Sunday, September 28, 2008

Ramadhan kembali, dan kembali pergi

Alhamdulillah...

Itulah lafaz pertama yang dapat diucapkan pabila memberi respon tentang Ramadhan tahun ini... Dah masuk hari ke-28, bermakna tinggal lagi 3 hari berpuasa termasuk hari ini sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Aidilfitri, Hari Kemenangan bagi umat Islam...

Banyak kenangan sebenarnya bila bercakap tentang Ramadhan ini... dari zaman kanak2 hinggalah ke zaman remaja di alam persekolahan... Bagaimana kehidupan berpuasa di hostel zaman sekolah dulu kadang2 terkenang kembali, dan membuatkan diri tersenyum sendirian... Beratur di waktu nak masuk ke dewan makan... berebutkan morei selepas tarawikh... tertidur waktu sujud dalam tarawikh... hehe.. pendek kata, macam2 kenangan yang ada waktu jadi budak hostel!

Dan sudah SEMESTInya aku akan terus merindui zaman itu...

Masuk ke alam universiti, dengan jasbah baru... bersama rakan-rakan seusaha.... dari 1st year sampai la 3rd year... waktu ni la keindahan paling terasa dalam Ramadhan... saling kejut mengejut untuk sahur dan tahajjud... bersaing di dalam tilawah dan tadarrus Quran... hafazan Quran... bertarawikh bersama... khuruj bersama.... i'tikaf bersama...

Tapi masuk tahun ke-4, slack sedikit.... sebab diuji dengan jawatan... membuatkan Ramadhan kurang bermakna... setahun selepasnya, lagi diuji dengan masalah yang bertimpa-timpa... sehingga merasakan diri makin jauh dari Allah even tatkala Ramadhan sekalipun... masjid hanya sekali sekala disinggah... apatah lagi untuk solat berjemaah dan tarawikh.... Malam-malam pula diisi dengan buat pelbagai perkara lagho... menambahkan lagi titik-titik hitam dalam qalbu....

Tahun lepas bermula episod baru dalam hidup... alhamdulillah, keputusan untuk mencari rakan seusaha untuk jadi kawan serumah memang tindakan yang tepat... kembali warm up untuk mencari kembali sisa-sisa sinar yang ada.... dan tahun ini, alhamdulillah, dengan hidayah serta taufiq daripada Allah, kembali menjadi seperti dahulu.... cuma seperti biasa, masih banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah...

Dan hari-hari doaku, agar Ramadhan ini menjadi momentum untuk dapat istiqamah, istikhlas dan ikhlas dalam beribadah, walaupun di luar Ramadhan nanti... moga Ramadhan tahun hadapan bakal menjadi lebih baik buat diri ini, di dalam meniti mencari keredhaan Allah....

.... dan moga di saat kematian nanti, dapat menyambutnya dengan riang seperti Aidilfitri....

amin, ya Rabbal'alamin...

Monday, September 22, 2008

A CUTE LOVE STORY - SIGN LANGUAGE

Dapat story ni dari forum BDN sebenarnya... terasa hati diusik membaca kisahnya... walaupun aku bukanlah lelaki jiwang dan walaupun kisah cerita ini juga takde kena mengena dengan Ramadhan, Lailatul Qadar mahupun Aidilfitri...

Hehe

From the very Begining, the girl's family objected strongly on her dating this guy. Saying that it has got to do with family background & that the girl will have to suffer for the rest of her life if she were to be with him.

Due to family's pressure, the couple quarrel very often. Though the girl love the guy deeply, but she always ask him: "How deep is your love for me?"

As the guy is not good with his words, this often cause the girl to be very upset. With that & the family's pressure, the girl often vent her anger on him. As for him, he only endure it in silence.

After a couple of years, the guy finally graduated & decided to further his studies in overseas. Before leaving, he proposed to the girl: "I'm not very good with words. But all I know is that I love you. If you allow me, I will take care of you for the rest of my life. As for your family, I'll try my best to talk them round. Will you marry me?"


The girl agreed, & with the guy's determination, the family finally gave in & agreed to let them get married. So before he leave, they got engaged.


The girl went out to the working society, whereas the guy was overseas, continuing his studies. They sent their love through emails & phone calls. Though it's hard, but both never thought of giving up.


One day, while the girl was on her way to work, she was knocked down by a car that lost control. When she woke up, she saw her parents beside her bed. She realised that she was badly injured. Seeing her mum crying, she wanted to comfort her. But she realized that all that could come out of her mouth was just a sigh. She has lost her voice......


The doctors says that the impact on her brain has caused her to lose her voice. Listening to her parents' comfort, but with nothing coming out from her, she broke down.


During the stay in hospital, besides silence cry,.....it's still just silence cry that companied her. Upon reaching home, everything seems to be the same. Except for the ringing tone of the phone. Which pierced into her heart everytime it rang. She does not wish to let the guy know. & not wanting to be a burden to him, she wrote a letter to him saying that she does not wish to wait any longer.


With that, she sent the ring back to him. In return, the guy sent millions & millions of reply, and countless of phonecalls,.. all the girl could do, besides crying, is still crying....


The parents decided to move away, hoping that she could eventually forget everything & be
happy.


With a new environment, the girl learn sign language & started a new life. Telling herself everyday that she must forget the guy. One day, her friend came & told her that he's back. She asked her friend not to let him know what happened to her. Since then, there wasn't A year has passed & her friend came with an envelope, containing an invitation card for the guy's wedding. The girl was shattered. When she open the letter, she saw her name in it instead.


When she was about to ask her friend what's going on, she saw the guy standing in front of her. He used sign language telling her "I've spent a year's time to learn sign language. Just to let you know that I've not forgotten our promise. Let me have the chance to be your voice. I Love You. With that, he slipped the ring back into her finger. The girl finally smiled.



Betul-betul buat syahdu



Credit to justapiq, BDN.. thanks bro

Sunday, September 21, 2008

~hidup ini satu pilihan?

atau satu ketetapan?~

walaupun bagaimana pun diri kena sentiasa kuat...

dan sandarkan pengharapan hanya kepada ALLAH



selamat mencari dan mengejar Lailatul Qadar...

andainya ketemuan, jangan lupa titipkan sedikit doa untuk diri daku ini...

dan juga untuk seluruh umat


Friday, September 19, 2008

Yang Hilang, Kenalah Berganti

Ini bukan kisah putus cinta, pastu ganti orang lain

Tapi kisah beberapa hari yang lepas... Lepas tarawikh dan witir kat Masjid Abdurrahman Auf depan nih... ekali tengok sandal aku dah hilang... alaa... aku cukup sayang sandal aku tuh.... jenama asadi, murah je sebenarnya... tapi sebab rupa dia macam sandal crocs yang mahal tuh... tu yang buat aku sayang...

Lebih kurang macam nih la warna dan bentuk sandal tersebut,Sekali tengok macam jenama Crocs yang mahal tu kan? Tapi yang kepunyaan aku itu hanyalah jenis yang pirate jenama ASADI!! Harga dalam RM15 sahaja. Kalau beli yang ori, mestilah 10kali ganda dari harga yang ini, dan pasti aku sedih 10 kali ganda juga... heheh

Lebih setahun aku pakai sandal tuh... elok dan tahan, tapak pun tak haus walaupun dah lama pakai... Beli kat tesco ampang awal tahun lepas....

Tetapi kini dah hilang....

Pujuk hati... nanti Allah ganti balik dengan nilai 70 juta kali dari nilai sandal aku....



Jalan ke kereta kaki ayam... amik selipar jepun yang ada spare kat bawah seat kereta..

Kelmarin, pergi Carrefour Midvalley untuk cari pengganti... Ingat nak ambil jenama lain... Sekali jumpa jenama ASADI, bentuk yang sama! Cuma tak jumpa warna biru macam yang sebelum ni. Apalagi, terus sambar...

Silap la lepas nih.... takkan kubiarkan ianya hilang dirampas orang lagi.............!!





nak buat macam ni, agak-agak ada orang akan curi lagi tak??

Thursday, September 18, 2008

memujuk hati...

tempat yang nak disewa dah dikebas orang...



sabar mie.. sabar... ada la tuh hikmahnya di bulan Ramadhan nih....

sikit lagi mesti datang balik migrain....

