Wednesday, April 29, 2009

Keajaiban Azan

Subhanallah!

Itu sahaja yang mampu saya katakan bila tengok dokumentari ini... Betapa hebatnya aturan Allah yang menjadikan laungan azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia di setiap jam dan minit tanpa henti



Apa lagi? Marilah kita menyahut seruan azan itu apabila ianya berkumandang lagi... Ayuh rakan-rakan..... (sila baca dengan nada ustaz sekolah rendah... heheh)

Wednesday, April 22, 2009

sibuk

Dah lama tak menulis, sampai ada orang rajin sms bertanyakan bila aku nak menulis lagi nih...

Tetapi mintak maaf banyak-banyak... actually ada banyak benda yang nak ditulis, dan yang terfikir nak menulis tentangnya... tapi tiada kesempatan...

Pagi, seawal pukul 7.15 dah gerak keluar dari rumah menuju ke sekolah... petang pukul 6 lebih baru sampai rumah, especially hari yang ada ko-kurikulum... (owh ye, aku guru yang jaga swimming dan juga taekwando.. jangan lupa itu... heheh)

Malam, dah pancit..... hahaha

Rasanya dalam jangkamasa terdekat nih nak start buat brisk walking petang-petang.... panjat bukit dekat sebelah NZ wangsa maju tuh untuk bina stamina... nanti nak sambung master, kelas malam, takkan nak tido dalam lecture hall pulak kan?

Oh, esok merupakan hari yang menandakan sudah genap sebulan aku mengajar di sini sebagai ustaz...

Hehe..

Friday, April 10, 2009

Get to know yourself better

Credit to Maryam, macam menarik pulak... hehe

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.


Eh eh.... macam betul je dengan diri aku... hehehe

Boleh try kat SINI

Selamat Mencuba!!

Thursday, April 9, 2009

Melayan Celoteh

Berikut adalah senarai celoteh budak-budak yang sering didengari sejak mengajar sekolah rendah nih...:

1. "ustat... ustat... tengok dia nih... dia nakal ustat"

2. "ustat..... dia pukul saya ustat..."

3. "ustat.... nak pi toilet, ustat.... tak tahan dah nihhh"

4. "ustat... kenapa ustat pakai kopiah warna nih?"

5. "ustat.... ustat dah kawen ke belum?"

6. "ustat.... ustat dah makwe tak?"

7. "ustat umur berapa tahun? saya ada abang umur 20 tahun..."
pastu menyampuk sorang lagi kat sebelah, "haa... ayah saya pun umur 46 tahun" (apa kaitan dengan umur aku pulak nih???)

8. "ustat tinggal kat mana?"

9. "ustat kat rumah ada PS2 tak?"

10. "ustat dah besar nak jadi apa? (adoiii... ustaz dah besar la sayang woii... dah terlebih besar dah pun nih.... hahahah )

11. (masa kelas hafazan) "ustat hafal Quran tak? abang saya hafal semua Quran tau... fuiyooo"

12. "ustat... dia ngorat budak pompuan ustat"

13. "ustat... bila ustat nak belanja saya?" (amboi, aku baru keje masuk 2 minggu, ko dah pandai pow aku aaa )

14. "ustat, nak pinjam laptop ustat nak main game, boleh?"

15. "ustat... saya ada kakak umo 20 tahun, dia cun ustat........ ustat taknak kenal ke??"


adoilaaa...

begitulah serba sedikit ragam bebudak nih... kelakar sebenarnya... tapi inilah alam sekolah rendah, yang aku, korang dan kita semua pernah lalui...

mungkin kita dulu antara orang yang pernah guna perkataan-perkataan kat atas nih dengan cikgu kita dulu.. heh

Tuesday, April 7, 2009

Jalan-jalan ke Ampang Puteri pulak... heheh

Semalam ke PPUM... hari nih aku ke Ampang Puteri pulak...

Dua alam yang jauh gila berbeza... walaupun sama-sama hospital... inilah bezanya antara dua hospital, hospital kerajaan dan hospital swasta...

Apakah perbezaan yang ketara?

1. Kat Ampang Puteri, aku dapat duduk atas sofa sementara nak jumpa specialist... ada seorang receptionist yang comel (heheh... aku tak jaga pandangan mata, istighfar ustaz, istighfar!!) siap ada air teh sambil nak tunggu giliran (tapi bancuh sendiri la)... sementara nak tunggu, aku terperasan 2-3 orang pesakit lain yang sedang berbual menggunakan istilah "dato', "tan sri"

err...

kat ppum semalam... dok atas kerusi biasa je ek..

2. Doktor yang aku jumpa, sangat friendly.... siap bukakkan pintu masa aku nak masuk, salam dan senyum... dan dia dengar satu demi satu perkataan aku bercerita (walaupun sore aku takde, tenggelam timbul)

kat ppum semalam, muka doktor pun ketat je... sebab patient terlalu ramai kan.... (perhatian, aku tak salahkan doktor tuh tau)

3. Doktor nih terus syorkan aku buat X-ray, dan urine test...

kat ppum semalam, doktor tuh just selak belakang baju aku, belek tak sampai 30 saat, terus cakap takde apa-apa perlu risau... pergh... pakar betul doktor nih, boleh nampak apa dalam daging dan kulit aku guna mata je...

hehe

4. Layanan cepat... macam masa mula-mula aku nak jumpa doktor, ada 3 orang je pesakit lain yang nak check up... nak X-ray, ada 2 orang je sebelum aku... nak urine test, memang on spot...

Yang lama cuma nak tunggu result X-ray je... tuh pun sebab dah masuk time lunch.... aku sampai hospital pun dalam 11.30, keluar dalam 3.30 petang...

semalam, dekat 6 jam solid wooo...

5. Doktor siap tanya, nak MC tak?

semalam, aku yang tanya doktor, nak MC doktor... please....... tuh pun dia nak bagi aku sehari je MC... hehe

6. Bayaran kat Ampang Puteri RM142.60

kat PPUM, RM 10 je kena...

hehehe

Sakit Dada, Tepuk Poket aaa.....

satu lagi "pepatah penuh dengan unsur dunia" dari aku....

P/s: posting ini tiada langsung niat merendahkan martabat doktor-doktor hospital kerajaan... kerana sesungguhnya kami memahami kesibukan tugas anda, dan sangat menghargai diri kalian semua kerana sanggup bertahan di hospital kerajaan dengan gaji yang rendah berbanding doktor-doktor hospital swasta untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat, terutamanya mereka yang tidak berkemampuan...

Tahniah!

Monday, April 6, 2009

Menziarahi PPUM

Hari ini merupakan hari melawat doktor kat PPUM... hehe

Actually aku tak berapa sihat (lagi! huhu)... tapi kali ni sakit lain pulak... sakit tekak dan batuk tahap maksimum sampai suara aku jadi macam ala chewbecca dari Star Wars... hahaha

Selain dari itu, saya juga injured dalaman, kat belakang pinggang akibat main tarik tali masa Mukhayyam untuk semua cikgu cikgi sekolah di Bagan Lalang seminggu yang lepas.... Ada rasa pedih, dan panas-panas kat tempat sakit tuh, tapi takde pulak sebarang bengkak... Mula-mula ingatkan sekadar tergeliat urat... tapi panasnya rasa lain macam, so timbul risau barangkali ada kecederaan dalam... Dah la dekat dengan buah pinggang!

Innalillah...

Harapan dan doa, moga-moga takde apa-apa yang serius la... takde la sampai radang buah pinggang ke hape...

Agak tensen jugak dengan doktor tadi... sebab dia tengok pun seimbas je... takde pun sebarang X-ray, ataupun ujian air kencing ke, jangan cakap la nak buat ultrasound... hehe... pastu bagi painkiller dengan minyak sapu untuk kecederaan yang dah masuk 10 hari nih... macam tak masuk akal pun ada jugak....

Doktor pun muka ketat je... ye lah, tak boleh salahkan jugak... dengan masih ramai pesakit yang beratur kat luar.... paham la kan....

So, sabar je la..

Oh ye, lupa nak cerita... hari ini terlalu ramai orang yang sakit...

Saya sampai di PPUM pukul 9.30 pagi...

Tapi dapat jumpa doktor pada pukul 3.30 petang!

Terasa serik untuk pergi ke hospital kerajaan lagi dah untuk pemeriksaan permulaan ini... maka lebih baik saya bazirkan seratus dua extra di hospital swasta... daripada terbazir masa yang sangat banyak semasa di hospital kerajaan....

Dalam keadaan kerisauan ini, ingat nak ke hospital swasta esok, untuk dapatkan pemeriksaan yang lebih rapi, at least ada X-ray ke.... as second opinion...

Owh ye, saya dapat MC untuk 2 hari... hari ini dan esok.... ustaz tak masuk kelas... heheh

Kepada doktor-doktor yang bertugas, atau yang bakal bertugas, diharapkan anda dapat menjalankan tugas dengan baik.... syabas buat anda kerana memilih pekerjaan yang sangat diperlukan oleh orang ramai, semoga apa yang anda buat mendapat balasan yang baik dari Allah....

=D

Saturday, April 4, 2009

Aku rindu

Tengok gambar-gambar ni, membuatkan aku rindu....

amboi... encem dah anak sedara ayahcu sorang nih...

mukmin posing sebelum nak kejar burung merpati

Hehe