Wednesday, February 25, 2009

Lagu-lagu membina rohani

Tadi lepas update balik senarai friendlist yang hilang, dan jugak buat posting... terjumpa beberapa lagu lama yang bagi aku cukup membuatkan hati terkesan...

Benar, nasyid hanya sebuah lagu tanpa sebarang erti selagi tiada ruh dan tiada unsur nasihat yang bersifat rohaniyyat yang tinggi...

Kat sini sengaja aku letakkan beberapa lagu lama yang cukup memberi kesan, yang available dalam Youtube, yang aku sangat suka dengar masa muda-muda dulu (terasa macam dah tua pulak... hehehe )... walaupun tiada kesan audio yang hebat, alat muzik yang canggih-canggih, dan lirik serta iringan muzik yang simple; sekadar gendang dan kompang, tapi kesannya cukup mendalam...

Tak seperti kebanyakan lagu nasyid kebelakangan ini....


The Zikr ~ Berkorban Apa Saja




SMAKL ~ Berlabuhlah Malam




Nadamurni ~ Rasul Ibarat Bulan Purnama



nih kalau zainor dan lutfi dengar lagu Rasul Ibarat Bulan Purnama nih... mesti sama2 teringat nostalgia lama... hahaha


Selamat mendengar....

Bak kata orang, sekadar mendengar nasyid dan puisi sebenarnya takkan meningkatkan sangat pun iman di dalam hati, jika dibandingkan dengan membuat pengorbanan yang sebenar di jalan Allah...

Destinasi Cinta



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Friday, February 20, 2009

Aku sudah lama tak menulis kerana...

....kerana tengah ketagih dengan benda nih...



Hehehe...

Tu sebab selalu nampak online dalam YM, tapi tak memerah kepala untuk menulis apa-apa dalam blog nih...

Kepada mereka yang peminat kepada game-game seperti Resident Evil, Counter Strike, FEAR... ini adalah game yang best untuk anda...

Sedikit gambar dan teaser untuk korang....







Hehehe

Alangkah baiknya masa yang digunakan untuk bermain game ini digunakan untuk beribadah dan berdakwah........huhuuuu kena istighfar banyak-banyak...


Selain daripada itu, turut ketagih dengan ini





bagi aku, filem animasi yang paling berjaya setakat ini yang dibuat oleh anak Malaysia... grafik yang boleh tahan cun, jalan cerita yang menarik dan ada identiti sendiri tanpa terikut-ikut identiti anime Jepun....

Syabas!! Thumbsupp!!

Saturday, February 7, 2009

Daulat Tuanku

Ramai orang mintak pendapat aku tentang apa terjadi kat Negeri Perak tercinta ini....

Saya taknak jawab banyak... sebab saya tak suka orang yang bukan negeri Perak dalam blog-blog yang aku baca, malah tak tahu tentang perundangan pun... tapi nak komen lebih-lebih macam mereka lebih terer dan lebih berwibawa... hanya terpengaruh dengan kata-kata Karpal Singh tentang fasal 16(6) sahaja tanpa ambil tahu tentang klausa-klausa lain

Bagi mereka yang nak mencerca dan memaki hamun Baginda Sultan Perak, terutamanya mereka yang bukan dari Perak (yang lebih-lebih pula mengutuk)... sila fikir terlebih dahulu kenapa Baginda buat keputusan sebegitu sebagai payung kepada Agama dan Bangsa... dan jangan cepat melatah dan menunjukkan pula kelemahan akal diri sendiri...

Maafkan saya, saya tidak menyalahkan YB Datuk Seri Nizar, bahkan saya menyanjung kaliber dan wibawa beliau... tapi saya sangat anti dengan parti DAP yang terlalu angkuh sejak memegang kerajaan negeri Perak...

What the Sultan did last March.

I was reliably informed of this story only yesterday. So, before anyone thinks of burning down Ipoh and Kuala Kangsar or fight till the last drop of blood, listen up. This was how it was told to me:
"I know that you do not know what Sultan Azlan Shah did last March when UMNO, the party with the biggest number of ADUN seats, sought his consent to re-form the state government of Perak. Not many people know. I'm going to tell you so that you will know that the Sultan has acted in the best interest of his State and his Rakyat in the case of Nizar.

"You see, on the night of March 8, after securing more Adun seats than the other parties, UMNO made a representation to the Sultan to form a new state government.

"But Sultan Azlan is a wise Sultan. He knows the law and he could read the situation well. He did not accede to UMNO's request even though UMNO had won the most number of seats compared with DAP, PAS, or PKR.

"So the Sultan told UMNO that he had a feeling that DAP, PAS and PKR would join hands and if they do so UMNO will not have the support of the majority in the state assembly. He requested that UMNO wait until had had mete the reps from DAP, PAS and PKR.

"That was how the Sultan called in all the DAP, PAS, and PKR state assemblymen. He decided after that to allow Pakatan Rakyat to form the new state government in Perak. The rest is history. Or, rather, was history.

"You see, Sultan Azlan, our former Yang diPertuan Agong, is a professional and he knows his law better than you and I, Nizar or Anwar. He was the former Lord President."

Sumber: SINI


Fikir-fikirkanlah...

Walaubagaimana pun, saya tetap tak bersetuju jugak tentang pembentukan kerajaan negeri sebegini, sebagaimana saya menentang keras apabila DSAI nak membuat perkara yang sama untuk merampas Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu... Di manakah semangat demokrasi yang disanjung? Atau dah tak sabar untuk mengambil alih kuasa.

Tetapi untuk kes di Perak, "tahniah" buat DAP... hahaha... andalah punca semua ini berlaku! Yang menjadikan ramai orang yang bercakap, "bagus juga keadaan macam ni berlaku"....

Wednesday, February 4, 2009

Terubat rindu

Dapat email dari Southampton...

Dalam email tuh ada sekali gambar ini...!!


Terubat rindu di hati saya dengan si budak kecik nih... selalu balik Ipoh, dia la penyeri sebab mak yang pelihara dia sepanjang masa nih...

Kak Ina cakap, Mukmin nih masa mula-mula tengok benda putih salji tuh, dia takut-takut... tapi lama-lama dia jadi syok pulak main dengan salji tuh...


Ini kalau opahnya yang tengok, mau mengalir air mata sebab rindu nih... heheh


Buat jadi wallpaper laptop... heheh

Sunday, February 1, 2009

Doakan daku

agak sibuk sikit kebelakangan ini... dalam persiapan untuk hijrah dan bertukar arah...

tambah pula tak berapa sihat, kena heartburn sejak 3 minggu yang lalu... so badan cepat letih sebab menahan sakit..

semalam ada orang urutkan pun, sampai bengkak merah dan keunguan kat atas abdomen... so lebih banyak perlu berehat dan tak boleh duduk lama-lama depan laptop...

doakan saya moga cepat sembuh

dan doakan saya juga agar segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah

insya Allah, akan menulis kembali tak lama lagi...

terima kasih kepada mereka yang sering bertanya khabar, dan bertanya bila nak update blog... heh


p/s: link kengkawan yang sidebar tuh terpadam entah macamana minggu lepas... ingat nak tukar template, sekali terpadam la pulak... aduuhh...

nanti akan letak balik ek... maaf kepada kengkawan, jangan terasa pulak... ;)