Sengaja luangkan masa bersama cousin, azree kat midvalley... memandangkan pernah janji dengan dia untuk makan sushi sama-sama, so petang ni la masanya untuk tunaikan janji... Naik ke The Garden Midvalley, tak ingat apa nama kedainya... jenuh nak pronounce... tapi sangat puas hati makan walaupun bilnya RM56.50... hehehe...
Macam-macam jugak makan. Sebenarnya ini first time aku makan sushi di tempat actual franchise Jepun. Selalu makan sushi yang dibeli bundle samada di Cold Storage dan Carrefoure. Dan ternyata berbeza! Sushi fresh memang jauh lagi sedap, especially bila salmon, dan tuna yang masuk ke dalam mulut terasa cair dan manis serta-merta... fuh... nyum nyumm... memang puas hati
Alhamdulillah...
Hasil lahap kami berdua
Jam 1913
On the way turun dari escalator The Garden menuju ke surau kat bawah Megamall untuk solat maghrib... dapat sms dari Afif
Naik esok - Petrol RM2.70 & diesel RM2.58 selitre. fwrd to all
Hati dah mula tak sedap... Dah la baru belanja makan sakan sebentar tadi... huhu
Eh, bukan ke kata bulan Ogos ni baru nak naikkan harga minyak mengikut harga pasaran global ke?
Aduuhh... teringat yang tank kereta pun tinggal sikit je lagi... Tak isi sejak drive balik dari Ipoh. Ni tak boleh jadi ni
Jam 2002
Keluar dari Midvalley, menghala ke Hentian Putra sebab cousin nak beli tiket bas ke Kelantan. Dapat tiket, dan harga belum naik lagi.... hehehe..
Sambil tuh bersms dengan kawan-kawan, dapatkan beberapa feedback... Semuanya masih terkejut dan suarakan rasa tak puas hati... Tak kurang juga yang berbalas dengan sindiran kepada kerajaan dan lawak jenaka di kala hati tengah panas membara ni....
Sabar... sabar.....
Sepanjang jalan dari Midvalley ke Hentian Putra, sesaknya masya Allah! Sehinggakan stesen minyak Caltex kat Jalan Bangsar yang tak pernah ramai orang pun tetiba banyak pula kereta beratur.
Jam 2200
Di Wangsa Maju, tumpang solat Isya di rumah Pak Ngah. Punya sesak jalan sampai sejam lebih baru sampai sana... Sempat bersalam dengan mak dan pakcik yang kebetulan bermalam kat sana 2 malam untuk selesaikan beberapa urusan di KL. Setengah jam lepas tu terus bergerak ke stesen Petronas Setiawangsa
Punya la banyak kereta yang berpusu-pusu dan beratur untuk isi minyak.
Aku ni kalau tak kerana memang tank dah tinggal sikit, aku tak kisah sangat nak isi pada harga baru, instead of beratur panjang macam mangsa perang berebutkan roti catuan daripada PBB... Tapi setelah dibuat calculation, aku akan rugi lebih banyak kalau tak isi malam ni sebelum harga naik, maka digagahkan juga diri untuk beratur...
Paling hangin dengan orang takde sivik yang tau nak potong line je kerjanya.... rasa macam nak maki pun ada
Jam 2343
Korang kira la sendiri berapa lama masa beratur untuk penuhkan tank kereta... Tapi alhamdulillah, sebab mission accomplished pada saat-saat akhir... heh... Rasanya nih la pengalaman yang menarik sebab first time aku terlibat dengan "Petrol Hunting Peringkat Kebangsaan"... Fuh...
Jam 0100
Sampai rumah di Jalan Klang Lama, setelah mengeteh sekejap di NZ hantar cousin balik ke Wangsa Maju. Sesampai sahaja di rumah, terus buka internet; malaysiakini, harakahdaily dan utusan untuk tahu perkara lebih lanjut. Last aku buka online media pukul 3 petang belum lagi ada apa-apa sebarang maklumat tentang kenaikan petrol ni. Tu sebab agak kaget dibuatnya..
Jam 0208
Rasa macam nak tidur selepas tamat menaip di blog ni
Nantikan ulasan lebih lanjut pada esok hari.... insya Allah...
5 comments:
hehehehhe...ello mr. x prez..tumpang lalu...:D
minyak oh minyak..aku smalam lalu depan petronas bangi..masyaallah...Q ojg giler..pastu same ah...kat caltex umah aku yg tak pernah2 lebih 5 buah kereta yg mengisik minyak..smalam Qnye sepjg 1km..isk isk...aku maleh nak beratur...baik balik..tido..hehehehe :P terase sgt minyak naik neh..teruk tul laa...:((
by d way...aku letak link blog ko kat blog aku eh :D
ui...heheheheheheh...chatterbox ko tu bleh campak dlm tong. 2 kali aku post xkuar pon.hehehehe..
ye ke? aku rasa bukannya chatterbox aku yang kena campak dalam tong sampah, tapi ko punya pc la tuh.... hehehhehe
jangan la risau sgt Mr Pres..
harga minyak kita masih rendah berbanding negara jiran..
senang sama2,susah sama2..
hehe..
Salam, sedikit catitan dari Hizbiyeen.... “Kaum Muslimin bersekutu kepada tiga perkara iaitu air, api dan padang rumput” [HR Ahmad, Abu Daud dan juga Ibn Majah; Sunan Ibn Majah, Al-Ahkam, no #2743].
Meskipun ada perbezaan pendapat yang diutarakan oleh Imam As-Syaukani, tetapi maksud ‘api’ itu tidak dapat lari dari makna sumber bahan api (sumber tenaga). Jadi, petroleum yang ada hari ini yang digunakan sebagai sumber tenaga dan untuk menjana kuasa elektrik adalah termasuk. Ia dapat dikategorikan dalam makna ‘api’ dalam hadis ini. Jadi adalah salah untuk ia di monopoli oleh syarikat kapitalis atau negara kerana ia adalah milik umum umat Islam....
Post a Comment