Saturday, August 30, 2008

Migrain

Teringat zaman sekolah dulu, seminggu sekali mesti akan kena migrain. So hampir setiap minggu ada sahaja hari yang ponteng sekolah. Hehehe...

Bila masuk ke universiti, di awal sewaktu Asasi, doktor pusat perubatan pelajar UM bagitau yang faktor migrain ini adalah disebabkan darah pekat dalam badan. So saya diminta untuk banyakkan minum air kosong untuk menurunkan kepekatan darah.

Selain daripada itu, ada seorang maulana juga ajar saya untuk jaga zikir dan bacaan al-Quran bagi tujuan mencapai ketenangan dan tidak menekan diri.

Alhamdulillah, hingga kini saya sangat menjaga sumber air minuman, dan migrain dah jarang-jarang berlaku hasil daripada asbab amalan dan minuman tersebut. Namun kadangkala menyinggah juga sekali dalam 2-3 bulan.

Cuma 2 hari nih berturut migrain menyinggah... sekali waktu petang semalam (hari Khamis) dan malam tadi (Jumaat). Kepala jadi sangat berat dan badan dipaksa untuk tidur sebentar untuk hilangkan sakit kepala

Wiki tentang migrain:

Migraine is a neurological syndrome characterized by altered bodily experiences, painful headaches, and nausea. It is a common condition which affects women more frequently than men.

The typical migraine headache is one-sided and pulsating, lasting 4 to 72 hours. Accompanying complaints are nausea and vomiting, and a heightened sensitivity to bright lights (photophobia) and noise (hyperacusis). Approximately one third of people who experience migraines get a preceding aura, in which a patient may sense a strange light or unpleasant smell. Patients often describe triggers they feel precipitate an episode of migraine, such as certain foods and beverages (like chocolate or alcohol), stress or menstruation. In some migraine types there are typical features but the headache remains absent, and in children abdominal pain may be a prominent feature.

Although the exact cause of migraine remains unknown, the most widespread theory is that it is a disorder of the serotonergic control system. Recently, PET scans have demonstrated the aura to coincide with spreading cortical depression after an episode of greatly increased blood flow (up to 300% higher than baseline). There also appear to be migraine variants that originate in the brainstem and involve dysfunction in calcium and potassium ion transport between cell membranes. Genetic factors may also contribute. Studies on twins show that genes have a 60 to 65% influence on the development of migraine. Fluctuating hormone levels show a relation to migraine in several ways: three quarters of adult migraine patients are female while migraine affects approximately equal numbers of boys and girls before puberty,[citation needed] and migraine is known to disappear during pregnancy in a substantial number of sufferers.

The treatment of migraine begins with simple painkillers for headache and anti-emetics for nausea, and avoidance of triggers if present. Specific anti-migraine drugs can be used to treat migraine. If the condition is severe and frequent enough, preventative drugs might be considered.

The word migraine is French in origin and comes from the Greek hemicrania, as does the Old English term megrim. Literally, hemicrania means "half (the) head".

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Migraine


Setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah...
Mungkin tanda Allah masih ingat kat kita.

Punca dikenalpasti kenapa boleh migrain dua hari ni: terlalu banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah satu demi satu yang menimpa

Sayangnya masalah dan ujian yang dihadapi adalah tentang dunia yang sementara... huhuu....

Friday, August 29, 2008

Lokasi berpotensi

Pengenalpastian lokasi..

Lokasi: Taman Permata, depan Giant

Kekuatan: Lokasi telah dikenalpasti mempunyai pasaran yang tinggi untuk pendidikan dan latihan. Berdepan dengan Giant, satu faktor tarikan dan memudahkan orang untuk mengenalpasti lokasi. Premis juga dah siap partition dan cat masih baru

Kelemahan: Terlalu banyak persaingan. Ada 3 tempat sedia ada di Taman Permata. Di Taman Melawati ada lagi 5 tempat yang dikenalpasti.
Wangsa Maju KLSC pun ada 5 lagi pesaing.. Kebanyakan pesaing bertaraf lama dan aktif. Perlukan pertimbangan yang serius.



bilik utama

bilik pejabat

ruang tamu

bilik #1

bilik #2

bilik #3

ruang pantry, sila lihat 90 darjah ke kiri... hehhe lupa nak edit

hmmm...