Tuesday, September 16, 2008

23 fakir maut rebut wang zakat RM16


KERANA RM16... Salah seorang wanita yang selamat terbaring di tengah-tengah mayat fakir miskin dan mereka yang cedera dalam kejadian berasak-asak merebut wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16) di Pasuruan, Jawa Timur. Dalam kejadian itu, sebanyak 23 orang terbunuh dan ramai yang lain cedera dalam rempuhan apabila kira-kira 5,000 fakir miskin berebut-rebut untuk menerima bantuan zakat daripada seorang peniaga di Pasuruan, semalam.

JAKARTA 15 Sept. – Seramai 23 orang fakir miskin mati, manakala lapan yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas kerana terhimpit semasa berasak-asak untuk mendapatkan wang zakat daripada seorang ahli peniagaan di Purworejo, Pasuruan, Jawa Timur, 800 kilometer ke timur Jakarta, hari ini.

Kebanyakan mangsa adalah wanita.

Kejadian itu berlaku tengah hari ini semasa lebih 5,000 penduduk sekitar Pasuruan berbaris di halaman rumah ahli perniagaan itu untuk mendapatkan wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16).

Ketua Polis daerah, Harry Sitompul berkata, pengagihan wang zakat itu merupakan acara tradisi oleh keluarga kaya itu, sempena bulan Ramadan.

Penduduk miskin itu dilaporkan mengunjungi rumah peniaga berkenaan yang menjalankan perniagaan jual beli kenderaan sejak pukul 4 pagi, setelah mendapat khabar tentang pemberian wang zakat berkenaan.

“Setakat ini 23 telah mati dan polis masih menyiasat,” kata jurucakap Hospital Soedarsno.

Ramai yang cedera dan pengsan akibat dihimpit dan dipijak ketika berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan zakat tersebut.

Polis telah menahan ahli perniagaan itu untuk siasatan kerana gagal mengawal orang ramai semasa hendak memberikan zakat tersebut.

Dalam kejadian lain, enam remaja mati lemas setelah terperangkap di dalam danau berlumpur di Pamulang, dekat Jakarta, pagi semalam.

Remaja itu terdiri daripada anak-anak polis yang nekad terjun ke dalam danau setelah sepasukan polis datang untuk menyuraikan pergaduhan dua kumpulan remaja berkenaan.

Utusan Malaysia

Apabila kita makan berbuka puasa dengan juadah yang dibeli di param....

Atau di dalam keghairahan kita menghampiri Syawal dan membuat persediaan untuk Aidilfitri

Dan di dalam kita menyiapkan juadah2 dan beraneka kuih raya untuk sambutan aidilfitri...

Kenangkanlah mereka yang dalam kesusahan sebegini..

Bersyukur kepada Allah! kerana kita dilahirkan dan hidup di bumi Malaysia yang makmur... dan semoga kemakmuran ini dapat berterusan...



Jangan lupa tunaikan zakat fitrah....

Monday, September 15, 2008

Menyiapkan kerja di bulan Ramadhan

Arif: memang nak update la nih.... heheh

==============================================

Kebelakangan ini agak sibuk memandangkan ada 2 benda yang perlu start executed after raya nih nanti. So, banyak benda yang melibatkan dasar admin, yang perlu disetelkan secepat mungkin. Nanti lepas raya pulak sibuk dengan pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia... kemudian nak daftar di Jabatan Pelajaran WP lagi... siapkan kertas kerja untuk Bomba... daftar kontraktor perunding dengan Kementerian Kewangan... dapatkan perabot dan rennovate office...

Itu tak termasuk 2nd project punya lagi yang collaborate dengan Fadhlil Azim, senior aku dulu satu batch dengan Iznan... orang panggil dulu kat SEMESTI chodak @ badak ke.. aku pun tak ingat.. hehe

Dan alhamdulillah, kebanyakan kerja dah diselesaikan... Tinggal keputusan oleh pihak ketiga... dan insya Allah boleh menghadapi minggu terakhir Ramadhan ni dengan penuh ketenangan

Gathering Berbuka Puasa BDN

Weekend lepas berbuka puasa dengan kawan-kawan BDN kat Satinni, KLCC... ada 12 orang semuanya yang ada campur aku... Mereka yang hadir adalah:

1. maszmelati
2. Dd
3. lisaalinda
4. zantedeschia
5. morpheuzneo
6. don
7. gbum
8. abdullahcheng
9. dreamlord
10. meor
11. sharuzzaman
12. aku

