Tuesday, July 29, 2008

Kisah Empat Isteri

Dapat dari bulletin friendster... sekadar nak kongsikan kat sini...
Semoga sama-sama dapat ambil iktibar, amal dan sampaikan

Kisah Empat Isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, tamsilannya begini
Sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
sekian,
wasalam.

wallahualam.

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

Credit to adachi, friendster

Friday, July 25, 2008

Semangat baru

Baru balik dari kursus... dengan semangat baru, perancangan baru, misi dan visi yang baru, pengetahuan dan pengalaman yang baru...

Dengan kata lain, semua benda baru!

Banyak benda nak kena siapkan sebelum minggu depan...

Sunday, July 20, 2008

Palestine - Sanakhudu



aku sebenarnya jumpa nasyid sanakhudu nih kat BDN, then main-main kat youtube jumpa link dengan video clip berkenaan perjuangan di Palestin... bagi aku, laungan nasyid nih sangat menyentuh hati, di tambah pula dengan selingan video perjuangan umat di Palestin... sampai membuatkan rasa bergenang je mata...

Kenapa bergenang?

Sebab memikirkan orang lain sibuk berjuang untuk memartabatkan agama, memperjuangkan kebebasan dan sebagainya...

...sedangkan aku di sini sedang bergembira, duduk aman di depan laptop tanpa sebarang kerutan dahi pun untuk mereka yang berjihad ini...

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out



Ya Allah.. ampunilah daku, dan bantulah seluruh jemaah dan mereka yang berjuang di jalan Mu, ya Allah... tak kira samada dengan mengangkat senjata di medan jihad, atau sedang khuruj di jalanMu, atau yang sedang menebalkan muka mengetuk pintu-pintu dari rumah ke rumah, atau yang sedang berkumpul di masjid-masjid di dalam majlis mengingati dan membesarkanMu... maka bantulah umat ini ya Allah. Dan tunjukkanlah jalan kepada kami agar kami tidak terpesong dari haluan Mu, terutamanya selepas kami telah pun mendapat hidayah dariMu...

Amin ya Allah...

Fainting Goat

Pernah dengar pasal "fainting goat" atau kambing yang macam kena sawan, dan boleh pengsan dalam 10 saat kalau kita bagi dia terkejut?

Nape? Tak percaya ke ada kambing yang macam tu?

Cuba tengok klip kat bawah ni...

Kalau Youtube tak dapat nak tengok sebab kelembapan server, eden mintak mahap la bebanyak ek... tuh eden tak dapek nak nolong



Original link: http://www.youtube.com/watch?v=EMcbtmfDrVs

Ini sebenarnya adalah spesis kambing yang dipanggil Myotonic, atau myotonia congenita. Spesis kambing yang akan mengalami kekejangan otot seluruh badan apabila berada dalam keadaan terkejut. Kambing-kambing nih memang mengalami genetic disorder (penyakit genetik) turun temurun. Apabila kambing ni terkejut, dia akan kejang satu otot, dan boleh sampai tergolek macam yang kita tengok dalam klip tuh.

Yang bestnya, kambing nih takkan mengalami sebarang side effect walaupun dibuat terkejut berulang kali.

Kelakar, kan? hehe. Terasa comel pulak bila tengok kambing-kambing tuh tergelempiang bila terkejut. Rasa macam nak bela sekor dua pun best jugak. Boleh main-main terjah time bosan dan tension

(Tertanya-tanya, agak-agak boleh terjangkit kat manusia tak kalau kita makan kambing nih... hehehe)

More info: http://en.wikipedia.org/wiki/Fainting_goat

Credit to bro Morpheuzneo BDN for the news

Saturday, July 19, 2008

Berdaya saing

Di dalam dunia yang semakin global, di samping suasana politik Malaysia yang semakin dinamik, kita perlu mempunyai kualiti untuk berdaya saing dengan orang lain.

