Thursday, August 14, 2008

Kepercayaan?

kadang-kadang aku tercari insan yang boleh aku letakkan kepercayaan aku kepadanya... tatkala amarah menguasai diri, dia menenangkan aku.. tatkala musibah melanda, dia kan bersama menongkah bersama aku.. sewaktu kegembiraan menjelma, dia lah orang pertama akan ku khabarkan, supaya redup mataku melihat senyumannya...

Namun sekali kepercayaan itu teragut, sukar kembali untuk mencari gantinya... kerana bagiku kepercayaan itu adalah segalanya...


wooh... macam ayat novel la pulak...

Tetapi inilah hakikat... kepercayaan adalah segalanya.
Sekali ianya lebur, bukan mudah untuk menempanya kembali kepada bentuk yang asal...

Hargai kepercayaan yang orang beri kepada anda... dan jangan sesekali membuatkan orang itu merasakan anda mengkhianati kepercayaan yang diberinya itu

Tak kira dalam perniagaan, kerjaya, percintaan, persahabatan, kekeluargaan... semuanya dibina atas kepercayaan.... ibarat tali yang kuat dan teguh yang mengikat perhubungan itu.

Wallahualam

1 comment:

Anonymous said...

Kene tanya lebih dalam dan lebih jujur...