Friday, November 28, 2008

Kifarah dari Allah...

Semalam dan hari ini, aku diuji lagi...

Petang semalam, kaki kiri aku ter'peleot', atau dengan bahasa bakunya, terseliuh sebab termasuk lubang yang tak berapa nampak. Dah la kaki yang sama pernah jatuh jugak awal tahun dulu masa joging... dan berdasarkan pengalaman yang sama, aku boleh agak yang tulang buku lali aku lari sedikit... terus mintak zainor bawak aku ke tempat urut sebelum angin masuk dan sebelum sakit aku bertambah...

Masa urut, masya Allah!! Allah je tahu sakitnya macamana...

Tapi nih kurang lagi berbanding dengan masa awal tahun dulu.... aku lewat pergi berurut, maka hasilnya bengkak dah naik dan sakit masa diurut tuh buat aku rasa nak putus nyawa!! Terkeluar air mata aku walaupun ada akak dan ada sorang awek di rumah pakcik urut tuh.. huhuhu... hilang macho aku..

Tapi petang semalam tidak lagi.... hehehe

Hasilnya aku masih mampu berjalan dengan normal tanpa terhencot-hencot...

Walaubagaimana pun, kisah masih belum habis lagi...

Tadi lepas solat jumaat masa nak kuar dari masjid, aku berjalan kat belakang zainor.... dengan kehendak Allah, kami merentas sebuah longkang kecik, yang ada pengadang besi di atasnya... zainor pijak, takde apa2 berlaku... tapi bila aku pijak, "BUMMMMMM!!! GEDEBUKKK!!! ALLAHUAKBAR!!!"

Zainor toleh belakang.... aku dah termasuk longkang, tinggal kaki kanan aku dan tangan-tangan yang sempat berpaut untuk tidak jatuh sepenuhnya.... semua orang kaget dan tolong tarik aku dan alihkan pengadang besi... seluar jeans aku dah terkoyak dan berdarah kat belakang peha...

Aku masa tuh, hanya mampu gelak je.... zainor pun join gelak sekali.... bukan sebab bendanya kelakar, atau kerana zainor tak kesian kat aku... tapi mengenangkan macamana la boleh terjatuh lagi nih.... aku siap boleh terfikir masa jatuh tuh, "boleh terjatuh lagi.... adoii..."

Mungkin inilah namanya kifarah oleh Allah ke atas aku... moga-moga dengan kifarah ini dapat menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa aku... ye lah, nak dibandingkan sakit yang sedikit ini dengan dosa yang aku buat, aku rasa sakit ni apalah sangat nak dibandingkan dengan seksaan di akhirat... Moga Allah ampunkan dosa aku, dan jadi asbab untuk mempermudahkan segala urusan hidup aku di dunia ini, dan menjadi juga asbab untuk aku lebih kuat berusaha untuk hari akhirat...

Walauapa pun, bagi aku safar (perjalanan) aku ke penang ini ada terselit kenangan manis bertemu dengan sahabat-sahabat lama semasa sempat bersinggah dan beri'tikaf di markaz penang; Masjid Benggali, membuat aku sangat terharu sehingga rasa nak menitiskan air mata... (T_T)

Semoga Allah terima amalan kami yang sedikit ini, ameen....

Thursday, November 27, 2008

Penang, 2nd encounter

Salam...

Kalau beberapa hari yang lepas berada di Tanjung Malim, kali nih berada di Penang pulak... Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dalam masa beberapa hari ini. Insya Allah akan berada di sini buat beberapa hari...

Di penang, stay bersama zainor... sebelum ni dah pernah sampai Penang dah... dan zainor "ikram" aku baik punya sebagai tetamu... hehehe... kali nih sekali lagi aku terpaksa menyusahkan dia kat Penang nih untuk selesaikan urusan aku pulak... tapi kira adillah kan, arituh dia dah berjaya menyusahkan aku masa dia kat KL.... hehehehhe... gurau zainor... gurau...

Faktor yang paling aku suka kat Penang nih adalah makanan... selaku seorang yang "bontel" dan suka makan... dan kawan aku nih pulak memang suka bawak aku
pergi tempat makan yang best2...

