Monday, September 15, 2008

Menyiapkan kerja di bulan Ramadhan

Arif: memang nak update la nih.... heheh

==============================================

Kebelakangan ini agak sibuk memandangkan ada 2 benda yang perlu start executed after raya nih nanti. So, banyak benda yang melibatkan dasar admin, yang perlu disetelkan secepat mungkin. Nanti lepas raya pulak sibuk dengan pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia... kemudian nak daftar di Jabatan Pelajaran WP lagi... siapkan kertas kerja untuk Bomba... daftar kontraktor perunding dengan Kementerian Kewangan... dapatkan perabot dan rennovate office...

Itu tak termasuk 2nd project punya lagi yang collaborate dengan Fadhlil Azim, senior aku dulu satu batch dengan Iznan... orang panggil dulu kat SEMESTI chodak @ badak ke.. aku pun tak ingat.. hehe

Dan alhamdulillah, kebanyakan kerja dah diselesaikan... Tinggal keputusan oleh pihak ketiga... dan insya Allah boleh menghadapi minggu terakhir Ramadhan ni dengan penuh ketenangan

Gathering Berbuka Puasa BDN

Weekend lepas berbuka puasa dengan kawan-kawan BDN kat Satinni, KLCC... ada 12 orang semuanya yang ada campur aku... Mereka yang hadir adalah:

1. maszmelati
2. Dd
3. lisaalinda
4. zantedeschia
5. morpheuzneo
6. don
7. gbum
8. abdullahcheng
9. dreamlord
10. meor
11. sharuzzaman
12. aku

Satu-satunya forum tempat aku bersosial sejak sibuk dengan kerjaya.. kat sini la tempat aku berkawan


tunggu nak berbuka puasa, lapo nih...

cheng: yang nih namanya kuih batang buruk
aku: err.. betul ke ko nih cheng.. tak serupa langsung aku tengok??

kaum-kaum ibu BDN...

apakah sengal... bapak orang pun ada nih... haha

from left: dreamlord, cheng, shahruzzaman, aku @ eksp, don, meor, morph & wife, lisaalinda, dd, maszmelati. gbum tukang tangkap gambar



Thanks to semua BDNers
Insya Allah akan ketemuan lagi pada masa akan datang...

Lepas habis berbuka terus berkejar ke Masjid Asy-Syakirin untuk Isya' dan Tarawikh...

No comments: