Tuesday, January 20, 2009

Menu orang diet

Klik sini untuk paparan lebih besar

Sengaja nak kongsi kat sini... Walaupun diri sendiri tak dapat nak amalkan diet yang sebegini... Maklumlah, duduk bujang... makan pun di kedai. Lainlah kalau dah berumahtangga dan orang rumah yang masak dan sediakan makanan hari-hari...

Heheheh

Fikir-fikirkan... dan selamat beramaaallll....!

cemburu dengan kejayaan Bazli yang dah berjaya menurunkan banyak berat badan...

Kredit to kuden sebab contribute info nih kat dalam BDN

Monday, January 19, 2009

Cukupkah sekadar memegang bendera?

Dah lama tak sempat online dan menulis.  Baru balik dari Penang dan Ipoh, setelah beberapa hari menyelesaikan beberapa urusan kat kedua-dua tempat ini.

"Spotlight" orang ramai dalam beberapa hari ini adalah;

1. Perlantikan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat...
2. Anugerah Juara Lagu~ ehh... kumpulan "Berjumpa Pakcik Husein" (Meet Uncle Husein) menang? hehehe...
3. Pilihanraya P036~ K.Terengganu; PAS berjaya tawan

Saya hanya nak ulas sedikit tentang perkara nombor tiga... dan bukan dari sudut politik pun.

Ada orang di dalam beberapa forum online dan di blog-blog ada bercakap.  Kejayaan PAS adalah satu lambang dan syiar kepada Islam.  Lebih tampak hebat lagi apabila orang cina sendiri yang mengibarkan bendera-bendera PAS sepanjang masa pilihanraya.  Ini adalah satu syiar dan tanda Islam diterima ramai.

Persoalannya yang saya ingin kemukakan, cukupkah dengan sekadar orang Cina memegang bendera parti, bermakna Islam telah berjaya? 

Adakah itu satu kayu ukur yang tepat?  Atau sekadar polemik dan retorik politik?

Pada pendapat saya, pengibaran bendera sewaktu musim pilihanraya umum, atau pilihanraya politik bukanlah satu kayu ukur yang tepat untuk menyatakan penerimaan Islam di kalangan masyarakat.  Sekiranya benar hendak dicari kayu ukur, maka pergilah ke masjid.  Dan lihatlah sendiri berapa ramai orang yang solat berjemaah, berapa ramai wanita yang menutup aurat, berapa ramai orang yang masuk Islam setiap hari etc...

Sekadar mengibar bendera, maka mengaitkan dengan syiar Islam, saya rasa itu macam kurang tepat.

Tetapi kalau dikatakan amalan tersebut sebagai sekadar satu reformasi dalam politik arus perdana, mungkin ianya boleh diterima.

Mungkin akan ada orang yang membantah, dengan menyatakan ini adalah satu permulaan.  Kalau benar begitu, alhamdulillah lah... tetapi para pendakwah, ulama dan orang awam Islam janganlah dibuai mimpi-mimpi indah.  Sibuk mengejar kemenangan untuk mendapatkan pangkat dan jawatan, tetapi kerja dakwah diabaikan.  Dan akhirnya kita jadi syok sendiri.

Sekadar menyatakan pandangan.  Kerana kita selalunya terlepas pandang kepada perkara-perkara yang penting, dan terlalu mengambil berat kepada perkara yang remeh.

Wallahualam

Kalau ditanya pendapat saya secara politiknya untuk P036, saya menyatakan bahawa semua ini adalah petanda-petanda yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan pusat, menyatakan pendirian bahawa rakyat sudah penat dengan sandiwara dan korupsi beberapa pihak tertinggi dalam kerajaan.  Maka kerajaan pusat perlu muhasabah diri, sebelum "penghisaban rakyat" semasa pilihanraya yang mendatang, sebelum penghisaban Allah di akhirat nanti....

