecimpung dalam dunia blogging... dari zaman blog takde pembaca, sampailah di waktu kegemilangannya yang punya ramai pembaca, sampailah hybernate di blog lama, then tutup blog lama... until bukak blog baru... punyalah macam-macam benda yang telah terjadi dalam hidup...
Daripada dunia blogging lah saya banyak berkenalan dengan orang... terjatuh cinta dengan orang (haha.. kisah lama nih).. even berpeluang berkenalan dengan ramai saudara-saudara dari serata alam... dari minessota sehingga ke tokyo... especially rakan-rakan seusaha yang melanjutkan pengajian kat sana...

Ada rakan-rakan yang turut buat blog... tapi tak bertahan lama... ada yang blogging, macam cik maryam kita dari tahun 2003... perghh... istiqamah tuh... ada yang gila banyak blog... kejap bukak kejap tutup macam lokpi...

Ada yang menggunakan blog untuk berniaga.... ada yang menulis diari... ada yang menulis tazkirah, dan ceramah... tak kurang juga blog yang sekadar copy n paste (heheh)... ada yang menulis fakta-fakta, politik dan perkembangan semasa... ada yang meletakkan artwork... dan macam-macam lagi... kalau macam blog aku nih, aku tak tau nak kategorikan kat mana.... macam-macam ada... hehe...

Tapi jangan sampai tahap tak boleh campur dengan manusia, sudah la....

Apa-apapun, selamat meneruskan penulisan anda...

Biasanya, penulisan yang datang dari hati itulah yang menarik minat pembaca...

Peace!!

10 comments:

Ziarah76 said...

salam tuan,
cantik pulak layout baru ni, dapat dari mana? Kalau ada free saya pun nak cuba mana2 yg sesuai.
Satu lagi, just nak bagitau, ahliah saya jugak ex-SEMESTI, ex-asasi sains UM, dan degree di UM. Tapi dia jauh lebih senior daripada tuan.

eksp said...

mutakalim: wsalam... actually teruja jugak bila jumpa layout nih.. tuh sebab amik dan publish..

kalau tuan berminat, sila ke: http://www.blogspottemplate.com/

ada banyak lagi template lain

ahliah tuan ex semesti? masya Allah... saya batch ke-13... spm tahun 2000

=D

MZ said...

whoaa..
coolnye template.
mcm pakai flash.
=D

anyway, blogging just for fun.
not for maksud hidup.

=)

eksp said...

maryam: hehe.. betul tuh... blog bukan maksud hidup!

=)

dust said...

blog aku lg cantik =P
hahaha...

eksp said...

nasrah: hahaha... nape aku terasa comment ko nih berbaur jeles?

=p

Anonymous said...

sokong nasrah.[er, selamat berkenalan cik nasrah ;p]
biase je layout blog ni.
*evil mode*
hehe

eksp said...

atie: tuh kak nasrah tuh... hehehe

nih satu lagi comment yang berbaur jeles tahap tertinggi!

=p

meandmyanotherhalf said...

salam mnapak..
simple layout ni..ok la..
btl3 *upin ipin* blogging 4 me is a passion..
and what 2 write is someone's freedom..
but wif limitation.. xgitu??
jenguk mine n have a say on cbox k?
nnt sy link awk.. =)

eksp said...

Leen: mekaceh sebab datang menjenguk.. insya Allah akan jenguk kembali blog sedari nanti =)