Tuesday, December 30, 2008

Aku bukan musuh harta?

Aku main-main google, terjumpa lagu ni... dia punya description ~ Lagu Dr Asri yang kena gam... lepas dengar, rasa macam menarik pulak. So aku rasa macam nak tempek kat sini...



Lagu nih lirik oleh Dr. Asri, dinyanyi oleh Kopratasa kalau tak silap aku dan ada dalam album baru ~ "Yang Benar Tetap Benar" ~ menampilkan kumpulan baru ~ Algebra..

Lagu tempo ala-ala lagu patriotik. Masa mula-mula dengar, aku ingatkan kot la kumpulan Senario ke yang nyanyi... Hahaha...

Dan aku rasa liriknya memang membuatkan mereka yang "termakan cili" akan "terasa pedasnya" sampai ke "medula oblangata"

Macam-macamla.... yang pasti liriknya boleh membuatkan kita tersedar kembali pada diri sendiri... dan seandainya satu hari nanti diuji Allah untuk menjawat sesuatu jawatan, fikirlah masak-masak akan bait-baik lirik yang terkandung dalam lagu ni.... Jangan pulak pakai kebas harta rakyat, bekam harta awam....

Wallahualam....

Semoga Allah pelihara kita semua.... Takut hari ini kita cakap kemain lagi, tapi esok bila diuji kita yang mula-mula paling cepat goyah... Hmmm

Friday, December 26, 2008

Kita sebenarnya boleh berjaya...

Kalau kita sebut tentang keju, atau hasil-hasil tenusu dan daging, mesti kita akan teringat New Zealand... betul tak? dan sudah pasti dalam bayangan kita adalah lembu yang berwarna hitam bertompok putih (atau lembu putih bertompok hitam sebenarnya? heheh) sedang meragut rumput di kawasan ragut yang luas, sambil mengalir di tengah-tengahnya air sungai yang jernih... Kenapa dikatakan begitu? Sebab bagi orang yang pernah tengok iklan susu Fernleaf dulu-dulu, begitulah digambarkan kehidupan lembu-lembu di New Zealand!

Daripada iklan itulah generasi saya tergila-gilakan untuk makan keju cheesedale, atau kraft!

Tak cukup dengan keju cheesedale, saya juga turut berkenalan dengan keju-keju yang lebih mahal di pasaraya. Terkejut jugak bila tengok sekepal keju berharga puluhan ringgit!!

Semakin saya dewasa, pernah terlintas dalam pemikiran saya dan rakan-rakan untuk meneroka bidang keju dan hasil tenusu ini. Pernah jugak meninjau-ninjau ruang dalam laman web untuk cara-cara membuat keju yang sama bentuk dan rasa dengan keju-keju yang mahal untuk dibuat daripada hasil tenusu tempatan, dengan tangan orang tempatan dan harga yang lebih berpatutan... Tapi orang yang tak biasa pergi dapur macam saya, boleh ke persoalannya? Hehehe...

So, mungkin persoalan utama yang timbul, bolehkah kita bersaing dengan produk luar yang tampak lebih sedap walaupun harga lebih mahal? Mampukah kita menghasilkan produk yang sama taraf kualitinya, harga lebih berpatutan dan lebih penting lagi, terjamin halalnya?

Seorang rakan kita di Langkawi telah pun berjaya membuktikannya....!!

Malaysia, pengeluar utama keju mozzarella?

LANGKAWI 25 Dis - Malaysia memiliki permata tersembunyi yang mungkin hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja : kedai kecil di Langkawi yang menghasilkan keju mozzarella buatan tempatan.

Bukan sahaja keju ini dihasilkan menggunakan susu kerbau, ia juga buatan tangan, antara ciri-ciri utama yang menjamin kelazatan dan keaslian mozzarella.

Namun tidak ramai yang tahu kewujudan kedai itu di Friendly Farms kerana sejak dibuka empat bulan lepas, ia hanya menjual daging halal dan organik.

Perniagaan mozzarella hanya bermula kira-kira tiga minggu lepas.

Pemiliknya ialah Norzana Ghazali, ahli perniagaan berusia 25 tahun yang berkahwin dengan Michael Bruschi, ahli perniagaan Itali yang berpengalaman dalam pembuatan keju.