Wednesday, January 14, 2009

Utraman

Beberapa hari yang agak sibuk.

Tengah masuk BDN, terjumpa Youtube yang nih...

Tak dapat nak stop gelak sepanjang tengok, tambah pulak dengan lagu background dia...



Macam-macam...!!



Status posting : tak serius, santai dan gelak ketawa

Monday, January 5, 2009

Palestin...

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal apa yang berlaku di Palestin. Tapi hari ini baru berkesempatan nak menulis...

Harap dapatlah kuatkan mental, memandangkan saya jarang menulis panjang di dalam blog ini

Syahdu... Marah... itulah respon kebanyakan orang Islam di serata dunia apabila berulangnya lagi pertumpahan darah. Lebih ironis, apabila pertumpahan darah yang paling ketara itu bermula pada 1 Muharram yang lepas. Seolah-olah ianya satu petanda untuk melancarkan holy war kepada seluruh umat Islam.

Kanak-kanak, orang awam yang tidak bersenjata mati dibunuh. Malah masjid turut diserang melalui serangan udara sewaktu sebilangan umat Islam sedang mendirikan solah berjemaah.

Apabila kita melihat satu demi satu gambar-gambar yang menggambarkan situasi kat sana, ternyata pilu perasaan yang akan muncul, yang seterusnya menimbulkan bibit-bibit geram di dalam hati terhadap apa yang telah berlaku.

Kenapa semua ini berlaku?

Kalau ditanya kepada aku, aku mengatakan bahawa semuanya adalah berpunca daripada kita umat Islam sendiri.

Lihatlah di Palestin itu sendiri, perpecahan yang telah berlaku di antara pihak Fatah dan Hamas sejak dahulu lagi. Masih segar lagi dalam ingatan peristiwa di tahun lepas apabila kedua-dua pihak pejuang Islam ini bertelagah untuk perebutan jawatan presiden dan perdana menteri, sedangkan Palestin sendiri pada waktu itu masih dalam keadaan terancam

Peranan negara-negara Arab yang masing-masing hendak menjaga kepentingan masing-masing turut dipersoalkan. Lihatlah apa yang dibuat oleh negara-negara yang terdekat. Apa yang dibuat oleh Saudi, Jordan, Mesir, Syria apabila Palestin diserang? Sekadar mampu mencadangkan pelan damai dan genjatan senjata kepada PBB. Padahal kebanyakan negara-negara Islam di timur tengah merupakan negara-negara pengeluar minyak terbesar, yang sebenarnya mampu untuk membina dan membiayai angkatan perang yang berfungsi untuk menjaga negara-negara Islam serantau. Kemanakah kekayaan mereka telah pergi? Kenapa semua orang bersifat nafsi-nafsi?

Hazrat Abu Hurairah r.a berkata bahawa telah bersabda Rasulullah saw,

"Apabila umatku membesar-besarkan dunia, maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam. Dan apabila mereka meninggalkan (amalan) mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka akan kehilangan keberkatan wahyu. Dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain, mereka akan gugur dari pandangan Allah"

(Hadith Riwayat Hakim dan Tirmidzi)

Apa yang berlaku di Palestin adalah satu muhasabah untuk semua orang Islam. Allah masih memberi peringatan demi peringatan supaya kita kembali melihat diri kita, sejauh manakah kita sebenarnya di sisi Allah.

Kadang-kadang kita merasakan kita telah cukup mengamalkan perintah Allah. Malah selalunya kita lebih sibuk dan asyik dengan kehidupan dunia kita sehingga terlupakan apakah maksud sebenarnya kita dihantar ke dunia ini.

Padahal kita adalah umat yang terbaik, yang sepatutnya sentiasa mendapat pertolongan Allah. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

"Dan sekiranya orang kafir memerangi kamu, tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung atau pemberi pertolongan"

(Surah Al-Fath : 22)

Allah juga berfirman di dalam Al-Quran,

"Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman"

(Surah Rum : 47)

Begitulah janji-janji Allah untuk orang beriman

Tetapi mengapa hingga kini, tiada bantuan Allah dizahirkan bagi membantu mereka di Palestin? Sebagaimana turunnya bantuan Allah sewaktu medan badar, apabila 313 para Sahabat tanpa lengkap bersenjata menentang 1000 musyrikin Mekah yang lengkap tunggangan dan senjata?
Sedangkan satu dunia berdoa, memohon bantuan Allah! Hampir setiap masjid, termasuk di Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa doa dilaungkan! Bukan calang-calang mereka yang imamkan bacaan doa tersebut, bahkan Imam-imam besar kedua-dua masjid tersebut yang bacakan..Qunut Nazilah dibacakan! Bahkan hampir setiap kali solat fardhu di masjid ada doa memohon bantuan Allah!

Tetapi bantuan Allah tidak kunjung tiba, kenapa?

Jawapannya ada pada di sini;

Hazrat Aishah r.anha berkata,

"Sekali Nabi SAW telah masuk mendapatkan daku dan daku telah mengetahui daripada wajah Baginda SAW bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda SAW telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Daku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Baginda duduk di atas mimbar, lalu memuji Allah SWT dan bersabda,
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT telah berfirman kepada kamu, 'Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada kemungkaran sebelum datang satu suasana di mana kamu berdoa kepadaKU, tetapi Aku tidak menerima doa kamu, kamu meminta daripadaKu, tetapi Aku tidak memberikan kepada kamu, dan kamu memohon bantuan daripadaKu, tetapi Aku tidak akan membantu kamu'".
Baginda tidak menambah apa-apa daripada kalimah-kalimah itu sehinggalah Baginda SAW turun dari mimbar

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Maka jawapan kepada semua permasalahan ini adalah umat perlu diislahkan (diperbaiki dan diperbetulkan semula) supaya amalan dan kehidupan umat Islam hari ini dapat menjadi mirip seperti mereka di zaman Nabi dan para Sahabat

Imam Malik rah.a telah menulis

"Orang yang terkemudian daripada umat ini sekali-kali tidak akan dapat diislahkan (diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk islahkan orang pada zaman permulaannya (zaman Nabi dan Sahabat)

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran

"Allah SWT menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu (wahai umat Muhammad SAW) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa, dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh), Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu..."

(Surah An Nur : 55)

Jawapannya telah terang dan jelas. Untuk selesaikan perkara ini, kerja dakwah perlu dijalankan agar Islam kembali syiar dan orang akan kembali beriman dan beramal soleh. Maka barulah Allah memberikan kemegahan Islam seperti mana yang jelas terpapar dan terbukti di zaman Khulafa ar Rasyidin (Khalifah yang Empat)

Keputusan perlu dibuat, untuk jadikan agama sebagai keutamaan yang pertama, sebagai maksud hidup dan berpaling daripada keselesaan kehidupan dunia. Selagi saya, kita dan seluruh umat Islam tidak membuat keputusan ini, maka selagi itulah masalah, dugaan, musibah dan azab ini akan berterusan ke atas umat

Hari ini di Palestin... Mungkin esok lusa boleh berlaku di Malaysia pula....

Maka dengan ini saya perlu bertaubat atas segala kelemahan diri ini. Di waktu saudara-saudara kita bermandi darah di bumi Palestin, kita masih selesa di sini, tanpa sedikitpun perasaan untuk membantu mereka di sana, untuk bersama-sama mengangkat senjata. Tiada sekelumitpun kerutan di dahi kita memikirkan mereka di sana, dan tiada setitis air mata pun yang mengalir mengenangkan mereka di sana

Apatah lagi untuk bangun tahajud dan menangis di tengah malam mendoakan bantuan Allah!

Semoga Allah mengampuni seluruh umat, dan membantu umat ini khususnya di Palestin. Dan semoga mereka yang terkorban digolongkan oleh Allah sebagai para syuhada'... Amin ya Allah

Apa yang saya tulis, adalah untuk menegur diri saya sebenarnya.....



Syahdu dengan bait-baik nasyid ini

Sunday, January 4, 2009

Berbekam @ Al-Hijamah

~Bukan gambar aku, sekadar hiasan~

Sehari sebelum New Year yang lepas, pergi berbekam. Actually ini kali kedua pergi, first time adalah semasa awal tahun 2008... Kiranya hampir setahun tak pergi berbekam... Kali ni bekam sebanyak 12 cawan, 10 cawan kat belakang, 2 cawan kat depan... Buat sebanyak 5 round.. Alhamdulillah, banyak darah kotor yang dapat dikeluarkan. Cuma yang tak disangka adalah banyaknya darah kotor yang berkumpul kat dada depan, sehingga kulit seolah melecur selepas round yang keempat berbekam dan terpaksa stop.. Ustaz Ibrahim (juga doktor homopati Al-Jawad) yang bekamkan pun macam terkejut... Apatah lagi aku sebab sebelum nih tak bekam kat depan, kat belakang je... Bila berlaku macam nih, aku pun jadi kaget sikit...

Aku tanya ustaz yang bekamkan aku tuh, kenapa sampai macam tu sekali?

Ustaz tuh jawab, kalau dalam ilmu perbekaman nih, kalau kat dada sebegini sekali kotornya darah, bermakna jantunglah merupakan organ pertama yang akan kena sakit dalam jangkamasa terdekat...

Aku jadi cuak...

Ustaz pesan lagi, aku kena mula jaga makan... pastikan setiap hari exercise sekurang-kurangnya 30 minit, sampai berpeluh-peluh... tak boleh makan sedap-sedap... dan kena turunkan berat badan ke arah berat badan yang ideal dengan ketinggian aku...

Aku tanya ustaz tuh lagi... dalam kes macam aku nih, kira masih boleh sembuh sepenuhnya tak? Atau dah boleh dikategorikan terlambat?

Ustaz jawab, insya Allah belum terlambat lagi, sebab aku tak pernah lagi sakit-sakit dada pada waktu biasa... Kalau jalan laju @ berlari pun takde la cepat sangat mengahnya.... Mungkin sebab dulu aku kuat berjalan sepanjang masa kat universiti... makan pun takde la mewah sangat sampai la aku final year, bila aku start bawak kereta dan mula kerja-kerja part time... Tu yang bermulanya saat aku membesar sebagai "johan"

Berbekam nih bagus sebenarnya.... Kalau tak, masakan banyak hadith oleh Rasulullah yang menganjurkan umat untuk berbekam

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW,

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api. Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.”

Hadith Sahih Al Bukhari

Maaf, aku tak tau kay tu apa sebenarnya... Sesiapa yang tahu, harap boleh bantu?

Selain daripada itu, ada juga Hadith-hadith ini;

Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah
Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami', dan Takhrij al-Misykat

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda

“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra'kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”

Riwayat Ibnu Majah
Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah dan Shahih al-Jami

Juga telah bersabda lagi Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. "


Riwayat Muslim

Perkara pertama yang aku rasa selepas berbekam adalah, badan terasa sangatlah ringan. Mungkin sehari selepas bekam itu akan pening-pening sikit dan cepat rasa ngantuk @ penat sebab banyak darah telah dikeluarkan dari badan. Tapi selepas hari ke-2 atau ke-3, insya Allah rasa macam bersemangat satu badan... Pada masa yang sama, toksik-toksik dalam darah yang sering menjadi asbab kerosakan @ kelemahan organ-organ badan turut dapat dikeluarkan, yang seterusnya insya Allah dapat mencegah pelbagai penyakit-penyakit kritikal. Tak perlu risau pasal side effect, berbekam ni insya Allah tiada sebarang kesan sampingan. Yang penting, orang yang bekam kita tuh berpengetahuan dan berpengalaman luas. Jangan pulak pergi berbekam dengan orang-orang yang kita sendiri tengok pun was-was

So, kepada yang nak berbekam untuk kesihatan, sila-silalahh membawa diri untuk berbekam. Mungkin kepada yang tak biasa, ada sedikit perasaan takut. Tapi fikirkanlah, mana lagi menakutkan? Berbekam sekarang, atau baring di meja bedah di kemudian hari kerana terkena penyakit kritikal?

