Sedar tak sedar dah pun hampir berlabuhnya tirai tahun 2008.... dan sinar 2009 telah pun melambaikan bayangnya di ufuk baru.... Rasanya, di saat inilah yang terbaik untuk muhasabah kembali diri.... sejauh mana telah melangkah dalam liku-liku 2008, dan set kembali kompas halatuju untuk tahun 2009...
Sebenarnya, banyak benda tak tercapai untuk tahun 2008 nih, terutamanya dari aspek perkembangan agama dalam diri, dan juga dari aspek kerjaya... Hati mula rasa tak sedap... walaupun ada beberapa perkembangan yang dilihat positif, tapi masih tak mencapai target yang diletakkan...
Inilah masalahnya apabila meletakkan sasaran yang terlalu tinggi... Itulah sebabnya, di dalam proses meletakkan matlamat hidup, matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka masa pendek, adalah penting untuk letakkan sesuatu yang boleh digapai dengan tangan sendiri... Matlamat yang terlalu tinggi akan berisiko menjadikan diri sendiri menjadi putus asa dan lemah semangat sekiranya matlamat dan objektif tidak tercapai...
Sebaliknya, meletakkan matlamat yang terlalu mudah pun tidak ada gunanya... Matlamat yang terlalu mudah akan menjadikan diri kurang motivated untuk mencapainya.... Itulah sebab matlamat perlulah mencakupi dan memenuhi segala ruang sesebuah objektif, sedikit mencabar dan mampu dicapai...
Kata-kata orang cerdik pandai, "mimpilah untuk mencapai bintang, nescaya kamu akan menggapai awan"
Aku dalam proses untuk beralih arah dan matlamat pada 2009 nih... mencari halatuju yang lebih baik, untuk menjadi insan yang lebih baik, mempunyai kerjaya yang lebih baik, sekaligus mencari kejayaan di dunia dan juga akhirat.... Maka doakanlah aku...
Moga Allah permudahkan pencarian hidup daku bersama auroraku......
Amin ya Rabbala'lamin...
Allah telah pun berfirman,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, dan berpesan ke arah kebenaran dan (dengan) kesabaran"
Al-'Asr: 1-3
2 comments:
beralih arah?.
em semoga Allah merahmati.
;)
beralih ke arah yang lebih baik... ^^ insya Allah...
Post a Comment