Saturday, June 28, 2008

Nak ke sri petaling... dah berminggu tak jejakkan kaki ke sana sebab asyik sibuk benda macam2 benda...

Misi mencari ketenangan di dalam hati...

Thursday, June 26, 2008

Di dalam dilema

Alhamdulillah, training pagi tadi berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Walaupun keletihan sebab kena conduct keseorangan, tapi kira berbaloilah dengan kepuasan yang diperolehi seusai program. Terima kasih banyak-banyak kepada organizer, peserta, serta tak lupa kepada cousin sendiri, azree yang sanggup ponteng kerja part-timenya untuk jadi assistant untuk training pagi tadi. Kalau tak, tak taulah macamana nak handle kesemuanya...

Syukur alhamdulillah...

Dan sekali lagi syukur sebab tak jadi outstation ke Terengganu untuk join program AEC. Program ditangguhkan until further notice... heheh... syukur! Kebetulan dah "pancit" sebenarnya hari ni.

Ada orang mintak orang untuk conduct Program Penampilan Diri pula selepas ni, dan motivasi untuk pelajar-pelajar baru UM semasa Haluansiswa awal Julai nanti.

Heh... macam saya ni pakar motivasi pulak...

Ada orang mencadangkan saya terus fokus kepada kerja sebagai trainer dan motivator memandangkan kepada kecenderungan saya dalam bidang ni. Saya tak nafikan, walaupun saya dari aliran sains sejak zaman sekolah, hati saya masih condong dalam bidang pendidikan, pembinaan insan, pembentukan kepimpinan, motivasi etc... Malah ada rakan-rakan sekerja juga ada yang merasakan benda yang sama, bakat saya lebih kepada bidang ini berbanding kerjaya sebagai financial consultant.

Tetapi ada satu kelemahan yang paling utama kalau saya nak teruskan dalam bidang ni, iaitu kelulusan saya!

Dalam dunia motivasi, kelulusan adalah salah satu faktor utama dan dipandang berat oleh penganjur dan juga peserta. Dan inilah kelemahan yang paling utama. Saya tidak memegang ijazah dalam bidang kaunseling atau psikologi. Apatah lagi bergelar Dr (PhD), atau masters. Malah pengalaman saya dalam bidang motivasi atau training pun bukanlah sampai ke tahap tinggi yang boleh dibanggakan. Sekadar program kecil-kecilan, bolehlah...

Mungkin wajar bagi saya sambung belajar sarjana dalam bidang kaunseling atau psikologi?

Bagaimana dengan minat dan perancangan saya dalam perniagaan dan kewangan?

Hmmmm.... sesuatu yang perlu difikirkan...

Mode: dalam dilema.........

Wednesday, June 25, 2008

Lama tak buat posting

Hahaha... sudah ramai orang menegur, awat lama tak update blog dan mendiamkan diri? Sedangkan isu-isu semasa dah makin hangat, dengan kes SAPP nak buat usul undi tak percaya kepada PM, kes duit untuk sambutan 100hari PR di Selangor, kes boikot Mas Idayu dan Ella, dan banyak lagi isu-isu panas rentetan daripada kenaikan harga minyak yang lalu...


Baru sahaja balik dari Penang dan Ipoh, dan hanya ada masa yang singkat sebelum pergi ke Terengganu pula untuk join AEC buat program kat sana selama seminggu. So tak banyak masa untuk buat ulasan, atau melontarkan opinion kat sini. Lagipun objektif utama blog ini bukanlah untuk membincangan isu semasa, kerana saya yakin ada ratusan blog yang lain yang turut membincangkan isu-isu politik, lebih panas, dan lebih accurate. Blog ini lebih kepada sekadar catatan peribadi, dan bagi memastikan otak dan fikiran saya tak beku walaupun dalam keadaan tak sibuk, senang lenang dengan masa lapang yang banyak...

Dan sekarang memang tengah takde masa lapang.... Ada sehari je sela masa sebelum program dengan AEC....

Huhuhu...