Sekurang-kurangnya, dapat pahala melaksanakan sunnah Nabi

Tapi, kalau dah takdir sakit jugak tu, tak boleh nak cakap apa la... Nama pun takdir... Sekurang-kurangnya kita berusaha.. Betul tak?

Selamat berbekam...

p/s: Insya Allah akan buat bekam susulan lagi dua minggu... Risau pulak dengan kesihatan jantung aku... Huhu... Doakan semoga kita semua diberikan Allah kesihatan yang berpanjangan... Amin...

Sedikit info tentang bekam, sila klik sini

Friday, January 2, 2009

Hari Ini Hari Jumaat

Sejak bulan November, aku kurang lekat kat rumah sangat.... Banyak berjalan, berehat sambil mencari idea baru dan juga option baru, serta tempat baru untuk aku berhijrah sebenarnya.... Tu sebab jarang online macam dulu-dulu. Lagipun, internet kat rumah sewa nih problem pulak. Ada kabel terbakar (menurut pihak maintenance) yang menyebabkan semua line komunikasi beberapa rumah kat flat nih terputus... So rumah kami sekarang takde telefon, takde fax dan juga streamyx... Sedih tak?

Hehehe

Cuma dari Isnin arituh aku ada kat KL, setelkan beberapa urusan-urusan tertangguh kat sini, di samping pergi jumpa doktor dan pi berbekam petang Rabu lepas. So malam orang sibuk nak sambut New Year tuh, malam tuh la aku syok tidur selepas kepenatan akibat banyak darah dikeluarkan dari badan aku, walaupun darah kotor semua tuh... Heh... Sampai la semalam masih lagi pening-pening satu hari suntuk. Alhamdulillah, pagi nih bangun pagi dalam keadaan segar-bugar.

Bila sebut tentang tahun baru, tak kiralah tahun baru Hijriah mahupun Masihi, mesti kita akan cakap pasal azam tahun baru, kan? So aku dah fikirkan beberapa azam tahun baru aku kali ini, iaitu:

1. Aku nak turunkan berat badan
2. Aku nak mula execute bisnes yang dah dirancang dari tahun 2008
3. Aku nak kumpul duit untuk nikah dan kahwin
4. Aku nak keluar 40 hari tahun nih (setelah 2 tahun lebih tak khuruj)
5. Langsaikan nazar umrah tahun depan
6. Sambung masters (tak kira la kembali dalam environment, ataupun bidang lain)
7. Berubah menjadi yang lebih baik.... Insya Allah!

Kalau nak diikut time frame berdasarkan semua azam tahun baru kat atas nih, insya Allah semuanya possible untuk dicapai untuk tahun 2009 nih... maka yang penting adalah untuk berusaha mencapainya, dan selebihnya serah kepada Allah untuk tentukannya....

Bagaimana dengan azam tahun baru korang pulak?


Beberapa hari nih aku suka melayan lagu-lagu nih...

Adam - Benar-Benar


Afghan - Terima Kasih Cinta


Bunkface - Situasi


Layaannn....

Thursday, January 1, 2009

New Year!

Sekadar nak ucapkan,

dan

HAPPY NEW YEAR 2009

Semoga hari ini, bulan ini, tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya, Insya Allah...!! Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai kecemerlangan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat... Lupakan segala kenangan silam yang buruk yang menghantui hidup, dan mencari sinar harapan yang baru...