Saturday, July 19, 2008

Berdaya saing

Di dalam dunia yang semakin global, di samping suasana politik Malaysia yang semakin dinamik, kita perlu mempunyai kualiti untuk berdaya saing dengan orang lain.

Jika sebelum ini kita sering bersuara atas ketuanan Melayu, hak dan keistimewaan Melayu dan Islam, berserta pelbagai kuota dari sudut pengambilan jawatan kerajaan, ekuiti swasta, biasiswa dan banyak lagi... namun kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuklah kehilangan kesemua yang disebutkan di atas.

Bagaimana?

Dengan menjadi orang yang mampu berdaya saing dengan bangsa lain, secara lokalnya dan bersaing dengan orang-orang dari negara lain, globalnya.

Cabaran pertama yang perlu kita atasi adalah sifat suka membuat sesuatu dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, seorang eksekutif di sebuah syarikat menyelesaikan tugasannya sekadar ikut sempat dan tidak dengan bersungguh-sungguh. Atas alasan, gaji yang diberi pun bukanlah banyak mana, so buat apa buat sampai sebagus begitu rupa? Seorang peniaga gerai makanan pula sekadar membuka gerainya dengan menu yang sama, kebersihan yang lebih kurang dan tiada sebarang penambah baikan atau usaha-usaha untuk mempromosikan gerai makanannya...

Hasilnya, eksekutif tadi tidak akan ke mana... begitu juga peniaga gerai tadi akan kekal di takuk lama buat selamanya.

Cuba kita tukar senario di atas dengan seorang yang lain, yang lebih pro aktif dan ikhlas dalam bekerja.


Eksekutif tadi menyelesaikan tugasan dia dengan penuh dedikasi, dan semuanya dilakukan dengan cekap dan bersih sebelum tibanya dateline. Malah, hasil tugasannya is more than expected yang menyebabkan majikan sangat gembira dengan tugasnya. Maka apa akan terjadi?

Sudah pasti peluang untuk naik pangkat dan naik gaji lebih cerah seiring dengan prestasi kerjanya. Kalau ada orang lain nak rekrut eksekutif ini pun, pasti majikan tadi akan cuba mempertahankannya dengan memberi pelbagai insentif lain. Dan dengan kesungguhan yang sama, eksekutif tadi juga mampu untuk membuka company sendiri kerana dia turut banyak belajar sewaktu dia bertugas dengan penuh keikhlasan tadi.

Begitu juga dengan peniaga gerai makanan yang penuh kesungguhan.

Setiap hari peniaga gerai tersebut memastikan gerai sentiasa bersih... Menu dipelbagaikan untuk menarik perhatian pelanggan di sekitar. Pada masa yang sama membina hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir dan servis diberikan dengan cepat dan pantas tanpa perlu pelanggan menunggu dengan lama. Barulah pelanggan pun akan "lekat" di kedai tersebut.

Pada masa yang sama peniaga gerai tersebut sentiasa cuba mengembangkan bisnesnya dengan usaha untuk upgrade perniagaan kepada restoran, atau buka cawangan di tempat lain, atau buka perkhidmatan katering pula. Sampai ke satu tahap dia berusaha untuk membuka francais pula and so on... dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada umat.

Yang mana lebih baik? menjadi peniaga sebegini, atau kekal sebagai peniaga di atas?

Bercakap pasal gerai makan ni, mengingatkan diri kepada situasi yang berbeza antara restoran makan melayu dan restoran mamak.

gambar sekadar hiasan

Masalah yang selalu membuatkan orang lebih cenderung kepada restoran mamak berbanding kepada melayu adalah perbezaan perkhidmatan yang diberikan. Saya adalah orang yang suka pergi ke kedai mamak berbanding melayu. Tempat yang biasa saya pergi adalah Syed Bistro dan Nasik Kandar Pelita di Bangsar dan NZ di Wangsa Maju. So ada sekali singgah makan di Shah Alam, tak ingat apa nama kedainya, kedai makan melayu selepas penat main paintball di Seksyen 13. Saya sekadar order bubur nasi bersama air tembikai, tapi hanya dapat selepas lebih setengah jam menunggu!

Seorang kawan dah tak dapat nak tahan, akhirnya cancelkan order dia last minute dengan nada marah-marah... nasib baik dia tak terbalikkan je meja 030 (kalau idak, habis tumpah bubur nasik saya... huhu)

Sorang lagi, order nasik padprik (kalau tak silap) dapat hanya selepas 45 minit menunggu...

Padahal kalau di kedai mamak, semuanya akan diperolehi dalam masa tak sampai 10 minit, walaupun seramai mana pun.

Persoalan saya, berdaya saingkah begitu?

Sesuatu untuk difikir-fikirkan kenapa orang Melayu jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Tetapi kita sering menuding jari kepada orang lain berbanding memeriksa kembali "kain" kita. Yang mana pada pendapat saya, kesungguhan dalam menyempurnakan kerja inilah pokok pangkal di dalam usaha untuk berdaya saing dengan orang lain, tak kira anda pekerja, peniaga, petani, pelajar, mahupun sebagai hamba Allah yang beriman (lebih-lebih lagi dituntut sebagai khalifah Allah di muka bumi)

Wallahualam...

Saya juga kena berubah! 088

No comments: