Sunday, September 20, 2009

Minal aidil wal faizin


Salam Aidilfitri buat semua..

Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua rakan-rakan, especially rakan-rakan blogger yang sering mengunjungi blog ini..

Semoga Syawal ini merupakan permulaan yang baik buat kita setelah melalui sebulan 'Madrasah Ramadhan'.. Besar harapan agar Allah menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang mulia itu...

Taqaballahu minna waminkum...

Dan semoga iman kita semakin ampuh, amalan kita semakin khusyu', sunnah dalam kehidupan kita semakin bertambah dan sifat kita semakin tawadhu' di dalam menempuhi kehidupan ini..

Ingatlah... barangsiapa yang mampu menjalani kehidupannya seperti Ramadhan, maka Allah akan jadikan kehidupannya selepas kematian gemilang seperti kita menyambut Syawal..

Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar kami dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, dan moga kami dapat jadikan Ramadhan yang akan datang lebih baik dari Ramadhan yang lepas...

Namun seandainya, ya Allah, ini Ramadhan yang terakhir buat kami... maka tiada apa yang kami mohonkan melainkan agar Engkau terimalah amalan kami yang kerdil ini... dan moga-moga Engkau redha dengan kami... amin ya Allah

Eid Mubarak... selamat bergembira meraikan kemenangan kita!

Allahuakbar, walillahil hamdu!



Di Ambang Syawal
Artist: Rabbani (Tribute to Allahyarham Ust. Asri

Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikan
Anugerah Allah
Buat yang beriman

Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari Raya

Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Syahadah yang pergi
Kalamkanlah rahmat
Keampunan dan barakah

Sebulan berlalu
Aku sedih alpa
Beribadat tapi leka
Berpuasa lagi agar kita bersih
Amalanku Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi...
Restukanlah...
Illahi...
Ampunkanlah...

Tuesday, September 15, 2009

Chatterbox dan Emosi

Awat la chatterbox aku buat perangai nih.... dah tak leh access la pulak.... ermm...

Macam tak best pulak bila blog nih takde chatterbox... tapi bagus jugak kot... bukannya ada orang nak komen sangat kat situ... hehe

Ramadhan dah nak berakhir... emosi rasa sedih...

Raya dah dekat... emosi rasa, alamak.... kena bagi duit raya kat bebudak la! hehe..

Raya dah dekat... sedikit syahdu...

Dvd rom laptop kong... sedikit tensen...

Aku punya ABV6099 dah nak dijual... sedikit sayu...

Makan banyak sangat iftar tadi... perut senak (nih boleh dikira emosi ke?)

Solat tarawikh tadi dah masuk juzuk 30... rasa nak nangis, sebab tanda di hujung Ramadhan...

Lailatul Qadar dah terlepas? iye ke?... sedikit rasa terkilan...

Inci di pinggang susut 2 inci... gembira! heheh

Bilik tak kemas... rasa serabut...

Kerja banyak... rasa malas..

Dakwah tak buat... iman lemah...

Terkenang dosa-dosa lama... rasa bersalah...

Moga Allah ampun... amin..

Teringat betapa ar-RahimNya Allah... rasa tenang.......


p/s: tengok bebudak kecik jalan terkedek-kedek... tetiba rasa nak kawen... camne tuh? heheh

Monday, September 14, 2009

Coret-coret episod 2

Coret-coret #1: Kisah Lailatul Qadar

Ada orang cakap malam Lailatul Qadar tuh malam tadi.. ada yang cakap malam 21 hari tuh.. kalau tanya aku...... aku kata, aku tak tau... hehehe...

Yang aku tau, Nabi saw cakap, Lailatul Qadar itu antara 10 malam yang terakhir.. maka beribadahlah kita tak kira malam bila... selagi ianya bermanfaat kepada kita... betul tak?

Bercakap pasal Lailatul Qadar, ramai antara kita yang sibuk nak mengejar supaya dapat berdoa di malam itu..

Ada yang nak berdoa, nak mintak rezeki dan harta yang banyak..

Ada yang nak berdoa, nak mintak cepat kawen..

Ada yang berdoa, mintak urusan master dan ph.d dia dipermudahkan..

Ada yang mintak agak kerjaya dia dikembangkan, perniagaan maju, kambing lembu membiak, pokok-pokok berbuah bla..bla..bla..

Alhamdulillah... at least kita ada tanda tawajjuh kepada Allah... segala keperluan dunia kita, kita mintak dari Allah! Itu tanda iman yang betul...

Tapi..

Ada tak kita berdoa sungguh-sungguh, mohon keampunan atas dosa-dosa kita selama ini? Mengalirkan air mata dengan penuh kesungguhan dan kesayuan...

Ada tak kita doakan moga urusan kita di alam barzakh, di padang mahsyar, di titian sirat dipermudahkan?

Ada tak kita doa mintak Allah letakkan kita di syurga yang sama dengan Rasulullah dan para Sahabat?

Ada tak kita doa, mintak Allah bantu pejuang-pejuang agama di seluruh alam? minta Allah pelihara jemaah-jemaah yang bergerak... minta Allah ampunkan kita kerana tak dapat turut serta perjuangkan agama...

Ada tak kita doa minta Allah satukan hati umat Islam yang tengah berpecah belah? Minta Allah bimbing dan pelihara ulama-ulama kita dari sibuk menjaga kepentingan politik lebih dari menjaga kesucian agama sehingga Quran dan Hadith diputarbelitkan?

Ada tak kita doa hidayat untuk orang-orang kafir? termasuk kenalan-kenalan kita, jiran tetangga kita? hidayat untuk kawan-kawan muslim agar dapat amal agama yang baik?

Semua ini persoalan yang kita perlu pikirkan.. termasuklah diri yang menulis ini..

Moga Allah bagi taufiq untuk kita sama-sama fikir, amal dan sampaikan... amin.....


Coret-coret #2: Pecah-belah, putar-belit

Bercakap pasal umat yang berpecah belah, dan kenyataan agama yang berputar belit, aku nak linkkan kat sini satu blog, untuk kita sama-sama tatapkan..

Ini berikutan dengan isu "kepala lembu" yang diperbesarkan di Shah Alam seksyen 23 baru-baru ini...

Klik SINI : Laman web Zulkifli Nordin

Sama-sama kita fikirkan... cukup-cukuplah taksub terhadap ideologi politik... kadang-kadang kita kena alihkan langsir di tepi tingkap, baru kita dapat lihat kecerahan langit di kala siang....


Coret-coret #3: Abaaahh....

Minggu lepas, seusai iftar, solat isya dan tarawikh ringkas di surau Midvalley, sengaja luangkan masa untuk mencari-cari baju raya di Metrojaya Midvalley...

Tengah belek-belek baju melayu kat ruang baju lelaki dengan penuh 'khusyuk', tak sedar ada seorang budak laki berdiri kat sebelah aku... pastu dok tenung2 kat aku....

Aku rasa budak kecik nih dalam umur 2 tahun kot.... badan dia gebu-gebu.. rasa macam nak cubit-cubit je... pastu cerah pulak tuh... aku pun senyum je la kat dia... acan-acan sikit sambil aku terus belek baju melayu... Mak budak nih dah panggil-panggil dia... tapi dia buat tak tahu je...

Tak lama lepas tu, tetiba budak nih bersuara....

"Abaaahh..."

Ha?? terkejut aku.... budak ni ingat aku abah dia rupanya....

Mak budak tuh datang, "Tu bukan abah la"

"Abaaahh..." terus budak tuh peluk kaki aku.... aku makin kaget....

Mak budak tu tarik dia, "Ni bukan abah.... abah kat sana tu..." aku tengok ke arah yang ditunjukkan, ada sorang laki badan macam aku, ada janggut2 sket macam aku jugak tengah belek baju melayu kat sudut lain...

Patut la!! dah aku macam abah dia..... hahahaha

Lepas tuh ada beberapa kali lagi budak tuh datang kat aku... sampai la aku beredar pergi cepat-cepat...hehe


Persoalan?

Adakah aku terlalu mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik sampai disangka oleh budak itu sebagai ayahnya?

atau, adakah itu petanda aku kena kuruskan badan aku??


Coret-coret #4: Pesanan Penaja

Wallahualam...

Tuesday, September 8, 2009

Coret-coret

Coret-coret #1: Kisah duit hantaran

Teringat kisah aku dengar dari seorang kawan... dia cerita tentang kawan dia (nih dah kira riwayat dhaif ke? hehe) masa nak kawin dulu..

Alkisahnya bermula bila mak si perempuan mintak hantaran RM15,000!... maka tersentaklah kawan, kepada kawan aku nih....

Semasa berdepan dengan bakal mak mertua, maka lelaki ini telah bercakap dengan muka yang tersangatlah innocent...

"Saya boleh bayar hantaran RM15k tuh makcik... tapi makcik kena ingat... pada hari pernikahan itulah kali terakhir makcik akan nampak anak makcik"

Mak perempuan itu ter'kungkas' sekejap... yang si ayah dah gelak terguling-guling kat ruang tamu...



Moral of the stories: Wang hantaran bukan sunnah... lain la kes dengan maskahwin.. tapi sedih dengan budaya sekarang yang mintak wang hantaran tinggi-tinggi just untuk menunjuk-nunjuk dengan orang lain... niat di awal perkahwinan pun dah salah.... huhu


Coret-coret #2: Kurus


Ada orang tegur aku baru-baru ni... cakap aku makin kurus... terus aku tengok cermin... tang mana kurusnya? perut masih lagi boroi... pipi masih lagi tembam... tapi aku perasan la jugak yang pinggang seluar dah makin londeh... kena tarik ke atas setiap setengah jam sekali (apa? tak percaya ka?)

Maka orang yang menegur aku tuh bertanya kat aku... "Ko nih sebab apa nak kurus?"

Aku jawab bersahaja, "Untuk kesihatan la bro..."

"Eceh... cakap je la ko nak kurus sebab nak senang ngorat student ko nanti kan?"

Aku angkat kening.. dah nak tergelak dah... pastu aku jawab balik.... "Tak la... sebab nanti senang kalau aku nak bawak Ducati 1198 nanti... hahaha"

"Ko bawak motor pun tak reti... ada hati nak bawak Ducati?"



Moral of the story: "Saya nak jadi kurus sebab nak ikut jejak langkah Rasulullah, sentiasa cergas dan bersemangat, dan juga sebagai persediaan untuk jihad! Allahuakbar!!" (jawapan yang sepatutnya... betul tak?)


Coret-coret #3: Sedangkan Nabi maafkan umat


Bukan mudah untuk maafkan seseorang yang betul-betul pernah menyakitkan hati kita di tahap maksimum, kan? Yang lagi kelakar, setelah pelbagai onar dibuat, sampai rasa dibuat macam lagi teruk dari sampah... semudah itu pulak si pesalah untuk mintak maaf... dengan guna ungkapan "sedangkan Nabi maafkan umat"

Ya, betul Rasulullah saw seorang yang mudah memaafkan, dan Baginda juga menyuruh Sahabatnya, dan umatnya untuk sentiasa memaafkan sesama sendiri... dan banyak kisah-kisah tentang ketinggian peribadi mereka di dalam memaafkan rakan mahupun musuh..

Tapi pernah tak dengar kisah seorang Sahabat bernama Wahsyi?

Si Wahsyi nih semasa perang Uhud adalah orang yang membunuh bapa saudara Rasulullah, bernama Hamzah r.a dengan menggunakan tombak (mesti pernah dengar kisah nih, kan?).. maka semasa Fathul Mekah, Wahsyi menjadi sangat menggeletar, takutkan yang Rasulullah akan membalas dendam atas kematian Hamzah, lalu cuba melarikan diri..

Maka datanglah seorang Sahabat kepada Wahsyi, mengatakan daripada dia lari dari Mekah dan hidup dalam ketakutan... lebih baik dia masuk Islam, dan aman di dalamnya.. kerana Islam itu sendiri adalah aman.... dan Rasulullah juga adalah seorang yang suka memaafkan orang lain... di samping itu, dakwah tentang Islam juga diceritakan kepada dia...

