Tuesday, September 8, 2009

Coret-coret

Coret-coret #1: Kisah duit hantaran

Teringat kisah aku dengar dari seorang kawan... dia cerita tentang kawan dia (nih dah kira riwayat dhaif ke? hehe) masa nak kawin dulu..

Alkisahnya bermula bila mak si perempuan mintak hantaran RM15,000!... maka tersentaklah kawan, kepada kawan aku nih....

Semasa berdepan dengan bakal mak mertua, maka lelaki ini telah bercakap dengan muka yang tersangatlah innocent...

"Saya boleh bayar hantaran RM15k tuh makcik... tapi makcik kena ingat... pada hari pernikahan itulah kali terakhir makcik akan nampak anak makcik"

Mak perempuan itu ter'kungkas' sekejap... yang si ayah dah gelak terguling-guling kat ruang tamu...



Moral of the stories: Wang hantaran bukan sunnah... lain la kes dengan maskahwin.. tapi sedih dengan budaya sekarang yang mintak wang hantaran tinggi-tinggi just untuk menunjuk-nunjuk dengan orang lain... niat di awal perkahwinan pun dah salah.... huhu


Coret-coret #2: Kurus


Ada orang tegur aku baru-baru ni... cakap aku makin kurus... terus aku tengok cermin... tang mana kurusnya? perut masih lagi boroi... pipi masih lagi tembam... tapi aku perasan la jugak yang pinggang seluar dah makin londeh... kena tarik ke atas setiap setengah jam sekali (apa? tak percaya ka?)

Maka orang yang menegur aku tuh bertanya kat aku... "Ko nih sebab apa nak kurus?"

Aku jawab bersahaja, "Untuk kesihatan la bro..."

"Eceh... cakap je la ko nak kurus sebab nak senang ngorat student ko nanti kan?"

Aku angkat kening.. dah nak tergelak dah... pastu aku jawab balik.... "Tak la... sebab nanti senang kalau aku nak bawak Ducati 1198 nanti... hahaha"

"Ko bawak motor pun tak reti... ada hati nak bawak Ducati?"



Moral of the story: "Saya nak jadi kurus sebab nak ikut jejak langkah Rasulullah, sentiasa cergas dan bersemangat, dan juga sebagai persediaan untuk jihad! Allahuakbar!!" (jawapan yang sepatutnya... betul tak?)


Coret-coret #3: Sedangkan Nabi maafkan umat


Bukan mudah untuk maafkan seseorang yang betul-betul pernah menyakitkan hati kita di tahap maksimum, kan? Yang lagi kelakar, setelah pelbagai onar dibuat, sampai rasa dibuat macam lagi teruk dari sampah... semudah itu pulak si pesalah untuk mintak maaf... dengan guna ungkapan "sedangkan Nabi maafkan umat"

Ya, betul Rasulullah saw seorang yang mudah memaafkan, dan Baginda juga menyuruh Sahabatnya, dan umatnya untuk sentiasa memaafkan sesama sendiri... dan banyak kisah-kisah tentang ketinggian peribadi mereka di dalam memaafkan rakan mahupun musuh..

Tapi pernah tak dengar kisah seorang Sahabat bernama Wahsyi?

Si Wahsyi nih semasa perang Uhud adalah orang yang membunuh bapa saudara Rasulullah, bernama Hamzah r.a dengan menggunakan tombak (mesti pernah dengar kisah nih, kan?).. maka semasa Fathul Mekah, Wahsyi menjadi sangat menggeletar, takutkan yang Rasulullah akan membalas dendam atas kematian Hamzah, lalu cuba melarikan diri..

Maka datanglah seorang Sahabat kepada Wahsyi, mengatakan daripada dia lari dari Mekah dan hidup dalam ketakutan... lebih baik dia masuk Islam, dan aman di dalamnya.. kerana Islam itu sendiri adalah aman.... dan Rasulullah juga adalah seorang yang suka memaafkan orang lain... di samping itu, dakwah tentang Islam juga diceritakan kepada dia...

Akhirnya Wahsyi buat keputusan untuk masuk Islam.... dan mengadap Rasulullah untuk mengakui keislamannya... Apabila Rasulullah mengetahui yang dia inilah Wahsyi, Baginda bersabda yang mafhumnya, "Pergilah kamu, dan jangan biarkan aku melihat kamu lagi"

Adakah ini tanda Rasulullah berdendam?

Bahkan tidak, tetapi Rasulullah tak sanggup nak tengok muka Wahsyi lagi kerana melihatnya akan mendatangkan kesedihan yang teramat sangat di dalam hati Rasulullah, sedangkan Hamzah adalah bapa saudaranya yang banyak membela Baginda semasa di awal era dakwah...

Wahsyi mati dalam Islam... dan semasa perang memerangi orang murtad dan nabi palsu di zaman Abu Bakar r.a, tombak yang sama digunakan membunuh Hamzah, telah digunakan untuk membunuh Musailamah al-kazzab...

Moral of the story: Kalau rasa dah buat orang marah, rasa dikhianati, hilang kepercayaan... jangan la muncul lagi depan orang tuh lagi dah... even dalam facebook ke.. friendster ke... blog ke.. menyamar jadi orang lain ke... sudah-sudahlah tuh... aku dah maafkan dah... tapi tak bermakna aku nak tengok lagi muka itu...


Coret-coret #4: Kisah Ramadhan

Sedar tak sedar dah hari ke-18 puasa... bermakna dalam masa 12 hari lagi nak habis dah Ramadhan nih..

Sayangnya...

Hari-hari terakhir inilah yang orang makin sikit bertarawikh kat masjid..

Makin sikit orang yang bertadarus dan bertilawah Al-Quran

Makin ramai orang berniaga, Eh?

Makin liat bangun sahur dan tahajud....

Patutnya lagi di hujung Ramadhan, lagi kuat tawajjuh kita dalam beribadah, bersedekah dan berdakwah... Tapi ini tak, kita makin ghairah dengan hari raya... lagu raya pun dah mula pasang kuat-kuat kat laptop...

Seolah-olah kita tak menghargai Ramadhan yang berlalu...

So, adakah kita expect Ramadhan akan bagi manfaat untuk kita kalau kita terus bersikap begini?

Tak salah untuk bersedia untuk sambut Aidilfitri... tapi fikir-fikirkan lah apa yang kita buat sekarang. At least, berusahalah untuk dapatkan Lailatul Qadar...

Moral of the story: Fikir-fikirkan... dan sama-sama kita selamat beramal.....

5 comments:

Ladyship Atie said...

at last, ada entry baru hehehe;p

eksp said...

dah lama ada la.. atie je tak datang.. heh

ratu syahadah said...

nasib parents saya dulu tak minta hantaran yg macam tu kat suami sya masa mula2 nak pinang saya.kalau tak, ntah la....tapi, ALAHAMDULILLAH,semua tu dah lepas.dah ada baby kembar skrg ni..

eksp said...

ratu syahadah: heh

AhMaDeuS said...

aku sangat 'tertarik' dgn statement wang hantaran 15ribu tuh.. :)