Jika sebelum ini kita sering bersuara atas ketuanan Melayu, hak dan keistimewaan Melayu dan Islam, berserta pelbagai kuota dari sudut pengambilan jawatan kerajaan, ekuiti swasta, biasiswa dan banyak lagi... namun kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuklah kehilangan kesemua yang disebutkan di atas.

Bagaimana?

Dengan menjadi orang yang mampu berdaya saing dengan bangsa lain, secara lokalnya dan bersaing dengan orang-orang dari negara lain, globalnya.

Cabaran pertama yang perlu kita atasi adalah sifat suka membuat sesuatu dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, seorang eksekutif di sebuah syarikat menyelesaikan tugasannya sekadar ikut sempat dan tidak dengan bersungguh-sungguh. Atas alasan, gaji yang diberi pun bukanlah banyak mana, so buat apa buat sampai sebagus begitu rupa? Seorang peniaga gerai makanan pula sekadar membuka gerainya dengan menu yang sama, kebersihan yang lebih kurang dan tiada sebarang penambah baikan atau usaha-usaha untuk mempromosikan gerai makanannya...

Hasilnya, eksekutif tadi tidak akan ke mana... begitu juga peniaga gerai tadi akan kekal di takuk lama buat selamanya.

Cuba kita tukar senario di atas dengan seorang yang lain, yang lebih pro aktif dan ikhlas dalam bekerja.


Eksekutif tadi menyelesaikan tugasan dia dengan penuh dedikasi, dan semuanya dilakukan dengan cekap dan bersih sebelum tibanya dateline. Malah, hasil tugasannya is more than expected yang menyebabkan majikan sangat gembira dengan tugasnya. Maka apa akan terjadi?

Sudah pasti peluang untuk naik pangkat dan naik gaji lebih cerah seiring dengan prestasi kerjanya. Kalau ada orang lain nak rekrut eksekutif ini pun, pasti majikan tadi akan cuba mempertahankannya dengan memberi pelbagai insentif lain. Dan dengan kesungguhan yang sama, eksekutif tadi juga mampu untuk membuka company sendiri kerana dia turut banyak belajar sewaktu dia bertugas dengan penuh keikhlasan tadi.

Begitu juga dengan peniaga gerai makanan yang penuh kesungguhan.

Setiap hari peniaga gerai tersebut memastikan gerai sentiasa bersih... Menu dipelbagaikan untuk menarik perhatian pelanggan di sekitar. Pada masa yang sama membina hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan yang sedia ada. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir dan servis diberikan dengan cepat dan pantas tanpa perlu pelanggan menunggu dengan lama. Barulah pelanggan pun akan "lekat" di kedai tersebut.

Pada masa yang sama peniaga gerai tersebut sentiasa cuba mengembangkan bisnesnya dengan usaha untuk upgrade perniagaan kepada restoran, atau buka cawangan di tempat lain, atau buka perkhidmatan katering pula. Sampai ke satu tahap dia berusaha untuk membuka francais pula and so on... dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada umat.

Yang mana lebih baik? menjadi peniaga sebegini, atau kekal sebagai peniaga di atas?

Bercakap pasal gerai makan ni, mengingatkan diri kepada situasi yang berbeza antara restoran makan melayu dan restoran mamak.

gambar sekadar hiasan

Masalah yang selalu membuatkan orang lebih cenderung kepada restoran mamak berbanding kepada melayu adalah perbezaan perkhidmatan yang diberikan. Saya adalah orang yang suka pergi ke kedai mamak berbanding melayu. Tempat yang biasa saya pergi adalah Syed Bistro dan Nasik Kandar Pelita di Bangsar dan NZ di Wangsa Maju. So ada sekali singgah makan di Shah Alam, tak ingat apa nama kedainya, kedai makan melayu selepas penat main paintball di Seksyen 13. Saya sekadar order bubur nasi bersama air tembikai, tapi hanya dapat selepas lebih setengah jam menunggu!