Akhirnya Wahsyi buat keputusan untuk masuk Islam.... dan mengadap Rasulullah untuk mengakui keislamannya... Apabila Rasulullah mengetahui yang dia inilah Wahsyi, Baginda bersabda yang mafhumnya, "Pergilah kamu, dan jangan biarkan aku melihat kamu lagi"

Adakah ini tanda Rasulullah berdendam?

Bahkan tidak, tetapi Rasulullah tak sanggup nak tengok muka Wahsyi lagi kerana melihatnya akan mendatangkan kesedihan yang teramat sangat di dalam hati Rasulullah, sedangkan Hamzah adalah bapa saudaranya yang banyak membela Baginda semasa di awal era dakwah...

Wahsyi mati dalam Islam... dan semasa perang memerangi orang murtad dan nabi palsu di zaman Abu Bakar r.a, tombak yang sama digunakan membunuh Hamzah, telah digunakan untuk membunuh Musailamah al-kazzab...

Moral of the story: Kalau rasa dah buat orang marah, rasa dikhianati, hilang kepercayaan... jangan la muncul lagi depan orang tuh lagi dah... even dalam facebook ke.. friendster ke... blog ke.. menyamar jadi orang lain ke... sudah-sudahlah tuh... aku dah maafkan dah... tapi tak bermakna aku nak tengok lagi muka itu...


Coret-coret #4: Kisah Ramadhan

Sedar tak sedar dah hari ke-18 puasa... bermakna dalam masa 12 hari lagi nak habis dah Ramadhan nih..

Sayangnya...

Hari-hari terakhir inilah yang orang makin sikit bertarawikh kat masjid..

Makin sikit orang yang bertadarus dan bertilawah Al-Quran

Makin ramai orang berniaga, Eh?

Makin liat bangun sahur dan tahajud....

Patutnya lagi di hujung Ramadhan, lagi kuat tawajjuh kita dalam beribadah, bersedekah dan berdakwah... Tapi ini tak, kita makin ghairah dengan hari raya... lagu raya pun dah mula pasang kuat-kuat kat laptop...

Seolah-olah kita tak menghargai Ramadhan yang berlalu...

So, adakah kita expect Ramadhan akan bagi manfaat untuk kita kalau kita terus bersikap begini?

Tak salah untuk bersedia untuk sambut Aidilfitri... tapi fikir-fikirkan lah apa yang kita buat sekarang. At least, berusahalah untuk dapatkan Lailatul Qadar...

Moral of the story: Fikir-fikirkan... dan sama-sama kita selamat beramal.....

Friday, September 4, 2009

Sujud...



Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..


Bila baca lirik lagu nih... teringat aku di saat-saat getir yang pernah aku lalui... especially apa yang berlaku sepanjang tahun 2008... kerjaya, pelajaran, hati dan perasaan....

Maha suci Allah yang bagi kekuatan untuk aku lalui semuanya... dan menggantikan satu-satu benda yang aku hilang dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya....

Allhuakbar!

Wednesday, September 2, 2009

Demi masa

Sudah 12 Ramadhan? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...

Sudah 3 bulan kerja di tempat baru? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...

Sudah berusia 26 tahun? Cepatnya masa berlalu....
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian..

Da tahun 2009? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...

1430 Hijriyah? Cepatnya masa berlalu...
... Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian...

Dah 52 tahun merdeka? Cepatnya masa berlalu..
... Sesungguhnya manusia (i.e: rakyat, pemimpin) itu sentiasa dalam kerugian...

Kita sentiasa dalam kerugian.... rugi dengan masa yang berlalu pergi... kadang-kadang langsung tak produktif pun... Jangan katakan pengisian masa untuk akhirat... untuk keuntungan dunia pun kita kadang-kadang lalai...

Maka beruntunglah mereka yang tiada dalam kerugian... iaitu mereka yang beriman, beramal soleh, sentiasa berpesan kepada kebaikan, dan sentiasa berpesan kesabaran....

Moga Allah bagi taufiq kepada kita untuk jadi manusia sebegitu.... amin....


Dah 4.30 petang? Cepatnya masa berlalu.... dah nak balik kerja...

Hehehe...