Thursday, December 3, 2009

Rasa bersyukur

Semalam di kala aku sedang memecut gen gen membelah malam di sekitar Pantai Dalam, pandangan mata aku tercuit melihat gelagat 2 orang pakcik buta yang tengah berjalan berpimpin tangan antara satu sama lain menyusuri kaki lima jalan raya yang agak sibuk... pakcik yang di depan berjalan, hampir sikit lagi nak berlanggar dengan sebuah Toyota Camry yang parking kat tepi jalan tu... menyedari yang badannya dah tersentuh sikit dengan badan kereta, perlahan-lahan dia bergerak ke tepi jalan menyusuri sebelah badan Camry tuh dengan penuh berhati-hati...

Lalu membuatkan aku terfikir... dengan nikmat mata 2 bijik nih, rasa bersyukur sangat-sangat terhadap nikmat Allah ini..

Seandainya Allah menarik nikmat mata nih, tak tau la apa nak jadi dengan aku...


Maka tak dapat lah aku nak drive gen gen aku nih.. tak dapat nak main Mafia Wars dalam laptop...tengok citer 2012 kat wayang...bla...bla..bla..

Malah lebih rugi lagi apabila nikmat mata ini tak dapat digunakan untuk melihat bukti-bukti kebesaran Allah; bintang-bintang di langit... lautan yang luas... rimbunan pokok yang menghijau.. air sungai yang mengalir... ombak yang menderu-deru... Tak dapat nak menatap Al-Quran... membaca Hadith dan sebagainya...


Itu baru nikmat mata!! Belum lagi kira nikmat-nikmat Allah yang lain!

Syukur alhamdulillah.. atas segala nikmat Allah..

Selalunya kita take for granted segala yang Allah bagi... bila bendanya takde/hilang/dicabut oleh Allah, barulah kita sedar betapa besarnya nikmat itu...

Allah bagitau dalam Quran, selagi kita bersyukur kepada nikmat-nikmatNya, Allah akan tambahkan lagi nikmat itu kepada kita...

Maka dengan itu, sebagai tanda syukur, kita kenalah mentaati perintah Allah... barulah menampakkan tanda "terima kasih" kita itu kepada Allah..paling utama selepas Iman, adalah solat.. dan perintah-perintah Allah yang lain yang seterusnya meliputi ibadah, muamalat, muasyarat, munakahat, akhlak dan dakwah..

Bersyukurlah! Kerana takkan kita mampu nak membayar kembali nikmat Allah, hatta nikmat sebijik mata ini...

Alhamdulillah!

Epilog

Aku terus memecut gen gen ku dengan pantas membelah malam... di kala jalanraya yang masih sibuk, dan aku hanya sempat memandang kedua pakcik itu tadi dengan sekilas pandang sahaja... moga Allah permudahkan perjalanan mereka pada malam tadi, dan hari-hari yang seterusnya...

"Ya Allah, tambahkan lah nikmat yang Dikau kurniakan kepada kami, dan tambahkanlah rasa syukur kami ke atas segala nikmatMu"

Amin...

2 comments:

Anonymous said...

awat masa ko bwk ABV,ko tak pernah nmpk pun orang buta kat tepi jalan??

eksp said...

tuh la pasal.. masa bawak ABV, tak perasan lak aku... hehe