Thursday, July 17, 2008

Mengenang Usia

Pagi tadi sebelum keluar untuk appointment, semasa tengah bersiap tengok cermin, terperasan yang kedut dah mula kelihatan kat dahi. Kedut di dahi orang yang baru berumur 25 tahun? macam terlalu muda, kan untuk mempunyai dahi berkedut?

Belum lagi tengok uban pada rambut yang mula ada 3-4 helai. Aku teringat lagi, helaian uban mula keluar sewaktu masih pegang jawatan mpp dulu. Dan sekarang dah mula "menambah cawangan" di kepala ni.

Tidur malam dah makin susah. Setiap kali kepala diletakkan di atas bantal je, mata hanya mampu lip lap lip lap... tapi tak dapat nak lena cepat.

Badan makin berisi sejak 3 tahun lepas. Perut pun dah makin ke depan. Kalau takde janggut pun, aku dilihat lebih tua dari usia aku yang sebenarnya... hahaha...

Dalam keadaan macam nih, sepanjang hari membuatkan aku terfikir... berapa lama agaknya aku akan hidup di dunia ini? Di dalam dunia yang sememangnya sementara ini, berapa kejapkah dapatnya aku masih menghirup udara, berjalan di bumi Allah ini?

Kalau esok, aku tetiba tiada lagi di dunia ini, siapakah yang akan mengingati aku? Keluarga dan kawan-kawan? Berapa lama agaknya mereka akan ingat dan mengenang aku? Anak-anak murid aku dulu? (sekolah dan murid tuisyen?) sekarang pun dah cukup untuk melupakan mereka terhadap aku. Rakan-rakan sejemaah? Mungkin di awal pemergian mereka akan doakan aku, tetapi berapa lama?

Akhirnya nanti, nilai kewujudan aku pun hilang dari dunia ini mengikut arus masa.... dan tiada siapa yang akan ingat akan aku...

Belum lagi membicarakan hal akhirat, yang jauh lebih berat dan hebat...

Sebab itu harapan aku, sepanjang kehidupan aku di dunia yang sementara ini, aku nak membuat sesuatu yang orang akan ingat sampai bila-bila. Biarkan nilai kewujudan aku berbekas di arus kehidupan manusia. Mungkin aku tak dapat jadi wira perang seperti Hitler, Napoleon Bonaparte, (uish, mana boleh... berdosa besar tuh jadi diktator sampai macam tuh... hehehe ) atau mencipta sesuatu seperti Graham Bell (inventor telefon) atau Henry Ford (inventor kereta), atau memimpin revolusi seperti Abraham Lincoln.

... Apatah lagi nak menjadi seperti Sahabat r.anhum; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali r.anhum... atau seperti Abu Dzar Al Ghiffari yang terkenal dengan kezuhudannya... atau Bilal dan Sumayyah dengan pengorbanan mereka, atau Umair Abi Waqqas dan Tamin Dari; mujahidin2 muda...

Aku harap agar Allah beri peluang kepada aku untuk berbuat sedemikian... sesuatu yang akan diingati oleh manusia, pada masa yang sama menjadi satu amalan yang diterima Allah pada hari akhirat kelak...

Boleh ke ek? heh... persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab... Sekali fikir balik, macam kuat sangat pulak cinta dunia aku ni... aduuh... istighfar banyak-banyak...

Apa yang ada, Jarang disyukuri
Apa yang tiada, Sering dirisaukan,
Nikmat yang dikejar,
Baru kan terasa, Bila hilang
Apa yang diburu,
Timbul rasa jemu,
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiad,
Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, Ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu, Allah
Ku harap tunggu
Dibajai bangkai nafsu yang kuburu

Lagu untuk "pancung" diri sendiri... Hahaha...

1 comment:

Anonymous said...

sbb tula moga dpt anak yg soleh dan solehah.. :)
yg akan mendoakan kite
doa itu akan menjadi cahaya kepada kite di bwh tnh sane tu
ade alkisahnye saye x ingatla