Mari kita meneruskan kesibukan ini.... hehehe

Wednesday, June 18, 2008

Salam dari Penang

Aku berada di Penang buat beberapa hari ini. Hari ini pun dah merupakan hari yang ke 2 di Pulau Mutiara ini. Insya Allah akan berada di sini sampai hari Jumaat untuk menyelesaikan dan menguruskan beberapa perkara melibatkan kerjaya dan matlamat hidup. Di samping berjalan-jalan merehatkan minda yang dah makin membeku ni

Terlalu banyak perubahan di Pulau Pinang ini setelah hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki. Rasa terkejut sebab jauh berbeza dengan Penang yang pernah dijejaki dahulu... hehe

Doakan daku di sini semoga segala urusan dipermudahkan Allah.

Amin ya Allah....

Friday, June 13, 2008

Kemarahan Rakyat

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada beberapa hari yang lalu sememangnya telah mencetus kemarahan ramai pihak. Tidak kira dari pihak pekerja kerajaan, swasta, staf sokongan, pegawai, ekskutif, peniaga kecil, petani, penternak, bahkan ahli politik BN sendiri ada yang menyimpan rasa marah atas keputusan tersebut.

Sememangnya ada pihak memahami, krisis kenaikan harga minyak dunia jugalah merupakan punca kenaikan harga minyak tersebut. Krisis ini adalah global, dan rata-rata negara telah menaikkan harga terlebih dahulu bagi mengatasi bebanan subsidi kepada rakyat.

Namun punca kemarahan rakyat yang sebenarnya adalah seperti berikut:

1. Pada asalnya kerajaan telah berjanji melalui TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak selepas PRU. Tetapi ternyata kenyataan dalam bentuk janji kerajaan untuk PRU itu satu penipuan

2. Rakyat rasa tertipu kerana beberapa hari sebelum kenaikan harga minyak, Shahrir Samad yang merupakan menteri yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan minyak hanya akan naik dalam bulan Ogos.

Namun dalam persidangan pada hari naiknya harga petrol dan diesel yang tidak sampai 4 jam, terus diisytiharkan kenaikan harga petrol dan diesel pada hari yang berikutnya serta-merta. Mustahil perkara ini dibuat secara tiba-tiba kalau tidak kerana telah dirancang terlebih dahulu?

dan sekali lagi rakyat berasa tertipu...

3. Kerajaan telah menekan golongan peniaga kecil-kecilan dan pengusaha kenderaan untuk tidak menaikkan harga, padahal mereka tidak melihat sejauh mana peningkatan kos-kos tersebut dan kesan kepada golongan ini. Nak tak nak, golongan ini terpaksa juga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.

4. Rakyat tidak percaya yang subsidi yang berjaya dijimatkan itu akan sampai kepada rakyat. Sebaliknya rakyat merasakan hasil penjimatan subsidi tersebut hanya akan sampai ke poket-poket mereka yang tertentu sahaja. Inilah kesan apabila kerajaan pimpinan yang ada sekarang ini kehilangan integriti mereka.

5. Perasaan marah semakin membuak-buak apabila YAB Perdana Menteri, boleh pula membuat kenyataan dengan menyeru rakyat untuk "Mengubah cara Hidup dan kurang Bermewah-mewah"

Padahal dalam pemikiran rakyat, bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat, termasuk PM sendiri? Sedangkan mereka sendiri telah banyak membazirkan duit rakyat dan dana kerajaan dan hidup bermewahan?

6. Kemarahan juga terbit apabila melihat di dalam dada-dada akhbar mengatakan ekonomi negara masih stabil, meningkat dan kita hanya dilanda inflasi pada kadar 5%. Sedangkan nyata dan jelas peningkatan inflasi dalam bentuk peningkatan harga barang dan perkhidmatan adalah lebih dari 5%. Rakyat terasa tertipu lagi. Kata ekonomi masih baik dan stabil, tetapi mengapa pula realitinya berlainan?

7. Ada menteri juga yang menyeru untuk berbelanja dengan penuh berhemah, namun begitu rakyat berasa marah kerana menteri-menteri yang menyeru tidak terdedah secara langsung dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Sedangkan minyak kenderaan yang menteri-menteri naiki pun menggunakan duit rakyat, begitu juga dengan barangan keperluan mereka tanpa menjejaskan gaji pokok yang dinikmati.

Walaupun begitu, menteri-menteri ini tetap mengeluarkan kenyataan tanpa merasai apa yang sebenarnya rakyat rasa.

Rakyat menjadi marah...