Seorang kawan dah tak dapat nak tahan, akhirnya cancelkan order dia last minute dengan nada marah-marah... nasib baik dia tak terbalikkan je meja 030 (kalau idak, habis tumpah bubur nasik saya... huhu)

Sorang lagi, order nasik padprik (kalau tak silap) dapat hanya selepas 45 minit menunggu...

Padahal kalau di kedai mamak, semuanya akan diperolehi dalam masa tak sampai 10 minit, walaupun seramai mana pun.

Persoalan saya, berdaya saingkah begitu?

Sesuatu untuk difikir-fikirkan kenapa orang Melayu jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Tetapi kita sering menuding jari kepada orang lain berbanding memeriksa kembali "kain" kita. Yang mana pada pendapat saya, kesungguhan dalam menyempurnakan kerja inilah pokok pangkal di dalam usaha untuk berdaya saing dengan orang lain, tak kira anda pekerja, peniaga, petani, pelajar, mahupun sebagai hamba Allah yang beriman (lebih-lebih lagi dituntut sebagai khalifah Allah di muka bumi)

Wallahualam...

Saya juga kena berubah! 088

Thursday, July 17, 2008

Mengenang Usia

Pagi tadi sebelum keluar untuk appointment, semasa tengah bersiap tengok cermin, terperasan yang kedut dah mula kelihatan kat dahi. Kedut di dahi orang yang baru berumur 25 tahun? macam terlalu muda, kan untuk mempunyai dahi berkedut?

Belum lagi tengok uban pada rambut yang mula ada 3-4 helai. Aku teringat lagi, helaian uban mula keluar sewaktu masih pegang jawatan mpp dulu. Dan sekarang dah mula "menambah cawangan" di kepala ni.

Tidur malam dah makin susah. Setiap kali kepala diletakkan di atas bantal je, mata hanya mampu lip lap lip lap... tapi tak dapat nak lena cepat.

Badan makin berisi sejak 3 tahun lepas. Perut pun dah makin ke depan. Kalau takde janggut pun, aku dilihat lebih tua dari usia aku yang sebenarnya... hahaha...

Dalam keadaan macam nih, sepanjang hari membuatkan aku terfikir... berapa lama agaknya aku akan hidup di dunia ini? Di dalam dunia yang sememangnya sementara ini, berapa kejapkah dapatnya aku masih menghirup udara, berjalan di bumi Allah ini?

Kalau esok, aku tetiba tiada lagi di dunia ini, siapakah yang akan mengingati aku? Keluarga dan kawan-kawan? Berapa lama agaknya mereka akan ingat dan mengenang aku? Anak-anak murid aku dulu? (sekolah dan murid tuisyen?) sekarang pun dah cukup untuk melupakan mereka terhadap aku. Rakan-rakan sejemaah? Mungkin di awal pemergian mereka akan doakan aku, tetapi berapa lama?

Akhirnya nanti, nilai kewujudan aku pun hilang dari dunia ini mengikut arus masa.... dan tiada siapa yang akan ingat akan aku...

Belum lagi membicarakan hal akhirat, yang jauh lebih berat dan hebat...

Sebab itu harapan aku, sepanjang kehidupan aku di dunia yang sementara ini, aku nak membuat sesuatu yang orang akan ingat sampai bila-bila. Biarkan nilai kewujudan aku berbekas di arus kehidupan manusia. Mungkin aku tak dapat jadi wira perang seperti Hitler, Napoleon Bonaparte, (uish, mana boleh... berdosa besar tuh jadi diktator sampai macam tuh... hehehe ) atau mencipta sesuatu seperti Graham Bell (inventor telefon) atau Henry Ford (inventor kereta), atau memimpin revolusi seperti Abraham Lincoln.

... Apatah lagi nak menjadi seperti Sahabat r.anhum; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali r.anhum... atau seperti Abu Dzar Al Ghiffari yang terkenal dengan kezuhudannya... atau Bilal dan Sumayyah dengan pengorbanan mereka, atau Umair Abi Waqqas dan Tamin Dari; mujahidin2 muda...