Antara tempat makan yang aku cukup suka, yang dah pernah sampai masa 1st time datang dulu adalah:-

Air limau ais restoren Khaleel, depan Kolej Restu, USM...
Makan kebab arab, kat Masjid USM

Pecal lele, tempatnya aku tak pasti kat mana... tapi tak jauh je dari USM nih (malangnya kali nih pergi kedai tu tutup pulak)
Sotong goreng tepung, somewhere kat area Queensbay

Soya bean special kat Gelugor

Cuma malam nih, insya Allah nak try makan nasik kandar kat Nasi Kandar Line Clear yang famous tuh pulak lepas program markaz nanti... hehehe.....



Asyik makan je aku nih....


Tuesday, November 25, 2008

Tanjung Malim

Peristiwa 1

Lokasi: sebuah surau di Proton City, Tanjung Malim

Waktu: sekitar pukul 11 malam

Kejadian:
Time tuh surau dah gelap dah... ada beberapa orang sedang berqiyamulail dalam gelap... dan ada aku nampak sorang dua baca Quran dan berzikir di beranda surau...

Tiba-tiba pandangan aku tertumpu pada kepulan asap putih yang bergerak perlahan di sisi masjid....

"Oh.... kabus kot?" perkara yang mula-mula terlintas dalam fikiran...

Kemudian aku tengok kepulan asap itu bertambah lagi.... aku jadi musykil.... dan mula terfikir takkan la Tanjung Malim nih berkabus malam-malam... nih bukannya Genting Highland atau Fraser Hill... betul tak?

Lepas tuh aku mula terfikir, adakah ini petanda malaikat datang turun di waktu malam bagi menemani mereka yang qiyamulail di tengah malam?? Alangkah bagus dan beruntungnya aku kerana berpeluang menyaksikan kebesaran Allah di sini!!

....... Tiba-tiba aku terperasan ada sorang mamat tuh sedang duduk di pagar surau, syok main hembus-hembus asap rokok......

La..... asap rokok rupanya......

Habis hilang semua perasaan kasyaf aku.... hahaha...


Peristiwa 2

Lokasi: sebuah dewan kecil

Masa: waktu minum petang

Kejadian:
Aku minum sekali dengan kelompok dalam 6-7 orang.... yang menariknya semua di depan aku nih adalah orang dari pantai timur.... Lebih exact sekali adalah orang Jerteh...

Depa syok bersembang.... malangnya aku yang kurang literate dengan kecek kelate @ ganung nih hanya mampu buat-buat paham...

Depa gelak... aku gelak.... depa senyum, aku senyum.... depa mintak pandangan aku, aku sekadar mampu sengih je....

Owh tidak, aku betul-betul surrender bila berdepan dengan orang-orang yang kecek pekat pantai timur nih.... tolong aku!!



Sorilah kepada orang pantai timur ek... bukan niat mengutuk ke hape... memang ini kisah sebenar dalam hidup aku... korang yang terer kecek pantai timur nih, mesti kesian tengok airmuka penuh kelampian aku semasa berdepan dengan orang yang kecek pekat macam tuh... huhuhu...

Walauapa pun, apa yang berlaku the rest in Tanjung Malim adalah antara perkara yang mengimbau kembali kenangan-kenangan lama dalam hidup aku... membuatkan aku rasa dah tiba masanya untuk tamatkan "musim sejuk" dalam diri aku.... dan mula beransur kepada "musim bunga" sebelum datangnya kembali "musim panas"

(Korang mesti macam tak paham, kan? Hehehe)

Insya Allah

Thursday, November 20, 2008

Mulakan dengan Senyummm... =)

Hidup ini perlu bermula dengan senyuuuummmmmm.....

bila kita senyum.... baru la kita bahagia...

kita senyum tengok cermin.... kita gembira....

kita senyum tengok orang.... awek orang lain pun terpikat gembira tengok kita... heheh

kemana-mana pun, marilah kita senyum....

moga-moga semua orang senang hati dengan kita....

walaupun dalam hati, penuh dengan masalah

walau dalam fikiran, berserabut penuh kerunsingan

tapi bila kita senyum...

dengan hati yang tawajjuh pada Allah...

