Kebelakangan nih lebih banyak hang around dengan ex-schoolmate, berbanding dengan ex UM yang masing-masing sibuk sampai nak jumpa minum pun susah. Taktau la pulak kot kerana aku budak takaful, jadi masing-masing takut aku datang untuk preach dan bercerita pasal takaful... heh... Sori la kengkawan, aku tak promote sangat takaful kat kengkawan nih. Market aku lebih kepada orang lain. Sebab lagi senang deal dengan orang lain berbanding kawan-kawan, nanti masing-masing banyak songel, nak hadiah free la.... nak komisyen la... nak discount rate la... heh
Alhamdulillah, setakat ni hubungan antara rakan-rakan sekolah dulu tetap utuh. Mungkin sebab 5 tahun hidup bersama... Lima tahun kat sekolah tak sama dengan Lima tahun di universiti. Kat universiti, kita hanya kenal kerana kita satu kursus, sebab nak buat assignment atau group project. Kalau tak kerana benda-benda tu, takdenya kita nak bersosial sangat. Lainlah kalau tinggal di kolej, ada juga banyak peluang untuk membina persahabatan melalui program dan projek kolej.
Tapi Kawan Sekolah lain, especially bebudak hostel macam kami. Lima tahun di satu bumbung sekolah dan hostel, kami membina kehidupan kami sendiri. Belajar benda baru (mengarut?) bersama-sama... Striving untuk hidup semasa sama-sama di alam junior.... dan bertahan sehingga menjadi senior... Sama-sama tahan perut makan makanan kawah di DM... Tidur di waktu prep sama-sama... Tu tak campur benda-benda illegal seperti ponteng prep dan seludup barang.. hehe
Walaupun begitu, yang aku maksudkan sekarang nih hanya mereka yang masih bujang dan solo je la... yang dah kawin, ada komitmen dah, susah nak join gathering kitaorang malam-malam macam nih. Yang dah berpunya pun susah nak join jugak... heh
Kelakar dan geli hati...

Resolusi: Camping di Janda Baik 14/6/08
Nak kena cari site...
1 comment:
friends forever :)
Post a Comment