Tuesday, April 7, 2009

Jalan-jalan ke Ampang Puteri pulak... heheh

Semalam ke PPUM... hari nih aku ke Ampang Puteri pulak...

Dua alam yang jauh gila berbeza... walaupun sama-sama hospital... inilah bezanya antara dua hospital, hospital kerajaan dan hospital swasta...

Apakah perbezaan yang ketara?

1. Kat Ampang Puteri, aku dapat duduk atas sofa sementara nak jumpa specialist... ada seorang receptionist yang comel (heheh... aku tak jaga pandangan mata, istighfar ustaz, istighfar!!) siap ada air teh sambil nak tunggu giliran (tapi bancuh sendiri la)... sementara nak tunggu, aku terperasan 2-3 orang pesakit lain yang sedang berbual menggunakan istilah "dato', "tan sri"

err...

kat ppum semalam... dok atas kerusi biasa je ek..

2. Doktor yang aku jumpa, sangat friendly.... siap bukakkan pintu masa aku nak masuk, salam dan senyum... dan dia dengar satu demi satu perkataan aku bercerita (walaupun sore aku takde, tenggelam timbul)

kat ppum semalam, muka doktor pun ketat je... sebab patient terlalu ramai kan.... (perhatian, aku tak salahkan doktor tuh tau)

3. Doktor nih terus syorkan aku buat X-ray, dan urine test...

kat ppum semalam, doktor tuh just selak belakang baju aku, belek tak sampai 30 saat, terus cakap takde apa-apa perlu risau... pergh... pakar betul doktor nih, boleh nampak apa dalam daging dan kulit aku guna mata je...

hehe

4. Layanan cepat... macam masa mula-mula aku nak jumpa doktor, ada 3 orang je pesakit lain yang nak check up... nak X-ray, ada 2 orang je sebelum aku... nak urine test, memang on spot...

Yang lama cuma nak tunggu result X-ray je... tuh pun sebab dah masuk time lunch.... aku sampai hospital pun dalam 11.30, keluar dalam 3.30 petang...

semalam, dekat 6 jam solid wooo...

5. Doktor siap tanya, nak MC tak?

semalam, aku yang tanya doktor, nak MC doktor... please....... tuh pun dia nak bagi aku sehari je MC... hehe

6. Bayaran kat Ampang Puteri RM142.60

kat PPUM, RM 10 je kena...

hehehe

Sakit Dada, Tepuk Poket aaa.....

satu lagi "pepatah penuh dengan unsur dunia" dari aku....

P/s: posting ini tiada langsung niat merendahkan martabat doktor-doktor hospital kerajaan... kerana sesungguhnya kami memahami kesibukan tugas anda, dan sangat menghargai diri kalian semua kerana sanggup bertahan di hospital kerajaan dengan gaji yang rendah berbanding doktor-doktor hospital swasta untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat, terutamanya mereka yang tidak berkemampuan...

Tahniah!

12 comments:

mutakalim said...

ini lah lumrah kehidupan

Ladyship Atie said...

habislaa encik hilmi kena saman soon.
hakz

ratu syahadah said...

Alhamdulillah la tak ada apa2 kan

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

eksp said...

mutakalim: itulah dia... yang swasta selalu laju.. yang kerajaan selalu kalut...

tapi hospital kerajaan tetap diperlukan... =)

atie: err... nape perlu disaman pulak... bukan ada unsur racist pun =p

ratu syahadah: alhamdulillah... disahkan takde apa2 injuries untuk internal organ... mungkin just terkoyak sket tisu @ otot badan je...

chomelista homestay said...

Apesal smpai terkoyak tissue/organ badan? Ko buat apa?
Xkan exercise smpai camtu kot? ekkeke!

Aku xpenah kena lg la kot.
Spanjang aku wat rawatan kat HKL,
xde plak dokter yg muka ketat,
semua muka longgar je :D
Cuma....
cuma.... cuma misi je la sometimes tu agak kerek..
Sian pakcik yg dah tua tu.
Biasa la org tua mana le paham sgt bahasa2 rawatan & info yg panjang misi bg tu.. misi tu siap tengking pakcik tu.. geram sunggoh aku, sian!
Pastu misi tu kena mrh blk kat dokter.. kuang2 padan muke.. whut u give.. u get back le! :p

eksp said...

deidaa: tuh mungkin beza doktor pakar dengan doktor yang jaga klinik pesakit luar kot...

Ladyship Atie said...

yela kena saman in the sense of u 'humiliate' the doctors in the hospital.haha.
saje je nak cari pasal dgn encik hilmi

haritu kena saman dgn mpsj lagi!!
hakz.my mother yg sangat x suke bile kena saman, called me dengan nada geram sbb SURAT SAMAN SAMPAI RUMAH.waha.sabar je la dgn mpsj ni.

eksp said...

atie: rasanya depa takkan saman kot.. lagi appreciate lagi ada la... hehehe

kena saman lagi??
meh gelakkan dia... muahahahahhahahahahaha
=p

ratu syahadah said...

koyak tisu???isk...mcm tu kena hati2.sbb tkt koyak lagi besar.susah2 sgt, beli tisu byk2...tisu yg dlm kotak tu.koyak, ganti trus ganti baru.hehehehehe.jgm marah

nonnie78 said...

salam.

salam kenal, salam ziarah buat ustaz sekolah rendah.

part paling best dalam entri ni perbezaan harga yang kita bayar untuk private hospital dan government hospital.
tapi, kesian kat docs kat gomen hosp sbb dahlah gajinya agak kecil, patientnya sangat ramai, perangainya teramatlah banyak.
so, bak kata Nabil :- lu pikirlah sendiri..

wassalam.

kak nonnie

eksp said...

yeahhh.. betul tuh... sian kat doktor2 gomen..

kalau aku jadi menteri kesihatan, akan aku naikkan gaji doktor... pastu mintak kementerian pengajian tinggi tambah fasiliti untuk universiti2 bagi bukak lebih banyak tempat untuk fakulti perubatan..

undilah saya untuk rakyat!! ^^ muehehe

(pastu jangan kerajaan bangkrap, udah.. heheh)