Norzana, atau lebih mesra dengan panggilan Yana, memberitahu Bernama ramai yang ragu-ragu semasa dia memberitahu rancangannya untuk memulakan perniagaan membuat mozzarella.

"Ramai yang tidak fikir ia boleh dilaksanakan, s

ebab jika boleh, sudah pasti ada yang telah membuatnya lama dahulu lagi," katanya.

"Namun, seperti yang anda dapat lihat, ia terlaksana, kami telah berjaya menghasilkan mozzarella buatan tangan dan habis dijual setiap hari, jadi ia tidak mustahil untuk dilakukan," katanya.

Bruschi, 53, yang bersependapat dengan isterinya berkata, bukan sahaja mozzarella boleh dihasilkan di Malaysia tetapi malahan dengan kualiti yang lebih baik berbanding dari Itali.

Bagaimana dia boleh menyokong hujahnya ini?

"Cubalah rasa," katanya dengan mudah.

Beliau menjelaskan antara pelanggannya termasuklah chef berpengalaman daripada hotel-hotel terkemuka di pulau peranginan ini seperti Four Seasons dan the Datai, yang selama ini menggunakan mozzarella buatan tangan diimport tetapi kagum dengan mozzarella Friendly Farms selepas merasanya.

"Mereka tak mempercayainya, yang mozzarella sebaik itu boleh dihasilkan daripada susu kerbau kita, dan sejak itu permintaan hampir tidak henti-henti," katanya.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara yang pernah merasai mozzarella segar mereka dan menceritakan tentang kelazatannya dalam blog beliau www.chedet.com.

Selain daripada hotel-hotel, mozzarella Friendly Farms juga menjadi pilihan utama ekspatriat yang tinggal di Langkawi, termasuk mereka yang tinggal di kapal persiaran mewah di Telaga Harbour.

Penulis juga turut berpeluang merasai mozzarella istimewa itu yang sememangnya begitu lazat dan tidak seperti jenis yang ada dalam pasaran.

Bruschi menjelaskan keju yang ada dalam pasaran bukan mozzarella tetapi fior di latte, yang dibuat daripada susu lembu.

Harganya lebih berpatutan kepada pengguna dan kos untuk membuatnya

lebih murah dan banyak digunakan dalam industri makanan, terutamanya restoran pizza.

Berikutan kesukaran mendapatkan susu kerbau, Friendly Farms juga menghasilkan fior di latte, meskipun susu perlu diperoleh dari banyak tempat di pulau ini serta di tanah besar.

"Kita boleh menghasilkan keju yang bermutu dan lazat, menghasilkan apa juga yang negara lain keluarkan, dan malahan melakukannya dengan lebih baik lagi," kata Bruschi.

"Ia boleh menjadi industri bernilai berbilion-bilion ringgit bagi Malaysia, ia telahpun menjadi industri bernilai berbilion-bilion dolar di dunia. Tidak mustahil untuk menj

adikannya kenyataan, anda hanya perlu mahu melakukannya," katanya.

- Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

Bravo!!

Siapa kata kita tak mampu sebenarnya?

Walaupun dalam kes atas, kira macam ada cheatcode la... si suami tuh orang Italy yang berpengalaman membuat keju... hehehe

Saya cukup suka melihat kejayaan "orang kita" yang berjaya dalam perniagaan... dan ternanti-nanti kejayaan yang seterusnya... bersama-sama kita mengukir kejayaan, dengan niat untuk menegakkan muamalat Islam... Insya Allah!

Ada sesiapa lagi nak keluarkan hasil tenusu?

Wednesday, December 24, 2008

Ubah Halatuju di Akhir Tahun


Sedar tak sedar dah pun hampir berlabuhnya tirai tahun 2008.... dan sinar 2009 telah pun melambaikan bayangnya di ufuk baru.... Rasanya, di saat inilah yang terbaik untuk muhasabah kembali diri.... sejauh mana telah melangkah dalam liku-liku 2008, dan set kembali kompas halatuju untuk tahun 2009...

Sebenarnya, banyak benda tak tercapai untuk tahun 2008 nih, terutamanya dari aspek perkembangan agama dalam diri, dan juga dari aspek kerjaya... Hati mula rasa tak sedap... walaupun ada beberapa perkembangan yang dilihat positif, tapi masih tak mencapai target yang diletakkan...

Inilah masalahnya apabila meletakkan sasaran yang terlalu tinggi... Itulah sebabnya, di dalam proses meletakkan matlamat hidup, matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka masa pendek, adalah penting untuk letakkan sesuatu yang boleh digapai dengan tangan sendiri... Matlamat yang terlalu tinggi akan berisiko menjadikan diri sendiri menjadi putus asa dan lemah semangat sekiranya matlamat dan objektif tidak tercapai...

Sebaliknya, meletakkan matlamat yang terlalu mudah pun tidak ada gunanya... Matlamat yang terlalu mudah akan menjadikan diri kurang motivated untuk mencapainya.... Itulah sebab matlamat perlulah mencakupi dan memenuhi segala ruang sesebuah objektif, sedikit mencabar dan mampu dicapai...

Kata-kata orang cerdik pandai, "mimpilah untuk mencapai bintang, nescaya kamu akan menggapai awan"

Aku dalam proses untuk beralih arah dan matlamat pada 2009 nih... mencari halatuju yang lebih baik, untuk menjadi insan yang lebih baik, mempunyai kerjaya yang lebih baik, sekaligus mencari kejayaan di dunia dan juga akhirat.... Maka doakanlah aku...

Moga Allah permudahkan pencarian hidup daku bersama auroraku......

Amin ya Rabbala'lamin...


Allah telah pun berfirman,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, dan berpesan ke arah kebenaran dan (dengan) kesabaran"
Al-'Asr: 1-3

Monday, December 22, 2008

Tahniah atas pernikahan

Tahun ini merupakan tahun yang sangat ramai kawan-kawan rapat aku menikah, sekaligus menamatkan zaman bujang mereka dengan rasminya...

Tahniah kepada mereka semua yang telah bernikah, dan akan bernikah tak lama lagi.... semoga pernikahan diberkati Allah, kekal berpanjangan hingga ke syurga!

Antara mereka yang baru dan akan bernikah dan berwalimah dalam bulan ni, bulan depan dan tak lama lagi dalam bulan 2009 adalah

Azhar Asasi & pasangan
Aizat (Korek) & Ayuni
Shida & Miel
Rahmah & Azmi
Shuhada dengan pasangan
Wardah arina & Azreen
Mukmin & pasangan
Ust Fendy & pasangan
Ust Ghazali & pasangan
Zainor pun tak lama je lagi...
Adi & Jaysina Ayu pun tak lama je lagi....

Dan ada jugak yang aku tak sebut kat sini...

Semoga semuanya berbahagia.... ada walimah aku dapat hadir... ada yang tak dapat nak hadir, bukan kerana tak sudi, tapi kerana tak berkesempatan... dan hanya sempat mengirim doa dari jauh sahaja....

Insya Allah, selagi perkahwinan berlandaskan syariah... hubungan suami isteri ikhlas berkasih sayang kerana Allah... si isteri menjadi isteri yang taat dan lembut, suami menjadi pemimpin dan pembimbing... maka selagi itulah hubungan yang dijalin akan dinaungi dan dilindungi Allah...

Laut juga bergelora kadangkala, begitu juga keluarga... maka di saat bergelora itu, suami dan isteri hendaklah bersabar mengharunginya... janganlah cepat dipacu amarah dan tercabut rasa sabar... dan jangan pulak saling cabar mencabar dalam kekeluargaan.... begitu juga, layanlah si dia orang kita cintai seperti mana kita melayan diri kita sendiri... sebagaimana kita tak suka dimarahi, maka janganlah marah si dia sebegitu rupa misalnya....

Barakallah.....!!
gambar hanyalah hiasan... hehehe

Monday, December 15, 2008

Kembali ke KL

Rasanya lama jugak aku bermusafir.... dari KL ke tanjung malim... kemudian ke Penang.... ke Ipoh... akhirnya kembali ke KL...

