Monday, May 25, 2009

Sirih pulang ke gagang?

Aku bukan nak bercerita pasal cerita sang sirih pulang ke kampung gagang....

Atau citer pasal nama saintifik daun sirih... atau fadhilat daun sirih... atau perkaitan sirih dengan gagang telefon (err).... atau tentang aktiviti makan sirih (aku jenis tak reti makan sirih tau)

Juga bukan nak bercerita tentang peribahasa... maksud peribahasa.. tatacara pembinaan ayat menggunakan peribahasa dan sebagainya.... Sesungguhnya aku bukanlah cikgu BM.. dan tengoklah cara aku menaip yang langsung tiada bakunya... Hehe...

Lebih-lebih lagi.. posting ini tiada kaitan dengan Tepak Sireh.... soal perkahwinan, tunang mahupun nikah... walaupun aku dalam mode miang dan gatal nak bernikah di tahap maksimum (hahahaha)

Kenapa aku bercakap pasal Sirih Pulang ke Gagang?

Sebelum tuh meh aku nak bercerita terlebih dahulu tentang hidup aku sekarang...

Bebudak sekolah nih baru je lepas exam...

Tapi bak kata pepatah guru... kalau musim exam itu sibuk, lagi sibuk musim "mengecheck" atau "memarking" paper bebudak...

Err.. aku telah merosakkan bahasa ke? ampuuuunnn... heheh

Kena check 10 set soalan.... satu set soalan bersamaan dengan 20-23 orang student... so dengan kata mudahnya kena la bersengkang mata untuk 200 set kertas....

Wahaha...

Minggu ini jugak merupakan minggu sambutan hari guru... esok ada acara main galah panjang dan baling selipar.... lusa main futsal dan dodgeball... dan finale nya adalah pada hari jumaat di mana paginya program sambutan di sekolah, dan malamnya ada annual dinner kat luar....

Ini pengalaman pertama menyambut hari guru sebagai guru... sebelum ni jadi cikgu selepas sambutan, so tak sempat merasa...

Hehe

Nampak macam excited je kan? Tapi sebenarnya aku baru je hantar notis sebulan kat sekolah untuk resign pagi tadi... Kenapa? sebab aku dah dapat offer lain yang aku rasa jauh lebih baik...

Ironinya... offer ini adalah apa yang pernah aku cita-citakan masa student dulu... dan ke tempat yang penuh nostalgia dalam hidup aku.. apa lagi kalau bukan balik ke UM... tempat aku bertatih, jalan, lari dan jatuh... berkenalan dengan ramai rakan... buat usaha agama dengan penuh jasbah... terjebak dalam dunia politik... tersangkut sebab failed satu paper... daripada level "ikan bilis" meloncat jadi level "level ikan paus"... dan memacam lagi... Heh

So, I've made my decision to accept the offer, walaupun terpaksa cancelkan master aku, and switch dari mode coursework and disertation, kepada fully research...

Itu sebab nama aku letak tajuk posting nih sebagai sirih pulang ke gagang....

Sekarang nih hati penuh tawajjuh mohon doa kepada Allah agar semuanya akan berjalan lancar...

apa yang penting? kerjasama......
apa yang penting? kerjasama......


Nanti mesti sedih nak tinggalkan sekolah nanti... wuuwuuuwuuu....

Tuesday, May 19, 2009

Selamat "Belated" Hari Guru

Selamat hari guru....!!!

Kepada semua warga pendidik dan pengajar... tak kiralah dari alam tadika dan pra-persekolahan, sekolah rendah, sehinggalah sekolah menengah... di mana jua anda berada, walaupun baru keluar dari KPLI, atau habis DPLI, atau J-Qaf atau baru habis ijazah pendidikan, baru dapat posting di Sabah dan Sarawak, mahupun tinggal lagi 3 hari nak pencen dan bersara dari alam perguruan... Anda tetap diraikan, dan diingati dalam setiap masa dan kehidupan kami.... bagaimana dengan susah-payah anda telah memperkenalkan kami dengan huruf A B C, 1 2 3, alif ba ta...
Terima kasih guru!

