Friday, December 26, 2008

Kita sebenarnya boleh berjaya...

Kalau kita sebut tentang keju, atau hasil-hasil tenusu dan daging, mesti kita akan teringat New Zealand... betul tak? dan sudah pasti dalam bayangan kita adalah lembu yang berwarna hitam bertompok putih (atau lembu putih bertompok hitam sebenarnya? heheh) sedang meragut rumput di kawasan ragut yang luas, sambil mengalir di tengah-tengahnya air sungai yang jernih... Kenapa dikatakan begitu? Sebab bagi orang yang pernah tengok iklan susu Fernleaf dulu-dulu, begitulah digambarkan kehidupan lembu-lembu di New Zealand!

Daripada iklan itulah generasi saya tergila-gilakan untuk makan keju cheesedale, atau kraft!

Tak cukup dengan keju cheesedale, saya juga turut berkenalan dengan keju-keju yang lebih mahal di pasaraya. Terkejut jugak bila tengok sekepal keju berharga puluhan ringgit!!

Semakin saya dewasa, pernah terlintas dalam pemikiran saya dan rakan-rakan untuk meneroka bidang keju dan hasil tenusu ini. Pernah jugak meninjau-ninjau ruang dalam laman web untuk cara-cara membuat keju yang sama bentuk dan rasa dengan keju-keju yang mahal untuk dibuat daripada hasil tenusu tempatan, dengan tangan orang tempatan dan harga yang lebih berpatutan... Tapi orang yang tak biasa pergi dapur macam saya, boleh ke persoalannya? Hehehe...

So, mungkin persoalan utama yang timbul, bolehkah kita bersaing dengan produk luar yang tampak lebih sedap walaupun harga lebih mahal? Mampukah kita menghasilkan produk yang sama taraf kualitinya, harga lebih berpatutan dan lebih penting lagi, terjamin halalnya?

Seorang rakan kita di Langkawi telah pun berjaya membuktikannya....!!

Malaysia, pengeluar utama keju mozzarella?

LANGKAWI 25 Dis - Malaysia memiliki permata tersembunyi yang mungkin hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja : kedai kecil di Langkawi yang menghasilkan keju mozzarella buatan tempatan.

Bukan sahaja keju ini dihasilkan menggunakan susu kerbau, ia juga buatan tangan, antara ciri-ciri utama yang menjamin kelazatan dan keaslian mozzarella.

Namun tidak ramai yang tahu kewujudan kedai itu di Friendly Farms kerana sejak dibuka empat bulan lepas, ia hanya menjual daging halal dan organik.

Perniagaan mozzarella hanya bermula kira-kira tiga minggu lepas.

Pemiliknya ialah Norzana Ghazali, ahli perniagaan berusia 25 tahun yang berkahwin dengan Michael Bruschi, ahli perniagaan Itali yang berpengalaman dalam pembuatan keju.

Norzana, atau lebih mesra dengan panggilan Yana, memberitahu Bernama ramai yang ragu-ragu semasa dia memberitahu rancangannya untuk memulakan perniagaan membuat mozzarella.

"Ramai yang tidak fikir ia boleh dilaksanakan, s

ebab jika boleh, sudah pasti ada yang telah membuatnya lama dahulu lagi," katanya.

"Namun, seperti yang anda dapat lihat, ia terlaksana, kami telah berjaya menghasilkan mozzarella buatan tangan dan habis dijual setiap hari, jadi ia tidak mustahil untuk dilakukan," katanya.

Bruschi, 53, yang bersependapat dengan isterinya berkata, bukan sahaja mozzarella boleh dihasilkan di Malaysia tetapi malahan dengan kualiti yang lebih baik berbanding dari Itali.

Bagaimana dia boleh menyokong hujahnya ini?

"Cubalah rasa," katanya dengan mudah.