Lama juga aku bercuti, tak tau la samada merehatkan minda dan fizikal... sampai aku kembali senang untuk terlena waktu malam, takde lagi penyakit susah nak tidur.... hehehe... alhamdulillah...

Dah lama jugak aku tinggalkan bilik aku nih... kesannya bilik jadi macam berhabuk.... malam semalam nak tido, terbersin-bersin aku dibuatnya.....

Walaupun seronok tinggal di Ipoh..

Makan berjaga...
Bilik tidur ada aircond..
Pagi-pagi boleh mandi air panas
Tempat joging pagi-pagi best.. siap ada "open gymnasium" lagi
Masjid kariah pun luas dan ada aircond..
Bilik sentiasa bersih...
Ada Astro, siap ada HBO, StarMovie lagi....

Tetapi...

Aku tetap memilih untuk hidup di berkelana, di rumah bujang ini... di bilik kecil ini... meskipun tidur sekadar beralaskan alas nipis... sempit... pagi-pagi terpaksa mandi air sejuk yang membuatkan badan menggigil... joging kat tempat ada batu-batu (jangan la aku jatuh lagi macam awal tahun arituh... huhu) bilik berselerak (faham-faham la bilik orang bujang.. hehe)

Mungkin sebab dah lebih daripada separuh hidup aku berjauhan dengan family, terbawak-bawak sampai sekarang.... dari mula arwah abah meninggal masa umur 11 tahun, until sekarang nih...

Dan alhamdulillah... kehidupan sebegini menjadikan aku matang, hidup independent... aku jugak belajar erti kehidupan ini dari perspektif yang berbeza....

Lagipun, tak macholah lelaki tak berkelana, betul tak? hehehe

Seandainya aku jadi pindah ke utara pun, aku akan ke Penang.... masih nak teruskan kehidupan berkelana ini...

Sampailah seruan "munakahat" itu tiba.... hahahah... insya Allah!!

Thursday, December 11, 2008

Laptop masuk "hospital"

Sebenarnya teringin nak menulis tentang "nilai pengorbanan", selari dengan Aidiladha, atau lebih sinonim dengan Hari Raya Korban bagi orang Malaysia... di mana hari umat Islam menzahirkan pengorbanan mereka kepada Allah melalui mengorbankan haiwan ternakan berkaki empat yang halal dimakan, dan kemudiannya diagihkan kepada orang fakir miskin...

Tetapi masih belum berkesempatan dari hari pertama Aidiladha lagi... Laptop kesayangan "jatuh sakit" dan terpaksa dimasukkan ke "hospital acer" cawangan Ipoh... Setelah dibuat pemeriksaan oleh "doktor-doktor" pakar, didapati "organ keyboard" laptop aku diserang "kanser malfunction" yang serius... bermula dari huruf "A, X, F, N dan C", akhirnya merebak hingga hampir semua keyboard.

Oleh itu, "doktor-doktor" pakar tersebut telah buat keputusan untuk melakukan "pembedahan" ke atas organ tersebut dan akan menggantikan dengan "organ baru"... dan menjanjikan "bil perubatan" bernilai RM190 kepada saya selepas ianya sembuh nanti....



Hehehe... beginilah kehidupan saya...

Nasib baik ada laptop mak, at least ada la penghibur hati...

Saya dan komputer, dan internet sememangnya tak dapat dipisahkan... Hasil daripada "tarbiyyah" sejak terdedahnya saya dengan internet dari umur 14 tahun... Sampai sekarang dah jadi seorang yang tak boleh dipisahkan dengan internet... Kadang-kadang bukan buat apa pun, sekadar menulis di blog, atau masuk forum online, takpun main game online.... selalu jugak menghabiskan masa dengan membaca artikel-artikel untuk menambah knowledge, especially artikel dari wikipedia... torrent series, anime atau manga...

Tapi yang penting, sibuk macamana pun dengan internet, jangan sampai melekakan diri dari perintah Allah, terutamanya solat, ye tak?

Walauapapun, rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan, Salam Aidiladha...

Taqabalallahu minna waminkum....

Tuesday, December 2, 2008

Sempurna

Sekadar meluangkan masa untuk mendengar lagu dan menjiwangkan diri.... hehehe



Sempurna
by Andra And The Backbone

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..