Aku tak mempunyai banyak sangat kenangan yang masih diingat di alam persekolahan sekolah rendah... Antara cikgu yang masih aku ingat dari sekolah rendah, hanya ada beberapa orang... iaitu Cikgu Razali (cikgu karkun yang selalu ikram aku masa aku bebudak dulu...), Cikgu Yusuf (guru kelas aku masa darjah 5 dan 6) dan Cikgu Masitah (yang ajar maths, anak perempuan dia ada satu kolej dengan aku di um masa aku final year, dengarnya dah kahwin dah pun anak dia tuh)

Tapi aku masih teringat-ingat cikgu-cikgu yang pernah hadir dalam hidup aku di alam sekolah menengah, atau lebih tepat lagi alam budak hostel...

Antara yang masih aku ingat, yang ajar aku BM, Cikgu Razali - cikgu yang bermuka paling serius semasa pengajaran. Kalau dia buat lawak pun, kitaorang dah gelak sampai terkeluar air mata, tapi dia masih lagi mampu membuat muka serius

Kalau English, Cikgu Feizatul Akmar kot...

Matematik - Cikgu Maznah, dia baru masuk masa ngajar aku dulu..

Pendidikan Islam - Ustazah Noriha, dari form 1 sampai form 3 dia ajar kelas aku dulu

Kemahiran hidup - confirm la cikgu Lee Choo Lang.... hahaha... cikgu veteran yang best... tak tau la apa citer dia sekarang nih... dengarnya dah lama bersara

Sejarah - Cikgu Ahmad Yasin, merangkap CEO koperasi sekolah... perghh.. masyuk beb

Kimia - Cikgu Idris, merangkap cikgu disiplin yang ditakuti ramai!

Biologi - Cikgu Ranti, merangkap cikgu penasihat silat dulu nih... juga antara cikgu yang paling garang... huhu... takuttt....

Add Math - Cikgu Rohaya, aku dulu selalu ponteng kelas dia... huhuu.. maafkan saya cikgu..

Bahasa Jerman - Frau Narma dan Frau Kana, pun aku selalu ponteng kelas jugak masa form 4... malas dah nak belajar bahasa ketiga nih... masa sebelum PMR, rajin la...

Kaunseling - Cikgu Nasir, kaunselor sekolah, merangkap cikgu PRS... dengarnya dah jadi lecturer kat UPSI dah sekarang...

Antara cikgu lain yang juga jadi ingatan adalah Cikgu Addenan (PK HEM time tu, sekarang dah jadi PK 1 kalau tak silap), Ustaz Jamatolail (warden), Ustaz Mohamed (mentor) dan Cikgu Fazilah (guru bahas)


Sekarang, bila dah jadi cikgu, barulah tahu betapa beratnya tanggungjawab mendidik nih... sekaligus membuatkan aku kagum dengan mereka yang terdahulu pernah mengajar aku dan batch aku yang selalu nakal dan membuat 1001 macam karenah kat sekolah. Maka seharusnyalah jasa mereka ini diingati sehingga selamanya. Kerana merekalah, kita berada di tempat kita sekarang....

Musim Peperiksaan Semester 1 sekarang nih, agak sibuk sikit... sebagaimana sibuknya warga Perak yang masih lagi kacau bilau dengan krisis politik yang tak habis-habis.... Hehe..

Chow..

Monday, May 11, 2009

Selesainya kemelut Negeri Perak

Alhamdulillah... selesai sudah kemelut politik di negeri Perak, setelah pihak mahkamah mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Nizar masih lagi Menteri Besar yang sah.

Seperti yang aku tegaskan sebelum ini, walaupun aku bukanlah penyokong kepada mana-mana pihak, termasuklah Pakatan Rakyat, tetapi aku tetap masih tidak bersetuju dengan cara pengambil alihan kerajaan sebelum ini oleh BN... Aku tetap berpendapat samada prosedur undi tidak percaya di sidang DUN, ataupun yang terbaik dengan bubarkan sahaja DUN dan adakan semula pilihanraya ADUN di seluruh negeri Perak.. Demi untuk menjamin integriti kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti, tak kira samada dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional....

Oklah... tamat di sini ulasan tentang politik.... sebab blog ini bukanlah blog politik macam blog chedet, atau blog raja petra, atau blog nik abduh, atau blog "si penarik beca"... tapi macam aku selalu cakap, ini hanyalah sebuah blog yang penuh dengan penulisan santai....

Oh ya... lupa nak cakap... walaupun Nizar masih MB Perak... tapi perlantikan Speaker DUN baru oleh BN baru-baru ini tetap sah... so tak tau la berapa lama Nizar boleh bertahan sebagai MB... ermmm....

Sesungguhnya Allah berkuasa untuk memberi kuasa dan pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki..... Wallahualam

Berita penuh di SINI


Tentang hidup aku,

Beberapa hari ini agak sibuk... nak setelkan monthly test bebudak nih yang tak sempat buat oleh previous cikgu... Dah la minggu depan dah nak mula exam semester 1...

Doakan moga bebudak nih semua pass dengan flying colours... amin...

Wednesday, May 6, 2009

CIta-cita

Sebelum jari jemari aku rancak menaip tentang cita-cita, aku nak bercerita sikit tentang perkembangan aku yang kini memegang profesion sebagai seorang guru... hehe



Alhamdulillah, dah masuk 6 minggu aku mengajar... gaji pun dah dapat, cuma tak merasa lagi sebab baru masukkan cek gaji dalam mesin atm.. insya Allah, Jumaat ini akan sempat merasa gaji pertama sebagai guru...

Walaupun gaji sekarang nih separuh je dari income yang dulu, tapi aku lebih banyak bertenang... ada masa untuk solat dhuha.. ada masa untuk tilawah... berjaga solat jemaah... tiap-tiap hari luangkan masa duduk dengar taalim after solat asar... ada masa untuk mulakan kembali hafazan macam dulu-dulu

Bila hati tenang, pintu hati mudah terbuka.. bila pintu hati terbuka... barulah boleh berfikir dengan rasional.. emosi terkawal... tidur pun mula lena... hehe

Owh, sekarang aku tidak lagi mengajar Islamic Studies, Hafazan dan Qiraati... mulai Isnin nih, dah dapat post yang sepatutnya, iaitu mengajar Science dan Social Studies...

Aku juga tidak lagi jadi guru kelas... so hanya perlu tumpukan perhatian untuk mengajar je.. tuh sebab sekarang dah rajin online, dan menulis kat blog... hehehe...

Juga dah duduk dalam bilik guru, tak lagi duduk di dalam kelas... Tak perlu layan banyak sangat karenah bebudak.... Sekarang juga mengajar primary 4 dan 5, di mana pelajarnya lebih matang dan tak memeningkan kepala sangat...

Cuma kadangkala, terasa rindu jugak dengan pelajar-pelajar lama... Nak-nak pulak bila tengok budak-budak tuh buat muka excited bila terserempak dengan kita.... heh

Ntah macamana la agaknya perasaan kalau aku stop dari sekolah nih nanti? Perasaan aku, dan perasaan bebudak tuh.... huhu.. jangan lah sampai berderai air mata pulak nanti...


Ehhhh... jap jap.... baru sebulan bekerja, dah mula cakap pasal berenti kerja ke ustat oi?? Hahaha...

Bukan apa, mengajar nih sebenarnya hanyalah persinggahan sahaja sementara aku nak mencapai cita-cita yang sedang aku kejarkan sekarang...

Satu masa dulu, masa kita budak-budak, apa cita-cita kita?

Aku masih ingat dulu, aku pernah isi kad satu kosong satu tuh dengan cita-cita yang standard yang mesti kita pernah tulis kot...
Contohnya; nak jadi polis... bomba... doktor.... peguam.... askar...

Jarang budak sekolah rendah tulis cita-cita yang complicated macam nak jadi financial consultant ke... atau surveyor ke... pakar radiografi ke... kan? kan? hehehe

Tapi kalau letak nak jadi penoreh getah ke.... tukang sapu ke... mesti kena marah dengan cikgu... hehehe

Dan yang ironinya, aku pernah tulis masa di darjah 3, cita-cita nak menjadi Pendakwah... hahaha.. ntah macamana aku boleh dapat hidayah nak tulis macam tuh pun aku taktau... Masya Allah...masya Allah... hehe..

Lepas tuh aku selalu tulis dan bercita-cita nak jadi Mufti.... sampai la masuk sekolah menengah... mufti tuhh..... perghhh

Masuk sekolah menengah... aku dah mula tukar cita-cita aku... aku letak cita-cita pertama aku sebagai ahli perniagaan... second, accountant... third, aku tak ingat... sampailah form 4 bilamana kena masuk kelas sains hayat, tukar lagi cita-cita nak jadi doktor pulak...Tapi bila dah masuk Asasi, bila dah tau kesukaran nak jadi doktor (kena dapat 4 flat, pastu kena main darah, main dengan mayat) aku jadi takut.. terus tukar cita-cita nak amik ijazah dalam sains je... jadi lecturer dan researcher cukup... keluar pergi field, balik masuk lab untuk check specimen..

Cuma aku jadi mula jadi pesimis jap... meragui kemampuan aku untuk jadi lecturer.... sebab asyik tersangkut dengan satu paper... so aku mula beralih nak jadi consultant... nak buat pusat tuisyen... nak jadi motivator...

Bila dah dapat peluang master sekarang nih, dan beberapa faktor lain yang menjadi sumber inspirasi... aku kembali bercita-cita nak jadi lecturer... so sekarang nih dalam minda tengah fokus macamana nak habiskan master dengan cemerlang... dan dapatkan fellowship untuk sambung Ph.D secepat mungkin...

Apa-apa pun... semuanya hanyalah atas kehendak Allah.... kita hanya merancang, Allah yang menentukan....

Macam sekarang... tak pernah sekali pun bercita-cita nak jadi cikgu pun... tapi sekarang jadi cikgu... heh... hebat kan Allah?

Yang penting, setiap antara kita kena bercita-cita untuk menegakkan agama... dan untuk syahid di jalanNya...

Teringat aku sebuah kisah yang pernah dengar dari sebuah majlis... Ada seorang Sahabiyyah yang ada 4 orang anak lelaki... Dalam satu fisabilillah, keempat-empat anak lelakinya menyertai medan jihad tersebut...

Kemudian satu berita sampai kepadanya.... bahawa anak sulungnya telah syahid.... Wanita ini sekadar terdiam...

Tak lama lepas itu, sampai berita lagi yang anak kedua pun telah syahid... begitu juga anak ketiga beliau... Sahabiyyah ini tetap mendiamkan diri....

Last... sampai satu berita yang anak ke-4 turut telah syahid.... tetapi wanita tersebut tetap mendiamkan diri...

Maka ada orang bertanya kepada beliau... apakah beliau terlalu sedih dengan kesyahidan keempat-empat anaknya... sehingga terdiam?

Wanita itu menjawab, "Mengapa aku perlu bersedih? Sedangkan kerana maksud itulah (syahid di jalan Allah) aku telah mengandungkan mereka selama 9 bulan, melahirkan mereka dengan susah payah... supaya kesemua mereka dapat syahid di jalan Allah!!"

Begitulah mereka dari zaman Sahabat, semua diri dan nyawa mereka telah diletakkan untuk maksud agama... tak cukup dengan diri mereka, mereka turut tanamkan cita-cita yang sama kepada anak-anak mereka sekali...

Allahuakbar!!!



P/s: Video Clip di atas tidak menggambarkan saya berpihak kepada mana-mana parti di Malaysia... Cukuplah sekadar dengar lagunya je...

Tuesday, May 5, 2009

A conversation with a barber

Semalam aku pergi gunting rambut....

Rambut aku nih takde la kerinting sangat macam negro.... atau macam modee (nih bebudak 5th college, atau budak asasi tahun 2001 kenal la nih.... heheh)

Tapi rambut aku agak tebal... lebat... dan beralun... so bila panjang, dia jadi mengembang... silap hari bulan kalau tak amik wudhu selama sebulan dengan membasahkan rambut, dan biarkan ianya kering dalam tempoh waktu itu... aku rasa boleh jadi rambut afro kot....

hehe

Ada 3 benda yang best dengan tempat gunting rambut aku kali nih...

1. korang percaya tak yang bayarannya hanya RM3 je?? Tak percaya? heheh... dan potongan dia sangatlah kemas...

2. pakcik yang gunting rambut nih menggelarkan diri dia Paksu... dan dia mulakan perniagaan menggunting rambut dia dari tahun 1971!! perghhh...

3. Paksu ni jugak sudah berusia 68 tahun... tapi masih nampak sehat dan tegap... dia kata, dia petang-petang masih larat untuk bermain badminton... masih aktif dan takde sakit-sakit teruk...

Best sembang dengan Paksu nih... pakcik nih memang jenis suka layan sembang

So bila aku tau umur dia 68 tahun dan masih sehat macam nih, terus la aku bertanya petua kat dia...


Aku: Masya Allah... Paksu dah umo 68 tahun, tapi masih sehat segar lagi... nih nak kena tanya petua nih.... ada apa-apa petua ke Paksu?

Paksu: Nak petua? kena datang sekali lagi kat kedai Paksu nih laa... baru la boleh Paksu bagi petua.... (haha... pandai orang tua nih nak suh aku datang lagi kedai dia...)

Tapi sebenarnya petua dia senang je nak oi..