Kecamuk lagi..

Ni yang buat tension sikit nih... dah elok buat keputusan untuk takeover center kat Klang, sekali tiba-tiba owner lama macam nak tak nak lepaskan.

Then tengah on the way balik dari Klang, pegawai call... inform untuk cancelkan takeover Klang tu sebab keputusan tuan punyanya yang *ding dong macam tuh. So, nak tak nak terpaksa tukar ke plan B, dan get ready untuk plan C dan D...

Hmmm...

Sabar je la..

Baru je harituh tekad dengan keputusan untuk berhijrah macam ni.... ish..

Be optimistic!

Wednesday, August 27, 2008

Macam kelakar dengan gambar ni

Salam menghadapi Ramadhan al-Mubarak yang bakal kunjung

credit to Slash (BDNers)

Ideas?

When ideas or concepts flash into one's mind, through which is probably called a "hunch", they come from one or more of the following sources:

1. Infinitive intelligence

2. Subconscious mind (pemikiran separa sedar), wherein is stored every sense impression and thought impulse which ever reached the brain through any of the 5 senses

3. From the mind of some other person who has just released the thought, or picture of the idea or concept, through conscious thought

or finally

4. From his subconscious storehouse

But don't forget, there is also one more thing that gives you the idea. The main and major thing.

It is what we call "Ilham" from Allah, a guidance from Him to take us to the best path or choice in our life

Wallahualam...

Kemenangan DSAI

Sampai sahaja di rumah, dua website yang dicari dahulu...

BDN dan Malaysiakini...

Nak tau keputusan terkini Pilihanraya Kecil Permatang Pauh...

Keputusan?

Dah agak dah...

KEPUTUSAN/RESULTS
- PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH : PP :58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.

3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144

Peratus/Percentage 65.25 peratus

Undi rosak/Spoilt votes 447 undi

Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)

Undi diperolehi/Votes Polled : 2008 : 30,348

Majoriti/Majority:13,398


Bertemu kita di Dewan Rakyat nanti...

Tuesday, August 26, 2008

Malam sebelum tido... dengar lagu lagi...

Beberapa malam ni asyik layan lagu lama Brothers je...

Satu lagi lagu yang syahdu...

EPILOG SEORANG HAMBA



Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan Pencipta
Menginsafi kedhaifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah
Sedih ku menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambamu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu

Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku

Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai

Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia



tetiba rasa panas je pipi... huhu...
tengah dalam hati berkecamuk nih, lagu2 macam nih la sesuai untuk didengari...


Monday, August 25, 2008

Kecamuk

Have to be strong!!

Itu sahaja bisikan dalam hati sepanjang hari walaupun hati tengah berkecamuk di tahap dewa hari ni.

Allah sentiasa tahu apa dan siapa yang benar. So kena serahkan kepada Allah atas semua urusan

Walaupun keputusan tetap perlu dibuat, sebelum kecamuk semakin bertambah dan merunsingkan pemikiran....

Macam ombak... makin kuat dan berkecamuk, kalau dibiarkanlama-lama boleh jadi tsunami...

Dan aku kena seteguh gunung untuk menghadapi apa yang bakal terjadi, sebab yang dah terjadi dah tak boleh nak buat apa lagi dah..

Sunday, August 24, 2008

MAHA 2008

Semalam merupakan hari terakhir MAHA 2008. Tersangatlah excited sampai dua kali pergi berjalan-jalan di sana tanpa mengira kesesakannya... heheh

Harapnya tahun depan berkesempatan untuk bertemu lagi dengan MAHA ni...

Dari lensa kamera
gambar tak berapa bagus sebab pakai kamera henset je ni...

bunga-bunga orkid....