Aku harap agar Allah beri peluang kepada aku untuk berbuat sedemikian... sesuatu yang akan diingati oleh manusia, pada masa yang sama menjadi satu amalan yang diterima Allah pada hari akhirat kelak...

Boleh ke ek? heh... persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab... Sekali fikir balik, macam kuat sangat pulak cinta dunia aku ni... aduuh... istighfar banyak-banyak...

Apa yang ada, Jarang disyukuri
Apa yang tiada, Sering dirisaukan,
Nikmat yang dikejar,
Baru kan terasa, Bila hilang
Apa yang diburu,
Timbul rasa jemu,
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut,
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiad,
Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, Ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cintaMu, Allah
Ku harap tunggu
Dibajai bangkai nafsu yang kuburu

Lagu untuk "pancung" diri sendiri... Hahaha...

Tuesday, July 15, 2008

hahaha... bersawangnya blog nih.... tapi nak buat macamana, memang tak sempat nak update... time ada masa pulak, takde internet la.. takde idea la... dan bermacam2 lagi obstacles depan mata..


projek #1 aku pun ada banyak problem sekarang nih.... dengan tiada partner yang betul-betul sama bersemangat dan serasi. Minggu depan ada kursus 4 hari untuk penyediaan rancangan perniagaan. Then hantar business proposal, dan insya Allah boleh execute dalam 3 bulan after that. Dengan kata lain bulan 10-11 baru boleh mula apa yang dirancang... just nice... cuma takut tak sempat nak catch up je la...

Moga Allah permudahkan. Kalau loan proposal ditolak, terpaksa beralih ke plan lain la jawabnya...

Monday, July 7, 2008

Amalan Bulan Rejab??

Assalamualaikum...

Aku mula menyedari yang blog aku semakin bersawang semenjak aku tak dapat nak luangkan masa sangat untuk bermain-main.. ada beberapa benda yang perlu disetelkan secepat mungkin... tambahan pula beberapa hari nih susah nak dapat coverage internet.... takpe la.. nak buat macamana kan?

Dan sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan Rejab... dan ianya juga bermakna tak lama lagi kita akan kembali menempuh bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan keampunan... masya Allah... masya Allah... tak sabar rasanya nak melalui kembali Ramadhan... Ramadhan yang lepas dan setahun sebelum tuh tak dapat nak menghayatinya dengan sepenuh hati. Moga kali ini Allah beri kesempatan, taufiq dan hidayah untuk penuhi masa dengan beramal ibadah.

Dan semakin memasuki Rejab nih, ada banyak sebaran-sebaran hadith yang memberitahu tentang fadhilat dan amalan-amalan khas di bulan Rejab. Aku tak sempat nak kaji lebih lanjut tentang pertikaian hadith-hadith, sunnah atau amalan-amalan yang diceritakan daripada segi kesahihannya. Mungkin kalau berkesempatan, aku akan buat kajian dengan lebih lanjut...

Namun berikut adalah beberapa hadith yang dikenali statusnya,

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalamsanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Rujukan: Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.

Credit to el-lail BDN (jazakallah for the info)

Pada pendapat daku selaku insan yang lemah dan hina, tidak salah untuk menambah amalan di bulan Rejab sebagai "warming up" dan persediaan fizikal, mental dan rohani untuk menyambut bulan Ramadhan. Tetapi ianya satu kesalahan dalam penyebaran amalan-amalan yang disandarkan kepada sunnah, tetapi tidak sunnah sebenarnya. Tambahan pula setakat nih belum jumpa lagi dalil-dalil yang sahih tentang amalan khas di bulan Rejab lagi.

Jika ada yang menjumpainya, harap dapat emailkan kepada aku ek...

Wallahualam

p/s: at least blog kembali tak bersawang.... hehehhehe

Wednesday, July 2, 2008