Dan hasilnya perhimpunan bantahan yang berlangsung pada hari ini dan yang akan berlangsung pada 5 Julai nanti...

Saya, secara peribadinya tidak beberapa bersetuju dengan amalan demonstrasi ini kerana secara tidak langsung mengganggu reputasi dan potensi perlaburan dari luar kepada negara kita. Pengamalan ini bakal menggambarkan Malaysia di dalam keadaan tidak aman dan kerajaan sekarang goyah dan tidak selamat. Seterusnya akan menimbulkan spekulasi dan akhirnya pelabur-pelabur luar akan menarik perlaburan mereka untuk keselamatan mereka. Ini merugikan negara, tambahan pula dalam keadaan ekonomi global pada masa kini.

Begitu juga nasib mereka yang berniaga, atau ada urusan-urusan perniagaan di sekitar kawasan di mana demonstrasi itu diadakan yang mana akhirnya akan menyebabkan kerugian untuk hari tersebut. Inilah antara rungutan yang pernah saya dengar semasa siri demonstrasi sebelum-sebelum ini.

Tidak campur lagi dengan kerosakan awam yang sering berlaku pada demo yang lepas, terutamanya di kala zaman reformasi. Malah ada harta milikan persendirian juga turut menjadi mangsa. Kerana di Malaysia ini jarang berlaku perhimpunan aman yang betul-betul aman melainkan akan berakhir dengan sedikit unsur keganasan dan kerosakan.

Tetapi siapakah yang dapat menghentikan kemarahan rakyat sekarang?

PM?

Sudah pasti tidak, kerana rata-rata tidak lagi meyakini kepimpinan beliau kini termasuk penyokong kerajaan sekalipun

Pakatan Rakyat?

Sudah pasti akan lagi mengapikan kemarahan rakyat untuk mendesak PM sekarang untuk turun dari takhta pemerintahan...

Polis?

Pasti lebih menyemarakkan lagi gelombang rakyat

Thursday, June 12, 2008

Insomnia?

Semenjak sebulan dua kebelakangan ni dah mula semakin sukar untuk tidur. Kadang-kadang kalau tidur pun sekejap sahaja lena dah mula bangun dan ambil masa untuk lelap balik. Tidak tahulah mengapa. Beberapa kena migrain kejap, tapi alhamdulillah hanya sehari sahaja...

Kadang-kadang memang rasa ngantuk ya amat. Baring... lelap 5 minit, kemudian tersedar balik. Then terkebil-kebil untuk tidur balik. Heh.

Adakah saya dah mengidap insomnia?

Atau just kesan dari stress bekerja? banyak berfikir kebelakangan nih....

Atau saya dah mula sampai ke peringkat umur di mana dah mula kurang tidur?

Saje search tentang insomnia dalam internet...

Quote:
Insomnia is a sleeping disorder characterized by persistent difficulty falling asleep or staying asleep despite the opportunity. It is typically followed by functional impairment while awake. Insomniacs have been known to complain about being unable to close their eyes or "rest their mind" for more than a few minutes at a time. Both organic and non-organic insomnia constitute a sleep disorder.

According to the U.S. Department of Health and Human Services in year 2007, approximately 64 million Americans suffer from insomnia each year. Insomnia occurs 1.4 times more commonly in women than in men.

Types of Insomnia

Although there are several different degrees of insomnia, about three types of insomnia have been clearly identified: transient, acute, and chronic.

1. Transient insomnia lasts from days to weeks. It can be caused by another disorder, by changes in the sleep environment, by the timing of sleep, or by stress. Its consequences - sleepiness and impaired psychomotor performance - are similar to those of sleep deprivation. If this form of insomnia continues to occur from time to time, the insomnia is classified as intermittent.[citation needed]
2. Acute insomnia is the inability to consistently sleep well for a period of between three weeks to six months.
3. Chronic insomnia lasts from months to years. It can be caused by another disorder, or it can be a primary disorder. Its effects can vary according to its causes. They might include sleepiness, muscular fatigue, and/or mental fatigue; but people with chronic insomnia often show increased alertness.

Patterns of Insomnia

The pattern of insomnia often is related to the etiology.

1. Onset insomnia - difficulty falling asleep at the beginning of the night, often associated with anxiety disorders.
2. Middle-of-the-Night Insomnia - Insomnia characterized by difficulty returning to sleep after awakening in the middle of the night or waking too early in the morning. Also referred to as nocturnal awakenings. Encompasses middle and terminal insomnia.
3. Middle insomnia - waking during the middle of the night, difficulty maintaining sleep. Often associated with pain syndromes or medical illness.
4. Terminal (or late) insomnia - early morning waking. Characteristic of clinical depression.

Causes

Insomnia can be caused by:

* Psychoactive drugs or stimulants, including certain medications, herbs, caffeine, cocaine, ephedrine, amphetamines, methylphenidate, MDMA, methamphetamine and modafinil
* Hormone shifts such as those that precede menstruation and those during menopause
* Life problems like fear, stress, anxiety, emotional or mental tension, work problems, financial stress, unsatisfactory sex life
* Mental disorders such as clinical depression, schizophrenia, bipolar disorder, general anxiety disorder
* Disturbances of the circadian rhythm, such as shift work and jet lag, can cause an inability to sleep at some times of the day and excessive sleepiness at other times of the day. Jet lag is seen in people who travel through multiple time zones, as the time relative to the rising and setting of the sun no longer coincides with the body's internal concept of it. The insomnia experienced by shift workers is also a circadian rhythm sleep disorder.
* Certain neurological disorders, brain lesions, or a history of traumatic brain injury
* Medical conditions such as hyperthyroidism and Wilson's syndrome
* Abuse of over-the counter or prescription sleep aids can produce rebound insomnia
* Poor sleep hygiene
* Parasomnia, which includes a number of disruptive sleep events including nightmares, sleepwalking, violent behavior while sleeping, and REM behavior disorder, in which a person moves his/her physical body in response to events within his/her dreams
* A rare genetic condition can cause a prion-based, permanent and eventually fatal form of insomnia called fatal familial insomnia
Sumber dari wikipedia. Sila ke url berikut untuk pembacaan lebih lanjut sebagai maklumat tambahan--> http://en.wikipedia.org/wiki/Insomnia


Hmmmm.....
Harap-harap taklah sampai kesihatan terjejas...
Bagus juga kalau dapat kurangkan tidur dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara lain, especially untuk menambah amal dan juga untuk membaca buku...

Selama 25 tahun hidup, agak-agak berapa tahun benar-benar saya berjaga ye?

Wednesday, June 11, 2008

Po The Kungfu Panda

main sms dengan kakak..

(kakak tau... bukan awek.... hehe)

Kak Ina: dah tengok Kungfu Panda? Best gile!

Aku (adik): Dah tengok dah.. tak boleh berenti gelak.. hahaha

Kak Ina: Po reminds me of u. hehehe. bijak, cuddly n suka makan - "i eat when i'm upset. heheh

adduhh.... aku nih standard Po dalam Kungfu Panda je ke pada pandangan kakak aku???

tapi takpe la... at least aku masih hero....

comel jugak aku Po kan? hahahha

Komen aku terhadap cerita nih, sangat best dan menghiburkan hati. Especially time hati tengah sakit tengok harga minyak melambung macam sekarang nih... heh

Tuesday, June 10, 2008


Tangguh kajian dan analisis kenaikan harga minyak...

Terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa nak huraikan dalam bentuk ayat yang bersifat ilmiah...

Yang pasti, harga dah pun naik... dan langkah penjimatan perlu dijalankan segera...

Aku tanak backing Kerajaan BN lagi dah buat masa nih selagi Pak Lah tak kembalikan kredebiliti kerajaan dan parti...

Masalahnya ada ke cara untuk kembalikan kredebiliti tersebut, selain daripada dengan Pak Lah sendiri letak jawatan?

Dan adakah benar harga minyak akan diturunkan jika Pakatan Rakyat yang pegang? Itu pun satu persoalan kerana isu minyak ni isu global

Hmm...tertanya-tanya....

Friday, June 6, 2008

Kaji dan Analisis

Saya masih di dalam peringkat mencari bahan, mengkaji sumber dan membuat sedikit analisis ringkas berkenaan kenaikan harga petrol dan diesel ini. Saya tak nak menjadi orang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan sepenuhnya, dan juga tak nak menjadi orang yang buta akal tanpa mengetahui perkara sebenar di sebalik isu ini.

Ini adalah kerana saya berpegang kepada prinsip, seorang pemegang ijazah, bekas mahasiswa harus melihat sesuatu perkara itu secara kritikal, bukan sekadar melihat dan memberi komentari secara membuta dan mengikut emosi.

Akan membuat sedikit ulasan nanti. Insya Allah

Thursday, June 5, 2008

Detik-detik sebelum RM2.70

Jam 1800

Sengaja luangkan masa bersama cousin, azree kat midvalley... memandangkan pernah janji dengan dia untuk makan sushi sama-sama, so petang ni la masanya untuk tunaikan janji... Naik ke The Garden Midvalley, tak ingat apa nama kedainya... jenuh nak pronounce... tapi sangat puas hati makan walaupun bilnya RM56.50... hehehe...

Macam-macam jugak makan. Sebenarnya ini first time aku makan sushi di tempat actual franchise Jepun. Selalu makan sushi yang dibeli bundle samada di Cold Storage dan Carrefoure. Dan ternyata berbeza! Sushi fresh memang jauh lagi sedap, especially bila salmon, dan tuna yang masuk ke dalam mulut terasa cair dan manis serta-merta... fuh... nyum nyumm... memang puas hati

Alhamdulillah...

Hasil lahap kami berdua 070




Jam 1913


On the way turun dari escalator The Garden menuju ke surau kat bawah Megamall untuk solat maghrib... dapat sms dari Afif

Naik esok - Petrol RM2.70 & diesel RM2.58 selitre. fwrd to all

Hati dah mula tak sedap... Dah la baru belanja makan sakan sebentar tadi... huhu

Eh, bukan ke kata bulan Ogos ni baru nak naikkan harga minyak mengikut harga pasaran global ke?

Aduuhh... teringat yang tank kereta pun tinggal sikit je lagi... Tak isi sejak drive balik dari Ipoh. Ni tak boleh jadi ni


Jam 2002

Keluar dari Midvalley, menghala ke Hentian Putra sebab cousin nak beli tiket bas ke Kelantan. Dapat tiket, dan harga belum naik lagi.... hehehe..

Sambil tuh bersms dengan kawan-kawan, dapatkan beberapa feedback... Semuanya masih terkejut dan suarakan rasa tak puas hati... Tak kurang juga yang berbalas dengan sindiran kepada kerajaan dan lawak jenaka di kala hati tengah panas membara ni....041
Sabar... sabar.....

Sepanjang jalan dari Midvalley ke Hentian Putra, sesaknya masya Allah! Sehinggakan stesen minyak Caltex kat Jalan Bangsar yang tak pernah ramai orang pun tetiba banyak pula kereta beratur.


Jam 2200

Di Wangsa Maju, tumpang solat Isya di rumah Pak Ngah. Punya sesak jalan sampai sejam lebih baru sampai sana... Sempat bersalam dengan mak dan pakcik yang kebetulan bermalam kat sana 2 malam untuk selesaikan beberapa urusan di KL. Setengah jam lepas tu terus bergerak ke stesen Petronas Setiawangsa

Punya la banyak kereta yang berpusu-pusu dan beratur untuk isi minyak.

Aku ni kalau tak kerana memang tank dah tinggal sikit, aku tak kisah sangat nak isi pada harga baru, instead of beratur panjang macam mangsa perang berebutkan roti catuan daripada PBB... Tapi setelah dibuat calculation, aku akan rugi lebih banyak kalau tak isi malam ni sebelum harga naik, maka digagahkan juga diri untuk beratur...

Paling hangin dengan orang takde sivik yang tau nak potong line je kerjanya.... rasa macam nak maki pun ada 004


Jam 2343

Korang kira la sendiri berapa lama masa beratur untuk penuhkan tank kereta... Tapi alhamdulillah, sebab mission accomplished pada saat-saat akhir... heh... Rasanya nih la pengalaman yang menarik sebab first time aku terlibat dengan "Petrol Hunting Peringkat Kebangsaan"... Fuh...


Jam 0100

Sampai rumah di Jalan Klang Lama, setelah mengeteh sekejap di NZ hantar cousin balik ke Wangsa Maju. Sesampai sahaja di rumah, terus buka internet; malaysiakini, harakahdaily dan utusan untuk tahu perkara lebih lanjut. Last aku buka online media pukul 3 petang belum lagi ada apa-apa sebarang maklumat tentang kenaikan petrol ni. Tu sebab agak kaget dibuatnya..

Jam 0208

Rasa macam nak tidur selepas tamat menaip di blog ni

Nantikan ulasan lebih lanjut pada esok hari.... insya Allah...

Tuesday, June 3, 2008


*curik* dari blog Lutfi Ali... penuh keinsafan....
klik atas gambar untuk paparan lebih besar

That's what we call friends =)

Malam tadi after isya', lepak dengan kawan-kawan lama semesti dulu. Walaupun tak berapa ramai, tapi ada la beberapa kerat dan lepak sampai dekat pukul 1 pagi la jugak, even pagi nih semua orang kerja. Mula-mula port kat Pelita Nasi Kandar Bangsar, lepas tu tukar port kat tempat nasik lemak, sebelah Masjid Abu Bakar tuh.

Kebelakangan nih lebih banyak hang around dengan ex-schoolmate, berbanding dengan ex UM yang masing-masing sibuk sampai nak jumpa minum pun susah. Taktau la pulak kot kerana aku budak takaful, jadi masing-masing takut aku datang untuk preach dan bercerita pasal takaful... heh... Sori la kengkawan, aku tak promote sangat takaful kat kengkawan nih. Market aku lebih kepada orang lain. Sebab lagi senang deal dengan orang lain berbanding kawan-kawan, nanti masing-masing banyak songel, nak hadiah free la.... nak komisyen la... nak discount rate la... heh

Alhamdulillah, setakat ni hubungan antara rakan-rakan sekolah dulu tetap utuh. Mungkin sebab 5 tahun hidup bersama... Lima tahun kat sekolah tak sama dengan Lima tahun di universiti. Kat universiti, kita hanya kenal kerana kita satu kursus, sebab nak buat assignment atau group project. Kalau tak kerana benda-benda tu, takdenya kita nak bersosial sangat. Lainlah kalau tinggal di kolej, ada juga banyak peluang untuk membina persahabatan melalui program dan projek kolej.

Tapi Kawan Sekolah lain, especially bebudak hostel macam kami. Lima tahun di satu bumbung sekolah dan hostel, kami membina kehidupan kami sendiri. Belajar benda baru (mengarut?) bersama-sama... Striving untuk hidup semasa sama-sama di alam junior.... dan bertahan sehingga menjadi senior... Sama-sama tahan perut makan makanan kawah di DM... Tidur di waktu prep sama-sama... Tu tak campur benda-benda illegal seperti ponteng prep dan seludup barang.. hehe

Walaupun begitu, yang aku maksudkan sekarang nih hanya mereka yang masih bujang dan solo je la... yang dah kawin, ada komitmen dah, susah nak join gathering kitaorang malam-malam macam nih. Yang dah berpunya pun susah nak join jugak... heh

Kelakar dan geli hati...053

Resolusi: Camping di Janda Baik 14/6/08

Nak kena cari site...

Monday, June 2, 2008

Goal Setting - Part 2


You maybe found me like to talk about goal setting. It is because it is indeed the first thing fundamentally that we have to plan before setting up a business, or even to plan our own LIFE PLAN

When setting our goals, think big - but not extravagant or unlimited - big as opposed to small, overly cautious and hesitant. Little plans lack the magic that stirs the blood and have about as much chance for success as their size. There is risk associated with big goals. But there is some risk in any goal. And if we are not willing to take risks, you should not be in the game. We may have seen too many who never had the thrill of testing themselves with long stretch on a limb. Their careers are oriented around the self-induced fear of failure. It's sound dull. And how sad, to have fear dictate and compromise the healthy, normal desire to succeed.

So reach out toward the stars. If we fall short, reach again. Adjust our sights to reality, but don't grab the security blanket and suck your thumb. That is for tots who are in a protected environment but do not realize it. Our environment actually is not protected. And we are actually like we are in a jungle, where the tigers have a way of eating up thumb-sucking blanket-huggers. Besides, goal-setting is one of the best ways to stroke ourselves psychologically.

In setting up a team, or a company, or even a study group for student. The first thing we need in spite of the goal setting is to find partner/s and colleagues that have the same dream and goal like you are. Only then, we can embraced our dreams together even though there will be so many obstacles between the success and us.

Embracing the Star!!