Monday, July 7, 2008

Amalan Bulan Rejab??

Assalamualaikum...

Aku mula menyedari yang blog aku semakin bersawang semenjak aku tak dapat nak luangkan masa sangat untuk bermain-main.. ada beberapa benda yang perlu disetelkan secepat mungkin... tambahan pula beberapa hari nih susah nak dapat coverage internet.... takpe la.. nak buat macamana kan?

Dan sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan Rejab... dan ianya juga bermakna tak lama lagi kita akan kembali menempuh bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan keampunan... masya Allah... masya Allah... tak sabar rasanya nak melalui kembali Ramadhan... Ramadhan yang lepas dan setahun sebelum tuh tak dapat nak menghayatinya dengan sepenuh hati. Moga kali ini Allah beri kesempatan, taufiq dan hidayah untuk penuhi masa dengan beramal ibadah.

Dan semakin memasuki Rejab nih, ada banyak sebaran-sebaran hadith yang memberitahu tentang fadhilat dan amalan-amalan khas di bulan Rejab. Aku tak sempat nak kaji lebih lanjut tentang pertikaian hadith-hadith, sunnah atau amalan-amalan yang diceritakan daripada segi kesahihannya. Mungkin kalau berkesempatan, aku akan buat kajian dengan lebih lanjut...

Namun berikut adalah beberapa hadith yang dikenali statusnya,

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalamsanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Rujukan: Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.

Credit to el-lail BDN (jazakallah for the info)

Pada pendapat daku selaku insan yang lemah dan hina, tidak salah untuk menambah amalan di bulan Rejab sebagai "warming up" dan persediaan fizikal, mental dan rohani untuk menyambut bulan Ramadhan. Tetapi ianya satu kesalahan dalam penyebaran amalan-amalan yang disandarkan kepada sunnah, tetapi tidak sunnah sebenarnya. Tambahan pula setakat nih belum jumpa lagi dalil-dalil yang sahih tentang amalan khas di bulan Rejab lagi.

Jika ada yang menjumpainya, harap dapat emailkan kepada aku ek...

Wallahualam

p/s: at least blog kembali tak bersawang.... hehehhehe

No comments: