Sunday, March 21, 2010

Hidup dan sibuk


Sorang sahabat aku pernah bercakap...

Dari seorang ustaz di Sri Petaling, diriwayatkan ada berkata... (macam sanad hadith la pulak... haha.. abaikan..)

Orang Islam sepatutnya takkan ada masa lapang... sebab orang Islam yang beriman, yang sebenar akan sentiasa sibuk dari siang ke malam...

Kalau diimbas pada sejarah.. dari zaman Rasulullah membawa kepada kehidupan zaman Sahabat, Tabiin dan Tabiit tabiin...pada waktu siang, kebanyakan mereka akan sibuk dengan kerja dakwah dan jihad... dengan darah dan peluh.. ada juga yang sibuk dengan mengkaji ilmu-ilmu yang lebih mendalam seperti ilmu matematik, falak dan perubatan ke tahap yang tertinggi!

Pada waktu malam pula, mereka sibuk dengan ibadah dan meratap menangis di hadapan Yang Maha Qudus... mentilawati Quran dan berzikir...


So sepatutnya kita juga mengikut jejak langkah yang sama... sibuk dengan urusan agama... hingga urusan dunia melibatkan keperluan seharian kita juga sentiasa ada padanya nur agama...

Maka sambung ustaz tadi... umat Islam sekarang... kalau tak mampu nak sibukkan diri dengan urusan agama seperti generasi salafussoleh terdahulu... sekurang-kurangnya sibukkanlah diri dengan urusan dunia... dengan niat untuk agama...

Kalau yang berniaga runcit... buat betul-betul perniagaan itu sampai boleh lawan Tesco dan Carrefour... atau yang berniaga perabot, mesti ada usaha dan impian nak setaraf dengan IKEA! dengan niat nak menegakkan muamalah Islam. (tapi kena la ikut muamalah Islam... kalau pinjaman pun amik yang konvensional... buat amalan riba'... menipu dan merasuah, takde guna bro...)


Yang dalam bidang industri... niat nak jadi engineer yang betul-betul hebat sambil bawa nama Islam di dalamnya... begitu juga kepada orang-orang IT, admin, CEO hinggalah ke peringkat office boy...

Yang jadi guru... jadi guru yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk membentuk diri anak-anak murid... sentiasa dalam fikiran macamana nak mereka berjaya, bukan sekadar untuk makan gaji

Yang buat research... buat research betul-betul sampai jumpa penemuan baru... formula baru... kalau boleh sampai boleh menang nobel la... tengok la Ibnu Sina... buku perubatan dia masih lagi dipakai sehingga ke hari ini!


Walaupun amalan ini tak sama dengan jihad dengan nyawa dan darah... at least ianya adalah satu usaha untuk menegakkan Islam dari bidang-bidang yang lain... daripada umat Islam yang ada kini penuh dengan masa lapang yang membuang masa... kerja dakwah tak buat.... ibadah tak buat... dunia pun tak berjaya... akhirnya terus terperangkap dalam dogma sendiri.... mengatakan Islam itu agama yang membawa kepada revolusi dan pembaharuan.. tapi realitinya negara-negara Islam itu sendiri yang mundur dan miskin...

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam untuk TIDAK ADA MASA LAPANG... supaya masa lapang kita sentiasa terisi...

Tapi kena ingat... tuntutan agama, tetap tuntutan agama... sibuk dalam urusan dunia, tak bermakna kita terlepas dari tanggungjawab dakwah dan jihad...

Kalau jadi CEO company nombor satu dunia pun... tapi kalau tak solat, takde gunanya...

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.....

pinjam sat gambar nih.. hehe

Monday, March 1, 2010

Berjaga malam

Aku dah kurang fit untuk stay up di lewat malam macam dulu-dulu..

Dulu waktu student... tidur pukul 2-3 pagi adalah perkara biasa... dan masih boleh bangun sebaik sahaja sebelum azan subuh berkumandang... cuma biasanya lepas waktu isyraq, akan sambung tido balik.. hehehe

Tapi sekarang, tidur pukul 2-3 pagi mengundang penat sepanjang siang untuk aku... malam semalam adalah satu contoh bila lambat tidur untuk nak siapkan beberapa kerja... akhirnya bangun pun lambat.. lagi sikit nak syuruk... pastu mula la pening-pening lalat sepanjang hari sampai la petang nih... akhirnya satu kerja pun tak dapat buat... membaca case study pun nampak bayang-bayang je...



Ingat nak cuba method baru... tidur awal lepas isya'.. lepas tu bangun dalam pukul 2 pagi ke.. baru study dan siapkan kerja-kerja lain..

Kalau ikutkan yang sepatutnya pun, memang lepas isyak sebaiknya adalah tidur awal supaya boleh bangun bertahajud... sebab itu dikatakan bahawa selepas isya' ada 3 kategori manusia..golongan pertama adalah mereka yang beruntung... yakni mereka yang menghabiskan malam mereka dengan ibadat; seperti qiyam, tilawah Quran, berzikir, bertaubat dan beristighfar... atau kumpulan level ulama' ni di waktu inilah mereka berfikir atas hukum fiqh... meneliti tafsir Quran dan martabat hadith...

Golongan kedua pulak mereka yang rugi.. di mana malam menjadi masa mereka untuk membuat dosa dan maksiat... maklumlah, malam gelap.. macam-macam boleh berlaku... tengoklah, orang yang pecah rumah pun biasanya waktu malam.... pecah masuk bank @ pecahkan mesin ATM pun waktu malam... disko dan night club pun ramai waktu malam... tak percaya, tengok la kat jalan telawi bangsar... penuh je manusia sampai ke malam... cuma orang rompak bank je waktu siang sebab malam bank tutup takde orang kecuali pak guard.. heh

Golongan ketiga pulak mereka yang pas isya' je terus masuk tidur sampai ke siang... mereka ni rugi pun tidak, untung pun tidak...

Macamana pulak dengan mereka yang menghabiskan malam dengan Astro... menonton box office... starmovie.. AXN... Animax dan seangkatannya?

Atau mereka yang habiskan malam dengan main Facebook... Friendster... YM chat...BDN?

Atau mereka yang leka main game PS3, Xbox, Wii, PSP, game PC, Lineage 2, Sim 3?

Atau mereka yang berjaga malam untuk tengok Manchester United lawan Arsenal pukul 2-3 pagi??

Sendiri mau cari jawapan la... hehehe

Kesimpulan: aku sudah mula tua untuk berjaga malam... huhu

Saturday, February 27, 2010

Kehidupan terkini


Alhamdulillah..

Sejak menginjak dalam dunia perkahwinan, jadual hidup macam lintang pukang sikit... la ni baru la kembali teratur...

Alhamdulillah... dah berpindah ke rumah sewa baru .. kini dah jadi orang kariah Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara... masa mula-mula nak solat di masjid ni, macam terkejut jugak sebab masjidnya besar macam kubu perang! (sila rujuk gambar atas).. haha

Streamyx pun baru masuk semalam... tuh sebab tiba-tiba rajin nak update blog ni..

Insya Allah... jadual hidup akan kembali normal..

Cuma walaupun dah jadi suami orang... masih jadi bujang sebab ahliah jauh di Cairo selama 3 bulan.. heh

Friday, December 25, 2009

Keheningan malam...

Aku tetap nak bercerita pasal malam... walaupun sekarang nih matahari sebenarnya dah tegak atas kepala, dan hanya kira-kira sejam lagi dah nak masuk waktu untuk solat jumaat..

Nota Penulis: Untuk mendapat mood yang lebih mendalam, sila baca posting ini di malam hari.. baru boleh dapat feel.. heh


Antara kegemaran aku di waktu lapang selain dari termenung di waktu hujan adalah menghayati keheningan malam... Malam tadi di Dengkil, semasa perjalanan ke Nilai... singgah solat isya' di R&R... sempat duduk mendongak ke langit... dan cuba untuk merasai dan menghayati perasaaan di kala waktu malam...

Tambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa... ada pulak cahaya rembulan 3 suku sabit kat langit... memang menambah lagi suasana romantik di kala malam...

Patutlah di dalam riwayat-riwayat Sahabat, Ali r.a suka duduk di atas bumbung langit sambil melihat langit malam...

Di kala Hasan r.a, cucuanda kepada Rasulullah, sedang mengalami nazak akibat diracun musuh... beliau sering meminta isterinya membiarkan dia baring di luar rumah... berbumbungkan langit malam...

Rabiatul adawiyah juga, antara tempat ibadahnya adalah di atas bumbung rumah... dan beliau selalu bermunajat dengan tangan dan wajah mengadap ke langit...


Langit adalah lambang kebesaran Allah... antara 3 benda yang kita digalakkan untuk melihat dan menafsir kebesaran Allah adalah Langit, Gunung ganang dan Lautan... Jika kita berfikir sambil melihat ciptaan Allah ini, kita akan dapat merasakan kehebatan Allah yang mencipta alam ini..

Langit yang luas tanpa penghujung... sebegitulah hebatnya Allah... tiada ukuran yang boleh digunakan untuk mengukurnya... dan begitulah jua rahmat Allah, yang tiada penghujung... setinggi gunung mana pun dosa-dosa seorang insan.. tinggi melangit lagi rahmat dan maghfirah Allah... Walau dosa kita sebesar mana sekali pun, namun tiap kali kita ikhlas bertaubat... Allah tetap akan ampunkan dosa kita..

Itulah janji Allah!

Walaupun kita tak henti-henti mengulanginya lagi!

Alangkah beruntungnya mereka yang bertaubat nasuha...


Sambil melihat langit... aku sempat nyanyi lagu nih sorang-sorang dengan suara yang agak sumbang... hehe


Damai Nan Indah (Hijjaz)


Kepekatan malam dihiasi rembulan
Siang pula datang bersama sinaran mentari
Dalam resahnya hati ini
Ku turutkan langkah kaki
Tak terasa ku lalui
Jalan yang berliku-liku

Ku jatuhkan pandangan
Ku lihat jurang dalam
Penuh dengan onak duri
Yang amat mengerikan

Kudongakkan kepala
Kulihat langit tinggi
Terbentang luas tiada bertepi

CahayaMu indah menyinari hidupku ini
KasihMu tambah memupuk Iman di jiwaku
Dengan cahayaMu terang pelita di hatiku
SyiarMu membuat musuhMu terpaku

KalamMu indah terdengar merdu di telinga
MehnahMu itu mengajar menyedarkanku
KasihMu Tuhan membuat hatiku merindu
Kurasa indah di dalam rahmatMu


Hati terasa sayu... mari bersiap untuk solat jumaat!

Tuesday, December 22, 2009

1431/2010


Alhamdulillah..

Bila menyoroti kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 1430 hijrah, 2009 masihi.. terlalu banyak peristiwa yang berlalu..

Dari transformasi kerjaya... cara kehidupan.. status single kepada engaged (hehe)... sambung belajar... dan macam-macam lagi benda... semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa benda yang sebenarnya tak dirancang pun...
Atas kuasa Allah semua ini berlaku...!

Dan insya Allah... tahun baru ini akan lagi banyak event yang bakal berlaku...

Especially dari status engaged, kepada status married!

Hehehe...

Mode gatal sudah mari.... !

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu, terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik...
(Hadith Riwayat Bukhari)


p/s: saya dah jumpa tulang rusuk saya.....


cakap pasal rusuk-rusuk nih.. tetiba teringat rusuk bakar lak.. tetiba rasa lapar.. heh!

Tuesday, December 15, 2009

Nostalgia nasyid

Tiba-tiba rindu zaman rajin nasyid dulu-dulu..

Teringat kat Shah, Fisol, Ezani....

Kalau kat sekolah dulu teringat Lokpi, ZAinor (dah kawen dah mamat nih), Pojie Manan, Zaidani, Edu, Kecik..

Owh rindu...



Siap ada gimik silat tuh.. haha

Aku cukup suka performance nasyid pakai percussion nih.. walaupun zaman sekolah dulu hanya ada satu congga, kompang sekerat dua, dan sudu (?)...

Awat? tak percaya kami guna sudu ke?? kami memang kreatif.. hehe

Saturday, December 5, 2009

Doa bala?

Sekarang tengah sibuk dan kecoh dengan doa mintak bala

Sebelum kita sibuk doa mintak bala kepada pihak tertentu.... aku nak tanya satu soalan sahaja kepada para pendoa sekarang nih...

Sejauh mana kita pernah mendoakan hidayah dan taufiq kepada mereka dengan penuh kesungguhan? dengan penuh titisan air mata? di kala malam berlabuh... selepas bangun tahajud?

Kalau anda tak pernah berdoa sebegitu kepada mereka yang tertentu ini.. fikir-fikirkanlah...

Tak salah untuk doa untuk minta Allah memberi 'balasan' kepada mereka yang zalim... kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu sentiasa makbul di sisi Allah..

Tapi apabila kita doa laknat ke atas merekayang kita tuduh zalim, padahal kita tidak pernah sekali pun mendoakan hidayat untuk mereka, tidakkah kita lebih zalim?

Fikir-fikirkanlah....


“Tuhanku, kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan helahku, kehinaanku di hadapan manusia. Wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku? Atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan.” [Doa Rasulullah selepas peristiwa Taif]

Aku hanya mampu rasa sayu bila teringat peristiwa dakwah Nabi di Taif...

Wallahualam..

"Ya Allah, sesungguh aku sangat tidaklah mengetahui... Hanya Engkau Maha Mengetahui segalanya, yang zahir mahupun yang tersembunyi"