Bonsai yang berharga RM20k...errkk...

encik udang yang tengah tersenyum posing

"dik...dik.. jangan dekat sangat dengan cermin tuh... nanti kena sengat"
padahal taktik nak halau budak2 supaya dapat tengok jugak.. hahaha

pokok2 kaktus gubahan

punya la ramai manusia kat kafeteria bawah...
gerai2 makanan ikut negeri-negeri... rambang mata nak pilih nak makan yang mana satu...


Dari lensa kamera kawan
(credit to el-lail)

lembu besau lagi hensem dan macho

ikan-ikan yang cantik yang berenang

huhu.. rasa macam nak geget je sambil berjalan.. hehe

Thanks to kengkawan dari UPM yang jadi tourist guide untuk first encounter... dan kawan BDNers yang join sekali bagi second encounter

Berjumpa lagi di MAHA yang akan datang

Sunday, August 17, 2008

Gambar lama

Saya dijangka akan sibuk berterusan sehinggalah Ramadhan. Kemudian akan kembali sibuk apabila loan untuk memulakan perniagaan kecil saya dispersed by PUNB nanti, dijangkakan dalam bulan Oktober. Seterusnya akan sibuk untuk maintain perniagaan untuk 5 hingga 6 bulan pertama. Harapannya moga Allah permudahkan dan lancarkan segala urusan. Amin ya Allah...

Hari ini, godek-godek dalam harddisc, jumpa gambar yang dah lama tak perasan. Inilah gambar saya bersama team project kolej yang pertama saya join sepanjang jadi student. Teringat gambar penuh kesengalan dan keskemaan bersama kawan-kawan lama.

Dan yang paling penting, gambar ketika masih kurus dan masih muda!

Banyak kenangan....

Thursday, August 14, 2008

Kepercayaan?

kadang-kadang aku tercari insan yang boleh aku letakkan kepercayaan aku kepadanya... tatkala amarah menguasai diri, dia menenangkan aku.. tatkala musibah melanda, dia kan bersama menongkah bersama aku.. sewaktu kegembiraan menjelma, dia lah orang pertama akan ku khabarkan, supaya redup mataku melihat senyumannya...

Namun sekali kepercayaan itu teragut, sukar kembali untuk mencari gantinya... kerana bagiku kepercayaan itu adalah segalanya...


wooh... macam ayat novel la pulak...

Tetapi inilah hakikat... kepercayaan adalah segalanya.
Sekali ianya lebur, bukan mudah untuk menempanya kembali kepada bentuk yang asal...

Hargai kepercayaan yang orang beri kepada anda... dan jangan sesekali membuatkan orang itu merasakan anda mengkhianati kepercayaan yang diberinya itu

Tak kira dalam perniagaan, kerjaya, percintaan, persahabatan, kekeluargaan... semuanya dibina atas kepercayaan.... ibarat tali yang kuat dan teguh yang mengikat perhubungan itu.

Wallahualam

Saturday, August 9, 2008

Sibuk


Buat masa ini hanya sempat tempek beberapa gambar di dalam blog. Untuk tulis panjang-panjang, memang tak sempat. Kalau ada waktu lapang pun, lebih suka untuk dapat melelapkan mata beberapa minit atau buat sesuatu yang boleh merehatkan minda, (termasuk main game... heheh )

Jangan tertekan sampai tahap macam gambar kat bawah ni, sudah....

Tuesday, August 5, 2008

Iklan Solat?

Terjumpa iklan nih dalam Youtube...

Sungguh menarik... dan patutnya dibuat kat Malaysia jugak dalam 10 minit sebelum masuk waktu solat... hehehe


Monday, August 4, 2008

Penuh Nostalgia

Gambar yang penuh nostalgia dan membawa seribu satu erti dalam hidup aku....


dan aku yakin ianya juga gambar penuh nostalgia kepada mereka yang tertentu jugaaa.....

credit to aminurrashid... jazakallah for the pics (walaupun aku pakai copy je nih... heheh)