Satu-satunya forum tempat aku bersosial sejak sibuk dengan kerjaya.. kat sini la tempat aku berkawan


tunggu nak berbuka puasa, lapo nih...

cheng: yang nih namanya kuih batang buruk
aku: err.. betul ke ko nih cheng.. tak serupa langsung aku tengok??

kaum-kaum ibu BDN...

apakah sengal... bapak orang pun ada nih... haha

from left: dreamlord, cheng, shahruzzaman, aku @ eksp, don, meor, morph & wife, lisaalinda, dd, maszmelati. gbum tukang tangkap gambar



Thanks to semua BDNers
Insya Allah akan ketemuan lagi pada masa akan datang...

Lepas habis berbuka terus berkejar ke Masjid Asy-Syakirin untuk Isya' dan Tarawikh...

Tuesday, September 2, 2008

Coretan di bulan Ramadhan =D

Puasa nih memang penat sebenarnya...

108

kadang2 sampai rasa macam nak pengshaannn

108

nasib baik tak rasa nak mati terus.. hehe

108

memang kena tabah dalam bulan Ramadhan nih

108

hidup mesti aktif walaupun berpose..

108 108 108 108

malam2 pulak jangan lupa bertarawikh...




dan juga bertadarus...


semoga Ramadhan kita sentiasa diberkati, dan diri dapat ditarbiyyah di dalam perjalanan menuju ke langit keredhaan ALLAH

selamat berjaya!!

108

p/s: jangan berbuka melampau sampai tak larat bangun tarawikh.. hehhe

108

salam Ramadhan buat semuaaa...



Monday, September 1, 2008

Merdekakah kita?

Sedar tak sedar kita sudah pun mengharungi 51 tahun pasca penjajahan. Begitu lama kita dijajah selama ini sejak dari tahun 1511, bermula dengan kehadiran Portugis, diikuti Belanda, British, Jepun dan akhir sekali nyaris tergadai negara kita di bawah nama Malayan Union.

Dan setiap kali 31 Ogos, bermula dari tahun 1957, negara kita mengadakan sambutan merdeka bagi merayakan kebebasan yang diperolehi ini.

Cuma kadangkala terfikirkah kita, betul ke kita ni sudahpun merdeka?

Merdekakah kita?
Jika kita masih lagi tidak berakhlak, hidup penuh dengan hati yang busuk, dengki dan dendam serta suka menjatuhkan orang lain? Hati tu cukup tak senang selagi melihat orang lain gembira...

Merdekakah kita?
Sedangkan rakan-rakan segenerasi kita hanyut dalam dadah, pergaulan bebas, kumpulan rempit, perlacuran dan minuman keras...

Merdekakah kita?
Apabila kita masih lagi bersifat kurang ajar di jalan raya... membuang sampah merata-rata... mengotorkan tandas dan kemudahan awam lain...

Merdekakah kita?
Kita masih lagi terjebak dalam penyelewengan dan pecah amanah.... sibuk dalam mencari "lubang-lubang duit dan harta" tak kira halal atau haram, tak kira atas atau bawah meja...

Merdekakah kita?
Kita masih tidak menjaga solat... melengah-lengahkannya sehingga ke hujung waktu... kadang-kadang terus terjama' "takyah" = tak payah.... tanpa sedar yang kita terus dijajah oleh keenakan nafsu dan bisikan-bisikan makluk "bertanduk dua" di sekitar kita...

Merdekakah kita?
Sedang kita asyik mengejar kekayaan, masih ramai lagi yang sebangsa dan seagama dengan kita masih lagi dibelenggu kemiskinan tegar... masih ada kanak-kanak yang tidak ke sekolah kerana tiada duit... dan masih ada anak yatim yang masih tidak tahu membaca dan menulis

Merdekakah kita?
Kita menjadikan dunia sebagai tuan kita... dan lupakan akhirat.... kita ikut kehendak nafsu dan dunia untuk mencapai segala-galanya.... sedangkan maut itu pasti.... dan semakin mendekati kita...

Dan banyak lagi persoalan-persoalan lain yang boleh dibangkitkan.... fikirkanlah...


Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51
dan
Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan



Semoga Ramadhan kali ini menjadi pencetus dan penggerak untuk kita berubah menjadi yang lebih baik dan mencapai kemerdekaan yang hakiki....

Insya Allah