Beliau menjelaskan antara pelanggannya termasuklah chef berpengalaman daripada hotel-hotel terkemuka di pulau peranginan ini seperti Four Seasons dan the Datai, yang selama ini menggunakan mozzarella buatan tangan diimport tetapi kagum dengan mozzarella Friendly Farms selepas merasanya.

"Mereka tak mempercayainya, yang mozzarella sebaik itu boleh dihasilkan daripada susu kerbau kita, dan sejak itu permintaan hampir tidak henti-henti," katanya.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara yang pernah merasai mozzarella segar mereka dan menceritakan tentang kelazatannya dalam blog beliau www.chedet.com.

Selain daripada hotel-hotel, mozzarella Friendly Farms juga menjadi pilihan utama ekspatriat yang tinggal di Langkawi, termasuk mereka yang tinggal di kapal persiaran mewah di Telaga Harbour.

Penulis juga turut berpeluang merasai mozzarella istimewa itu yang sememangnya begitu lazat dan tidak seperti jenis yang ada dalam pasaran.

Bruschi menjelaskan keju yang ada dalam pasaran bukan mozzarella tetapi fior di latte, yang dibuat daripada susu lembu.

Harganya lebih berpatutan kepada pengguna dan kos untuk membuatnya

lebih murah dan banyak digunakan dalam industri makanan, terutamanya restoran pizza.

Berikutan kesukaran mendapatkan susu kerbau, Friendly Farms juga menghasilkan fior di latte, meskipun susu perlu diperoleh dari banyak tempat di pulau ini serta di tanah besar.

"Kita boleh menghasilkan keju yang bermutu dan lazat, menghasilkan apa juga yang negara lain keluarkan, dan malahan melakukannya dengan lebih baik lagi," kata Bruschi.

"Ia boleh menjadi industri bernilai berbilion-bilion ringgit bagi Malaysia, ia telahpun menjadi industri bernilai berbilion-bilion dolar di dunia. Tidak mustahil untuk menj

adikannya kenyataan, anda hanya perlu mahu melakukannya," katanya.

- Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Bravo!!

Siapa kata kita tak mampu sebenarnya?

Walaupun dalam kes atas, kira macam ada cheatcode la... si suami tuh orang Italy yang berpengalaman membuat keju... hehehe

Saya cukup suka melihat kejayaan "orang kita" yang berjaya dalam perniagaan... dan ternanti-nanti kejayaan yang seterusnya... bersama-sama kita mengukir kejayaan, dengan niat untuk menegakkan muamalat Islam... Insya Allah!

Ada sesiapa lagi nak keluarkan hasil tenusu?

8 comments:

En Kid said...

keju eh?..
menarik2..leh makan pizza ke..pasta ke..makanoni ke..
best!

MZ said...

Ada tengok keju Langkawi ni kat dalam Kosmo.
Tak sangka la kan?

MZ said...

Dh tengok keju tu kat Kosmo.
Tak sangka kan Malaysia pun bleh wat keju.
Kalah Itali.

Ladyship Atie said...

MALAYSIA BOLEH!!!

hehe;)

Ya, jika dikata kecantikan adalah milik setiap insan,
kejayaan juga begitu.

Semoga berjaya!;p

eksp said...

kedek, maryam & atie: tuh la... pasni boleh la mintak resepi keju dari depa...

hehehhe

Anonymous said...

a great perspective. Kita biasanya bila lihat barangan luar kita fikir nak beli. Ini disebut 'a consumer's mind'. Jarang skali kita, terutamanya orang melayu berfikir cara 'peniaga' iaitu bagaimana nak produce sesuatu. Sama-samalah kita ambil ilmu dari luar dan implimentkan di negara kita. tak cukup dengan beli je...kita yang rugi.

Contohilah Jepun, semua benda dirubah jadi 'ala jepun'

eksp said...

faizah: yup, betul tuh..

tak lama lagi jangan terkejut jumpa mentega buatan malaysia pulak

hehe

:: hayati :: said...

sy amek gambr lembu dr blog kamu ni yerr...heheh