Tuesday, May 19, 2009

Selamat "Belated" Hari Guru

Selamat hari guru....!!!

Kepada semua warga pendidik dan pengajar... tak kiralah dari alam tadika dan pra-persekolahan, sekolah rendah, sehinggalah sekolah menengah... di mana jua anda berada, walaupun baru keluar dari KPLI, atau habis DPLI, atau J-Qaf atau baru habis ijazah pendidikan, baru dapat posting di Sabah dan Sarawak, mahupun tinggal lagi 3 hari nak pencen dan bersara dari alam perguruan... Anda tetap diraikan, dan diingati dalam setiap masa dan kehidupan kami.... bagaimana dengan susah-payah anda telah memperkenalkan kami dengan huruf A B C, 1 2 3, alif ba ta...
Terima kasih guru!

Aku tak mempunyai banyak sangat kenangan yang masih diingat di alam persekolahan sekolah rendah... Antara cikgu yang masih aku ingat dari sekolah rendah, hanya ada beberapa orang... iaitu Cikgu Razali (cikgu karkun yang selalu ikram aku masa aku bebudak dulu...), Cikgu Yusuf (guru kelas aku masa darjah 5 dan 6) dan Cikgu Masitah (yang ajar maths, anak perempuan dia ada satu kolej dengan aku di um masa aku final year, dengarnya dah kahwin dah pun anak dia tuh)

Tapi aku masih teringat-ingat cikgu-cikgu yang pernah hadir dalam hidup aku di alam sekolah menengah, atau lebih tepat lagi alam budak hostel...

Antara yang masih aku ingat, yang ajar aku BM, Cikgu Razali - cikgu yang bermuka paling serius semasa pengajaran. Kalau dia buat lawak pun, kitaorang dah gelak sampai terkeluar air mata, tapi dia masih lagi mampu membuat muka serius

Kalau English, Cikgu Feizatul Akmar kot...

Matematik - Cikgu Maznah, dia baru masuk masa ngajar aku dulu..

Pendidikan Islam - Ustazah Noriha, dari form 1 sampai form 3 dia ajar kelas aku dulu

Kemahiran hidup - confirm la cikgu Lee Choo Lang.... hahaha... cikgu veteran yang best... tak tau la apa citer dia sekarang nih... dengarnya dah lama bersara

Sejarah - Cikgu Ahmad Yasin, merangkap CEO koperasi sekolah... perghh.. masyuk beb

Kimia - Cikgu Idris, merangkap cikgu disiplin yang ditakuti ramai!

Biologi - Cikgu Ranti, merangkap cikgu penasihat silat dulu nih... juga antara cikgu yang paling garang... huhu... takuttt....

Add Math - Cikgu Rohaya, aku dulu selalu ponteng kelas dia... huhuu.. maafkan saya cikgu..

Bahasa Jerman - Frau Narma dan Frau Kana, pun aku selalu ponteng kelas jugak masa form 4... malas dah nak belajar bahasa ketiga nih... masa sebelum PMR, rajin la...

Kaunseling - Cikgu Nasir, kaunselor sekolah, merangkap cikgu PRS... dengarnya dah jadi lecturer kat UPSI dah sekarang...

Antara cikgu lain yang juga jadi ingatan adalah Cikgu Addenan (PK HEM time tu, sekarang dah jadi PK 1 kalau tak silap), Ustaz Jamatolail (warden), Ustaz Mohamed (mentor) dan Cikgu Fazilah (guru bahas)


Sekarang, bila dah jadi cikgu, barulah tahu betapa beratnya tanggungjawab mendidik nih... sekaligus membuatkan aku kagum dengan mereka yang terdahulu pernah mengajar aku dan batch aku yang selalu nakal dan membuat 1001 macam karenah kat sekolah. Maka seharusnyalah jasa mereka ini diingati sehingga selamanya. Kerana merekalah, kita berada di tempat kita sekarang....

Musim Peperiksaan Semester 1 sekarang nih, agak sibuk sikit... sebagaimana sibuknya warga Perak yang masih lagi kacau bilau dengan krisis politik yang tak habis-habis.... Hehe..

Chow..

7 comments:

ratu syahadah said...

Happy belated teachers day to cikgu Hilmi.
semoga menjadi pendidik yg cemerlang, gemilang, terbilang

Ladyship Atie said...

Selamat Hari Guru encik Hilmi!

Ziarah76 said...

"Selamat Hari Guru en. Hilmi"

mulianya jasa cikgu...

dalam kisah sahabat kitab taklim tu, seorang sahabat ada berkata, beliau tidak pernah melihat guru yang amat penyayang dan penyabar melainkan Rasulullah s.a.w.

Akula Nora said...

Selamat Hari Guru ya ustad.... bebudak tu ada bg hadiah apa kat awak? teringat zaman skolah rendah dlu slalu bg cikgu kelas hadiah pen.

eksp said...

ratu syahadah: mekacehh... selamat menjadi pendidik jugak...

cikgu jugak, kan?


atie: mekacehhh...


mutakalim: jazakallah...

sememangnya pekerjaan guru adalah no.1 dalam Islam... kena orang2 yang sabar je yang mampu jadi cikgu nih..

kalau tak sabar, memang keje merotan je la....


nora: belum dapat hadiah lagi... sebab skang tengah exam... jumaat depan baru buat sambutan hari guru kat sekolah nih...

cuma dah penuh dengan kad2 je skang... hehe

harap2 dapat la hadiah psp ke... xbox ke... full hd tv ke..... myvi ke...

lalalaaaaaa......... hahaha

Anonymous said...

selamat hari guru!..:)

ratu syahadah said...

yup...teacher..hehehehe
ohhh dapat banyak kad ye...sama la.minggu exam jugak.so sambutan pun jumaat depan.kad penuh atas meja.budak2 buat sendiri.rasanya buat sendiri lebih bermakna kan.
coklat pun banyak gak.budak2 ni nak suh gigi cikgu dia rosak kot
hoho nak hadiah PSP????demand tul la cikgu ni