INSYA ALLAH!!

Allah akan permudahkan segalanya.....

kempen senyum mode

kambing pun tau senyum... heheh

Tuesday, November 18, 2008

Definisi-definisi dalam hidup

Sebuah persoalan?

Adakah Islam mengajar kita untuk maju dalam dunia?

Aku jawab, yes... Islam itu mengajar umatnya bukan sekadar untuk mengejar akhirat, tetapi juga untuk maju dalam dunia.

Tetapi,

Maju di dunia yang manakah maksud Islam?

Hari ini ramai orang anggap, Islam menyuruh kita maju dalam dunia, mendapatkan harta dan kekayaan yang terbanyak, pangkat, jawatan dan darjat yang tertinggi, dikelilingi wanita-wanita yang cantik... dan mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan item-item tersebut, tak kira cara halal atau haram. Malah ada yang sanggup untuk meninggalkan suruhan Allah yang fardhu; meninggalkan solat atas alasan untuk berniaga dan bekerja. Apabila ditanya kenapa tidak solat, "Kerja ini pun ibadah jugak, bang"

Jika kita teliti kembali, benarkah itu ajaran Islam?


Definisi perlu diperbetulkan, kerana Harta yang terbaik bukanlah dari segi kuantiti banyaknya, tetapi Harta yang terbaik adalah yang sentiasa mencukupi kerana ramai orang yang kaya tetapi tetap rasa tak cukup-cukup, dan hati sentiasa tidak tenang. Bagaimana nak dapatkan harta yang mencukupi itu adalah melalui harta yang barakah (berkat). Harta yang barakah pula datang dari kerja yang halal. Dan dalam proses mencari harta yang halal itu, individu tersebut sentiasa di dalam mentaati perintah Allah; menjaga solat pada waktunya, menjaga auratnya terhadap bukan muhrim dan etc..

Berbelit ke penyampaian aku? Harap maaf... inilah akibatnya bila penulisan terlontar dari hati dan akal secara spontan tanpa penstrukturan ayat terlebih dahulu.

Begitu juga dalam hal mendapatkan jawatan dan pangkat. Penilaian Allah adalah bagaimanakah kaedah kita mendapatkan jawatan tersebut. Adakah dengan cara jujur, komited dan ikhlas di dalam pekerjaan yang seterusnya menjadikan majikan menaikkan pangkat dan jawatan kita... atau kita melobi dan menikam belakang rakan sekerja untuk naik?

Adakah di dalam proses mencari wanita itu bermakna kita boleh bersama dengan mana-mana wanita yang cantik, seksi dan mampu membuatkan lelaki-lelaki lain terliur dan tersembul mata... atau cukup sekadar seorang wanita yang solehah, bergelar isteri yang menanti di rumah dengan pandangan matanya yang redup, dan mampu memadamkan keletihan dan amarah sewaktu bekerja?

Adakah memang wang dan kekayaan itu adalah harta yang terbaik? Atau adakah sebenarnya anak-anak yang soleh dengan akhlak mulia itulah harta yang terbaik yang sebenar-benarnya?

Persoalan demi persoalan yang wajar untuk kita fikirkan, di dalam mencari definisi kehidupan yang hakiki.

Ada orang, menjaga solat di awal waktu di mana azan diazankan secara berjemaah itu, lebih berharga dari seluruh kota Baghdad...

Kita bagaimana?

Sebagai renungan, petikan sebuah hadith dari kitab Fadhilat Tijarah;
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman apa yang telah diperintahkanNya ke atas para Rasul.

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai Rasul-rasul, makanlah dari yang baik-baik dan lakukanlah amalan soleh,"

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai orang-orang beriman! Makanlah dari yang (sumber-sumber) baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan kepada kamu,"

Kemudian Baginda s.a.w menceritakan mengenai seorang lelaki yang telah berjalan jauh, sehingga berdebu tubuh dan pakaiannya, kusut masai rambutnya sambil menadah kedua tangannya ke langit seraya berdoa, "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan membesar dengan makanan yang haram. Oleh itu, bagaimanakah doanya diterima?"
(Hadith Riwayat Muslim)

Persoalan nih tercetus masa main game monopoly sebenarnya.... hehehe

Friday, November 14, 2008

Jalan-jalan Cari Makan

Malam tadi melepak dengan sepupu, si Alif yang jugak merupakan student UM.. Dia baru habis paper 12hb yang lepas, dan tengah menunggu paper terakhir dia 18hb ni... dekat seminggu gap paper exam.

So, destinasi kami tidak lain dan tidak bukan adalah Murni SS2

Apa istimewanya Murni SS2 nih.... adalah kelainan menunya daripada kedai-kedai makan yang biasa...

Pernah dengar nama-nama menu seperti berikut? :- Nasik goreng marryland, Mee Raja, Roti Special, Hot Sizzling Chicken, Cheese Mozarella Beacon Naan, Ribena Laici Special (Blended)...

Murni jugak terkenal dengan makanan western yang common, tapi boleh didapati dengan harga yang berpatutan, dengan jumlah makanan yang cukup banyak, seperti Spagetti Marinara, Meatball, Lambchop.... juga ada Nasik Goreng Ayamnya yang cukup sedap...

Ni adalah order saya tadi.....

Mee Raja
Juga ada menu-menu lain, tapi gambar ambil dari blog dan site lain la... takkan nak order semua pulak kot, kan?

Roti Hawaii

Manggo Special

Mee Ekor Tikus (nih kitaorang yang panggil.. hehe) @ Claypot Lau Shi Fun
Cheesenaan
Nasik Lemak Ayam
Lambchop
Credit to these two blogs for the pics...:

Wantan Production

Mark's Makan

dengan ucapan, terima kasih daun keladi... ada gambar menarik akan ku ambil lagi... hehe

Pesanan dari penulis: Bila makan, jangan lupa amalkan adab-adab makan, kalau boleh ikut sunnah Nabi semampu yang boleh... Kerana setiap perbuatan yang mengikut sunnah Nabi saw, akan menjadikan perbuatan itu dikira oleh Allah sebagai antara amalan-amalan yang solleh.. Sesungguhnya kejayaan saya, tuan-tuan dan seluruh umat manusia adalah sejauh mana kita bawa agama dalam kehidupan kita

Pesanan kedua dari penulis: Setiap kenaikan berat badan ekoran dari pemakanan di kedai makan ini, penulis tidak akan bertanggungjawab apa-apa... Segala yang berlaku adalah tanggungjawab orang yang memesan dan yang memakan itu sendiri... Harap maklum


Pesanan ketiga dari penulis: Sesedap mana pun makan kat luar, sedap lagi makan "air tangan" seorang ibu, atau seorang isteri kat rumah... Oleh itu, tak perlulah selalu makan kat luar... Tambah pula kalau masakan si ibu, atau ahliah tercinta disertakan dengan zikir semasa penyediaannya, dan penuh kasih sayang, lagilah bertambah sedap... Oleh itu, hargailah kasih sayang ibu anda... dan sesiapa yang belum kawen lagi, sila kawen cepat2...

Tentang masakan seorang isteri, penulis tidak bercakap berdasarkan pengalamannya, hanya sekadar dengar-dengar kata orang sahaja....

Sekian, harap maklum.... hehehe

Tuesday, November 11, 2008

Kena Tagged?

Pernah tak korang kena tagged? Ceh, tak payah tipu la... aku tau korang suka main-main benda tagging-tagging nih.. apa? korang ingat nih tag harga barangan yang nak dijual kat kedai runcit ke? hahaha..

Disebabkan sebelum nih aku dah kena tag dengan kedek (junior aku dulu), diikuti dengan tagged by deidaa BDN... dan tambah pulak blog aku nih pun dah berhari tak berupdate, maka aku merajinkan diri untuk menjawab kedua-dua tagg tersebut

Baik tak aku?

================================

Tagged by Kedek

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda? ermm.. laptop, PC, streamyx, henpon

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Nasik goreng ikan masin bungkus dari kedai makan bawah flat

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
Tempat impian? of coz la kat hotel bertaraf 7 bintang, yang full sponsored by orang lain..

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
Selagi diizinkan Allah....

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Kenapa perlu mengelamun?? biarkan je la dia melanda diri... apa daa...