Aku: Apa dia tuh Paksu?

Paksu: Memula sekali, jangan fikir berat sangat.... Kadang-kadang ramai orang dok pikir yang berat, yang takde dalam tangan... tuh yang sampai berasap kepala... pastu mula la datang darah tinggi, sakit jantung, migrain...

Kalau gaji hang RM1000 ka, RM5000 ka... hangpa belanja dan hidup dengan hang je la... jangan la dok gaji RM1000, hang dok sibuk pikir macamana nak dapat gaji RM5000 pulak... dah tuh memang rezeki hang takat tuh buat masa nih... hang kerja je betul-betul, ada rezeki, insya Allah hangpa akan naik gaji jugak... kalau tak de rezeki, hangpa buat macamana pun... takkan ke mana pun...

Aku: Uih, betul jugak tuh Paksu

Paksu: Pastu hangpa kena jaga makan.... jangan makan banyak sangat.... kalau boleh hangpa turunkan sikit badan hang nih... ye la.. kadang-kadang betul mungkin sebab keturunan... tapi keturunan pun, kalau jaga makan apa semua, boleh kurus jugak.... anak gajah pun, kalau letak kat padang pasir, boleh kurus jugak....

Aku: hahaa... betul tuh paksu... nih pun memang tengah try jaga badan nih... dah banyak turun dah sejak awal tahun arituh... kalau idak, lagi bulat nih paksu....

Paksu: haa.. baguih-baguih... hangpa teruskan... nanti mai kedai paksu lagi bulan depan (uiks, macam tau-tau je aku potong rambut sebulan sekali), paksu nak tengok hang lebih kurus noo...

Aku: Insya Allah!! heheh

Pengajarannya adalah.... hal-hal dunia nih tak payah la berserabut kepala sangat... insya Allah, selagi kita ikhlas bekerja, penuhi syarat, dan tunaikan tanggungjawab, rezeki Allah akan mai datang kat kita jugak.... yang penting kerja perlu ditunaikan.... dan yang lebih penting dan lebih berbaloi untuk kita peningkan kepala adalah, apakah persediaan kita nak mati nih??

Betul tak?

Dan sebenarnya banyak lagi benda yang aku sembang dengan Paksu nih sambil dia sibuk gunting rambut aku... kemas la potongan dia, sangat berpuas hati.... tambah dengan bayaran dia... lagi la... kedai nih terletak kat kompleks perniagaan dan kedai makan kat PPR Rejang, Setapak Jaya.. berdepan dengan kolej kediaman UTM jalan semarak...

Jemput la cuba try test gunting rambut kat situ...

Saturday, May 2, 2009

26 dahhh



Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Munsyid: Saujana
Tajuk: Selamat Hari Lahir


Kenapa aku letak Youtube dan Lirik lagu nih? Lu pikir laa sendiri..... hahahahah

Owh, lagu ini juga banyak nostalgia dalam hidup aku, terutamanya di zaman budak hostel dulu... huhu... tetiba aku rindu dengan zaman muda remaja... dan terasa macam dah lama meninggalkan zaman-zaman itu... hampir sedekad dah...

Begitulah kehidupan... semalam kita masih di bangku sekolah.... hari ini masih di sekolah, jadi pengajar pulak... dan tempat kita di bangku sekolah itu dah pun diambil oleh orang lain.... dan begitu jugak, satu hari nanti tempat kita hari ini akan diambil oleh generasi seterusnya....

Hari Lahir bukan hari untuk kita bergembira sangat sebenarnya... tapi lebih kepada muhasabah diri... sejauh mana pencapaian kita... apa yang masih belum dicapai... dan juga bagaimana persediaan kita menghadapi kematian, untuk mengadap ke hadapan Allah di Mahkamah Agung nanti...

Apa-apa pun, syukur kepada Allah.... dengan usia 26 tahun diizinkan olehNya untuk terus menghirup udara... menapak di bumiNya... dan terus menerus hidup di dalam agamaNya... moga nikmat-nikmat yang diberi akan berpanjangan... insya Allah..

26 tahun? dah tua dah aku.... heheh

Mekaceh bebanyak kepada mereka yang wish for my birthday since yesterday lagi.... jazakumullah khairan kathiran.... moga Allah memberi kebaikan kepada anda jugaa......

Lagu-lagu lain yang berkaitan selamat ulangtahun, walaupun takde kaitan dengan hidup aku yang aku nak tempek kat blog nih... selamat menghayati......