Thursday, June 26, 2008

Di dalam dilema

Alhamdulillah, training pagi tadi berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Walaupun keletihan sebab kena conduct keseorangan, tapi kira berbaloilah dengan kepuasan yang diperolehi seusai program. Terima kasih banyak-banyak kepada organizer, peserta, serta tak lupa kepada cousin sendiri, azree yang sanggup ponteng kerja part-timenya untuk jadi assistant untuk training pagi tadi. Kalau tak, tak taulah macamana nak handle kesemuanya...

Syukur alhamdulillah...

Dan sekali lagi syukur sebab tak jadi outstation ke Terengganu untuk join program AEC. Program ditangguhkan until further notice... heheh... syukur! Kebetulan dah "pancit" sebenarnya hari ni.

Ada orang mintak orang untuk conduct Program Penampilan Diri pula selepas ni, dan motivasi untuk pelajar-pelajar baru UM semasa Haluansiswa awal Julai nanti.

Heh... macam saya ni pakar motivasi pulak...

Ada orang mencadangkan saya terus fokus kepada kerja sebagai trainer dan motivator memandangkan kepada kecenderungan saya dalam bidang ni. Saya tak nafikan, walaupun saya dari aliran sains sejak zaman sekolah, hati saya masih condong dalam bidang pendidikan, pembinaan insan, pembentukan kepimpinan, motivasi etc... Malah ada rakan-rakan sekerja juga ada yang merasakan benda yang sama, bakat saya lebih kepada bidang ini berbanding kerjaya sebagai financial consultant.

Tetapi ada satu kelemahan yang paling utama kalau saya nak teruskan dalam bidang ni, iaitu kelulusan saya!

Dalam dunia motivasi, kelulusan adalah salah satu faktor utama dan dipandang berat oleh penganjur dan juga peserta. Dan inilah kelemahan yang paling utama. Saya tidak memegang ijazah dalam bidang kaunseling atau psikologi. Apatah lagi bergelar Dr (PhD), atau masters. Malah pengalaman saya dalam bidang motivasi atau training pun bukanlah sampai ke tahap tinggi yang boleh dibanggakan. Sekadar program kecil-kecilan, bolehlah...

Mungkin wajar bagi saya sambung belajar sarjana dalam bidang kaunseling atau psikologi?

Bagaimana dengan minat dan perancangan saya dalam perniagaan dan kewangan?

Hmmmm.... sesuatu yang perlu difikirkan...

Mode: dalam dilema.........

4 comments:

Anonymous said...

Sekadar dua puluh sen saya. Ada orang pakar matematik masa belajar tapi kerja bidang biologi. Ada org belajar biomedik tapi kerja bidang pelaburan. Sebenarnya manusia ni ikut arus. kalau time tu dia boleh hidup dalam bidang tu, dia buat la. kalau dia takleh hidup bidang tu dia tukar bidang. kalau sambung belajar bidang psikologi pun belum tentu dah habis belajar nanti takkan tukar bidang. biasanya org berenti tukar bidang pada peringkat master atau phd ialah kerana, sama ada sebab dia dah boleh hidup dalam bidang tu, ataupun sebab dia dah letih menukar bidang. Tapi ada banyak juga org dah ada phd pun tukar bidang sebab bila tukar bidang dia lebih kaya. So, manusia memang ikut arus. Dimana ada kebendaan di situlah dia akan pergi dan bidang itulah dia akan tukar. So, pandangan aku yg blur ni ialah, buat apa yang boleh. Kalau betul psikologi tu boleh support hidup, terus aje lah. Yg pastinya semua benda pasti akan ada masalah dan halangan. Itu bukannya menunjukkan bahawa bidang tersebut tak kena dengan kita. Mungkin juga satu hari nanti kita menyesal sebab tukar bidang satu masa dulu. Ataupun kita akan menyesal sebab tak tukar bidang satu masa dulu. Org pejabat kata kerja pejabat best. org cikgu kata kerja cikgu best. org bisnes kata kerja bisnes best. Sebenarnya, bila dapat duit semua jadi best. Jadi buat lah pilihan yg berduit. Pasti anda tidak menyesal. Org menyesal ni sebenarnya dia dah putus harapan dengan apa yang dia sedang buat dan melihat orang lain yang lebih tinggi dalam bidang lain dapat semua yang diorang hendak dalam bidang tu. Tapi for sure satu hari kita akan berhenti menukar bidang. Kalau tak takkanlah kita rasa pomen-pomen kereta dan moto di bengkel tu nak hidup cam tu sampai ke tua. Bukannya diorang tak nak buat bidang lain. Mesti dah letih mencuba itu dan ini dan akhirnya dah letih menukar bidang. Sebab setiap pertukaran bidang tu kena ada penyesuaian diri, mencari maklumat, menambah ilmu, mencari pengalaman. Jadi kalau asyik dok bertukar je, sampai bila nak stabil. Sebab tu diorang pilih untuk stay jadi pomen sampai mati. Bukannya diorang tak reti nak bukak kedai jual maggi di tepi jalan. Cuma dah letih dengan keadaan dunia yang unpredictable ni. Kalau ada orang kata "engkau ni sesuai dgn bidang tersebut lah", belum tentu betul lagi beb! Cuba try la kalau mau. Kalau menjadi teruskan lah. Kalau tak, bertukarlah. Itulah resam dunia. Kata-kata tadi tiada ketetapan sama ada betul atau tidak. Rasanya setakat ini sahajalah blog yg saya dapat tulis pada bahagian komen ini. Kalau saya teruskan, risau komen ini akan lebih panjang daripada post nya. Dari kecil dulu saya amat suka menulis. Mungkin ada orang akan kata bahawa "engkau memang sesuai jadi penulis". Kalau ada orang kata cam tu. Saya akan jawab, "kalau encik boleh confirm saya akan dapat at least RM2000 sebulan bila saya terus menulis begini, maka memang benarlah kata-kata encik itu". Ops! Tertulis lagi... Ok lah. kita bertemu di waktu yang lain. Wassalam.

Ladyship Atie said...

salam.
Insyaallah..Allah je yang Tahu segalanya, baik tersurat, mahupun tersirat.

Istikharah, sebaik-baik penyelesaian insyaallah.

Semoga diberi petunjuk. insyaAllah, amin.

eksp said...

unbidangable... ko memang layak jadi penulis..

hehehe

atie: jazakillah.. tolong doakan sekali... doa hafizah nih maqbul di sisi Allah :)

Restnrileks said...

Salam kenal..

apa-apa bidang pun boleh.. yang penting kita selesa..

harap-harap tak laa terlalu lama dalam dilema.. apa pun yang penting bila masuk bidang tu.. kita buat yang terbaik. :)

ehhh aku pun tertukar bidang jugak.. tapi still bidang sebelum dan yang ni masih seronok.. huhu

selamat hari minggu..