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Restoran Syed Bistro, Bangsar...

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
err... Aneka Contoh Kertas Kerja Perniagaan, terbitan al Falah

8. Apakah nama penuh anda?
Hilmi Bin Khairi

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Ayah dah lama arwah... so dengan mak

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
My future wife, bakal ketua bidadari

11. Christina atau Britney?
Not my taste

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Tak... washing machine yang basuhkan

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Adelaide... Tokyo... Paris.... dan yang memang nak pegi awal tahun depan adalah menziarahi Baitullah dan Masjid Nabawi

14. Pelukan atau ciuman?
Kejadahnya soklan nih??

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
Orang yang pernah aku selalu buli kat sekolah satu masa dulu... muahahah

16. 8 perkara yang amat saya gilai
Lapan?

1. Manga
2. Anime (sekarang tengah layan Vampire Knight Guilty dengan Jigoku Shoujou Mitsuganae)
3. Chuck 2nd Season
4. Knight Rider 1st Season
5. Internet
6. Makan
7. Botol Plastik air mineral
8. Nak kawen

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
errr...
ermmm...



insya Allah
amiiinn...
baikk..

18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
mak aih... nak kena letak lapan2 ke? semua tajuk buku aku panjang2... next!!

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
Tanpa (6th sense), Aurora (Estranged), Bawaku terbang (Fabulous Cat), Kompilasi Selawat (Nowseeheart), Setanggi Syurga (In Team), Epilog Seorang Hamba (Brothers), Perantau (The Zikr), Layar Keinsafan (Mestica), Lagu Kita (Aizat)

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
Sesungguhnya ajal, jodoh dan maut itu semuanya adalah di bawah ketetapan Allah... takde siapa dapat melawan kehendakNya

21. Mangsa tag seterusnya
Orang-orang yang terbaca blog aku nih.... muahaha
nasib ah korang....

==================================

Tag from Deidaa

1. What is the relationship of you and him/her?
Sape? Deidaa ke? dia kawan BDN aku...

2. Your 5 impressions towards him/her
ramah, suka nyampuk kat jurnal aku, sampai jurnal aku cepat gile jalan kat BDN tuh.. hahha

3. The most memorable things he/she had done for you.
main paintball ramai2 dengan geng BDN...

4. The most memorable things he/she have said to you?
err... ada ke yang memorable.... hahhaa

5. If he/she become your lover, you will...
Impossible!!

6. If he/she become your enemy, you will...
Ada yang kena tembak nanti... hahahah

7. If he/she become your lover, he has to improve on...
Sebab soklan dah tak applicable... maka tak jawab dah...

8. If he/she become your enemy, the reason is...
Saje nak bergaduh... hahha

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Huih.. nak buat amendanya pon....

10. The overall impression of him/her is...
Dia seorang pencemburu agong!!


11. How do you think the people around you will feel about you?
Dorg ni menyampah dengan aku... especially posting yang mengarut dalam blog nih... heheh

12. The character of you for yourself is/are?
Ermm.. serious... sometimes funny... sensitive... observant...

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Pemalas... kuat tido... kuat makan.... boroi.... muahahaha

14. The most ideal person that you wanna be is?
Erm... mestilah nak ittiba' dengan kehidupan Nabi dan Sahabat... walaupun perangai sendiri tah hape2..

15. For the people who likes you, say something about them.
Aku rasa aku salah paham dengan soalan nih... so aku abaikan....

16. Ten people to tag:
Ramainya... err...
Sama macam tag atas je la... korang yang terbaca benda nih kira kena tagged... terpulang pada korang nak jawab yang atas, atau yang nih, atau kedua2nya sekali


17. Who is no. 2 having a relationship with?
Sebab aku tak jawab soalan 16, maka aku tak jawab... heheh

18. Is no. 3 a male or a female?
Sda

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Sda

20. How about no. 5 and 8?
Sda

21. What is no. 1 studying about?
Sda

22. Is no. 4 single?
Sda

23. Say something about no. 6
Sda

Sorry la deidaa... aku tak menjawab banyak soalan... hehehe

Nih first time aku buat kegiatan tak berfaedah macam nih... huhu.. jangan la kena lagi....